The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-07-05 00:16:55

1 Amalkan Sikap Mulia

1 Amalkan Sikap Mulia

1

SIRI MURID-MURID GENIUS

AMALKAN
SIKAP MULIA

Norafidah Bachik

© PENERBIT ENAM

2

PENERBIT ENAM
207, BLOK F, JLN. MATAHARI U5/117
BDR. PINGGIRAN SUBANG, SEK. U5

40150 SHAH ALAM, SELANGOR
TEL.: 019-6997468

© PENERBIT ENAM
Cetakan Pertama 2013

Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak
boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan
lagi atau diubah suai dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada secara
elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman atau sebaliknya
tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada penerbit.

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-
dalam-Penerbitan

Norafidah Bachik
Amalkan sikap mulia / Norafidah Bachik.
(Siri murid-murid genius)
ISBN 978-967-0155-53-1 (set)
ISBN 978-967-0155-56-2
1. Didactic fiction, Malay. 2. Children’s stories, Malay.
I. Judul. II. Siri.
899.2333

3

Ravi ialah murid Tahun Enam.
Ravi baru pulang dari sekolah. Ravi
pulang ke rumah dengan berjalan
kaki.

4

berjiran - tinggal berdekatan dengan seseorang

Ravi pulang bersama-sama
dengan Chee Huat. Chee Huat
ialah rakan sekelas Ravi. Mereka
tinggal berjiran.

5

“Panasnya cuaca hari ini.
Berpeluh-peluh badan saya.
Selalunya cuaca tidaklah begini,”
kata Ravi kepada Chee Huat.

6

dahaga - haus

“Minumlah air ini. Mesti awak
dahaga,” kata Chee Huat sambil
menghulurkan botol airnya kepada
Ravi.

7

“Mari kita ke perhentian bas itu.
Kita berehat sebentar di situ,” ajak
Chee Huat kepada Ravi.

Mereka pun berjalan menuju ke
perhentian bas tersebut.

8

“Saya sangat penatlah. Mungkin
kerana cuaca yang sangat panas
kebelakangan ini,” kata Ravi.

9

Sambil berehat di situ, mereka
turut berbual-bual tentang pelajaran
di sekolah.

10

menyapa - menegur

“Hari ini saya telah menyapa
seorang murid Tahun Tiga. Murid
itu telah membuang sampah ke
dalam longkang,” cerita Ravi.

11

“Baguslah awak berbuat begitu.
Menjaga kebersihan adalah
tanggungjawab kita bersama,”
balas Chee Huat.

12

asyik - leka

Ravi menganggukkan
kepalanya tanda bersetuju.
Sedang asyik berbual, tiba-tiba
Ravi ternampak dompet di bawah
bangku.

13

tercicir - jatuh

“Eh, ada dompetlah! Mungkin
seseorang telah tercicir dompetnya
di sini!” kata Ravi kepada Chee
Huat.

14

Ravi dan Chee Huat segera
mengambil dompet itu. Ravi ingin
membuka dompet itu tetapi ditegah
oleh Chee Huat.

15

izin - kebenaran

“Ravi, jangan buka dompet ini.
Tidak elok kita membuka barang
milik orang tanpa izin tuannya,”
kata Chee Huat.

16

Setelah berbincang, Ravi
dan Chee Huat bersetuju untuk
melaporkan kejadian itu di balai
polis. Mereka pun segera menuju
ke balai polis. Balai polis terletak
tidak jauh dari situ.

17

“Encik, kami menemukan
dompet ini di perhentian bas tadi,”
terang Ravi kepada anggota polis
itu. Beliau kemudiannya mengambil
dompet itu.

18

“Adakah kamu ternampak
sesiapa di perhentian bas itu?”
tanya polis itu.

“Tidak encik. Ketika itu, kami
berdua sahaja berada di situ,” jelas
Chee Huat.

19

empunya - pemilik

Selepas mendengar cerita
Ravi dan Chee Huat, polis itu pun
menelefon seseorang.

“Adik berdua tunggu di sini, ya.
Empunya dompet ini akan tiba
sebentar lagi,” kata polis itu.

20

“Encik, murid-murid inilah yang
telah menemukan dompet encik
yang hilang itu,” kata anggota polis
itu kepada pemilik dompet tersebut.

21

“Terima kasih adik-adik. Kamu
berdua jujur dan bertanggungjawab.
Pak cik berbangga terhadap
kalian,” kata pemilik dompet itu.

22

“Sama-sama, pak cik. Ini
adalah tanggungjawab kami untuk
membantu sekadar termampu,”
kata Ravi dan Chee Huat. Pemilik
dompet itu pun tersenyum.

23

tertanya-tanya - bimbang

Ravi dan Chee Huat pun segera
beredar dari situ. Hari semakin
meninggi. Mereka hendak pulang
ke rumah dengan segera. Pasti ibu
mereka tertanya-tanya.

24

diamalkan - dilakukan

“Saya berasa gembira kerana
dapat membantu pak cik tadi,” kata
Ravi.

“Saya pun begitu. Jadi, bersikap
jujur dan bertanggungjawab
hendaklah diamalkan selalu,” balas
Chee Huat pula.


Click to View FlipBook Version