INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB1104 KESUSASERAAN DAN KEBUDAYAAN
MELAYU-PENGHASILAN PRODUK
Nama : ANIS HUSNA BINTI JALALUDDIN
031124060294
No. K/P : 2021242310084
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X3
Program : DR MOHD NAZRI BIN
ZAINUDDIN
Ambilan : 14 MAC 2022
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar :
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar:________________Tarikh : _____________________
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar:_________________Tarikh : _____________________
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR
22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
14 MAC 2022 08 APRIL 2022
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 28 JANUARI 2022 Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN.............................................................................................................................. 2
2.0 TAKRIF KESUSATERAAN MELAYU................................................................................... 3
3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU.......................................... 4
3.1 Prosa Tradisional ................................................................................................................ 4
3.2 Prosa moden......................................................................................................................... 6
3.3 Puisi tradisional ................................................................................................................... 7
3.4 Puisi moden .......................................................................................................................... 8
4.0 FUNGSI SASTERA MELAYU.......................................................................................10
4.1 Alat pendidikan ..............................................................................................................10
4.2 Dakwah.............................................................................................................................10
4.3 Medium protes dan kritik sosial ................................................................................11
4.4 Hiburan.............................................................................................................................11
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI......................................................................................12
5.1 Akal budi dalam pantun...........................................................................................12
5.2 Akal budi dalam syair...............................................................................................12
5.3 Akal budi dalam seloka............................................................................................14
5.4 Akal budi dalam gurindam ......................................................................................15
6.0 RUMUSAN................................................................................................................17
1
1.0 PENGENALAN
Kesusasteraan merupakan bidang yang tidak pernah pupus walaupun zaman bergantian
malah tetap mekar bagi manusia yang hidup di seluruh pelosok dunia bagi mengisi
kekosongan jiwa mereka. Bidang ini mempunyai keunikan daripada bidang yang lain. Bidang
ini membawa keindahan kepada sesebuah masyarakat. Bidang kesusasteraan tidak dapat
lari daripada unsur intelektual walaupun sesebuah karya itu tidak menjadi rujukan. Plato
mengutuk bidang kesenian kerana tidak menambah ilmu pengetahuan dan sekadar tiruan
onjek fizikal. Namun begitu, Aristotle memperbaiki konsep tersebut yang digelar konsep
imitasi. Bidang kesusasteraan mempunyai keunikan intelektual apabila seseorang mengkaji
isi, bahasa dan bentuk kesusasteraan tersebut. Contohnya, penggunaan bahasa selalunya
terpendam perasaan dan pengalaman manusa. Hal ini disebabkan oleh terdapat
penggubahan bahasa sasterayang berunsur tone, tekanan, perlambangan dan perbandingan
yang tidak diperlukan oleh bahasa sains dan bahasa ilmu. Bahasa sastera juga mempunyai
unsur bunyi dan gaya bahasa yang dapat menambah pengalaman kepada pembaca.
2
2.0 TAKRIF KESUSATERAAN MELAYU
Kesusasteraan ialah bentuk ciptaan sei yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan
terbentuk daripada perkataan Sanskrit iaitu susastera yang bermakna huruf atau buku indah
(Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Kesusateraan juga membawa maksud hasil seni atau karya
tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang tertentu.
Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa yang digunakan dalam kitab-kitab.
Kesusasteraan dalam bahasa Melayu diterjemahkan sebagai literature dalam bahasa
Inggeris. Literature pula berasal daripada perkataan literate yang bermaksud huruf atau abjad.
Perkataan literature digunakan untuk tatabahasa dan puisi.
Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu juga berasal daripada perkataan
Sanskrit iaitu sastra. Sas- yang membawa makna mengarahkan, mengajar atau memberi
petunjuk manakala -tra merujuk kepada alat. Dapat disimpulkan bahawa sastra bermakssud
alat untuk mengajar. Bagi istilah susastera pula awalan su- bermaksud baik atau indah.
Imbuhan ke- dan -an membawa maksud yang menyeluruh iaitu segala yang yang tertulis yang
bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan
pengajaran (Prof Dr Hashim Awang).
Dalam konteks pendidikan pula, kesusasteraan Melayu ialah karya asal yang tertulis dalam
bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada dalam bentuk novel,
cerpen, drama, sajak, prosa tradisional, atau puisi tradisional bagi mengimbangi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani disamping memaparkan nilai kemanusiaan dan citra masyarakat.
Hal ini dapat disimpulkan bahawa kesusateraan Melayu merupakan hasil karya Melayu yang
mempunyai kata-kata yang indah, memberi mesej, dan menggambarkan sesuatu perasaan
dan keadaan yang tertentu sama ada mengenai diri sendiri ataupun sekelompok masyarakat.
