The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-16371513, 2021-04-26 13:12:45

HARI GURU (3)

HARI GURU (3)

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

8:30 pagi Ketibaan Para Jemputan

9:30 pagi Ketibaan VIP

10:00 pagi Nyanyian Lagu Negaraku
Nyanyian Lagu Negeri Selangor
Bacaan Doa
Ucapan Alu-Aluan

Pegawai Pendidkan Daerah Petaling Utama

Ucapan Perasmian

Pengarah Pendidikan

Upacara Menaikkan Bendera Hari Guru
Ikrar Hari Guru
Persembahan Koir Guru
Penyampaian Hadiah Aktiviti Hari Guru
Penyampaian Anugerah Tokoh Guru

12:30 tghari Jamuan dan Persembahan
2:30 Majlis Bersurai

petang

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 1

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, segala pujian ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah berkat
dan kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama untuk meraikan Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Petaling Utama Tahun 2021.Tahniah dan syabas saya ucapkan
kepada jawatankuasa yang terlibat kerana merealisasikan acara tahunan ini.
Walaupun pelbagai cabaran dan kesukaran perlu didepani oleh jawatankuasa
pelaksana berikutan daripada situasi pandemik COVID-19 yang masih belum
terkawal sepenuhnya, saya berasa amat bersyukur kerana majlis ini tetap dapat
dijayakan, dalam satu permuafakatan yang jitu, utuh dan cemerlang.
Terlebih dahulu, saya merakamkan ucapan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada Yang
Berhormat Cikgu Muslimin bin Yahaya, Menteri Pendidikan I atas kesudian untuk memberikan
sokongan dan memeriahkan Sambutan Hari Guru Daerah Petaling Utama 2021. Sesungguhnya,
sambutan ini amat penting untuk kita semua kerana kitalah warga pendidik yang sentiasa setia
mengilmukan nusa dan bangsa kita. Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa hari ini
ialah hari yang amat bermakna untuk kita semua.
Kita sedia maklum bahawa guru-guru kita pada hari ini semakin sarat dengan muatan
tanggungjawab dan kewajipan untuk mendepani dunia pendidikan yang makin mencabar mental,
fizikal, emosi dan intelektual, lebih-lebih lagi pada ketika negara dilanda pandemik Covid-19 ini.
Ketika murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah, guru-guru perlu mengoptimumkan kreativiti,
inovasi, potensi dan kapasiti untuk menghadapi cabaran-cabaran PdPR dan seterusnya
membudayakan kebiasaan baharu, dengan harapan murid-murid tetap berpeluang menimba ilmu
melalui pelbagai pelantar dalam talian. Ketika murid-murid kembali ke sekolah pula, guru-guru
tetap perlu melipatgandakan usaha untuk memastikan keselamatan, kebajikan, dan keperluan
mental dan emosi murid diutamakan pada setiap masa. Tambahan pula, guru-guru sendiri juga
menghadapi tekanan kerana berisiko dijangkiti oleh murid, ibu bapa, penjaga atau sesiapa sahaja
yang datang ke sekolah setiap hari. Maka, sambutan kita ini bertujuan untuk kita memperingati
jasa guru-guru kita yang sesungguhnya telah banyak berkorban demi nusa dan bangsa.
Selaras dengan tema Hari Guru dua tahun ini, iaitu “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”,
kita perlu menjanakan gelombang kesedaran kepada seluruh anggota masyarakat bahawa walau
secanggih manapun dunia digital kita pada hari ini, pemerolehan ilmu dan kemahiran tidak akan
berlaku tanpa guru. Oleh sebab itu, kita mestilah tekun memanfaatkan segala ilmu, ajaran,
bimbingan dan nasihat yang dicurahkan oleh guru demi kemaslahatan diri, agama, bangsa dan
negara.
Akhir kata, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada
Tokoh Guru dan Tokoh Kepimpinan PPD Petaling Utama tahun 2021 serta para pemenang dalam
pelbagai acara yang dipertandingkan bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun ini.
Saya berharap agar sambutan Hari Guru tahun ini akan terus menyemarakkan semangat dan
iltizam seluruh warga pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama untuk bersama-sama
menterjemahkan hasrat dan harapan negara demi kecemerlangan kita dalam dunia pendidikan.
Sekian, Selamat Hari Guru dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

