The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah awang, 2020-07-05 04:49:19

BAB 5 SOLAT

BAB 5 SOLAT

BAB 5: SOLAT

__________________________________________________

5.1 AZAN DAN IQAMAH

Sebelum menunaikan solat, Baginda s.a.w. mengajarkan umatnya agar menyeru orang lain untuk
berjemaah bersama-sama. Seruan itu disebut sebagai azan. Azan merupakan zikir yang khusus
yang diajar Baginda s.a.w. untuk dua tujuan iaitu:

- sebagai pemberitahuan masuknya waktu solat fardhu.
- menyeru kepada umat Islam yang mendengar azan supaya pergi menunaikan solat secara

berjemaah di masjid.

5.1.1 Hukum Azan

• Fardhu Kifayah: Kepada jemaah lelaki yang hendak mendirikan solat lima waktu dan
juga solat Jumaat. Tetapi tidak dituntut melakukannya pada solat-solat lain seperti solat
hari raya, solat gerhana, solat tarawih, solat jenazah dan lain-lain.

• Sunat: Bagi lelaki yang menunaikan solat fardhu bersendirian sama ada secara tunai
ataupun qadha’.

• Makruh: Bagi perempuan melaungkan azan sama ada ketika solat bersendirian atau
dalam jemaah perempuan jika dibimbangi boleh menimbulkan fitnah. Sebaliknya, Imam
Syafi’i menghukum sunat perempuan yang hendak menunaikan solat agar iqamah sahaja.

• Haram: Bagi perempuan melaungkan azan sekiranya diyakini perbuatannya itu boleh
menimbulkan fitnah yang besar terhadapnya.

5.1.2 Syarat Sah Azan

Syarat yang mesti dipenuhi sebelum azan dan iqamah, ialah:
▪ Islam
▪ Mumayyiz
▪ Menyaringkan suara
▪ Lelaki
▪ Tertib dan berturutan antara semua lafaznya

5.1.3 Lafaz Azan

Azan dimulakan dengan lafaz takbir, bukannya dengan lafaz tasbih, hauqalah dan selawat ke atas
Nabi Muhammad s.a.w.1 Lafaz azan adalah seperti berikut:2

Lafaz Azan Makna Lafaz Azan Jawapan Pendengar3
Allah Maha Besar
‫( اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬2x) ‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬
‫( َأ ْشهر ُد َأ ْن َاّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬2x)4 Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak
‫( َأ ْشهر ُد َأ ان ُم رح ام ًدإ ار ُسو ُل الله‬2x) disembah melainkan Allah ‫َأ ْشهر ُد َأ ْن َاّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬
‫َأ ْش ره ُد َأ ان ُم رح ام ًدإ ار ُسو ُل الله‬
‫( رَ اح عر رَل إل اص رَلة‬2x)5 Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh
‫( رَ اح عر رَل إلْ رف رَلح‬2x) Allah ‫َرّل رح ْو رل روَرّل قُ او رة ِإَاّل ِبلل‬
‫َرّل رح ْو رل روَرّل قُ او رة ِإَاّل ِبلل‬
‫( إلصَلة خير من إلنوم‬2x)6 Marilah menunaikan solat
7‫رص رد ْق رت روبر ررْر رت‬
‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬ Marilah menuju kejayaan
‫َرّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬ ‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬
Solat lebih baik daripada tidur
(untuk solat Subuh sahaja) ‫َرّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan yang layak disembah
melainkan Allah

*Sunat perbanyakkan doa antara azan dan iqamah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. (Riwayat Abu Daud)

1 Ustaz Mohammad Haidzir Hussin mengatakan: “Sebutan 3 kalimah tersebut yang dilakukan sebelum azan
tiada dalam sunnah. Namun, jika ingin menyebutnya juga, sebutlah dengan perlahan untuk mengelakkan
orang jahil menganggapnya sebagai sunnah Nabi s.a.w.” Lihat: Hukum-hakam Azan & Iqamat, hlm. 128.