Sastera juga dapat digambarkan sebagai peribadi berupa pengalaman, pemikiran, perasaan,
idea, semangat ataupun keyakinan dalam bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan
keperibadian melalui pengantara bahasa tidak kira sama ada bermutu atau tidak.
3
3.0 JENIS, BENTUK DAN CIRI KESUSASTERAAN MELAYU
Bentuk kesusasteraan Melayu mempunyai pelbagai ragam kerana mempunyai unsur-unsur
khusus yang membentuk pola secara berbeza untuk tujuan tertentu.
3.1 Prosa Tradisional
Tradisional bermaksud serius dan abadi nilainya, tinggi mutunya dan menjadi standard
kepada yang lain, mempunyai gaya yang sederhana, mempunyai ciri-ciri yang lazim dan tidak
berubah mengikut masa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). Prosa tradisional bermakna bentuk
kesusasteraan yang masih kekal sehingga hari ini dan menjadi sumber pengetahuan yang
masih kekal sehingga hari ini. Prosa tradisional juga merupakan amalan, pengajaran,
sempadan dan pengenalan masyarakat Melayu kepada masyarakat luar. Prosa tradisional
mempunyai sifat yang dapat diwarisi secara turun temurun dimana tidak dapat disamakan
dengan sastera lama. Hal ini kerana sastera lama bersifat sementara. Pada awalnya, prosa
tradisional menerima pengaruh daripada Hindu dan Buddha. Namun begitu, faktor ini kurang
menyumbang kepada perkembangan prosa tradisional. Hal ini kerana bahasa yang
digunakan dan ceritanya sukar untuk difahami. Bahasa yang digunakan dalam prosa
tradisional ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Melayu Kuno. Cerita-cerita dewa yang terdapat
dalam karya prosa tradisional juga banyak mengenai dewa-dewa yang berlainan dengan cara
hidup masyarakat Melayu.
Kesusasteraan prosa tradisional mengalami perkembangan yang positif setelah
kedatangan Islam pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Melalui kesusteraan ini, tulisan Jawi
muncul dan menjadi tulisan penting bagi orang yang beragama Islam. Islam mula bertapak
dan mengambil alih peranan agama Hindu dan Buddha. Kesusasteraan Melayu Klasik
bermula apabila istana dijadikan pusat perkembangannya. Hikayat yang terhasil tidak terhad
kepada bidang kesusasteraan sahaja. Penulisan hikayat juga melibatkan bidang agama,
perubatan dan sejarah. Pertambahan keperluan karya telah berjaya mewujudkan pusat
penyalinan dan penerbitan hasil kesusasteraan. Prosa tradisional disampaikan melalui
bahasa dengan tujuan untuk menyatukan falsafah pencipta dan penerimanya pada masa itu.
Prosa tradisional dapat dibahagikan kepada dua genre iaitu sastera rakyat (lisan) dan
sastera istana (tulisan). Menurut konsep sastera rakyat, sastera bermaksud hasil kreatif yang
mempunyai daya ciptaan imaginasi pencipta yang mengandungi atau menggambarkan nilai-
nilai dengan gambaran dunia sendiri. Masyarakat pula ialah kumpulan manusia yang hidup
secara berkelompok. Rakyat pula merupakan orang biasa yang hidup kolektif bagi
membentuk kekeluargaan yang besar. Sastera lisan bermaksud ungkapan dari mulut ke
mulut, hasil kebudayaan lisan dalam masyarakat tradisional yang isinya dapat disejajarkan
dengan sastera tulisan dalam masyarakat moden (Zaidan et al., 2000). Ciri sastera rakyat
ialah dapat disebarkan dan diwarisi melalui lisan. Sastera rakyat juga bersifat tradisional dan
4
lama. Sastera rakyat wujud dalam variasi berbeza-beza serta bersifat anonimi iaitu
menggunakan nama samaran. Sastera rakyat merupakan hak milik semua rakyat yang
menghasilkannya. Sastera rakyat berbentuk berpola dengan plot yang sama, mempunyai
fungsi tertentu seperti memberi pengajaran secara spontan.
Sastera naritif terbahagi kepada naratif dan bukan naratif. Sastera naratif dikelaskan
kepada mitos, legenda dan cerita rakyat manakala sastera bukan naratif ialah puisi rakyat.