MARPUATON BINTI SASTERO
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH PETALING UTAMA

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 2

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru
Peringkat Daerah Petaling Utama bagi tahun 2021. Terlebih dahulu, saya
mengambil peluang ini untuk mengucapkan “Selamat Hari Guru” dan
“Terima Kasih Cikgu” kepada semua guru di Daerah Petaling Utama. Peranan
dan tanggungjawab para guru sangat murni dalam usaha untuk membentuk
anak bangsa yang berkualiti serta berkeperibadian mulia bagi merealisasikan
kecemerlangan dan kegemilangan negara.
Tema Hari Guru kita pada tahun ini ialah “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Tema ini
memberikan penekanan tentang peranan penting guru untuk memperkasakan ilmu
pengetahuan dan membina generasi baharu seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sehubungan dengan itu, guru merupakan insan yang sentiasa mendahagakan ilmu dan tidak
jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai pengetahuan, kemahiran dan nilai, sejajar
dengan prinsip pembelajaran sepanjang hayat. Maka, sebagai generasi pewaris masa hadapan
negara, murid wajib menimba ilmu daripada guru . Oleh hal demikian, adalah penting untuk
guru menanam kecintaan dan kedahagaan kepada ilmu dalam jiwa muridnya. Kementerian
Pendidikan Malaysia yakin bahawa tema ini dapat memberikan semangat baharu kepada guru
serta murid dan seterusnya membentuk masyarakat yang menuntut iimu dengan niat ikhlas agar
ilmu mudah melekat dalam sanubari.
Maka, saya yakin bahawa sekiranya guru-guru senantiasa berusaha untuk memajukan diri
dengan memperlengkap ilmu dan kemahiran seiring dengan perkembangan dunia, masyarakat
mesti akan kembali menghormati insan-insan mulia yang bergelar guru ini. Hal ini bermakna
masyarakat mesti terus berguru, dan berguru dengan insan-insan mulia ini demi pembentukan
generasi yang cemerlang, seiring dengan tema hari guru kita pada tahun ini.
Saya juga ingin menegaskan bahawa keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan
melahirkan generasi masa depan yang peka dengan perubahan landskap pendidikan dan
cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, warga guru perlu memastikan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) guru berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan pada pengaplikasian
kemahiran berfikir aras tinggi, iaitu kemahiran berfikir secara kritis, analitis dan kreatif, selain
kemahiran komunikasi, keupayaan menyempurnakan sesuatu secara kolaboratif serta penerapan
nilai murni dan etika yang menjadi kemahiran penting dalam pendidikan abad ke-21.
Dalam kesempatan ini juga, saya menyeru seluruh warga pendidik supaya berusaha menjadi
lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mampu mencipta kelainan yang dapat memberikan manfaat
kepada murid-murid. Tiada apa-apa yang mustahil sekiranya kita beriltizam dan berbekalkan
nawaitu yang ikhlas dan jitu biarpun dalam keadaan apa sekalipun. Terjemahkanlah
tanggungjawab dan peranan ini dalam bentuk pelaksanaan tugas yang berkualiti dan pemberian
khidmat yang terbaik kepada negara.
Akhirulkalam, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua guru atas
pengorbanan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan selama ini. Sesungguhnya, usaha para
guru untuk melahirkan insan cemerlang yang seimbang tidak ternilai harganya dan akan
sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat dan negara. Terima kasih Cikgu!
Sekian, “Berguru demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

YANG BERHORMAT CIKGU MUSLIMIN BIN YAHAYA 3
TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN 1
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia

Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji

Tunai tetap kami tunaikan

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 4

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

IKRAR PERKHIDMATAN AWAM

Kami yang telah dilantik berkhidmat dengan kerajaan Malaysia
membuat ikrar di sini bahawa semasa dan selagi
kami berkhidmat dengan Kerajaan,

kami akan patuh dengan mengamalkan teras-teras perkhidmatan
semasa menjalankan tugas,
Ke arah ini kami:

Berazam meningkatkan mutu perkhidmatan;
Bekerja dengan penuh tanggungjawab;

Berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri;
Berkhidmat dengan penuh muhibah dan kemesraan;
Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara:
Bekerjasama dalam membanteras kelemahan dan musuh-musuh negara;

dan Berpegang teguh kepada ajaran agama

IKRAR HARI GURU

Bahawasanya kami Kami sentiasa menjunjung
Guru-guru negara Malaysia Perlembagaan Negara
Kami mengamalkan
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami

Kami akan berbakti
Kepada masyarakat

Dan negara kami.

