The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-05-31 00:26:21

Jojo Hendak Menang Hadiah

Jojo Hendak Menang Hadiah

Surat Misteri untuk
The Wannababes

Tanpa menoleh kiri dan kanan, dengan penuh
yakin… The Wannababes berjalan merentas
kawasan kantin. Gaya tidak mahu kalah, seolah-
olah berjalan di atas karpet merah di dalam
majlis gilang gemilang anugerah. Pastinya
ketujuh-tujuh gadis itu menuju ke meja VIP yang
sudah ditetapkan di Sekolah Sri Bangsar. Ketujuh-
tujuh gadis ala selebriti itu sememangnya sentiasa
menjaga imej diri, tatkala duduk pun mesti
dengan gaya tersendiri. Ada yang menyilang
kaki, beberapa ahli perbetulkan baju sekolah
dan ketua mereka, Fasharina binti Tan Sri Hisham
sedang sibuk mengelap tempat duduk dikhuatiri
ada habuk yang akan melekat ke tubuhnya.

Surat Misteri untuk The Wannababes

“Eh, ada suratlah. Sampul warna merah jambu
lagi!” Shasha selaku penolong ketua kumpulan
The Wannababes menjadi orang yang pertama
menegur surat yang terletak elok di atas meja VIP
mereka itu.

“Cepatlah buka! Entah daripada siapa
agaknya, ya? Mungkin ada peminat rahsia yang
ingin berkenalan dengan salah seorang ahli The
Wannababes.” Fazura yang memakai cekak
rambut reben putih itu sudah teruja semacam
sambil bertepuk tangan gaya budak kecil dapat
coklat Smarties.

Serentak semua jadi ingin tahu. Nana,
Diana, Fasha, Linda dan Sazzy masing-masing
merapatkan diri secara automatik antara satu
sama lain ke arah Shasha yang sedang memegang
surat itu. Masing-masing sudah tidak sabar ingin
membaca isi kandungan surat itu.

“Urgh! Surat ini ditulis dengan darah!
Takutnya saya!” Shasha tiba-tiba menjerit kecil
dan terus bertindak melepaskan lembaran surat
yang dipegangnya. Gayanya seperti terkena
renjatan elektrik dan kini Shasha sudah tergigil-

3

Eima Manan

gigil. Secara spontan juga, surat yang dilipat dua
itu melayang ke atas meja dan kini berada di
tengah-tengah ruang. Lembarannya terbuka, khas
buat tatapan semua… membuatkan mata-mata
ahli kumpulan The Wannababes terbeliak dan
tertacap ke arah surat tersebut. Fasha mengurut
dada berkali-kali. Memang benarlah, tulisan surat
itu berwarna merah darah! Ia juga terlihat masih
basah, melekit dan berlendir-lendir semacam.
Yuck! Memang menggelikan!

“I KNOW WHAT YOU DID… SO BEWARE!”
Sazzy membaca isi surat yang dikatakan ditulis
dengan darah secara kuat. Dia turut mendekatkan
diri ke permukaan meja kerana mahu mencium
sedikit surat itu. Namun Sazzy juga sama seperti
The Wannababes lain… mereka tidak berani
menyentuh kiriman rahsia itu!

“Ini bukan darah… ini hanya sirap pekat!”
Sazzy memberitahu pengamatannya setelah
yakin dengan deria baunya itu. Tidak sia-sia
ada hidung yang mancung, tetapi pipi tidak
tersorong-sorong.

4

Surat Misteri untuk The Wannababes

“Shasha! Awak buat kami semua terperanjat
sahajalah!” Fasha melepaskan nafas dan mengurut
dada. Lega sedikit hatinya apabila perkara yang
sama disahkan oleh Linda, Diana dan Nana yang
tulisan itu memang bukan daripada darah.

Kemungkinan besar, ini kerja abang kantin
yang sengaja mahu menyakat mereka! Minggu
lepas memang ada pekerja kantin yang baru
masuk bekerja ke Sekolah Sri Bangsar. Mungkin
tidak tahu dengan status The Wannababes
yang setaraf puteri-puteri kayangan, abang
kantin itu berani-berani bermain mata dengan
The Wannababes. Malah mahu membelanja
mereka mi goreng percuma! Namun seperti
biasa, pelawaan baik itu menerima jelingan laser
daripada The Wannababes. Mi goreng yang
diberikan, dibiarkan begitu sahaja tanpa disentuh
atau dijamah langsung. Itu sebabnya Fasha
mengesyaki surat amaran itu dikirim oleh abang
kantin.

Kini Shasha sendiri sudah berani memegang
surat itu selepas diyakini tulisannya hanyalah
ditulis dengan sirap pekat dan bukan darah

5

Eima Manan

seperti yang disangkakan. Surat itu juga tiada
sebarang tandatangan. Misteri sungguh! Tiba-
tiba sahaja surat itu ada di atas meja VIP mereka,
tanpa pengirim dan tanpa dititip oleh sesiapa!