Mitos merupakan cerita yang dianggap benar-benar terjadi dan dianggap suci oleh empunya
cerita dan masyarakat. Kisah mitos mengisahkan kejadian alam semesta, manusia, binatang,
tumbuh-tumbuhan, makhluk halus dan dewa-dewa. Mitos dapat dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu mitos asal usul, mitos institusi sosial dan mitos politik. Mitos asal usul dianggap berlaku
pada masa lampau dan dianggap keramat oleh masyarakat yang menyokongnya. Contohnya,
mitos Tasik Chini yang mempunyai naga Seri Gumum. Mitos institusi sosial pula mengisahkan
tentang asal usul sesebuah institusi sosial masyarakat Melayu. Contohnya, mitos kedatangan
Islam, adat berandam dan semah pantai. Mitos politik mengenai cerita berkaitan struktur
pemerintahan dan kerajaan. Contohnya, cerita mengenai raja-raja Melayu.
Selain itu, legenda pula ialah cerita yang dinaggap benar-benar terjadi tetapi tidak
dianggap suci. Kebiasannya menceritakan tentang sifat luar biasa manusia. Antara legenda
Melayu ialah legenda keagamaan iaitu mengenai cerita orang alim seperti Tok Kenali. Bukan
itu sahaja, jenis legenda alam ghaib yang berfungsi untuk meneguhkan kebenaran mengenai
sesuatu kepercayaan. Contohnya, cerita seseorang yang memasuki alam bunian. Legenda
seterusnya ialah legenda persendirian dan hal ini dapat dibuktikan dengan latar tempat dan
masa. Contohnya, berkaitan kepimpnan Hang Tuah, Si Tanggang dan Puteri Sa’adong.
Legenda tempat pula biasanya mencerita asal usul nama-nama tempat. Contohnya, Batu
Gajah merupakan nama tempat yang diambil sempena batu yang menyerupai bentuk gajah.
Akhir sekali, legenda tokoh seperti Mahsuri yang dianggap benar kerana keberadaan makam
Mahsuri berada di Langkawi.
Seterusnya, cerita rakyat berbentuk prosa dan tidak dianggap benar-benar terjadi
yang merupakan sumber hiburan, menegakkan kebenaran dan mengandungi moral atau
sindiran. Antara contoh cerita rakyat adalah yang berkaitan binatang seperti cerita Sang Kancil
yang bijak dan berjaya memperdayakan haiwan yang lebih besar. Selain itu, cerita penglipur
lara seperti Tok Selampit. Cerita rakyat kebiasannya dituturkan secara lisan dari generasi ke
gerasi dengan tokok tambah sebagai suatu hiburan masyarakat. Dalam cerita rakyat akan
diselitkan dengan puisi tradisional dengan pelbagai tema berkaitan peperangan, percintaan
dan sebagainya. Antara jenis-jenis cerita lawak ialah cerita jenaka yang menimbulkan rasa
gembira. Ciri-ciri cerita ini ialah adanya unsur kebetulan denagn situasi sebenar. Contohnya,
5
cerita Pak Kaduk yang malang dan Pak Pandir yang terlalu bodoh. Cerita teladan juga
dikategorikan sebagai cerita rakyat kerana mempunyai unsur didaktif serta sarat dengan
unsur moral dan pendidikan. Kebiasannya, cerita teladan menceritakan pengalaman suka
duka seseorang tetapi memperoleh kejayaan pada akhir cerita. Contohnya, cerita Bawang
Putih dan Bawang Merah.
Seterusnya, sastera istana iaitu sastera tulisan. Sasterra tulisan mula diperkenalkan
sekitar abad ke-15 dan berkembang dalam istana. Sastera hikayat dikelaskan kepada tiga
jenis berdasarkan unsur Hindu, Islam dan Hindu-Islam. Contohnya, hikayat Gul Bakawali yang
menceritakan kesusahan putera-putera untuk mendapatkan bunga bakawali untuk
menyembuhkan buta ayahandanya. Sastera undang-undang pula dijadikan sebagai bahan
kajian tentang sistem pemerintahan, pentadbiran dan susun lapis masyarakat. Genre ini
dikenali sebgaai adat Temenggung dan adat Perpatih. Contoh sastera undang-undang ialah
Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Pahang. Sastera epik pula berkaitan dengan
karya yang mementingkan ciri kepahlawanan dan keperwiraan. Gambarannya diberikan
secara berlebih-lebihan sehingga menjadi sempurna dan disanjung mansyarakat. Contohnya,
hikayat Hang Tuah dan hikayat Amir Hamzah. Sastera panji pula karya berkaitan
pengembaraan, percintaan dan peperangan. contohnya, watak Panji mengalami pelbagai
peristiwa sebelum bertemu kekasihnya. Akhir sekali, sastera agama yang menumpukan
tentang kehebatan Nabi Muhammad dalam menyebarkan Islam di seluruh dunia. Contohnya
dalam hikayat Bulan Berbelah.