2 Perkara sunat ketika azan antaranya berdiri menghadap kiblat, suci dari hadas kecil dan besar, jari tangan
di telinga dan melafazkan kalimah azan dengan tartil.

3 Sunat diam bagi orang yang mendengar azan dan menjawabnya sebagaimana yang diucapkan oleh muazzin.

4 Sunat mengulang (‫ )ال َّت ْر ِجيع‬lafaz azan, iaitu mengulang lafaz dua kalimah syahadah secara perlahan
sebelum menyerukannya dengan nyaring.

5 Sunat memalingkan muka ke kanan ketika mengucapkan (‫ )حي على الصلاة‬dan berpaling ke kiri ketika
mengucapkan (‫ )حي على الفلاح‬manakala dada tetap menghadap ke kiblat.

6 Sunat menyebut lafaz tathwib (‫ )التثويب‬ini ketika azan solat Subuh sahaja. Sunat ada dua orang muazzin di
masjid untuk azan Subuh. Seorang azan sebelum terbit fajar sadiq, manakala seorang lagi azan selepas terbit
fajar sadiq.

7 Maksudnya ialah: “Engkau benar dan engkau telah melakukan kebajikan.” Namun, lafaz ini tiada asal dalam
hadis. Lihat: Talkhis al-Habir (1/378), karya Ibn Hajar al-‘Asqalani.

5.1.4 Doa Selepas Azan

Berdoa dan selawat ke atas Nabi s.a.w. selepas azan akan mendapat syafaat Baginda s.a.w. pada
hari kiamat. Doanya ialah:

‫ روإبْ رعثْ ُه رمقرا ًما‬،‫ أت ُم رح ام ًد إلْ روسي رَ رل روإلْ رفضي رَ رل‬،‫ روإل اص رَلة إلْقرائ رمة‬،‫إللاهُ ام رر اب رهذه إلاد ْع روة إلتاا امة‬
.‫ام ْح ُمو ًدإ إ اّلي روعر ْدتا ُه‬

Maksudnya: Ya Allah! Tuhan yang memiliki seruan azan yang sempurna dan solat
yang akan didirikan, kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w. kedudukan yang
tertinggi lagi mulia dan tempatkanlah Baginda s.a.w. pada kedudukan yang terpuji
sebagaimana yang telah Engkau janjikan. (Riwayat Al-Bukhari)

*Siapa yang membacanya, akan mendapat syafaat Nabi s.a.w. pada hari kiamat kelak.

AKTIVITI ULUL ALBAB: Peer Coaching

Pilih pasangan, kemudian perdengarkan doa selepas azan ini kepada pasangan
anda. Pasangan anda semak doa supaya dibaca dengan betul. Tukar pasangan dan

ulangi bacaan ini dengan kerap agar mudah dihafaz. Pelajar Ulul Albab mesti
memiliki ingatan yang kuat!

5.1.5 IQAMAH

Iqamah dilakukan bagi menyeru para jemaah yang berada di dalam masjid supaya memasuki saf
untuk menunaikan solat. Ia dilaungkan dengan kadar lebih cepat, berbanding laungan azan.8
Lafaz iqamah adalah seperti berikut:

Lafaz Iqamah Makna Lafaz Iqamah Jawapan Pendengar
Allah Maha Besar
‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬ ‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬
Aku bersaksi tiada Tuhan yang layak disembah
‫َأ ْشهر ُد َأ ْن رلّإ ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬ melainkan Allah ‫َأ ْشهر ُد َأ ْن َاّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬
‫َأ ْش ره ُد َأ ان ُم رح ام ًدإ ار ُسو ُل الله‬ ‫َأ ْشهر ُد َأ ان ُم رح ام ًدإ ار ُسو ُل الله‬
Aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah
‫رَ اح عر رَل إل اص رَلة‬ ‫َرّل رح ْو رل روَرّل ُق او رة ِإَاّل ِبلل‬
‫رَ اح عر رَل إلْ رف رَلح‬ Marilah menunaikan solat ‫َرّل رح ْو رل روَرّل ُق او رة ِإَاّل ِبلل‬
‫( قر ْد قرا رمت إل اص رَل ُة‬2x)
Marilah menuju kejayaan ‫َأقرا رمهرا اللُه روَأ ردإ رم رها‬