“Siapa yang memberi surat ini kepada kita?
Jangan-jangan tersalah kiriman dan sepatutnya
bukan diberi pada kita. Yalah, dalam surat ini
tiada langsung ditulis nama kumpulan The
Wannababes. Lagi pun, apa yang telah kita
lakukan? Kita mana ada pernah buat sebarang
kesalahan!” Shasha kini berkerut kening
memikirkan misteri nusantara yang melanda
mereka. Soalan yang bertalu-talu diajukan kepada
semua, namun masing-masing lebih memandang
antara satu sama lain dan hanya menjongket
bahu tanda tidak tahu. Tiada siapa yang dapat
menjawab persoalan Shasha dengan tepat dan
berfakta.

“Memang betul! Kita mana ada buat salah.
Biasalah, mungkin ada orang yang cemburu
dengan kita. Maklumlah, kita popular sangat…
jadi mesti ramai yang dengki dan sengaja
mahu buat kita susah hati.” Fasha tampil lebih

6

Surat Misteri untuk The Wannababes

bertenang, menjawab sambil menyilang tangan
dengan penuh gaya korporat.

Nampaknya Fasha sengaja mahu menutup
kesalahan kumpulannya yang nakal itu. Amboi,
terus sahaja dilabel orang lain yang cemburu dan
sakit hati? Tolonglah!

Sebenarnya The Wannababes memang
banyak melakukan kesalahan pada semua orang.
Ada sahaja mangsa buli mereka pada setiap
bulan. Memang tidak serik-serik melaser sesiapa
sahaja di Sri Bangsar, terutama sekali pelajar-
pelajar yang berada pada hierarki rendah dan
paling bawah!

“Sekiranya betul surat ini ditujukan kepada
kita, bagaimana pula? Yalah… kita pernah
buli Mimi Si Badak Air, mungkinkah dia yang
cuba menakutkan kita? Mungkin Mimi sudah
mengupah teman lelakinya, si Ultraman
Gemuk bagi menakut-nakutkan kita.” Diana
yang berambut ala-ala Victoria Beckham itu
mula membuat spekulasi. Dia sememangnya
terpengaruh dengan gaya rambut selebriti itu.

7

Eima Manan

Nampak comel dan anggun, tanpa perlu teruk
berdandan.

“Rasanya kita semua risau dan bimbang
tanpa ada sebab yang kukuh. Percayalah, surat
ini hanya gurauan semata-mata. Kita buat tidak
tahu sahaja. Mana tahu, orang yang mengirim
surat ini sedang memerhatikan kita. Lebih baik
kita buat selamba… seperti tiada apa-apa berlaku
dan paling penting, jangan nampak terkesan
langsung.” Kini Shasha sudah tidak takut lagi
dengan surat itu. Sebenarnya semalam dia
baru sahaja menonton cerita hantu Korea yang
merangkak-rangkak dengan muka yang berdarah
merah. Itu sebabnya dia jadi cepat terkejut dan
menjerit semasa melihat isi surat tersebut.

Kata-kata Shasha itu ada benarnya. Mereka
bertujuh bersetuju berlakon seolah-olah tiada
apa yang berlaku. Mereka memulakan rutin sesi
gosip artis-artis tanah air dan juga luar negara.
Tidak kurang juga, The Wannababes berbincang
tentang aktiviti pada hujung minggu nanti.
Ada terselit cerita tentang produk jenama yang
terkenal dan sebagainya. Kisah Tengku Affin yang

8

Surat Misteri untuk The Wannababes

kacak pun dibincangkan sesama mereka. Seribu
satu jenis cerita kumpulan The Wannababes, kini
memonopoli ruang bulatan tujuh sekawan.

Mereka jadi lupa langsung tentang kehadiran
surat misteri itu. Tamat sahaja loceng waktu
rehat, The Wannababes berpecah menuju ke
kelas masing-masing.

kkll

Keesokan harinya, waktu rehat juga… The
Wannababes menerima sepucuk surat merah
jambu lagi! Tetapi kali ini surat itu diiringi dengan
sebuah hadiah yang berbalut kemas. Siap ada
reben bulat lagi berwarna hitam. Bungkusan
dengan padanan merah jambu dan hitam itu amat
gothic dan menarik hati. Di atas hadiah tersebut
juga ada sekeping kad kecil tertulis, “Khas Buat
Gadis-Gadis The Wannababes. Bahagi hadiah
sama rata, jangan rebut-rebut ya? Saya tetap
tahu apa yang telah dilakukan! Seseorang
sedang melihatmu…”

Sazzy menjadi orang pertama yang
memegang kotak itu. Membelek-belek kad kecil
dengan teliti di belakang dan di hadapan, Sazzy

9

Eima Manan

kini memerhati kotak itu gaya pegawai penyiasat
yang sedang memeriksa bukti jenayah. Habis
dilihatnya hingga ke tepi-tepi kotak… manalah
tahu ada tertulis nama si pengirimnya.