3.2 Prosa moden
Hasil karya selepas tahun 1800 Masihi digolongkan sebagai sastera moden. Hal ini bertujuan
untuk memudahkan kita untuk memahami bentuk dan unsur perbezaan dalam sastera
Melayu. Contohnya, sajak bebas pada hari ini amat berlainan dengan puisi moden seperti
pantun dan syair. Antara bentuk prosa moden ialah cerpen. Cerpen ialah gabungan dua
perkataan iaitu cerita pendek. Cerpen berkembang apabila kegiatan persuratan Melayu
mencapai zaman kegemilangannya. Cerpen dijadikan alat untuk menggambarkan sikap,
perasaan, pandangan dan fikiran pengarang serta gambaran sesuatu zaman. Cerpen
membawa satu tema dan beberapa persoalan untuk memberi kesan kepada pembaca.
Penulisan cerpen mempunyai satu plot sahaja dan berkembang dengan teliti serta tidak rumit.
Kebisaanyya berlaku pertentangan antara watak protagonis dan antagonis yang menimbulkan
konflik.
Novel pula prosa rekaan yang panjang yang mengandungi sebahagian daripada
sesebuah kehidupan. Perkataan novel berasal daripada bahasa Itali iaitu novella yang
bermaksud benda kecil yang bermakna. Novel merangkumi tiga faktor yang berkait iaitu
pengalaman peribadi, realiti rencam hidup dan imaginasi. Idea yang tercetus daripada ketiga-
6
tiga rangkuman ini berkisar mengenai tahap kehidupan manusia dan berlegar di sekitar
kehidupan manusia. Antara novel kemasyarakatan yang dihasilkan oleh Harun Aminurrashid
ialah Minah Joget Moden yang menceritakan sikap negatif masyarakat terhadap penari-penari
joget. Selain itu, novel semangat kebangsaan seperti Pahlawan Rimba menyampaikan
persoalan semangat kebangsaan pejuang Melayu. Novel melayu melalui zaman
kegemilangan pada tahun 1960-an. Peraduan mengarang pada ketika itu berjaya melahirkan
naskhah yang berkualiti dan pengarang-pengarang baru seperti Abdul Samad Said.
Drama digolongkan dalam genre prosa moden yang digunakan untuk menyampaikan
mesej atau pemikiran dalam bentuk karya sastera. Unsur-unsur yang mendukung drama ialah
skrip drama yang menjadi panduan kepada pengarah. Selain itu, pengarah perlu
menyelaraskan pementasan drama tersebut. Seterusnya, watak yang memegang peranan
yang ditulis dalam skrip. Akhir sekali, panggung bagi tujuan pementasan drama tersebut
merupakan unsur yang penting yang perlu diambil kira dalam suatu drama. Unsur seperti
cahaya, bunyi, pakaian, tatarias dan penonton juga penting dalam kesempurnaan
pementasan drama.
3.3 Puisi tradisional
Puisi ialah genre sastera paling awal bagi bangsa di dunia. Epik Iliad dan Odyssey merupakan
puisi masyarakat Eropah. Masyarakat Hindu pula menghasilkan puisi Mahabharata dan
Ramayana. Bangsa Arab pula menggantung puisi-puisi terbaik di Ka’abah pada zaman
Jahiliah. Orang Melayu pula dengan puisi yang dinamakan pantun.
Pantun ialah kaedah rangkapan yang tertua kepunyaan masyarakat Melayu. Orang
Melayu pandai berbalas-balas pantun sebelum tahu menulis surat. Terdapat pantun dua
rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun
berkait. Pantun juga dapat didefinisikan dalam aspek dalaman dan luaran. Unsur dalaman
meliputi unsur estetik dan isi. Unsur estetik dapat dilihat melalui penggunaan lambang tertentu
dan hubungan makna asntara pasangan pembayang-pembayang sama ada secara konkrit
atau abstrak (Mat Piah, 1989). Bentuk pantun berdasarkan bilangan baris dalam rangkap iaitu
dua kerat, empat kerat, enam kerat, lapan kerat, dua belas kerat dan pantun berkait. Pantun
yang popular ialah dua kerat dan lapan kerat. Ciri-ciri pantun ialah berdasarkan bilangan baris
dalam rangkap. Pantun dapat dibahagikan berdasarkan fungsi dan kandungan pantun itu
sendiri. Antaranya ialah untuk menghibur, nasihat, menduga akal, meluahkan perasaan,
menyampaikan hasrat seni, menyedapkan cakap, menyampaikan hasrat tersembunyi,
agama, budi, jenaka, percintaan dan perpisahan.