Sesungguhnya telah hampir menunaikan solat

8 Kata Imam al-Nawawi: “Mustahab atau sunat bagi makmum dan imam untuk tidak bangun melainkan setelah
selesai iqamat. Begitulah yang disebut secara umum oleh majoriti ulama…”

‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬ Allah Maha Besar ‫اللُه َأ ْك رَُب اللُه َأ ْك رَُب‬
‫َرّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬ ‫َرّل ِإ رَ رل ِإَاّل الله‬
Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan
Allah

5.1.6 Seruan ‫ إلصَل ُة جامعة‬untuk Solat Sunat Berjemaah

Solat fardhu telah disyariatkan azan dan iqamah padanya. Manakala solat sunat yang dilakukan
secara berjemaah seperti solat dua hari raya, solat tarawih, solat dua gerhana, dan solat minta

hujan, tidak disunatkan azan dan iqamah padanya, melainkan memadai menyebut ‫إل اص رَل ُة‬
‫ رجام رع ًة‬yang bermaksud: “Marilah solat berjemaah”9
Oleh itu, tidaklah sunat menyebut seruan ini (‫ )إل اص رَل ُة رجام رع ًة‬pada solat fardhu yang sudah ada iqamah

untuk memanggil ahli jemaah masuk ke saf.

Abdullah bin ‘Amru r.a. berkata:

Maksu.‫ ٌة‬d‫ رع‬n‫ام‬y‫ رج‬a:‫ل رة‬Aَ‫ص ر‬p‫ ا‬a‫إل‬b‫ن‬i‫ ا‬la‫ِإ‬ :‫ نُود ري‬.‫الله صَل الله عليه وسلم‬ ‫لر اما رك رس رفت إل اش ْم ُس عر رَل رعهْد رر ُسول‬

berlaku gerhana matahari di zaman Rasulullah s.a.w., maka

‫إن إلصَلة جامعة‬diseru dengan kalimah: . (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

5.1.7 Keutamaan Azan dan Muazzin

- Mengusir syaitan
- Dimasukkan ke dalam syurga
- Mendapat keampunan sejauh suara kedengaran
- Mendapat saksi amal soleh daripada sekalian pendengar
- Mempunyai leher panjang di hari kiamat (Maksudnya menjadi pemimpin di hari kiamat)
- Kelebihannya yang besar sehinggakan jika manusia tahu kelebihannya, ia akan mengundi

untuk mendapatkannya.

5.1.8 Azan untuk Tujuan Selain Solat

- Menghalang gangguan jin atau syaitan.
- Isyarat darurat atau bahaya seperti kebakaran dan peperangan.

9 Terdapat 3 lagi cara sebutan yang diharuskan: (‫)الصلاةَ جامعة‬, (‫)الصلا ُة جامعة‬, (‫)الصلاة جامعة‬, Lihat: Hukum-
Hakam Azan & Iqamat (hlm. 15).

- Merawat orang kena rasuk dengan diazankan ke telinga pesakit.
- Dibisikkan ke telinga bayi, azan pada telinga kanan, dan iqamah pada telinga kiri.

5.2 PENGENALAN SOLAT

5.2.1 Pengertian Solat

• Bahasa: Doa, iaitu memohon kebaikan.
• Istilah: Beberapa perkataan dan perbuatan yang tertentu, dan ia bermula dengan takbir

dan disudahi dengan salam, menurut syarat-syarat yang ditentukan.

5.2.2 Kepentingan Solat kepada Manusia

• Peluang kita berinteraksi dengan Allah.
• Peluang menggandakan pahala dan penghapusan dosa.
• Membentuk mukmin yang kuat dan sihat.
• Membentuk kemantapan rohani dalam diri.
• Membentuk keupayaan mental dan kekuatan dalaman yang tinggi.