“Tidak ada tandatangan dan nama pengirim
juga kali ini. Pelik betul! Memang seperti sengaja
mahu main-mainkan kita. Geramnya! Kalaulah
saya tahu siapa dia, saya akan karate cukup-
cukup biar patah tulangnya. Dia ingat kita takut
dan pengecut, agaknya!” Sazzy meluahkan rasa
geram.

Fazura, Diana dan Nana kini turut sama
menggigit bibir kerana menahan berdebar. Shasha
berkerut muka, bagaikan cuba mengingat kembali
musuh-musuh The Wannababes yang bertindak
menakutkan mereka hingga begini. Linda dan
Fasha sibuk melihat kiri dan kanan. Terasa seperti
berada di dalam siri cerita saspens pula!

“Main sembunyi-sembunyi hantar surat
ugutan dan hadiah misteri, ini mesti kerja
orang penakut. Sekiranya hendak berkenalan,
mengaku sahaja. Sekiranya mahu bergaduh, kita
lawan betul-betul di padang sekolah. Ini tidak…

10

Surat Misteri untuk The Wannababes

rahsiakan identiti dan baling batu sembunyi
tangan. Hmm… jangan-jangan ada pelajar psiko
dalam sekolah kita ini.” Diana dengan mulut
yang tercebik-cebik, antara takut dan marah…
sudah meluahkan geramnya.

“Apa agaknya hadiah yang diberikan
kepada kita? Jika betul abang kantin yang
mahu menyakat, sudah tentu diberinya tulang-
tulang sisa makanan. Cuba bau dahulu kotak
itu sebelum membukanya. Entah-entah ada bau
hanyir!” Fasha masih lagi meletakkan prasangka
pada abang kantin.

Linda yang sedang memegang kotak hadiah
sederhana besar itu cuba mengikut arahan
Fasha. Terkembang dan terkempis hidungnya
yang mancung itu cuba menyedut bau dari luar
kotak tersebut… seolah-olah sedang mencium
aroma manis tujuh kek cawan yang enak-enak
lagi menyelerakan buat mereka semua. “Tiada
apa-apa bau selain bau kertas pembalut ini.”
Linda menjawab dengan muka budak ingin tahu.
Apalah isi hadiah tersebut agaknya? Memang
tidak mungkin dapat dijangka!

11

Eima Manan

“Mari sini… biar saya pula yang bau! Mana
tahu, hidung awak tersumbat.” Fazura kini
mengambil tugas menghidu pula. Hehehe…
sekali lihat sudah seperti anjing CSI!

“Sudah… sudah…sudah! Sedari tadi kita asyik
terbau-bau macam musang, sampai berjanggut
pun tidak tahu apa isi kandungannya!” Shasha
sudah hilang sabar. Dia mahu segera membuka
balutan hadiah tersebut.

“Bagaimana sekiranya di dalam kotak itu ada
kek red velvet? Kita pula sudah menggoncang
dengan kuat bagi mengetahui isinya. Alahai…
tentu kek-kek itu sudah hancur dan penyek.”
Tiba-tiba sahaja Linda bersangka baik. Malah
sudah tertelan air liur apabila mengingatkan kek
red velvet kegemarannya.

Kini semua mata memandang ke arah mata
Linda yang memakai kanta lekap berwarna coklat
hazel dengan penuh geram. “Linda, sekiranya
orang tersebut mengirim kek red velvet pun,
entah-entah kek itu sudah diracun ataupun diletak
julap! Mana boleh makan hadiah daripada orang
yang tidak dikenali! Atau awak sememangnya

12

Surat Misteri untuk The Wannababes

mahu mendapat sakit dan sanggup mati hanya
kerana teringin red velvet?” Nana menyoal
dengan penuh sarkastik. Linda cepat-cepat
menggeleng kepala tanda tidak mahu jadi seperti
apa yang disebut oleh Nana tadi. Mengikut logik
akal, ada kemungkinan 70 peratus tekaan Nana
itu adalah betul.

“Kita asyik bertengkar sahaja, sampai bila-
bila pun tidak dapat buka kotak itu. Sekarang
sudah habis waktu rehat, cepatlah… buka sahaja!
Jangan berteka-teki di sini lagi.” Arahan Fasha
mematikan perbualan berkenaan kek red velvet.
Memang benar, kini loceng sudah berbunyi,
menandakan waktu rehat di Sekolah Sri Bangsar
sudah tamat. Waktu itu juga, pelajar-pelajar lain
sudah berpusu-pusu masuk ke kelas kembali.
Hanya kumpulan The Wannababes sahaja
yang masih bertenang di meja VIP. Yalah, para
pengawas pun tidak berani menegur mereka…
membuatkan mereka boleh kekal terus duduk di
situ.

“Nana, awak buka hadiah itu.” Tiba-tiba
Fazura mengarah seperti polis.

13

Eima Manan

“Kenapa saya? Awaklah yang buka.” Nana
menjawab dengan rasa tidak puas hati. Kadang-
kadang menyampah dengan Fazura yang berlagak
seperti bos besar dalam kumpulan mereka.