Gurindam pula satu bentuk puisi Melayu yang diperkenalkan oleh Raja Ali Haji melalui
Gurindam Dua Belas yang dikarang pada 1846. Gurindam mempunyai bentuk terikat yang
7
terdiri daripada dua baris serangkap yang mengandungi tiga hingga enam patah perkataan
dengan rima akhir ‘a’. bilangan suku kata antara 8 hingga 12 dan gurindam ememrlukan
beberapa rangkap untuk melengkapkan keseluruhan idea. Gurindam juga dikatakan berasal
daripada bahasa Tamil iaitu iridam dan kirandam yang bermaksud puisi secara terbuka. Za’ba
mentakrifkan gurindam sebagai syair melaratyang tetap sukatan atau rangkapan. Sultan
Muhammad pula mengatakan bahawa gurindam adalah sebuah sajak yang terjadi dua baris,
yang menjadikan baris pertama ialah syarat dan baris kedua akibat.
Syair ialah sebuah puisi berlagu yang berasal dari Parsi dan dibawa masuk ke
Nusantara melalui kedatangan Islam. Syair disesuaikan mengikut kesesuaian bahasa Melayu
ketika itu. Syair juga dikatakan berasal dari Arab iaitu ‘sy’ir’ tetapi bentuknya amat berbeza
berbanding kesusasteraan Arab. Dalam bahasa Melayu, istilah syair menjadi satu istilah yang
khusus. Syair Melayu tidak sama dengan tradisi Arab. Syair Melayu mempunyai empat baris
serangkap dengan rima akhir ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Setiap suku kata mengandungi 4 hingga 5 patah
perkataan dan suku kata diantara 8 hingga 12 suku kata bagi setiap baris. Setiap baris
mempunyai hentian dan setiap rangkap memerlukan rangkap lain untuk melengkapkan idea.
Syair juga berfungsi untuk mengemukakan cerita, kisah, buah fikiran, nasihat dan puji-pujian.
Setiap untai syair juga mempunyai awalan dan akhiran.
Sekola berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh,
berjenaka dan menyendir (Harun Mat Piah, 1989). Seloka dikenali di Alam Melayu semasa
perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara. Seloka terawal ialah Mahabharata yang
mempunyai 100000 rangkap dan Ramayana yang mempunyai 24000 rangkap. Seloka
mempunyai unsur pepatah dan bidalan yang mengandungi jenaka kerana merupakan salah
satu puisi tradisional yang berangkap. Isi dan mesejnya sarat dengan sindiran yang berguna
untuk menjadi pengajaran yang berguna sebagai pengajaran kepada pendengar atau
pembaca seloka. Seloka Melayu kebanyakannya ditulis dalam bentuk terikat iaitu empat baris
serangkap seperti pantun seloka tetapi lebih mirip dengan pantun atau syakir. Seloka juga
ditulis dalam bentuk ebas iaitu setiap baris merupakan isi bagi puisi seperti seloka Pak Pandir.
3.4 Puisi moden
Satu-satunya genre puisi moden ialah sajak. Sajak merupakan puisi baru yang popular
sebagai pilihan kepada puisi tradisional (Hashim Awang, 1984). Sajak ialah puisi yang lebih
bebas yang terikat kepada sesuatu pola khusus. Ada ketikanya sajak memerikan ciri mantra,
rima dan rentak. Sajak mementingkan keberkesanan pengucapan perasaan melalui pemilihan
kata-kata yang terjalin menurut erti serta irama. Sajak juga membawa makna pengucapan
perasaan dengan perasaan yang ada di dalamnya mengandungi fikiran dan tanggapan. Sajak
merupakan suara hati seseorang atau luahan jiwa bukan sekadar mainan kata semata-mata.
Sajak yang baik membawa gagasan serta pemikiran yang dapat menjadi renungan
8
masyarakat. Sajak dibentuk dengan kata-kata yang terbaik menjadikannya sebagai karya
bersifat harmonis antara kata dan maksud. Puisi moden ini tidak terikat pada peraturan serta
diksi, pembentukan rangkap, baris dan rima akhir seperti dalam puisi tradisional. Terdapat
nama penulis yang menajdikannya hak ke atas sesebuah karya yang berbeza dengan puisi
Melayu tradisional yang dimiliki bersama.
9
4.0 FUNGSI SASTERA MELAYU
Kewujudan sastera Melayu memperlihatkan kemahiran gaya bahasa, struktur cerita dan
peranan dikdaktik yang didukung sastera itu sendiri. Dapat kita lihat asatera pada zaman
dahulu tidak sama seperti sekarang disebabkan oleh perkembangan budaya yang sentiasa
berlaku.
