The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zanariah awang, 2020-07-12 12:15:16

BAB 2 KONSEP ULUL ALBAB.docx

BAB 2 KONSEP ULUL ALBAB.docx

BAB 2: KONSEP ULUL
ALBAB

2.1 PENDAHULUAN

Bahagian ini akan menghuraikan konsep Ulul Albab yang merangkumi definisi, ciri-ciri, dan
pendekatan Ulul Albab yang terdiri daripada tiga komponen utama iaitu: (a) Quranik; (b)
Ensiklopedik; dan (c) Ijtihadik.

Dalam komponen Quranik, beberapa perbahasan berkaitan sejarah pengumpulan dan
pembukuan Al-Quran, peranan Al-Quran dalam pembentukan generasi Ulul Albab, kemukjizatan
Al-Quran, penghayatan Al-Quran dan pembudayaan Al-Quran di samping hadith dan
kepentingannya terhadap Al-Quran turut akan dihuraikan.

Dalam komponen Ensiklopedik pula, ia akan memuatkan perbahasan berkaitan Al-Quran
sebagai sumber serta panduan dalam pelbagai disiplin ilmu, sama ada ilmu kehidupan di dunia
mahu pun akhirat. Begitu juga perbahasan beberapa bidang ilmu semasa, terutamanya ilmu
tafsiran Al-Quran seperti surah Al-Fatihah dan surah Yasin.

Komponen Ijtihadik pula akan membincangkan persoalan berkaitan konsep ijtihad, skop
ijtihad, kedudukan ijtihad dalam syariat, perbezaan di antara ijtihad dan fatwa dengan disertai
contoh-contoh ijtihad dan fatwa semasa. Begitu juga konsep berfikir secara kreatif dan inovatif
dalam melaksanakan peranan sebagai hamba Allah serta tugas sebagai khalifah yang
diamanahkan untuk mentadbir kehidupan menurut acuan Penciptanya, Allah Ta’ala.

2.2 DEFINISI ULUL ALBAB

▪ Sudut Bahasa

Perkataan Ulul Albab dari segi bahasa Arab terdiri daripada dua patah perkataan, iaitu Ulul
yang bermaksud yang memiliki, orang-orang yang bersifat dengan sesuatu sifat. Manakala
perkataan Albab adalah bentuk jamak (plural) dari “lubb” yang membawa pengertian qalbu
(mata hati), akal fikiran, intelek, intipati atau isi sesuatu.

Tidak banyak definisi khusus yang ditemui berkenaan Ulul Albab. Namun istilah itu telah
diberi beberapa maksud yang semuanya menjurus ke arah akal, pemikiran dan kebijaksanaan.
Contohnya pentafsiran daripada sarjana-sarjana Islam berikut:
Mahmoud Ayoub: “People of Intelligence”
Muhamad Asad: “People / Men endowed with insight”
HAMKA: “Orang yang berfikiran dalam” dan “Orang yang mempunyai inti fikiran”
Abdullah Basmeh: “Orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahami)”

▪ Sudut Istilah

Dr. Siddiq Fadzil telah memberi definisi Ulul Albab sebagai “ilmuwan mukmin yang mampu
melihat yang tersirat di balik yang tersurat, dan dapat menangkap hakikat di balik ayat (tanda-
tanda).”

YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, pada waktu itu Perdana Menteri Malaysia di
Pusat Pengajian Islam, dalam ucapan beliau di University Oxford pada 1 Oktober, 2004 berkata:
“Ulul Albab atau golongan yang berakal sempurna, sepertimana yang disebut dalam Al-Quran
adalah mereka yang mempunyai kekuatan akal fikiran, yang menguasai sains, falsafah dan
teknologi.”

Dato’ Seri Idris Jusoh dalam Seminar Ulul Albab yang diadakan di Kuala Terengganu
pada 21 September 2006 memberi definisi Ulul Albab: “Satu golongan yang mempunyai asas
kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan
memerhati kejadian Tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar
darinya.”

Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin menegaskan bahawa Ulul Albab
ialah golongan yang memiliki akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar
dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia.