“Fazura, buka hadiah itu.” Fasha selaku ketua
sebenar mengeluarkan arahan.

“Saya? Err… apa kata Sazzy yang buka.
Ini kerana Sazzy lebih berani berbanding kita
semua.” Fazura menggunakan psikologi memuji
Sazzy pula.

“Hmm… baiklah.” Terkesan juga dek ayat
psikologi Fazura, Sazzy kini bertindak mencapai
kotak hadiah dan mula membuka rebennya.
Fazura pula menyeringai dan mengerdip-
ngerdipkan mata tanda lega dan perbuatannya
itu sempat dijeling oleh Nana yang tahu sangat
dengan strategi lepas diri si Fazura.

“Saya akan buka kotak ini dengan satu syarat.
Semua ahli The Wannababes mesti berada
dekat dengan saya. Tidak boleh duduk jauh-
jauh dan mengelak. Tidak boleh selamatkan diri
sendiri sahaja. Kita ahli berkumpulan yang susah

14

Surat Misteri untuk The Wannababes

senang bersama. Ingat?” Sazzy memberi syarat
apabila melihat semua The Wannababaes sudah
menjauhinya. Malah Diana sudah bangun dari
meja VIP dan membuat aksi mahu memulakan
larian sekiranya ada perkara tidak baik yang
berlaku sebaik kotak dibuka.

Kini semua mata menyorot pandang ke
arah Diana. Diana jadi tersengih malu sebelum
teragak-agak duduk semula. Itupun secara
terpaksa kerana Fasha dan Shasha sudah bercekak
pinggang. Sebaik memastikan kawasan kantin
sudah tiada pelajar lagi, kini Sazzy mula menarik
reben terakhir pada kotak tersebut.

“Okey, bersedia semua? Satu, dua, dua
setengah, dua perempat… TIGA!”

Penutup kotak itu kini terbuka luas dan
sekaligus mempamerkan isinya!

“Argh! Geli… geli… geli! Lari… lari… lari!”
Ketujuh-tujuh The Wannababes lari berterabur
sambil terpekik terlolong entah ke mana!
Terkangkang-kangkang mereka semua lari
menjauhkan diri daripada ‘benda’ itu. Paling
dasyat, Fazura pengsan terjelepuk di situ juga!

15

Eima Manan

kkll

Linda menjadi orang pertama yang bertindak
merenjis air ke muka Fazura. Muka Fazura
berkerut-kerut menahan rasa basah sebelum
matanya terbuka sedikit. Beberapa saat berlalu,
dia pantas terduduk kembali dan sedar daripada
pengsan tadi.

“Mana binatang itu? Lari… lari… lari!” Fazura
sudah membeliak mata dan mahu bangun segera
dari duduknya. Tangannya tergawang-gawang
cemas dan mahu lari dari pautan Linda. Sekali
pandang, Fazura seperti orang yang baru terlepas
dari wad gila.

“Faz, kita semua takut tadi kerana membuka
kotak misteri. Semua orang lari, tetapi awak buat
kami semua risau kerana jatuh pengsan. Nasib
baiklah ‘benda’ itu mati terpenyek kerana Sazzy
berani menghentaknya dengan kotak. Dan, nasib
baik juga kita buka kotak waktu semua pelajar
sudah tiada di kantin. Jika tidak, habis malu
kita dan haru biru jadinya.” Fasha menjelaskan
dengan panjang lebar.

16

Surat Misteri untuk The Wannababes

“Sekarang surat misteri dan hadiah daripada
orang yang tidak diketahui ini sudah menjadi
kes berat. Kita mesti siasat siapa si pengirim ini.
Esok, awal-awal pagi lagi kita mesti cari siapa
pengirimnya.” Kini Fasha mengetap bibir, dia
sudah geram pada tahap maksima!

Adakah patut, si pengirim surat misteri itu
menghantar seekor ular pucuk betul dan juga
tujuh ekor ular plastik! Walaupun saiz ular itu
amat kecil, ia tetap menggelikan. Tambah lagi
apabila ular itu terbang ke atas kepala Fazura
sampaikan Fazura pitam kegelian. Mujur Sazzy
bertindak berani menguis ular kecil itu daripada
rambut Fazura dan menghentaknya dengan
kotak sekuat hati hingga mati.

Aduhai… mengapalah malang sangat nasib
Fazura? Dahulu ketika misi menjadi Jutawan
Gedik dan mencari cicak tokek di hutan, Fazura
tidur memeluk biawak. Sekarang dengan ular
pula! Adakah Fazura ada ciri-ciri tertentu yang
membuatkan haiwan-haiwan reptilia tertarik
berdamping dengannya?