4.1 Alat pendidikan
Kesusasteraan mampu menjadi alat pendidikan kerana kisah-kisah yang ditulis adalah
berdasarkan pengalaman sendiri. Pengalaman ini yang dijadikan panduan untuk menulis
prosa atau puisi yang membolehkan pelajar menjiwai unsur dan nilai dalam suatu karya
sastera. Aspek yang perlu pelajar jiwai ialah aspek kerohanian, kemanusiaan,
kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan dan bangga serta conta akan tanah air.
Sastera Melayu juga berperanan membina insaniah dalam kehidupan manusia. Pemimpin
negara perlu diterapkan dengan konsep membina modal insan. Hal ini supaya generasi
seterusnya mempunyai nilai kemanusiaan dalam sesuatu tindakan yang diambil dan tidak
berada di bawah telunjuk orang lain. Kita dapat lihat bagaimana individu yang bijak pandai
sekarang tidak mempunyai nilai kemanusiaan ketika melakukan suatu tindakan kerana tidak
mempunyai jati diri. Jelas sekali di Malaysia amalan rasuah, keruntuhan moral dan gejala
sosial tidak dapat dibendung kerana nilai kemanusiaan tidak diterapkan dalam diri. Melalui
karya-karya sastera, sekurang-kurangnya pelajar dapat mempelajari sesuatu secara tidak
langsung.
4.2 Dakwah
Pembangunan sastera Islam di Alam Melayu digerakkan dari pengaruh dakwah dan
harakat pengislaman yang semakin luas melalui gerakan Islamisasi yang bermula pada abad
ke-13 Masihi. Ledakan dari gejala Islamisasi telah emmulakan babak baru dalam sejarah
persuratan Melayu-Islam. Ismail Hamid memberikan beberapa ciri yang dapat digunakan
untuk menentukan sesebuah karya boleh digolongkan sebagai sastera Islam dan bersifat
memberi dakwah atau bukan. Antara cirinya ialah cereka Islam mestilah menekankan tentang
kepentingan fungsi dan amanat cereka tersebut. Sastera Islam mestilah membawa amanah
keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Selain itu, pengarang sastera Islam mempunayi
daya kreativiti penuh estetik tetapi imaginasinya harus tidak membatasi ruang yang
bertentangan dengan Islam. Seterusnya, watak manusia tidak semetinya sempurna kerana
gambaran manusia dalam Al-Quran adalah tidak sempurna. Sastera Islam menyumbang
dalam pembentukan akhlak manusia Melayu oleh sarjana. Hal ini dapat mengukur sejauh
mana sumbangan sastera Islam di Alam Melayu. Teks-teks sastera Islam tidak lagi terhad
kepada cerita para nabi tetapi terbuka kepada cereka lain seperti puisi.
10
4.3 Medium protes dan kritik sosial
Sastera merupakan rakaman kehidupan manusia daripada pelbagai dimensi dan
sudut pandang. Perkara yang dipaparkan dalam sastera adalah sesuatu yang berlaku dan
terjadi dalam kehidupan manusia. Oleh itu, karya sastera bukan sahaja merakamkan sesuatu
yang luar biasa tetapi perkara biasa yang dikembangkan menjadi karya kreatif yang bersifat
indah. Kebiasaannya karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia dan
ketiga-tiga faktor ini saling berkait. Kehidupan masyarakat yang mempunyai pelbagai susun
lapis mewujudkan jurang. Implikasinya, tindakan dan susila adab untuk menegur, mengkritik
atau menyampaikan mesej akan mendapat pelbagai reaksi. Pelbagai perwatakan yang
mempunyai peranan tertentu dalam masyarakat. Dalam sesetengah keadaan tertentu,
mereka tidak dapat melaksanakan tugas seperti yang diamanahkan. Contohnya, dalam novel
Harga Sebuah Maruah memperlihatkan perjuangan berdasarkan pertimbangan akal.