5.2.3 Waktu Solat Fardhu

• Maghrib: Waktunya dari terbenam matahari hingga hilang warna kemerahan (Syafaq
merah) di sebelah barat langit (menandakan masuk waktu Isyak).

• Isyak: Hilang warna merah di sebelah barat langit hingga 1/3 malam, dan tidak digalakkan
hingga ke Subuh, walaupun ianya harus.

• Subuh: Terbit fajar sadiq berterusan sehingga terbit matahari.
• Zohor: Bermula matahari tergelincir, berterusan sehingga bayang-bayang seseorang

menyamai ketinggiannya (masuk waktu asar).
• Asar: Bayang-bayang seseorang melebihi ketinggiannya hingga terbenam matahari.

PELAJAR ULUL ALBAB PERCAYA SOLAT
MENCEGAH KEMUNGKARAN

‫َوَأِقِم ال َّصََلَةِإَّن ال َّصََلَةَتْنَهى َعِن اْلَف ْحَشاِءَواْلُمْنَكِر‬

Maksudnya: Dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada perbuatan keji dan
mungkar. (Surah al-‘Ankabut [29]: 45)

Pelajar Ulul Albab sepatutnya sentiasa menjaga solatnya. Kerana solat akan membantu
pelajar menghadapi hidup seharian dengan segala perkara kebaikan. Allah menjaga
setiap gerak langkahnya agar terhindar dari perbuatan keji dan mungkar.

5.2.4 Kedudukan Solat dalam Agama

• Solat menghapuskan dosa
• Ibadah badan yang paling utama
• Pembeza antara Muslim dengan kafir munafiq
• Amalan pertama akan disoal pada hari kiamat kelak

5.2.5 Hukum Meninggalkan Solat

▪ Orang yang meninggalkan solat sama ada kerana malas, cuai, ingkar dan sengaja
meringan-ringankannya, tetapi sedar akan kewajipannya, maka ia dihukum fasiq, berdosa
besar dan hendaklah ia bertaubat.

▪ Jika ia meninggalkan solat kerana mengingkari kewajipan solat atau sengaja
mempersendakannya, maka ia menjadi kafir.

▪ Pemerintah hendaklah menyuruh ia bertaubat. Jika ingkar, ianya dibunuh dan diuruskan
jenazahnya bukan mengikut urusan jenazah orang Islam.

5.3 SYARAT WAJIB & SYARAT SAH SOLAT

5.3.1 Syarat Wajib Solat

Jika dipenuhi perkara ini, maka ia wajib menunaikan solat, iaitu:10
• Islam; tidak wajib kepada orang kafir.
• Berakal; tidak wajib kepada orang gila.
• Baligh; tidak wajib kepada kanak-kanak yang belum baligh (mimpi basah). Tetapi
digalakkan mengajarnya untuk didikan awal.

Berkenaan hal ini, Baginda s.a.w. bersabda:

.‫ رو رعن إلْ رم ْجنُون رح اّت ير ْعق رل‬،‫ رو رعن إل اصب رح اّت ر ْي رتل رم‬،‫ رعن إلناائ رح اّت ير ْستر ْيق رظ‬:‫ر ُّف رع إلْقرلرُم رع ْن ثر رَلثر ٍة‬

Maksudnya: Diangkat kalam (tidak dicatat sebagai berdosa) bagi tiga golongan:
Orang yang tidur sehingga ia terjaga, kanak-kanak sehingga ia bermimpi basah
(baligh), dan orang gila sehingga ia berakal. (Riwayat Abu Daud)

10 Sebahagian ulama menambah tiga perkara lagi: (1) Suci daripada haid & nifas; (2) Sihat semua
pancaindera; dan (3) Sampai seruan tentang kewajipan solat.
*Orang yang mengalami kecacatan yang tidak memungkinkannya belajar solat seperti orang yang lahir dalam
keadaan buta dan bisu, atau mengalami buta dan bisu sebelum mumayyiz, maka ia tidak wajib solat.

