U S TA Z A H  BAB 2
ZANARIAH       TAHARAH
               (BERSUCI)
   AWA N G
)اَل يا ْق اب ُل اللُه اص اَل ًة ِبغا ْْ ِي ُطهُو ٍر (رواه مسلم
 Maksudnya: Allah tidak
 menerima solat tanpa bersuci.
 (Riwayat Muslim)
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-SA
DEFINISI TAHARAH
    ▪ Taharah dari segi bahasa ialah bersih dan suci dari pelbagai kotoran.
    ▪ Taharah dari segi istilah ialah menghilangkan hal-hal yang dapat menghalangi solat seperti
          hadas atau najis dengan menggunakan air, atau mengangkat hukum hadas dengan tanah
          (tayammum).
    ▪ Hukum taharah (menyucikan dan menghilangkan najis) adalah wajib jika diketahui dan mampu
          melakukannya. Manakala menyucikan diri daripada hadas adalah wajib supaya dapat
          menunaikan solat.
                                                                                                                     This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC
Daripada definisi taharah tersebut, dapat diketahui
bahawa taharah ada dua jenis:
• Taharah dari najis (taharah haqiqiyah): Disucikan
dengan menggunakan air.
• Taharah dari hadas (taharah hukmiyah): Disucikan
atau dihilangkan dengan wudhuk, mandi wajib atau
tayammum.
Air Mutlak,
             PEMBAHAGIAN
                     AIR
    Air                       Air
Mutanajjis.               Mustakmal
AIR MUTLAK
   Ciri Air Mutlak:
1. Air mutlak ialah air yang suci dan menyucikan
Air suci bermakna air tersebut jika terkena badan, pakaian atau mana-mana
tempat, maka ianya tidak perlu dibasuh atau dibersihkan. Manakala maksud
menyucikan adalah air tersebut boleh dibuat bersuci seperti untuk dibuat
wudhuk, menghilangkan najis dan mandi wajib.
2. Air yang zat dan sifatnya suci dan bersih.
3. Ia selamat untuk digunakan bagi kegunaan harian seperti mandi, membasuh
baju dan sebagai minuman.
4. Air ini juga boleh digunakan untuk mengangkat hadas besar, hadas kecil dan
istinjak.
Syarat-syarat Air Mutlak:
1. Masih kekal dalam keadaan asalnya; iaitu tidak berubah salah satu daripada tiga
    sifat; bau, rasa dan warna.
2. Berubah dengan sesuatu yang tidak menghilangkan kesuciannya seperti
    tanah yang suci, atau garam, atau rumpai air.
3. Belum pernah digunakan untuk mengangkat hadas kecil atau besar, jika air
    tersebut kurang daripada dua qullah (270 liter). Baginda s.a.w. bersabda:
                                    َِإ َذا َكا َن َا مْلَا ُء ُق َّل َت مي ِن َل مم َي مح ِم ِل ا ملـ َخ َب َث
Maksudnya: Jika air mencapai dua qullah, maka ia tidak menanggung kotoran (najis).
(Riwayat Abu Daud)
AIR MUSTAKMAL
Air yang ‘suci dan tidak menyucikan’ terbahagi kepada dua iaitu:
      [Air Mustakmal] :
       Air sedikit yang telah digunakan untuk taharah yang wajib, seperti
      mandi wajib dan wudhuk.
      [Air Mutaghaiyir]
      Air mutlak yang bercampur dengan sesuatu yang suci, yang
      kebiasaannya air tersebut tidak berhajat kepadanya dan ia tidak
      boleh dipisahkan setelah bercampur, kemudian ia berubah dengan
      suatu perubahan yang tidak lagi dipanggil dengan air mutlak. Ia
      dipanggil air teh, air milo, air jus, dan lain-lain.
AIR         • Air yang tidak suci (bercampur najis) dan tidak
MUTANAJJIS    menyucikan.
            • Air yang terjatuh atau dimasukkan ke dalamnya
              najis yang tidak dimaafkan, dan air itu pula sedikit
              dan bertakung.Air ini menjadi najis walaupun ia
              tidak mengubah rasa, bau dan warnanya.
            • Jika air itu melebihi dua qullah (>270 liter),
              kemudian jatuh najis ke dalamnya, maka hendaklah
              diperhatikan keadaan sifat airnya sama ada berubah
              atau tidak. Jika salah satu dari sifatnya (bau, rasa dan
              warna) berubah, maka ia dikira bernajis. Jika sifat air
              itu tidak berubah, ia masih dikira suci.