4.4 Hiburan
Karya sastera yang dihasilkan juga membawa keseronokan untuk menghiburkan
masyarakat. Hiburan terhasil daripada keindahan perkataan yang diucapkan, irama atau
rentak yang indah dan tersusun. Kemampuan kerya sastera membelai emosi pembaca atau
pendengar dan unsur kelucuan juga dpaat menghiburkan seseorangkepentingan hiburan
menjadikan karya sastera seperti cerita penglipur lara diminati pada zaman dahulu. Antara
karya sastera lain yang mampu menghibur ialah pantun. Dalam keindahan kata-katanya
terdapat unsur yang menghiburkan. Contohnya, rentak dan rima yang bersukat membentuk
irama dalam pantun. Pantun tersebut mempunyai struktur bacaan tersendiri yang
menghasilkan keindahan dalam karya sastera ini. Pantun juga disampaikan dengan pelbagai
variasi yang menambahkan fungsi menghibur. Pantun dapat dilihat dalam lirik dikir barat, lirik
lagu popular dan terdapat juga pantun teka teki. Selain pantun, cerita jenaka seperti Pak
Kaduk juga masih bertahan sebagai satu unsur hiburan dalam karya sastera. Cerita ini
mengisahkan tentang Pak Kaduk yang lawan laga ayam dengan raja tetapi raja meminta
ayamnya ditukar dengan ayam baginda. Pak Kaduk bersetuju lalu kalah dalam pertandingan
laga ayam tersebut. Selain menghiburkan, cerita ini juga mempunyai makna yang tersirat dan
pengajaran yang dapat diambil.
11
5.0 MANIFESTASI AKAL BUDI
Akal budi mencerminkan perbuatan, pemikiran dan sika seseorang manusia yang mendokong
kebijaksanaan, kehalusan jiwa serta keindahan. Perbuatan, pemikiran dan sikap seseorang
diterjemahkan dalam pelbagai rupa, namun yang paling lazim ialah dalam karya seni.
5.1 Akal budi dalam pantun
Pantun tidak wujud dalam kekosongan atau vakum (Ungku Aziz, 2011). Pantun
merupakan kaedah rangkap tertua dan asal kepunyaan masyarakat Melayu. Contoh pantun
yang dapat akan dirungkaikan ialah:
Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati.
Aspek pemikiran pantun ini dapat dilihat daripada aspek tersirat melalui pemilihan diksi
bagi pembayang yang berkaitan pisang emas yang dibawa belayar. Pisang emas dipilih untuk
dibawa belayar kerana pisang emas mudah dibawa kerana saiznya yang kecil jika
dibandingkan dengan dengan pisang lain. Pisang emas juga dapat membekalkan tenaga
dengan pantas kerana mengandungi gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang
digabungkan dengan serat. Pisang emas juga dikatakan dapat mengurangkan mabuk laut.
Hal ini menjadikan pisang emas sesuai dibawa belayar kerana pelayaran mengambil masa
yang lama. Pisang emas juga mempunyai keunikan iaitu tidak akan masak setandan penuh
tetapi masak sebiji-sebiji. Hal ini menjadikan pisang emas dapat bertahan lama jika dibawa
belayar selama berhari-hari. Ketinggian akal budi dapat dilihat dengan jelas apabila budi yang
diberikan akan dibawa sehingga mati. Sekiranya manusia berhutang harta masih dapat
dibayar dengan wang melalui usaha tetapi hutang budi terhadap seseorang tiaak dapat
ternilaikan dengan mata wang tetapi boleh dibawa mati.
5.2 Akal budi dalam syair
Syair merupakan salah satu puisi tradisional ciptaan dan kepunyaan orang Melayu
yang dipengaruhi oleh Arab dan Parsi. Syair merupakan karya kreatif lisan genre puisi
tradisional yang digunakan secara meluas di Nusantara untuk mneyebarkan ajaran tasawuf
dan untuk bercerita. Contoh syair yang akan dirungkaikan ialah syair pohon buluh
12
(Rangkap 1)
Menara tinggi banyak bertingkat
Di sana tiada bilik bersekat
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat
Dalam rangkap 1 syair ini, pohon buluh digambarkan sebagai sebuah menara tinggi
yang bertingkat-tingkat tetapi tidak mempunyai bilik dan tangga. Setiap pangkat (merujuk
kepada ruas buluh) dikawal oleh mata-mata (merujuk kepada miang buluh). Secara realiti,
rumpunan buluh menggambarkan masyarakat. Masyarakat dinasihatkan supaya hidup secara
bermuafakat, saling menghormati antara satu sama lain
(Rangkap 2)
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara
Banyak ada ia bersaudara
Yang ada pula bersama gara
Dalam rangkap 2, daun-daun buluh yang kebanyakannya sama saiz diibaratkan
sebagai kibaran bendera dari pangkal hingga ke puncak pokok. Menggambarkan kehidupan
masyarakat berbilang kaum dalam satu tampuk pimpinan yang hidup aman, sentosa dan
sejahtera.
(Rangkap 3)
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya
Rangkap 3 menerangkan tentang resmi pokok buluh, hidup berbatang-batang dalam
satu rumpun tanpa mengira kekuatan atau saiz. (Menggambarkan kesatuan yang kuat/utuh).
Masyarakat perlu hidup bersatu padu tanpa mengira kaum, pangkat, kedudukan atau status.