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 5

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 6

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 7

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 8

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 9

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Pengerusi HJH MARPUATON BINTI SASTERO
Timbalan Pengerusi 1 Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama
Timbalan Pengerusi 2 MOHD KAMAL AZIZI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Pengerusi 3
Timbalan Pengerusi 4 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pengurusan Sekolah

Naib Pengerusi 1 AZLINA BINTI HUSSIN
Naib Pengerusi 2 Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Perancangan
NOORIN BINTI ZAKARIA
Penyelaras Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembelajaran
Setiausaha MARHANI BINTI M.HANIFF
Naib Setiausaha Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Pembangunan Murid
Bendahari HJH. SALWANI BINTI MUHAMMAD ZAIN
Naib Bendahari YDP MPSM
HJH. SHAMSINAR HAYATI BINTI MOHD SHITH
Pengerusi MGB
BIBI VIRDAYATI BINTI IIYAS @ ALIAS
Penolong PPD Unit Menengah dan Tingkatan 6
BADIEAH BINTI MUSTAKIN
Pegawai SISC+
KUHANIS BINTI MOHAMAD ZAIN
Penolong PPD Unit Prasekolah dan Rendah
AINI WARDIAH BINTI ADENAN
Bendahari Mpsm

AZLINA BINTI AHMAD
Bendahari MGB

Pengurus Majlis

DR ZAHRI BIN RAMLAN SMK SRI UTAMA
KHAIRUL NIZAL BIN ABU BAKAR SK TAMAN MEDAN
ZAINI BIN MAT HUSIN @ MOHAMED PPD PETALING UTAMA

Pesiapan Tempat

JAMALUDDIN BIN HARON SMK KELANA JAYA
ZUBIR BIN YAACOB SK DAMANSARA DAMAI 2
LIM WAH LIM SJK (C) DAMANSARA
YUSYAHRUL NIZAR BIN MD YUSOF PPD PETALING UTAMA

Pesiapan Pentas

RAHMAH BINTI HUSIN SMK SULTAN ABDUL SAMAD
AZATULAKMAL BINTI ABD. RAZAK SK PETALING JAYA
ADIBATUL ANNIAH BINTI ABDUL HAMID SK ASSUNTA 1
SITI NORHAFISYAH BINTI AZIB SK ASSUNTA 2
ZAIHASRA BINTI HASAN PPD PETALING UTAMA

Pengacaraan Majlis

BADARIATUL JAMAL BINTI HASNAN KOLEJ TINGKATAN 6 BANDAR UTAMA
MOHD JOHARI BIN MOHD SAHAR SK DAMANSARA JAYA 1

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 10

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Peralatan & Pengangkutan

PARTHIPAN A/L SUBRAMANIAM SMK (L) BUKIT BINTANG
MOHAMAD KHAIRUL BIN MOHTAR SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2
ABD RAHMAN BIN RAMLY SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA
MOHD SHAHIDAN BIN ZAINUDDUN ZAINAL ABIDIN PPD PETALING UTAMA

Jamuan SMK (P) TAMAN PETALING
RADZILAH BINTI MOHD RAFEE SMK TAMAN DATO' HARUN
FARIDAH AKHMA BINTI ZULKIFLI SK SUNGAI WAY
ASIAH BINTI AMIR SK TAMAN DATO' HARUN 2
ROSLAWATI BINTI NUZI SK SATU SULTAN ALAM SHAH
SARIMAH BINTI ATAN PPD PETALING UTAMA
NURHANANI HUSNA BINTI HARME SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 3
Pendaftaran SK PETALING JAYA 2
ROS BINTI LIZAN SK TROPICANA
FAZLIYATON BINTI MOHAMED SHARIF PPD PETALING UTAMA
MAZNAH BINTI OTHMAN (SK TROPICANA)
NORMAWATI BINTI JASMAN