17

Eima Manan

“Hai mambang ular… mambang biawak,
berdampinglah wahai si mambang dengan Fazura
yang cantik jelitawan!” Diana membaca mantera
yang diubahsuainya daripada cerita P. Ramlee.
Semua orang tergelak kecuali Fazura, hilang
sekejap ketar lutut mereka yang bagaikan mahu
tercabut apabila melihat isi di dalam kotak tadi!

kkll

Hari yang berikutnya… Fasha mengarahkan Linda
dan Sazzy bagi melihat siapa punya angkara yang
mengirimkan surat-surat misteri kepada The
Wannababes. Linda dan Sazzy dengan berbesar
hati menurut perintah dan keluar kelas setiap kali
habis pembelajaran sesuatu subjek. Kononnya
mereka mahu ke tandas, tetapi sebenarnya
mereka menjenguk ke kantin bagi melihat
manusia yang mengirim surat misteri.

Hampir lima kali ke kantin dan menunggu
lima minit setiap kali ke situ, malangnya tidak
nampak langsung bayangan manusia yang
mendekati meja VIP. Mungkin si pengirim tidak
lagi mahu menganggu mereka. Namun sangkaan
itu meleset kerana sebaik tiba waktu rehat…

18

Surat Misteri untuk The Wannababes

sampai sahaja di meja VIP The Wannababes, ada
sepucuk sampul surat besar yang terletak elok.

Apabila dibuka isi di dalamnya, kali ini The
Wannababes ternganga ketakutan. Sebuah
patung seakan-akan patung voodoo yang hampir
terputus kepalanya dikirimkan buat mereka.
Apabila menekan perut patung itu, patung itu
mengeluarkan bunyi I KNOW WHAT YOU DID!
Berulang-ulang kali peringatan dan amaran itu
terngiang di telinga, membuatkan semua The
Wannababes pucat muka. “Siapa yang ganggu
kita? Awak rasa macam mana, Fasha?” Sazzy
sudah naik berang.

“Hmm… apa kata kita beritahu sahaja pada
Puan Pengetua tentang gangguan ini. Memang
tidak boleh dibiarkan kerana pengirim hadiah
ini seperti sudah sakit jiwa. Semalam saya
masih teringat-ingat lagi bayangan ular yang
menggelikan. Hari ini pula dapat patung patah
tengkuk! Huhuhu! Terpaksalah saya tidur dengan
lampu terpasang malam ini!” Diana seperti mahu
menangis.

19

Eima Manan

“Saya rasa ini mesti kerja abang kantin yang
gatal itu! Saya akan saman dia nanti!” Fasha
sudah menggenggam penumbuk, dia yakin
benar… abang kantin itu yang melakukannya.
Seketika Fasha memerhati sekeliling, kalau-kalau
ada wajah orang yang disyakinya. Namun semua
pelajar Sri Bangsar menjalani rutin makan di
kantin bagaikan tiada apa-apa yang berlaku. Fasha
jadi keliru, begitu juga ahli The Wannababes yang
lain. Sungguh misteri! The Wannababes seperti
sudah tidak tentu arah. Semalam Fasha mengigau
ada anak-anak yatim mencekik lehernya sampai
mati! Nana pula mimpi ngeri jadi gemuk tiga kali
ganda berbanding Mimi Monira Badak Air. Diana
turut mengalami ketakutan, dalam lenanya…
Ahmad Badwi dan ahli Kadet Polis beramai-ramai
berkadet dengan muka zombie dan mengelilingi
meja The Wannababes di kantin. Semua ahli The
Wannababes tiba-tiba didatangi mimpi ngeri dan
dihantui kesalahan-kesalahan silam seperti dalam
cerita Elm Street.

“Entah-entah meja ini berhantu? Ataupun
kantin sekolah kita berhantu?” Diana sudah
menggigil ketakutan. Patung tadi benar-benar

20

Surat Misteri untuk The Wannababes

menakutkannya seperti patung berhantu. Isi surat
yang diberikan pun sungguh membuatkan dia
rasa sangat berdebar. Apa yang The Wannababes
lakukan selama ini, bagaikan semuanya diketahui
oleh pengirim surat misteri. Tiba-tiba Diana
dihimpit rasa bersalah. Selepas ini dia mahu
bertaubat, tidak akan membuli dan menyakiti
hati orang lain lagi.

“Awak jangan merepeklah, Di. Sekiranya
memang kawasan ini berhantu pun, mengapa
kita sahaja yang kena? Tidak logik! Saya rasa
ini hantu orang punya angkara!” Fazura cepat-
cepat menidakkan sangkaan Diana. Walaupun
dirinya masih takut dan ular yang terbang ke
atas kepalanya tempoh hari masih terasa-rasa…
Fazura yakin ini bukan kerja hantu jembalang. Ini
kerja manusia yang mahu mengenakan mereka!

“Nampak gayanya ada orang sedang
memainkan kita. Mungkin dia berjaya
mengejutkan kita semua, tetapi kita tidak boleh
takut! Kita akan cari empunya angkara sampai ke
lubang cacing!” Sazzy dengan penuh marah sekali,
menumbuk tapak tangan sendiri. Sazzy masih lagi

21

Eima Manan

di tahap yang boleh diselamatkan kerana tiada
mimpi ngeri yang hadir dalam tidurnya.