Barulah boleh hidup dengan harmoni
13
(Rangkap 4)
Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam
Rangkap 4 menjelaskan lebih lanjut keadaan di bahagian dalam dan di luar buluh yang
licin. Bahagian dalam batangnya gelap (umpama malam), boleh menakung air tanpa tumpah.
Ini menggambarkan keadaan masyarakat yang bersatu padu dan hidup secara muafakat.
Hubungan yang kukuh sesama anggota masyarakat menjadikan masyarakat tersebut satu
unit yang kuat.
5.3 Akal budi dalam seloka
Seloka merupakan bentuk puisi tradisional yang berbentuk karangan berangkap yang
mengandungi unsur jenaka, olokan, ejaan dan sindiran. Sebahgian besar seloka ditulis dalam
bentuk terikat iaitu empat baris dalam satu rangkap. Terdapat juga seloka dalam bentuk bebas
dan setiap barisnya mempunyai maksud. Contoh seloka yang akan diterangkan ialah seloka
Emak Si Randang.
Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.
Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan
makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup
berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak
berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang
dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras
sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi.
14
5.4 Akal budi dalam gurindam
Gurindam juga merupakan satu bentuk puisi Melayu tradisional yang diperkenalkan
oleh Raja Ali melalui Gurindam Dua Belas yang dikarang pada tahun 1846. Setiap fasal
yang ditulis oleh Raja Ali berupaya menyentuh kesedaran dalam jiwa masyarakat serta
dapat memainkan peranan penting bagi membentuk nilai keperibadian insan yang mulia
berlandaskan syariat Islam. Bentuk gurindam adalah terikat dimana mempunyai dua baris
bagi satu rangkap dan rima akir ‘a’ dan ‘a’. Baris pertama menjadi sebab manakala baris
kedua menjadi akibat. Contoh gurindam yang akan dikupas akal budinya ialag Gurindam
Dua Belas Fasal Kelima
(Rangkap 1)
Jika hendak mengenai orang berbangsa,
lihat kepada budi dan bahasa.
Rangkap 1 menceritakan bagaimana budi dan bahasa dapat mencerminkan sifat
seseorang. Jika hendak mengenal seseorang yang berbangsa dan bermulia, kita patut
memerhatikan aksinya dan kegunaan bahasanya.
(Rangkap 2)
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia
Pada rangkap ini, kita perlu menghargai dan menjaga perkara perkara yang kerap
disia-siakan, seperti masa, kesempatan, dan lain-lain jika hendak bahagia
(Rangkap 3)
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia
Rangkap 3 menyimpulkan bahawa kemuliaan seseorang dapat dilihat daripada
kelakuan dan tingkah lakunya kerana dia akan melakukan hal yang baik, tidak akan buat hal
yang menentang nilai-nilainya.
(Rangkap 4)
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu
Pada rangkap 4, kita hendaklah sentiasa bertanya soalan untuk belajar jika ingin
mengenal orang yang memiliki kerana orang yang berilmu tidak akan jemu mencari dan
mempelajari pengetahuan baru
(Rangkap 5)
15
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal
Rangkap 5 mengenai orang yang berakal akan sentiasa membuat penyediaan
supaya dia sentiasa sedia untuk apabila dia memerlukannya
(Rangkap 6)
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Rangkap 6 menceritakan jika ingin mengenal seorang yang berperangai baik, lihatlah
perangai kumpulan orang atau golongan kawan yang selalu bersamanya kerana orang
biasanya akan berkumpul dengan kawan yang berperangai sama.
16
6.0 RUMUSAN
Ilmu kesusasteraan sememangnya mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri jika
dibandingkan ilmu lain. Ini dapat dilihat dalam perkembangannya di Malaysia, apabila para
pengarang cuba menerokai persoalan-persoalan melalui teknik pengolahan yang lebih
sofistikated dan akan memberi cabaran kepada para pembaca. Maka disini dapat kita lihat
kemampuan dan keunikan karya kesusasuteraan bukan sahaja kerana mampu melegakan
perasaan manusia bahkan mampu menjadi alat kawalan sosial dan pemikiran pembacanya.
17
RUJUKAN
Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Nik Safiah Karim. (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka
Azman Rahmat et al. (2022). Pengenalan Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu. Pustaka
al-Ehsan
Md Hasri Rajali. (2012). Keunikan dan Keistimewaan Kesusasteraan. Pusat Pengajian Ilmu
Kemanusiaan Sidang Akademik Sejarah & Arkeologi.
https://www.academia.edu/8060073/KESUSASTERAAN_MELAYU
Zubir Idris. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Jurnal
Komunikasi Jilid 31(2) 2015: 601-616. http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf
18