5.3.2 Syarat Sah Solat

Sebelum menunaikan solat, seseorang hendaklah memenuhi 5 syarat sah yang berikut:
1. Bersuci: Suci anggota badan daripada hadas, iaitu dengan berwudhuk dan mandi wajib
(jika hadas besar).
2. Suci daripada najis:
▪ Badan
▪ Pakaian
▪ Tempat Solat
3. Masuk Waktu Solat: Mengetahui masuk waktu solat dengan yakin. Tidak sah solat jika
tiada keyakinan walaupun tepat pada waktunya. Jika ternyata solat seseorang berlaku
sebelum masuk waktu, solatnya dianggap batal dan wajib mengulanginya.
4. Menutup aurat: Aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lutut. Pusat dan lutut tidak
termasuk dalam aurat menurut pendapat yang sahih dalam mazhab Syafi’i. Namun,
sebagai kesempurnaan solat, sebaiknya ditutup keduanya (pusat dan lutut). Manakala
aurat perempuan adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan pergelangan tangan.11
5. Menghadap kiblat: Jika seseorang uzur atau sakit, dibolehkan berada pada tahap yang
termampu baginya.12 Menghadap kiblat yang dimaksudkan adalah dengan dada sahaja.

Uji Minda Ulul Albab
Ketika sedang solat, kemudian jatuh najis atas baju kita, bagaimana dengan solat kita?
Apakah tindakan kita? Soalan seterusnya, bagaimana pula jika terdapat najis di kaki
tersedar selepas kita habis solat?

11 Sabda Nabi s.a.w. berkaitan aurat lelaki: “Aurat lelaki ANTARA pusat dan lutut.” (Riwayat Ahmad & al-
Baihaqi). Manakala hadis berkaitan aurat perempuan: “...Sesungguhnya perempuan bila telah baligh tidak
boleh menunjukkan (tubuhnya) melainkan ini dan ini, Baginda s.a.w. mengisyaratkan kepada muka dan kedua
pergelangan tangannya.” (Riwayat Abu Daud). Lihat: Al-Mu’tamad (1/208).
12 Tidak sah solat yang tidak mengadap kiblat melainkan 3 situasi: (1) solat di atas kenderaan; (2) Solat di
bawah paksaan seperti terikat dengan tali; (3) Solat orang sakit ketika tiada orang mengalihkannya mengadap
kiblat. (4) Solat khauf (ketika sangat ketakutan). Solat dalam keadaan ini sah dan tidak wajib mengulanginya.
Lihat: Al-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah, Abdul Qadir al-Rahbawi.

5.4 RUKUN SOLAT

Dalam mazhab Syafi’i, ulama membahagikan rukun solat kepada 13 perkara. Jika tidak dipenuhi
walaupun satu, maka solat terbatal.

13 rukun solat ini pula dibahagikan kepada 3 rukun utama iaitu:
▪ Rukun fi’li (perbuatan)
▪ Rukun qawli (perkataan)
▪ Rukun qalbi (hati).

Rukun Sola

Rukun Fi’li (Perbuatan

Berdiri tega Rukuk

Suju Iktida

Duduk antara dua suju Duduk tasyahhud akhi

Rukun Qawli (Perkataan

Lafaz Takbiratul Ihra Membaca al-Fatiha

Selawat Nabi di tasyahhud akhi Membaca tasyahhud akhi
Lafaz Salam pertam

Rukun Qalbi (hati

Nia

Tertib
GAMBARAJAH: 13 RUKUN SOLAT

5.5 PERKARA SUNAT & MAKRUH SOLAT

Perkara sunat dalam solat dibahagikan kepada dua iaitu sunat ab’adh dan sunat hai’ah.

