Kisah Sang Kancil
dengan Gajah
pss@skdesaputra
Bermulalah kisah pada suatu
petang sang kancil yang cerdik
bersiar-siar didalam hutan
belantara.
Sedang ia bersiar-siar tiba-tiba
sang kancil telah terjatuh ke jurang
yang amat dalam.
Ia cuba untuk keluar berkali-kali
malangnya tidak berjaya.
Setelah segala usaha yang
dilakukan adalah sia-sia, sang
kancil pun berfikir;
“Macam mana aku nak keluar dari
lubang yang sangat dalam ini”
Setelah lama berfikir namun tiada
idea yang bernas untuk sang kancil
keluar dari lubang tadi, namun
sang kancil tetap tidak mahu
berputus asa.
Dalam kebuntuan mencari idea,
sang kancil telah terdengar bunyi
tapak kaki yang besar.
“Kalau bunyi tapak kaki macamni,
ni tak lain, mesti gajah ni!”
Kemudian Sang Kancil mendapat
satu idea yang bernas untuk
menyelamatkan diri untuk keluar
dari lubang.
Kemudian sang gajah yang lalu
itupun menegur sang kancil;
“Eh sang kancil, tengah buat apa
tu ?” Tanya si Gajah.
“Menyelamatkan diri!”
“Daripada apa?” Tanya gajah lagi.
“Dari bahaya, cuba tengok di atas
tu , langit nak runtuh, dah hitam”
Balas sang kancil.
Gajah yang dungu ini pun terus
mempercayai sang kancil bulat-
bulat.
“Habis tu macam mana nak
selamatkan diri?” Tanya si gajah.
“Masuklah sekali dalam lubang ini,
kalau langit runtuh pun selamat
kita dekat sini”
Tanpa berfikir panjang sang gajah
pun terus melompat ke dalam
lubang untuk menyelamatkan
dirinya. Kemudian sang kancil pun
mengambil kesempatan untuk
melompat di atas badan gajah dan
terus keluar dari lubang yang
dalam itu.
“Haha, padan muka engkau,
selamat aku” Kemudian sang
kancil pun berlalu pergi
meninggalkan sang gajah yang
masih terpinga-pinga di dalam
lubang tadi”.
Seronok juga bila membaca
cerita kanak-kanak begini.
Teringat masa kecil dulu, inilah
cerita dongeng dan turun
temurun yang diwarisi dari
zaman berzaman. Namun bila
difikirkan kembali, apa yang cuba
untuk disampaikan melalui cerita
ini?
Jadilah seperti sang kancil yang
cerdik tapi tak baik?
Atau jadilah seperti sang gajah
yang baik tapi tak cerdik?
Atau jadilah seperti sang gajah
yang baik tapi tak cerdik?
“Orang baik tak cerdik akan ditipu,
orang yang cerdik tapi tak baik
akan menipu”
Jangan jadi sang kancil seperti
dalam cerita tadi kerana sang
kancil yang cerdik tapi tak baik
telah menipu sang gajah untuk
menyelamatkan diri. Juga jangan
jadi seperti sang gajah kerana
walaupun baik tapi tak cerdik akan
ditipu.
Jadi tiada pilihan lain selain jadi
orang yang cerdik dan baik
kerana orang yang sebegini
tidak akan ditipu juga tidak
menipu.
Dan pengakhiran cerita sang
kancil dan sang gajah itu
sepatutnya begini.
“Eh, sang kancil, tengah buat
apa tu ?” Tanya sang gajah.
“Aku terjatuh dalam lubang
yang besar inilah. Sudah berkali-
kali aku cuba untuk keluar tapi
tak berjaya.
Bagaimana kalau engkau
berjaya tolong aku untuk keluar
dari sini, aku akan bagi tebu
yang paling besar di dalam
hutan rimba ini!” balas sang
kancil
“Oh, ye ke, baiklah tapi aku nak
keluarkan engkau bagaimana?”
“Cuba engkau tengok sekeliling,
mana tau ada dahan kayu ke
pokok tumbang ke untuk
keluarkan aku dari lubang ini”
“Oh aku nampak ada dahan
kayu”
Kemudian sang gajah
menggunakan kekuatannya
menolak tunggul kayu dan
menggunakan belalainya untuk
menolak tunggul kayu ke dalam
lubang.
Kemudian sang kancil pun
keluar dari lubang itu dan
seperti yang dijanjikan,
memberikan sang gajah tebu
yang paling besar dalam hutan
rimba.
-TAMAT-