Menurut Dr. Danial Zainal Abidin: “Ulul Albab ialah golongan yang menggunakan akal
dengan sempurna untuk mengkaji sehingga mampu meletakkan segala perkara pada
perspektifnya yang betul. Mereka mementingkan zikir dan fikir. Dalam konteks fikir, mereka suka
mengkaji fenomena-fenomena yang berkaitan dengan kejadian alam. Pada hari ini para saintis
yang bertakwa kepada Allah boleh dikategorikan sebagai golongan Ulul Albab.”

Daripada beberapa istilah yang diberikan, maka dapatlah disimpulkan bahawa terdapat
dua komponen penting dalam golongan Ulul Albab iaitu:

- Al-Quran adalah asas dalam melahirkan golongan Ulul Albab.
- Ulul Albab adalah seorang intelektual Muslim yang bermakna ketinggian ilmu

pengetahuan yang disepadukan dengan ketajaman akal fikiran adalah kekuatan yang
sangat ampuh.

Oleh itu, generasi Ulul Albab bermaksud satu golongan yang mempunyai asas yang
kukuh dalam Al-Quran, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan
memerhati kejadian Allah Ta’ala melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar
darinya.

2.3 CIRI-CIRI ULUL ALBAB

Dalam Al-Quran, Ulul Albab disebut sebanyak 16 kali. Ia secara langsung menggariskan kepada
kita ciri-ciri asas Ulul Albab.

1. Selalu berfikir serta menggunakan akal yang waras dalam menilai sesuatu. Pemerhatian
dan pemikiran tersebut menjurus kepada penghasilan taqwa kepada Allah.

)179( ‫َولَُم ْك يِف الْ يق َصا يص َحيَا ٌة ََي ُأو يِل ا ْْ َللْ َبا يب لَ َعلَُّم ْك تَتَّ مقو َن‬

Maksudnya: “Dan dalam hukuman qisas itu ada (jaminan kelangsungan)
hidup bagimu wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa.”
(Al-Baqarah: 179)

2. Memperbanyakkan amal soleh serta berakhlak mulia dalam usaha untuk mencapai
taqwa. Ini kerana taqwa merupakan sebaik-baik bekalan dalam menghadapi akhirat.

‫الْ َح ُّج َأ ْش مه ٌر َم ْعلمو َما ٌت فَ َم ْن فَ َر َض يفي يه َّن الْ َح َّج فَ ََل َرفَ َث َو ََل فم مسو َق َو ََل يج َدا َل يِف الْ َح يج َو َما‬
)197( ‫تَ ْف َعلموا يم ْن َخ ْْ ٍي يَ ْعلَ ْم مه اََّّلمل َوتَ َز َّو مدوا فَ ِا َّن َخ ْْ َي ال َّزا يد التَّ ْق َوى َواتَّ مقو ين ََي ُأو يِل ا ْْ َللْ َبا يب‬

Maksudnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, sesiapa
yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka
tidak boleh melakukan perkara buruk, berbuat fasik dan berbantah-
bantahan semasa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa
kebaikan, nescaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya
sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang-
orang yang berakal.” (Al-Baqarah: 197)

3. Memiliki al-hikmah iaitu kefahaman yang mendalam tentang Al-Quran dan Al-Sunnah

serta menggunakan akal yang tulus dalam memahami kehendak syarak sebagai panduan

dalam kehidupan.

‫ا ْْ َللْ َبا يب‬ ‫ُأولمو‬ ‫ِا ََّل‬ ‫يَ َّذكَّ مر‬ ‫َو َما‬ ‫َكثيْ ًيا‬ ‫َخ ْْ ًيا‬ ‫ُأو يِ َت‬ ‫فَقَ ْد‬ ‫الْ يحْْكَ َة‬ ‫يم ْؤ َت‬ ‫َو َم ْن‬ ‫يَ َشا مء‬ ‫َم ْن‬ ‫يم ْؤ يِت الْ يحْْكَ َة‬
)269(

Maksudnya: “Allah menganugerahkan al-hikmah (kefahaman yang dalam
tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan
sesiapa yang dianugerahkan hikmah, ia benar-benar telah dianugerahkan
kurnia yang banyak, dan hanya orang-orang yang berakal dapat mengambil
pelajaran (dari firman Allah).” (Al-Baqarah: 269)

4. Bersungguh-sungguh mencari ilmu serta mengambil pengajaran serta panduan daripada

ilmu yang diperolehi.