PEMBAHAGIAN NAJIS
Semua jenis najis yang menghalang sahnya solat adalah sama dari segi
kotorannya.
Tetapi yang membezakannya adalah cara ia dibersihkan berdasarkan
syarak.
Ulama mazhab       Najis mukhaffafah
      Syafi’i      (ringan)
                   Najis mutawassitah
membahagikan       (sederhana)
najis kepada tiga  Najis mughallazah
                   (berat)
  (3) bahagian
 berdasarkan
 kepada cara
menyucikann
    ya, iaitu:
NAJIS MUKHAFFAFAH
• Najis mukhaffafah (ringan) ialah najis yang
   boleh dibersihkan (memadai) dengan renjisan
   air. Contoh:Air kencing bayi lelaki yang belum
   berumur dua tahun dan hanya minum susu
   ibunya.
• Hal ini thabit dari perbuatan Baginda s.a.w.
   sendiri yang hanya merenjis air di bahagian
   bajunya yang terkena kencing bayi lelaki, tetapi
   membasuh (alirkan air) apabila bajunya terkena
   kencing bayi perempuan. (Riwayat al-Bukhari
   dan Muslim)
NAJIS
MUTAWASSITAH
• Najis Mutawassitah
   (pertengahan) ialah najis
   yang perlu dibasuh dengan
   air mutlak hingga hilang
   bau, rasa dan warna. Jika
   sudah berusaha
   hilangkannya tetapi sukar
   dihilangkan, maka ia
   dimaafkan syarak.
Contoh         • Arak
najis mutawassitah:
                     • Darah dan nanah;
                     • Bangkai; termasuk dalam bangkai ialah anggota yang
                        terpotong daripada seekor haiwan yang masih hidup;
                     • Air kencing, tahi dan muntah manusia dan binatang;
                     • Susu haiwan yang tidak dimakan dagingnya seperti
                        keldai & baghal;
                     • Air wadi dan mazi.
                     • Arak: Majoriti ulama (mazhab empat) menganggap
                        ianya najis, manakala minoriti ulama (aliran hadis)
                        menganggap ianya suci. Ianya diharamkan bukan
                        sebab najis, tetapi sebab mabuk. Namun, majoriti
                        ulama ada hujahnya tersendiri.
Darah dikira najis berdasarkan ijmak ulama. Nanah dikira sebahagian
daripada darah.
Bangkai: Dikecualikan kenajisan bangkai pada tiga; iaitu mayat manusia,
bangkai belalang dan bangkai ikan (hidupan laut).
Ia dikira bangkai dan najis, kerana Nabi s.a.w. bersabda:“Apa yang
terpotong daripada haiwan yang masih hidup, adalah bangkai.” [Riwayat
Abu Daud]
Susu dikira sebahagian daripada dagingnya. Maka, hukum susu sama
dengan hukum dagingnya.
Air mazi dan wadi adalah najis. Manakala air mani adalah suci menurut
pandangan mazhab Syafi’i dan Hanbali, tetapi najis menurut mazhab
Hanafi dan Maliki. Menurut hadis;‘Aisyah r.a. mengikis air mani yang
sudah kering pada pakaian Baginda sa.w., dan membasuh kesan air mani
yang masih basah. Baginda solat dengan pakaian itu, walaupun terdapat
kesan mani padanya. [Riwayat Muslim]
NAJIS        • Najis mughallazah (berat) ialah najis yang hanya boleh
MUGHALLAZAH     dibersihkan dengan tujuh basuhan termasuk sekali
                basuhan dengan air tanah.
             • Contoh:Anjing dan Khinzir, dan keturunan daripadanya.
                Hanya sentuhan yang basah sahaja perlu dibasuh tujuh
                kali, tetapi jika sentuhan kering, maka itu tidak mengapa.
                Inilah pegangan mazhab Syafi’i dan Hanbali.
             • Basuhan 7 kali dengan air tanah disebut SERTU.Adapun
                istilah SAMAK adalah untuk menyucikan kulit bangkai
                sebelum dimanfaatkan.
• Percikan kencing yang sedikit, yang tidak dapat dilihat sama ada pada pakaian atau badan, sama ada
   najis ringan (mukhaffafah) atau najis berat (mughallazah).
