The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PERPUSTAKAAN DIGITAL SJKC TUNG HUA S2 HEIGHTS, 2021-05-28 03:17:02

Puteri Beradu

Puteri Beradu

P ada masa dahulu, tinggal

seorang raja dan permaisuri di sebuah
negeri yang jauh. Raja dan permaisuri
sangat ingin akan seorang anak.
Akhirnya setelah menunggu selama
sepuluh tahun, mereka dikurniakan
dengan seorang puteri.
Raja dan permaisuri mengadakan
pesta untuk meraikan kelahiran anak
mereka. Mereka mengundang semua
rakyat serta 12 pari-pari.

2



S etiap pari-pari memberi hadiah

kepada bayi itu. Pari-pari yang pertama
menghadiahkan kecantikan, pari-pari
kedua menghadiahkan sifat baik hati,
dan seterusnya. Sebelum pari-pari
yang kedua belas sempat memberikan
hadiahnya, tiba-tiba muncul pari-pari
yang ketiga belas. Pari-pari itu sangat
marah kerana tidak diundang oleh raja.
“Saya juga akan memberi hadiah
kepada puteri!” kata pari-pari
ketiga belas.

4



“P ada ulang tahun puteri yang

kelapan belas tahun, jari puteri akan
tertusuk jarum tenun dan puteri akan
mati!” Pari-pari itu kemudian ghaib!
Semua yang hadir sangat terkejut.
“Apa yang harus kita lakukan?”
tanya raja dengan cemas dan sedih.
“Saya mungkin dapat membantu,”
kata pari-pari yang kedua belas. “Puteri
mungkin tercucuk jarum tenun, tetapi
puteri tidak akan mati. Puteri akan tertidur
sehinggalah datang cinta sejati.”

6



R aja dan permaisuri sangat bimbang

akan keselamatan puteri. Oleh itu, semua
alat tenun di negeri itu dimusnahkan.
Tahun demi tahun berlalu. Puteri itu
dewasa dan menjadi seorang gadis yang
sangat cantik, baik hati, dan lemah lembut.
Semua orang di istana sayang akan puteri.
Tidak lama kemudian, genaplah usia
puteri lapan belas tahun.

8



R aja dan permaisuri mengadakan

pesta besar-besaran untuk meraikan hari
ulang tahun puteri mereka. Ketika sedang
bersiar-siar di taman, puteri mendapati
pintu menara yang biasanya tertutup,
terbuka. Puteri pun menaiki tangga ke
menara itu.
Puteri melihat seorang perempuan
tua sedang menenun di sebuah bilik
kecil di puncak menara.
“Selamat pagi, nenek. Apa yang
nenek buat?” sapa puteri.

10



P erempuan tua itu memandang

puteri. “Masuklah,” katanya.“Nenek
sedang menenun. Marilah cuba,” kata
perempuan tua itu lagi.
Puteri yang tidak pernah melihat
alat tenun menyentuh alat itu dengan
kagu. Ketika itu juga, jari puteri tertusuk
jarum tenun. Dengan serta-merta, puteri
rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri.
Perempuan tua itu kemudian ghaib!

12



B ukan puteri seorang sahaja

yang tertidur. Semua penghuni istana
juga turut tertidur. Raja dan permaisuri
tertidur di singgahsana, askar-askar
tertidur di atas kuda, dan tukang
masak tertidur di dapur. Istana itu
menjadi sunyi sepi.

14



Beberapa tahun berlalu. Istana

itu diliputi lalang dan tumbuhan berduri
sehingga tidak kelihatan dari luar.
Cerita tentang puteri yang
beradu itu tersebar ke negeri-negeri
lain. Ramai putera raja datang untuk
menyelamatkan puteri. Namun, apabila
melihat tumbuhan berduri yang tebal
dan menakutkan, mereka membatalkan
niat mereka.

16



S eratus tahun kemudian, seorang

putera raja datang ke tempat itu. Putera
itu juga telah mendengar cerita tentang
puteri beradu.
“Saya akan bangunkan puteri itu,”
kata putera.
Putera itu sangat gagah dan berani.
Selama berhari-hari putera itu mencantas
tumbuhan berduri yang meliputi istana.
Akhirnya putera itu berjaya masuk
ke istana.

18



P utera mendapati keadaan di istana

itu senyap sunyi. Dia melihat semua
orang sedang tidur. Kucing dan anjing
pun tertidur dengan lena.
Ketika melihat-lihat istana itu, putera
tiba di menara. Dia pun menaiki anak
tangga sehingga tiba di puncak menara.
Putera sampai di sebuah bilik kecil.

20



Putera memasuki bilik itu dan

melihat puteri terbaring di lantai bilik.
“Tentu inilah puteri yang
diceritakan,” fikir putera. Putera jatuh
hati kepada puteri itu.
Tiba-tiba puteri membuka matanya.
Pada masa yang sama, semua orang di
istana turut terjaga. Mereka berasa sangat
gembira. Sumpahan pari-pari ketiga belas
telah berakhir.
Puteri pun berkahwin dengan putera.

22



A Imbas kembali.

1. Siapakah yang tidak diundang oleh raja ke pesta
meraikan kelahiran puteri?

2. Pada pendapat kamu, siapakah perempuan tua yang
menenun kain di menara?

3. Berapakah umur puteri ketika tercucuk jarum tenun?
4. Mengapakah putera-putera raja tidak dapat menyelamatkan
puteri beradu?
5. Bagaimanakah sumpahan pari-pari ketiga belas berakhir?

B Bagaimanakah manusia dan haiwan ini tidur? Tandakan () petak yang betul.


Click to View FlipBook Version
Previous Book
BUKU PROGRAM MESYUARAT AGUNG PIBG
Next Book
Keto Fat Burner België Kopen, Prijs & Pillen Ervaringen