‫مه َو اََّّيلي َأنْ َز َل عَلَ ْي َك الْ يك َتا َب يمنْ مه َأ ََي ٌت مم ْحَْكَا ٌت مه َّن ُأ ُّم ا ْل يكتَا يب َوُأ َخ مر ممتَ َشا يِبَا ٌت فَأَ َّما‬
M‫ََّّلمل‬a‫ا‬k‫ل‬sََّ u‫ ِا‬d‫َ)ِ مل‬n‫ي‬7‫و‬y‫أْ( ي‬aَ‫ت‬:‫ َي ملب‬D‫َبيَاْع‬iaْ‫ْاَلل‬-‫وا َْم‬lَa‫و‬h‫وُأي يِولميل‬y‫أْ ي‬a‫ََّتَل‬n‫َء ِا‬g‫تي َّكغَمار‬m‫َيَواَّبْذ‬e‫ا‬n‫و َمية‬uَ‫ْت َن‬r‫ا يف‬uْ‫انَل‬n‫َءَريب‬k‫دا‬a‫نتيغَي‬nْ ْ‫ايعب‬ ‫تَ َشابَ َه يم ْن مه‬ ‫اََّّيلي َن يِف مقلمويِ يب ْم َزيْ ٌغ فَ َيتَّ يب معو َن َما‬
‫يب يه مُ ٌّك يم ْن‬ ‫َوال َّرا يِ مسو َن يِف الْ يع ْ يل يَ مقولمو َن َأ َمنَّا‬

Al-Kitab (Al-Quran) kepada kamu.

Antara isinya ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah pokok-pokok isi Al-

Quran. Dan yang lain (ayat-ayat) mutasyabihat. Adapun orang-orang yang

dalam hatinya condong kepada kesesatan, maka mereka mengikuti

sebahagian ayat-ayat yang mutasyabihat untuk menimbulkan fitnah untuk

mencari-cari ta'wilnya, padahal tidak ada yang mengetahui ta'wilnya

melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: "Kami

beriman kepada ayat-ayat yang mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan

kami." dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan

orang-orang yang berakal. (Ali-‘Imran: 7)

5. Selalu berfikir serta merenung segala makhluk ciptaan Allah sebagai tanda-tanda

kebesaran dan keagungan Allah.

)190( ‫اللَّ ْي يل َوالََّنَا ير َْ َل ََي ٍت يْ ُلو يِل ا ْْ َللْ َبا يب‬ ‫َخ ْل يق ال َّس َما َوا يت َوا ْْ َل ْر يض َوا ْخ يت ََل يف‬ d‫ِف‬a‫ ي‬n‫ِا َّن‬silih

Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi,

berganti malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang

berakal.” (Ali-‘Imran: 190)

6. Memilih melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan dengan menggunakan
pertimbangan akal yang waras dengan menjadikan nas Syarak sebagai panduan.

‫مق ْل ََل يَ ْس َت يوي الْ َخ يبي مث َوال َّط يي مب َولَ ْو َأْْ َع َب َك َك ْْ َثمة الْ َخ يبي يث فَاتَّ مقوا اََّّلَل ََي ُأو يِل ا ْْ َللْ َبا يب لَ َعلَُّم ْك‬
)100( ‫تم ْف يل محو َن‬

Maksudnya: Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik,
meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah
kepada Allah wahai orang-orang berakal, agar kamu mendapat
keberuntungan." (Al-Ma’idah: 100)

7. Selalu mengambil pengajaran serta iktibar kisah-kisah serta sejarah kaum-kaum

terdahulu.

‫لَقَ ْد ََك َن يِف قَ َص يص يه ْم يع ْْ َب ٌة يْ ُلو يِل ا ْْ َللْ َبا يب َما ََك َن َح يديثًا يم ْف ََ َتى َولَ يك ْن تَ ْص يدي َق اََّّيلي بَ ْْ َي يَ َديْ يه‬
)111( ‫َوتَ ْف يصي َل مُ يك ََ ْش ٍء َو مه ًدى َو َر ْْ َح ًة يلقَ ْو ٍم يم ْؤ يمنمو َن‬

Maksudnya: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat
pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah
cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang
sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan
rahmat bagi kaum yang beriman.” (Yusuf: 111)

8. Sentiasa memenuhi janji Allah dan tidak merosakkan perjanjian, serta menghubungkan

apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan. Mereka hanya takut kepada Allah

serta pembalasan hari akhirat. Mereka juga sabar dalam melaksanakan perintah Allah.