• Darah luka atau nanah walaupun banyak dengan syarat ia terjadi dengan sendiri, bukan daripada
   perbuatannya dan tidak disengajakannya, serta tidak terkena ke tempat lain.
• Najis binatang yang mengenai biji-bijian atau debu jalanan ketika dipijak. Begitu juga najis binatang
   ternakan yang mengenai susu ketika memerahnya, dengan syarat najis itu tidak banyak sehingga
   mengubah sifat susu tersebut.
• Darah yang sedikit pada daging dan tulang. Begitu juga seorang penyembelih jika bajunya terkena
   darah dan sukar untuk membersihkannya, maka ia dimaafkan, dengan syarat tidak terlalu banyak
   pada pandangan adat.
• Sisa muntah pada mulut kanak-kanak apabila ia menghisap susu ibunya, kerana menyukarkan si ibu
   membersihkan.
• Bangkai binatang yang tidak berdarah seperti lebah, lalat, semut, apabila terjatuh ke dalam sesuatu
   cecair, dengan syarat ia terjatuh dengan sendirinya dan tidak mengubah sifat cecair tersebut.
NAJIS YANG DIMAAFKAN SYARAK
ADAB ISTINJAK
• Istinjak ialah menghilangkan najis yang ada pada
  kemaluan seseorang selepas membuang air kecil
  ataupun air besar. Hukumnya adalah wajib. Ini
  bermakna, setiap cecair yang keluar melalui kemaluan
  dan dubur (selain air mani) adalah najis dan wajib
  disucikan.
CARA ISTINJAK
• Istinjak boleh dilakukan dengan salah satu daripada tiga cara berikut:
• Menggunakan air semata-mata.
• Menggunakan sesuatu yang keras dan kesat kemudian diikuti dengan
  air.
• Menggunakan benda-benda kesat dan keras sahaja seperti kertas, batu,
  tisu, daun kering dan sebagainya.
• Ini boleh diamalkan sekiranya tiada air dalam tandas, dan yang ada
  hanya tisu.
ADAB ISTINJAK &
                     PENGGUNAAN TANDAS
                                      • Menjauhi tempat-tempat berikut ketika
                                         membuang air kecil atau besar:
                                            – Laluan orang ramai atau tempat duduk
                                               yang menyebabkan mereka terganggu.
                                            – Di lubang, tembok dan seumpamanya.
                                            – Di bawah pokok yang sedang berbuah.
                                            – Di dalam air yang tenang dan tidak
                                               mengalir.
                                      • Menggunakan tangan kiri ketika beristinjak.
                                         Makruh menggunakan tangan kanan.
                                      • Masuk ke tandas mulai kaki kiri, dan keluar
                                         mulai kaki kanan.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY-NC-ND
• (kM(َيثeن مaِlِئاuافsَ اَبua ََعخrلkَىواَموttaثa َِذnَلnامُْبdخdُ ليaaِانمsعsَ َنdمبdِ َ eeََهكnn ِبمذgذأgَُ وaيaُعnnايَّل َِأذdmِهنoلِ ِإeَّ ملaَِّ mَكملمَّل( ُُهدbه ََحاaراالَِنلcفاَ)لa.س ُِغم مd) مoَبaِ )ataduan
• Haram menghadap kiblat dan
  membelakanginya ketika membuang air
  jika berada di tempat lapang dan tidak
  ada perlindungan yang melindungi
  auratnya. Diharuskan menghadap dan
  membelakangi kiblat jika ia berada
  dalam binaan khas seperti tandas.
                                                                                                                                                                                                                          This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY
• Tidak membawa masuk sesuatu yang ada nama Allah ke dalam tandas.
• Digalakkan orang yang membuang air memberatkan duduk di atas kaki
  kiri sambil menegakkan lutut kaki kanan. Dimakruhkan bercakap-cakap
  dan makan minum ketika membuang air.
This Photo by Unknown Author is licensed under CC BY  Solat adalah tiang agama.
                                                      Ia adalah amalan pertama
                                                      yang akan disoal di hari
                                                      kiamat kelak. Oleh itu,
                                                      seseorang hendaklah
                                                      mempelajari dengan betul
                                                      dalam tajuk air dan najis
                                                      agar boleh menyucikan
                                                      diri, pakaian dan
                                                      tempatnya supaya sesuai
                                                      untuk ditunaikan solat.