Hadiah / Sijil SMK TAMAN SEA
SURYANI BINTI ISMAIL SK SRI PETALING
NORIAH BINTI MOHAMED SJK (C) CHEN MOH
YEOH LI CHOO SJK (T) LADANG EFFINGHAM
VIJAYA KUMARI A/P SUBRAMANIAM SK JALAN SELANGOR 1
NORLIZA BT MOHD YUSOFF PPD PETALING UTAMA
NORSILAWA BINTI BOHARI

Dokumentaksi, Fotografi & Rakaman Video Majlis

TERESA CHAN JEI CHIANG SMK ASSUNTA
PENGETUA SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
MUHD UMAR BIN ABDULLAH SK SEKSYEN 6 KOTA DAMANSARA
SABARIAH BINTI SAPARI SK KELANA JAYA 2
LEE SUET PING SK (L) BUKIT BINTANG 1
MUHAMMAD SYUKRY BIN MUHAMMAD SABRI PPD PETALING UTAMA

Multimedia & Siaraya

BUSTANG BIN BACO SMK LEMBAH SUBANG
ZAKARIA BIN MUHAMMAD SK LA SALLE PJ
ZULKIFLI AHMAD SK SEKYEN 11 KOTA DAMANSARA
MOHD FADZLI ZAMAN BIN OTHMAN PPD PETALING UTAMA

Persembahan SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2
AZLIZA BINTI MAT LAZIM SK KAMPUNG TUNKU
ROSMAWATI BT MAT SOM SJK (C) PUAY CHAI
YONG KIM FONG SJK (T) RRI SUNGAI BULOH
SEETHAMALAR A/P ALBERT PPD PETALING UTAMA
MOHAMAD MUSLIHAT BIN ISMAIL

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 11

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Kebersihan SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 1
MOHAMAD NAJED BIN DAUD SK BANDAR BARU SRI DAMANSARA 2
GURU BESAR SK (2) JALAN SELANGOR
ROSLINA MAHARI SJK (C) SUNGAI WAY
SAY SOH MAY PPD PETALING UTAMA
AZLEE BIN AB RAHIM @ AHMAD

Keselamatan & Trafik SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1
MOHD ARIFF BIN MHD SHARIF SK BANDAR UTAMA DAMANSARA
GUNALAN A/L ARUMUGAM SK DAMANSARA JAYA 2
ZAIZAR BINTI ABDULLAH SK (2) SULTAN ALAM SHAH
MASHURA BINTI MANSOR PPD PETALING UTAMA
SYED SYAZWAN SYAMIL SYAH BIN SYED HARUDIN

Rakaman Video Tokoh Guru dan Gimik Tokoh Guru

AHMAD EZZAT BIN ISMAIL SMK DAMANSARA JAYA
YAHYA BIN ABDUL KARIM SK (1) PETALING JAYA
MARIA FARINNA BINTI ZAINAL ABIDIN PPD PETALING UTAMA
SURIAZANA BINTI SHAHRI PPD PETALING UTAMA

Tokoh Guru SMK TAMAN MEDAN
KHANAH@ROHANA BINTI MAMAT SK BANDAR UTAMA DAMANSARA 4
RAZWAN BIN MOHD ZIN PPD PETALING UTAMA
NIK ASHIKIN BIN NIK OTHMAN

Gimik Perasmian KOLEJ TINGKATAN ENAM PJ
HJ. GHUMIAT BIN KAMDI SK SEKSYEN 7 KOTA
ZULKIFLI BIN NOORDIN DAMANSARA
GHAZALI BIN OTHMAN SK DAMANSARA DAMAI 1
KHAIRUDIN BIN ABUL AZIZ@ABDUL AZIZ SK BANDAR SRI DAMANSARA 1
JAM ARIF BIN ABD. WAHAB PPD PETALING UTAMA
PPD PETALING UTAMA
Bacaan Doa SK BUKIT LANJA
ZAMIDI BIN AHMAD SOHAIMI-K
HARUN BIN OTHMAN (SK BUKIT LANJAN)