‫)يماوَََّّيلصي ََلن‬1‫ْن‬9‫ِانيََّ َمياصلميَ َتو ََذنكَّ م َرما ُأوَألم َموَرا ْْاَلَلََّّْبلمال ي يبب يه( َأ‬ ‫ََكَ ْن مه َو َأ ْْ َعى‬ ‫َيأمفَوَمفم ْون َنيَ ْع يبَ مَعل ْه َأنيَّد َمااَُأَّّنْليليز َلَوَِاَلَلْي يََ ْنك مق يممضْنو ََرينب َالْك يمايلْثَاَح َ ُّقق‬
‫) َواََّّيلي َن‬20(
‫) َواََّّيلي َن َص َْمبوا ابْ يت َغا َء َو ْج يه َريِ يب ْم َوَأقَا مموا ال َّص ََل َة‬21( ‫َوََ ْي َش ْو َن َرَِّ مب ْم َوََ َيافمو َن مسو َء الْ يح َسا يب‬
)22( ‫َوَأنْ َف مقوا يم َّما َر َز ْقنَاُم ْه يِ ًّسا َوعَ ََلين َي ًة َويَ ْد َر مءو َن يِبلْ َح َس َن ية ال َّس ييئَ َة ُأولَئي َك لَ مه ْم مع ْق َب الَّدا ير‬

Maksudnya: “(19) Adakah orang yang mengetahui, bahawa apa yang

diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar, sama dengan orang yang

buta? Hanyalah orang-orang yang berakal saja yang dapat mengambil

pelajaran, (20) (iaitu) orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak

merosakkan perjanjian, (21) Dan orang-orang yang menghubungkan apa-

apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan, dan mereka takut kepada

Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk. (22) Dan orang-orang yang

sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat, dan

menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara

sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan;

Itulah orang-orang yang mendapat tempat kesudahan (yang baik).” (Al-

Ra’d: 19-22)

9. Mengambil pengajaran serta panduan daripada segala isi kandungan al-Quran yang

membawa kepada meyakini kebesaran dan keesaan Allah.

)52( ‫َوا يح ٌد َويل َي َّذكَّ َر ُأولمو ا ْْ َللْ َبا يب‬ ‫ِا ََ ٌل‬a‫و‬dَ ‫ه‬a‫ م‬la‫ما‬hَ َّ‫َأن‬ ‫َه َذا بَ ََلغٌ يللنَّا يس َويل مي ْن َذ مروا يب يه َويل َي ْعلَ مموا‬ bagi

Maksudnya: “(Al-Quran) Ini penjelasan yang sempurna

manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya

mereka mengetahui bahawa Dia adalah Tuhan yang Maha Esa dan agar

orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.” (Ibrahim: 52)

10. Sentiasa tekun beribadat kepada Allah seperti qiamullail, takutkan akhirat serta

mengharapkan rahmat Allah

‫َأ ْم َم ْن مه َو قَاين ٌت َأ ََن َء اللَّ ْي يل َسا يج ًدا َوقَا يئ ًما ََ ْي َذ مر ا ْْ َل يخ َرَة َويَ ْر مجو َر ْْ َح َة َريب يه مق ْل َه ْل يَ ْس َت يوي‬
‫ا ْْ َللْ َبا يب‬ ‫و‬o‫ولم‬ra‫ ُأ‬n‫مر‬g‫ َذ َّك‬m‫يَ َت‬u‫ا‬s‫َّ َم‬y‫ ِان‬r‫ن‬iَk‫مو‬y‫لَ م‬a‫َ ْع‬n‫ ي‬g‫ََل‬ ‫َواََّّيلي َن‬ ‫اََّّيلي َن يَ ْعلَ ممو َن‬
Maksudnya: “(Apakah )9(
wahai lebih beruntung)
kamu

ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan

berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat

Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui

dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang

berakallah yang dapat menerima pelajaran.” (Al-Zumar: 9)

11. Bersifat kritis dalam mendengar dan mengikuti yang terbaik serta memperolehi hidayah

dan petunjuk Allah.