“Pada saya, kita perlu berjumpa dengan Puan
Pengetua bagi mengadu hal ini. Saya takut si
pengirim itu akan membuat perkara yang lebih
ekstrem lagi. Hari ini dia menakutkan kita di
sekolah… entah-entah esok-esok terbawa-bawa
sampai ke rumah. Lagi bahaya!” Cadangan Shasha
membuatkan kesemua ahli The Wannababes
mengangguk setuju.

“Saya setuju kita beritahu Puan Pengetua
tentang hal ini. Kita bukan takut, kita cuma tidak
mahu hak kita dicabuli sewenang-wenangnya!”
kata Fasha bagi menutup rasa takut.

Semua ahli The Wannababes mengangguk
laju tanda setuju. Mereka bertujuh bergegas ke
bilik pengetua.

kkll

“Puan, kami mahu mengadu tentang gangguan
misteri. Ada orang telah memberi surat misteri
kepada kami dengan pelbagai ugutan. Setiap hari,

22

Surat Misteri untuk The Wannababes

dia mengirimkan sesuatu bagi menakut-nakutkan
kami.”

Fasha kini menjadi jurucakap The Wannababes,
meletakkan kesemua barang pengirim misteri
yang dihantar kepada kumpulannya di atas meja
Puan Pengetua. Surat ditulis gaya darah, kotak
berisi ular plastik dan anak patung voodoo itu
menjadi bukti mereka sememangnya diganggu.

Puan Pengetua berkerut dahi melihat semua
barang itu. “Gangguan misteri? Mengapa pula
ada orang hendak buat gangguan misteri di
kawasan sekolah dan mengapa pula dia mahu
mengganggu kamu semua?”

“Mungkin dia mahu membalas dendam!”
jawab Fazura secara spontan. Linda sempat
menyiku Fazura yang bermulut lancang.

“Balas dendam atas sebab apa? Kamu pernah
menyakiti hati sesiapa sebelum ini?” pertanyaan
Puan Pengetua seolah-olah membuatkan ahli
The Wannababes terperangkap dalam dosa yang
pernah dilakukan. Memang banyak silap The
Wannababes antaranya dengan Mimi Monira,
Syazel, Farah, Ina dan Ahmad Badwi. Namun

23

Eima Manan

mana mungkin mereka mengaku kesalahan diri
sendiri.

“Hmm… mungkin juga dia mahu bergurau
dengan kamu sebagaimana kamu pernah
bergurau dengan orang lain? Kamu sudah siasat
hal ini dalam-dalam?”

“Kami cuba menyiasat siapa si pengirim itu
tetapi malangnya si pengirim tidak memunculkan
diri. Itu yang menghairankan kerana setiap kali
waktu rehat… mesti ada surat misteri ini.” Shasha
menjawab pula.

“Kamu ada syak sesiapa?” Puan Pengetua
sudah menyoal, persis seperti seorang pegawai
penyiasat dalam kebanyakan drama Melayu.

“Kami syak dua orang, satu mungkin… Syazel
Zulkarnain. Ini kerana kami pernah mengacau
bekas teman tapi mesranya iaitu Mimi Monira
sehingga mereka terpaksa berpisah dan tidak
bertemu lagi. Kedua, ada pekerja kantin yang
cuba-cuba memikat kami. Dia pernah mahu
belanja mi goreng, tetapi kami tolak begitu
sahaja. Mungkin atas sebab itu, dia menjadi jatuh
hati dan gila bayang… lalu membuat gangguan-

24

Surat Misteri untuk The Wannababes

gangguan misteri ini.” adu Fasha selaku ketua
kumpulan.

Ahli yang lain terangguk-angguk, mengiakan
apa yang diberitahu oleh ketua mereka.

“Baiklah… saya akan siasat kes ini. Kamu
tunggu sebentar, saya akan berbincang dengan
Cikgu Amnah sekejap.” Semua ahli The
Wannababes mengangguk. Puan Pengetua
menelefon nombor talian Cikgu Amnah dan
menyuruhnya datang ke dalam bilik tayangan.

“Mari semua, ikut saya. Ini kes besar dan kita
tidak boleh biarkan ianya berpanjangan. Mungkin
pelajar lain juga ada yang menghadapi masalah
seperti kamu semua. Kita akan lihat melalui
CCTV yang dipasang di kantin… kalau-kalau ada
perkara yang mencurigakan dan boleh nampak
dalang di sebalik semua perkara.” beritahu Puan
Pengetua dengan sungguh-sungguh.

Sekejap The Wannababes jadi seperti anak
itik mengikut Puan Pengetua dari belakang
menuju ke bilik tayangan. Apabila sampai ke bilik
tayangan itut, ada juga beberapa orang pemuda
dengan pelbagai peralatan video. Cikgu Amnah

25

Eima Manan

juga sudah ada di situ dengan penampilan jambul
yang luar biasa kembangnya. Hmm… berapa jam
agaknya mahu membentuk jambul sebegitu pada
setiap pagi? Berapa banyak semburan gel rambut
yang diperlukan supaya jambul tegak berdiri
selama 8 jam di sekolah? Hanya Cikgu Amnah
sahaja yang tahu!