5.5.1 Sunat Ab’adh (‫)أبعاض‬

Sunat ab’adh jika tertinggal sunat diganti dengan sujud sahwi di akhir solat sebelum salam.
Terdapat 4 amalan di bawah kategori sunat ab’adh:

1. DUDUK tasyahhud awal dan BACAANNYA (‫ إلتاح ايا ُت إلْ ُم ربا ررَرك ُت‬hingga ‫) روَأ ْش ره ُد َأ ان ُم رح ام ًدإ ار ُسو ُل الله‬
2. SELAWAT ke atas NABI s.a.w. selepas tasyahhud awal (‫)إللا ُه ام رصل عر رَل ُم رح امد‬
3. SELAWAT ke atas KELUARGA NABI (‫ )آ ِل ُمح َّمد‬selepas tasyahhud akhir (‫) روعر رَل أل ُم رح امد‬

4. Membaca QUNUT Subuh; dan QUNUT solat witir bermula 15 Ramadhan hingga akhir
Ramadhan.

5.5.2 Sunat Hai’ah (‫)هيئات‬

Sunat hai’ah jika tertinggal dalam solat tidak sunat diganti dengan sujud sahwi. Antara bacaan dan
perbuatan dalam kategori sunat hai’ah ialah:

1. Mengangkat kedua-dua belah tangan ketika takbiratul ihram, ketika hendak rukuk, ketika
bangun dari rukuk, dan bangun dari tasyahhud awal.

2. Meletakkan telapak tangan kanan di atas belakang tangan kiri ketika berdiri.
3. Memandang tempat sujud.
4. Membaca doa iftitah.
5. Membaca isti’azah selepas doa iftitah.
6. Menyaringkan bacaan dan memperlahankan pada tempat-tempatnya.
7. Mengucapkan amin ketika selesai bacaan al-Fatihah.
8. Membaca surah al-Quran setelah bacaan al-Fatihah.
9. Bertakbir ketika perpindahan rukun – disebut takbir intiqalat.
10. Bertasbih ketika rukuk dan sujud.
11. Meletakkan kedua-dua belah tangan di atas dua peha pada kedua-dua duduk tasyahhud.
12. Duduk tawarruk ketika duduk tahiyyat akhir dan duduk iftirasy pada duduk yang selainnya.
13. Membaca selawat ibrahimiyah dan berdoa selepas tasyahhud akhir.
14. Mengucap salam yang kedua.
15. Sentiasa khusyuk di sepanjang solat.

5.5.3 Perkara Makruh dalam Solat

1. Perkara yang bertentangan dengan perkara sunat dalam solat.
2. Menoleh kepala ketika bersolat kecuali dengan sebab yang diperlukan.
3. Memandang ke atas.
4. Mengusap rambut dan melipat-lipat hujung pakaian ketika bersolat.
5. Solat berhampiran hidangan yang menyelerakan.
6. Solat sambil menahan buang air kecil atau besar.

7. Solat dalam keadaan sangat mengantuk.
8. Solat di tempat yang dilarang; seperti bilik air, jalanan, pasar, kawasan perkuburan, gereja,

kawasan pembuangan sampah, dan kawasan rehat unta.

PELAJAR ULUL ALBAB MESTI BERUSAHA
UNTUK KHUSYUK

)2( ‫) َاّلِذيَن ُهْمِِف َصََلِِِتْم َخاِشُعوَن‬1( ‫َقْدَأْفَلَح اْلُمْؤِمُنوَن‬

Maksudnya: Berjayalah orang mukmin itu, iaitu mereka yang khusyuk di dalam solat
mereka. (Surah al-Mukminun [23]: 1-2)

Khusyuk ada dua. Khusyuk hati dan khusyuk anggota. Khusyuk anggota mungkin kita
lulus. Tapi khusyuk hati amat sukar. Sebab itu siapa yang berusaha untuk khusyuk, dia
akan dapat syurga. Lihat selanjutnya sampai ayat 11 surah al-Mukminun.