‫اََّّيلي َن يَ ْستَ يم معو َن الْ َق ْو َل فَيَتَّ يب معو َن َأ ْح َسنَ مه ُأولَ يئ َك اََّّيلي َن َه َداُم مه اََّّلمل َوُأولَئي َك ُم ْه ُأولمو ا ْْ َللْ َبا يب‬
)18(

Maksudnya: “Mereka yang mendengar perkataan lalu mengikuti apa yang
lebih baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah
petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal.” (Al-Zumar:
18)

12. Dikurniakan hidayah dan sentiasa mengambil peringatan daripada Allah.

)54( ‫مه ًدى َو يذ ْك َرى يْ ُلو يِل ا ْْ َللْ َبا يب‬

Maksudnya: “Untuk menjadi petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang
berfikir.” (Ghafir: 54)

13. Sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah serta takutkan azab Allah di akhirat nanti.

)M10a(ks‫را‬uً ‫ك‬dْ ‫يذ‬ny‫ ْك‬a‫يُم‬:ْ َ‫ِال‬ ‫َأ ْن َز َل اََّّلمل‬ ‫ا ْْ َللْ َبا يب اََّّيلي َن َأ َمنموا قَ ْد‬ ‫فَاتَّ مقوا اََّّلَل ََي ُأو يِل‬ ‫َش يدي ًدا‬ ‫لَ مه ْم عَ َذا ًِب‬ ‫َأعَ َّد اََّّلمل‬

“Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras, maka

bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal; (yaitu)

orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan
peringatan kepadamu.” (At-Talaq: 10)

Ibn Kathir berpendapat Ulul Albab hendaklah seorang yang bukan sekadar mampu
memahami fenomena alam dengan segenap hukumnya yang menunjukkan tanda-tanda
keagungan, kemurahan dan rahmat Allah s.w.t., tetapi juga seorang yang sentiasa berzikir dan
berfikir, yang melahirkan kekuatan intelektual, kekayaan spiritual dan keluhuran moral dalam
dirinya.

Sehubungan itulah, Ibn Salam yang memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1979
menyatakan bahawa dalam Al-Quran terdapat dua perintah: (a) tafakur; dan (b) tasyakur.

- Tafakur ialah merenungkan serta memikirkan semua kejadian yang timbul di alam
semesta, kemudian merungkai hukum-hukumnya yang dikenali dalam istilah moden
sebagai sains.

- Tasyakur pula ialah memanfaatkan segala nikmat dan kurniaan Allah s.w.t. dengan akal
fikiran, sehingga nikmat tersebut semakin bertambah yang kemudian dikenali dengan
istilah teknologi.

Di sinilah terletaknya peranan Ulul Albab iaitu untuk menggabungkan kedua-duanya; memikirkan
dan sekaligus mengembangkan dan memanfaatkan hasilnya, sehingga nikmat Allah s.w.t.
semakin bertambah.

Hal ini dapat didasarkan kepada firman Allah s.w.t. yang berikut:

)7( ‫َوِا ْذ تَأَ َّذ َن َبرُُّم ْك لَ يِ ْئ َش َك ْر مُ ْت َْ َل يزي َدنَُّم ْك َولَ يِ ْئ َك َف ْر مُ ْت ِا َّن عَ َذا يِب لَ َش يدي ٌد‬

Maksudnya: “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar, sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras.” (Ibrahim: 7)

2.4 KOMPONEN ULUL ALBAB

Ulul Albab yang ingin dilahirkan mestilah berpaksikan kepada tiga komponen utama iaitu: (a)
Quranik; (b) Ijtihadik; dan (c) Ensiklopedik bagi membolehkan mereka benar-benar dapat
menghayati konsep Ulul Albab sebagaimana yang diterangkan di atas. Berikut ialah ringkasan
komponen berkenaan:

a. Komponen Quranik dalam konteks Ulul Albab boleh diertikan sebagai kebolehan untuk
menghafaz kesemua tiga puluh juzuk Al-Quran juga mempunyai pengetahuan yang
tinggi tentang ilmu Al-Quran seperti ketertiban bacaan, lagu dan memahami segala
pengajaran yang terkandung di dalamnya melalui pembacaan, ingat, pemahaman,
berfikir, amalan dan sebaran.