Sambutan & Protocol SMK SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
RUSITA BINTI SAHARI SMK SEKSYEN 4 KOTA DAMANSARA
PENGETUA SK SEKSYEN 9 KOTA DAMANSARA
MOHD YUSOP BIN MAT ZIN SK KELANA JAYA 1
MOHD MOHRADI BIN MOHD MOHLAS SJK (C) DESA JAYA 2
TAN SIEW TING SJK (T) SEAPORT
MANIMEGALAI A/P MUTHU PPD PETALING UTAMA
SIP+

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 12

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

Buku Program & Grafik SMK TROPICANA
NORLIZA BINTI MUSTAPA SK METHODIST
NIK AZMAN BIN KUNDUR SK TAMAN SEA
NAZLIZA BINTI SAMSUDIN SJK (C) PUAY CHAI 2
SOH SWEE KOON PPD PETALING UTAMA
DARNALIS BIN ABU BAKAR PPD PETALING UTAMA
PPD PETALING UTAMA
Teks Ucapan & Kata-Kata Aluan SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2
ALEX LEONG JUN WEI SK DAMANSARA UTAMA
ROSLIZA BINTI BASAR SK SRI DAMAI
Ikrar dan Menaikan Bendera SJK (C) CHUNG HWA DAMANSARA
MOHD HIJAZI BIN HARAWI PPD PETALING UTAMA
MOHD ZUKI BIN MOHD AKHIR SMK LA SALLE PJ
MASHISHAM BIN MOHAMED SMK KATHOLIK
THYE SIEW LEE SJK (C) YUK CHAI
MOHD IDAHAM BIN IBRAHIM SJK (C) SUNGAI BULOH
SJK (T) VIVEKANANDA
Tajaan SK SRI KELANA
DR TEH LAH HOONG SJK (C) YUK CHYUN
LOW LAI KHUN SK TAMAN MEGAH
CHEW HOCK JIN PPD PETALING UTAMA
LOW SAU KIN PPD PETALING UTAMA
SUBRAMANIAM A/L BATUMALAI VELU PPD PETALING UTAMA
ZAINAH BINTI MOHD LIP PPD PETALING UTAMA
THANG YOON THAI SMK SRI PERMATA
GUOK SOON LENG SK BANDAR SRI DAMANSARA 3
KHAIRUL ANUAR BIN ABDUL AZID PPD PETALING UTAMA
SMK TAMAN SEA
Jemputan SK TAMAN DATO' HARUN 1
NORHAFIZAH BINTI ZAINI PPD PETALING UTAMA
NUR ASSYURA BINTI MOHAMAD PPD PETALING UTAMA
NUR ZAHEERA BINTI AHMAD

Seranta & Publisiti
HAJI AZNAN BIN KASSAN
NOOR SOFIAH BINTI MOHAMED ISMAIL
MUHAMMAD ZURAIDI BIN MD NOR

Aktiviti Hari Guru
ROSSHETA BINTI ABDUL RAHMAN
MUSA BIN MOHD WALID
NORAFIZA BINTI MOHAMED NOOR
MARINA BINTI AHMAD

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 13

Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu

meSraakmabmuktaaJnnaHpweaanrtiagGnhukaruruga2as0aan2P0delaPanPkDsteaPrniemataaliknagsiUhtkaempaada

Yang Berbahagia Puan Hajah Marpuaton Binti Sastero
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah

Pajabat Pendidikan daerah Petaling Utama
Yang Berusahah Mohd Kamal Azizi Bin Abdul Aziz

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pajabat Pendidikan daerah Petaling Utama

Majlis Pengetua Sekolah Malaysia
Daerah Petaling Utama
Majlis Guru Besar
Daerah Petaling Utama

Semua Pegawai PPD Petaling Utama
Semua Pengetua dan Guru Besar

Semua Guru Daerah Petaling Utama

Sambutan Hari Guru Peringkatan Daerah Petaling Utama Tahun 2021 14


Click to View FlipBook Version