5.6 PERKARA MEMBATALKAN SOLAT

▪ Berkata-kata dengan sengaja
▪ Melakukan perbuatan yang melibatkan pergerakan yang banyak
▪ Terkena najis pada pakaian atau badan
▪ Terbuka aurat walaupun sedikit
▪ Makan dan minum
▪ Berhadas sebelum salam yang pertama
▪ Berdehem, tertawa, menangis dan mengerang jika terkeluar dengan jelas bunyi dua huruf
dari tiap-tiap perbuatan tersebut. Senyum tidak membatalkan solat.
▪ Berubah niat
▪ Membelakangi kiblat

AKTIVITI KUMPULAN ULUL ALBAB

Bincangkan bersama rakan-rakan, urutan sifat solat sempurna dari
takbiratul ihram hingga salam. Kemudian tentukan yang manakah
rukun, sunat ab’adh dan sunat hai’at.

Kaedah praktikal untuk bangun awal pada waktu Subuh

▪ Tidak tidur sendirian
▪ Menyalakan lampu di saat bangun
▪ Tidur sedikit di siang hari (qailulah)
▪ Tidak perbanyakkan makan sebelum tidur
▪ Jangan tidur selepas Asar dan selepas Maghrib
▪ Berdoa kepada Allah agar diberi taufiq untuk bangun solat
▪ Tidur lebih awal, tidak berjaga terlalu lama di waktu malam
▪ Tekad yang kuat untuk bangun solat Subuh, ikhlas dan usaha
▪ Minta bantuan keluarga atau orang soleh untuk bangun solat
▪ Bersungguh-sungguh dalam bersuci dan berzikir sebelum tidur
▪ Mengikut petunjuk Baginda s.a.w. dalam cara berbaring saat tidur
▪ Menggunakan jam loceng dan diletakkan sedikit jauh agar terpaksa bangun ketika hendak

menutup bunyi.

Ketika tidur, syaitan akan bertenggek di hidung. (HR
Muslim)

Jika tidak bangun Qiyam (atau Subuh), Baginda
s.a.w. menyebut syaitan telah kencing di
telinganya. (HR al-Bukhari)

Ketika tidur, syaitan akan ikat kita dengan 3 ikatan.
Semuanya akan terungkai dengan doa bangun
tidur, wudhuk dan solat. (HR Muslim)

5.8 KESIMPULAN

Kepentingan solat sebagai penghubung atau komunikasi antara hamba dan Allah pada setiap hari
perlu dijaga. Jika tiang agama diabaikan, maka segala yang lain akan runtuh.

Oleh itu, kita mestilah melengkapkan ilmu solat dari semasa ke semasa bagi memastikan
pengamalan ibadat solat berdasarkan ilmu yang mantap dan diterima Allah s.w.t.

Janganlah kita melewatkan solat tanpa
ada alasan. Ianya ciri solat orang
munafiq.
Jagalah 4 perkara berkaitan solat:
- Solat Berjemaah
- Solat di awal waktu
- Solat dengan khusyuk
- Solat seperti Nabi s.a.w. solat

PELAJAR ULUL ALBAB MENJAGA SOLAT

)238( ‫َحاِفُظوا َعَلى ال َّصَلَوا ِتَوال َّصََلِة اْلُوْسَطىَوُقوُمواَِلّلِه َقاِنِتيَن‬

Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya)
semua solat fardhu, khasnya solat wusta (Asar), dirikanlah kerana Allah (dalam solat
kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah al-Baqarah [2]: 238)
Pelajar Ulul Albab sentiasa menjaga solatnya kerana mereka sentiasa berfikir bahawa
solatnya adalah penyelamatnya di Akhirat nanti. Bahkan meninggalkan solat akan
mendatangkan azab di dunia dan akhirat. Takutlah akan azab Allah yang amat pedih!
Terimalah berita gembira dengan syurga bagi yang memelihara solat mereka.

Disediakan oleh :
USTAZAH ZANARIAH BINTI AWANG
KPM INDERA MAHKOTA
SEM JUN-SEPT 2020


Click to View FlipBook Version