Kini Puan Pengetua mendekati Cikgu Amnah
seolah-olah ingin memberitahu sesuatu. The
Wannababes pasti… Puan Pengetua sedang
menerangkan kembali tentang kes yang berlaku
kepada guru disiplin Sekolah Sri Bangsar.

“Okey, cuba buka video rakaman di kantin
pada beberapa hari yang lepas.” Cikgu Amnah
mengarah beberapa orang pemuda yang berada
di dalam bilik tersebut. Fazura sempat bermain
mata dengan lelaki yang berbaju merah. Mukanya
seperti Aaron Aziz. Kacak, memakai topi hitam
dan lengannya berketak-ketak. Amboi, sempat
sahaja Fazura menggatal!

The Wannababes pula diarahkan duduk di
kerusi sambil melihat tayangan rakaman kamera
litar tertutup yang bakal ditayangkan sebentar

26

Surat Misteri untuk The Wannababes

lagi. Semuanya mengikut arahan dan berdebar-
debar kerana tidak sabar mahu mengetahui siapa
yang meletakkan surat misteri di atas meja VIP
mereka.

Apabila tayangan bermula, The Wannababes
ternganga kerana dapat melihat lakonan semula
diri mereka sewaktu berada di meja VIP kantin
sekolah. Apa yang mereka bualkan, jelas sekali
butir bicaranya! Ini betul-betul mengejutkan!
Fazura sudah termalu sendiri kerana kononnya
cuba menggoda abang kacak yang mukanya
macam Aaron Aziz. Semua perlakuan dan
perbualan mereka dirakam dari A sampai Z…
dari Alif sampai Ya. Malah rakaman aksi Fazura
pengsan juga dapat dilihat dengan jelas. Memang
memalukan!

Fasha sudah mengetap bibir tidak puas hati.
Begitu juga dengan Shasha. Mereka berasa
seolah-olah dipermainkan!

“Apa makna ini semua? Adakah pihak sekolah
sengaja merakam perbualan dan kelakuan kami
secara rahsia selama ini?” Fasha bertanya dengan
muka kehairanan bercampur geram. Dia betul-

27

Eima Manan

betul tidak puas hati! Apa yang dia nampak
dalam rakaman video tadi penuh dengan reaksi
mukanya yang pelik-pelik akibat terkejut dengan
gangguan psikologi berbentuk surat misteri.
Buruk benar semua wajah The Wannababes,
macam nenek kebayan semuanya kerana terkejut,
takut, pucat lesi dan ada yang hampir menangis.

Lebih buruk adalah semasa mereka bertujuh
bertempiaran lari berterabur kerana terkejut ada
ular pucuk dalam kotak! Perbualan-perbualan
rahsia mereka juga dirakam. Habis segala
rancangan membuli orang selama ini terbongkar!
Cukup memalukan.

“Maaf, saudari-saudari semua. Sebenarnya
ini bukan salah Puan Pengetua ataupun Cikgu
Amnah. Ini semua hanyalah projek praktikal bagi
pengajian kami di tahun akhir pengajian reka
video dari Universiti Selatan Malaysia. Tugasan
kami adalah perlu merakam ekspresi muka
seseorang apabila berada di dalam ketakutan…
sama ada sama ataupun tidak seperti kebanyakan
cerita-cerita seram. Hmm… kononnya ala-ala
macam rancangan Mythbuster. Pernah tengok?

28

Surat Misteri untuk The Wannababes

Rancangan itu membuat kajian tentang kesahihan
sesuatu perkara ghaib yang terjadi di dalam
cerita. Lebih kurang begitulah kajian kami tetapi
kami lebih menjurus kepada pengurusan emosi.
Sekiranya di Malaysia, ia ala-ala macam siri The
Seekers. Kami membuat kajian kes tentang emosi
negatif saudari-saudari semua melalui gangguan
yang pelik-pelik yang dialami. Melalui itu, kami
boleh simpulkan… ada yang berani dan ada
yang berasa takut. Bukan itu sahaja, kami juga
mengkaji memek muka ketika berasa takut. Mata
terjegil, mulut terlopong, dahi berpeluh, dan
sebagainya. Kami mahu tahu respons seseorang
apabila berada di dalam ketakutan. Lain orang,
lain cara mengatasinya.”

“Jadi, mengapa kami dijadikan bahan ujikaji?
Mengapa tidak orang lain atau di kalangan kamu
sendiri? Sengaja mahu menjatuhkan air muka
kami?” marah Fazura pula.