Dalam konteks pembacaan, Ulul Albab sewajarnya boleh mengenali huruf-huruf yang
terdapat dalam Al-Quran, boleh membaca al-Quran dan membaca secara tartil. Ingat
pula membawa maksud bahawa Ulul Albab hendaklah berkemampuan untuk mengingati
surah-surah lazim (juzuk ke-30) dan/atau surah-surah atau ayat-ayat tertentu.
Sementara pemahaman pula membawa maksud bahawa Ulul Albab yang berkeupayaan
untuk mentafsir ayat-ayat berkenaan. Berfikir pula ialah memahami dan menggunapakai
ayat-ayat yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Sementara amalan pula ialah
menjadikan amalan di dalam program usrah dan tazkirah yang diadakan di kolej. Akhir
sekali ialah sebaran yang menghendaki mereka untuk menjadikan amalan di dalam
program usrah dan tazkirah yang diadakan di kolej.

b. Komponen Ensiklopedik dalam konteks Ulul Albab bererti individu atau kumpulan
individu yang arif, memiliki kemahiran yang tinggi dan menjadi rujukan dalam pelbagai
bidang pengetahuan dan bahasa-bahasa asing. Ia dianggap sebagai individu yang
berpengetahuan, berkemahiran tinggi (multi skills), menjadi pakar rujuk atau sumber
rujukan pihak dan orang lain, seorang yang serba boleh (multidiscipline), dan seorang
yang boleh menguasai pelbagai bahasa (multilingual).

c. Komponen Ijtihadik dalam konteks Ulul Albab memberi erti bahawa seseorang itu
haruslah mempunyai keupayaan untuk memberikan pandangan dalam menyelesaikan
masalah umat. Tambahan di zaman moden ini, haruslah memiliki sifat-sifat kreatif dan
inovatif, pemikiran strategik, dan sebagainya. Al-Quran memberikan pertanyaan-
pertanyaan yang merupakan semacam ujian kepada mereka; umpamanya ayat berikut:

‫َأ ْم َم ْن مه َو قَاين ٌت َأ ََن َء اللَّ ْي يل َسا يج ًدا َوقَا يئ ًما ََ ْي َذ مر ا ْْ َل يخ َرَة َويَ ْر مجو َر ْْ َح َة َ يرب يه قم ْل َه ْل يَ ْستَ يوي‬
‫ا ْْ َللْ َبا يب‬ ‫يَتَ َذ َّك مر ُأولمو‬ ‫ا‬o‫نَّ َم‬r‫ِا‬a‫ن‬nَ g‫ ممو‬yَ‫عل‬aْ َ‫ي‬n‫ل‬gََ ‫اََّّيلي َن يَ ْعلَ ممو َن َواََّّيلي َن‬
Maksudnya: “(Engkaukah )9(
lebih baik) atau taat mengerjakan
yang

ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari

akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya):

Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak

mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan
peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (Al-Zumar: 9)
Dalam ayat di atas, terdapat ayat yang bersifat retorik iaitu pertanyaan “adakah sama
orang-orang yang mengetahui (alim) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (jahil)?” Ia
menekankan tentang betapa besarnya nilai ilmu pengetahuan dan kedudukan
cendekiawan dalam masyarakat. Inilah Al-Quran yang menggalakkan umatnya menjadi
manusia yang ijtihadik, dengan memberikan data objektif lagi ilmiah berkaitan persoalan
tertentu.
Seterusnya, boleh disimpulkan bahawa ijtihadik yang ingin dilahirkan dari generasi Ulul
Albab ini membawa maksud kebolehan untuk mengutarakan pendapat dan pandangan dalam
menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam, memaksimumkan potensi
akal dan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif. Generasi ijtihadik adalah orang yang
boleh memberikan pandangan dan menyelesaikan masalah, mempunyai keupayaan berfikir dan
juga seorang yang kreatif dan inovatif.
2.5 KESIMPULAN
Model ini dicadangkan sebagai asas kepada manusia Ulul Albab, dengan menggabungkan ciri-ciri
Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI). Di masa yang sama tiga ciri di atas juga mewakili tiga
elemen (Quotient) yang mewarnai seorang manusia:

Disediakan :

Unit Pengajian Islam
KPM Indera Mahkota


Click to View FlipBook Version