“Eh, bukan… bukan begitu saudari. Kajian
ini perlu dibuat ke atas orang yang sama.
Saya mendapat tahu tentang meja VIP The
Wannababes dari ibu saudara saya iaitu Cikgu

29

Eima Manan

Amnah. Jadi itu sebabnya kami letakkan satu
kamera litar tertutup berhampiran dengan
meja VIP saudari semua. Hanya kumpulan The
Wannababes yang duduk di meja yang sama
setiap hari… tanpa gagal. Pelajar Sri Bangsar yang
lainnya bertukar-tukar tempat rehat mengikut
siapa yang keluar cepat ataupun lambat. Itu
sebabnya The Wannababes terpilih menjadi
ujikaji.”

Waktu itu ahli The Wannababes sudah
berbalas pandangan. Sekiranya hendak
mengamuk, pemuda itu adalah anak saudara
Cikgu Amnah yang amat garang. Sekiranya mahu
dibentak-bentak, Cikgu Amnah sendiri berada di
hadapan mata.

“Hmm… mengapa saya tidak pernah perasan,
berhampiran meja kita ada CCTV?” Shasha
musykil bertanya sambil menggaru dagu licinnya
lalu diiringi anggukan setuju daripada ahli yang
lain.

“Ya, memang tidak perasan kerana saudari-
saudari semua ingatkan haruman Ambi Pure yang
melekap di dinding berhampiran meja itu adalah

30

Surat Misteri untuk The Wannababes

wangian semata-mata tetapi sebenarnya di
dalam bekas haruman itu ada lensa CCTV. Kami
terpaksa berbuat begitu bagi merakam aksi paling
spontan. Sekali lagi saya minta maaf daripada
saudari semua.” kata pemuda merangkap anak
saudara cikgu Amnah.

“Boleh kami tahu, waktu mana surat itu
diletakkan?” tanya Fasha.

“Surat itu diletakkan betul-betul satu
minit sebelum loceng rehat berbunyi. Ini bagi
mengelak pelajar lain yang membuka ataupun
mengambilnya.”

“Jadi selama ini kami dijadikan bahan ujikaji
emosi? Itu sahaja? Fuh! Saya ingatkan surat-surat
misteri itu betul-betul ugutan sampaikan kami
semua mengigau malam ketakutan! Macam
Wakenababes pula!” Shasha menggeleng kepala
bersungguh-sungguh.

“Adakah sekarang segala aksi kami juga
dirakam?” Linda memandang sekeliling, bagaikan
mencari CCTV tersembunyi.

“Ya, kami terpaksa rakam kerana ini juga
termasuk dalam silibus perancangan membuat

31

Eima Manan

video yang diarahkan. Kali ini tajuknya…
pengurusan emosi apabila mendapat berita yang
mengejutkan.”

“Jadi, apakah rumusan tentang emosi kami
semua? Boleh beritahu?”

“Oh, emosi ini terjadi dengan sendirinya.
Apabila mengalami ketakutan, pelbagai emosi
negatif yang akan timbul seperti yang kita lihat di
dalam rakaman tadi. Itu normal dan kebanyakan
manusia memang begitu apabila takut. Tetapi
ada juga yang berani mengatasi rasa takut
seperti Sazzy dan Linda. Sazzy dan Linda tidak
cepat melatah kerana mereka lebih suka berfikir
dan menyiasat dahulu. Contohnya menghidu
tentang surat yang ditulis dengan dakwat merah.
Manakala Shasha pula cepat terperanjat dan terus
membuang surat itu. Dan yang lain-lain banyak
membuat spekulasi yang tidak berasas. Ekspresi
muka ketika ketakutan amat menonjol, malah
ada yang lari lintang-pukang apabila membuka
kotak berisi ular pucuk. Nampaknya dalam
banyak-banyak elemen yang menakutkan…
perempuan memang paling takut pada ular dan
haiwan menggelikan. Apa pun, kami mohon

32

Surat Misteri untuk The Wannababes

maaf sekali lagi kerana kami merakam segala aksi.
Paling berharga memanglah aksi Fazura pengsan
kerana rambutnya dihinggapi ular.”

Semua orang ketawa apabila video itu
dimainkan kembali. Malah Fazura sendiri
tersenyum kerana dapat melihat diri sendiri
tergedik-gedik beraksi di kaca TV. Apa pun, The
Wannababes tidak jadi marah dan berasa lega
kerana tiada ugutan yang sebenar-benarnya
berlaku ke atas mereka. Jika tidak, memang
mereka dalam ketakutan dan terus berspekulasi
tentang siapakah musuh yang mahu membalas
dendam!

The Wannababes selepas ini bolehlah kembali
tidur lena di malam hari setelah berhari-hari
menjadi pelakon telemovie bertajuk ‘Misteri
Seram Sejuk-sejuk Beku’. Anak saudara Cikgu
Amnah itu juga telah membelanja mereka makan
kek Red Velvet. Sudah tentu Linda yang paling
gembira dan tersenyum hingga telinga!

Selesailah segala misteri dan terjawablah
segala teka-teki!

@[email protected]
33


Click to View FlipBook Version
Previous Book
abc Act BK2
Next Book
วิธีการเข้าห้องเรียนออนไลน์