The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KK 1 FKIK3013 NURUL IZZATI BINTI ZAINOL

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nrulizzati1005, 2023-07-18 02:53:13

FKIK3013 NURUL IZZATI BINTI ZAINOL

KK 1 FKIK3013 NURUL IZZATI BINTI ZAINOL

JKA/JUN2019 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN, 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Nama : NURUL IZZATI BINTI ZAINOL No. K/P : 010510-02-0466 Angka Giliran : 2020112350195 Program : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA Ambilan : AMBILAN 2020 Unit : BNK2 Nama Pensyarah : DR. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN Tarikh Hantar : 17 JULAI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh :17 JULAI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


II INSTITUT PENDIDKIAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR BIODATA NAMA :NURUL IZZATI BINTI ZAINOL NO. KAD PENGENALAN :010510-02-0466 EMAIL :[email protected] ALAMAT :NO. 960 KAMPUNG NAKO, MUKIM BELIMBING KANAN, 06300 KUALA NERANG KEDAH STATUS :BUJANG NOMBOR TELEFON :011-11812491 PENGKHUSUSAN :BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNIT : BIMBINGAN KAUNSELING 2 (SK) AMBILAN :JUN 2020


III ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. MUKA DEPAN I 2. ISI KANDUNGAN II 3. TUGASAN 1: Penulisan Laporan (50%) 1) PENGENALAN 2) PERKAHWINAN TIDAK MENGIKUT PROSEDUR MENURUT AKTA UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 3) PERNIKAHAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 4) KESIMPULAN 1 1-4 4-6 6 4. RUJUKAN 7 5. LAMPIRAN i. Soalan Kerja Kursus 8


1 1.0 PENGENALAN Perkahwinan merupakan jalinan suci yang terbentuk antara dua insan. Oleh itu, ia mestilah dilakukan dengan tatacara dan prosedur yang lengkap untuk memastikan pasangan bersedia fizikal dan mental sebelum masuk ke alam perkahwinan (Mawahid Muhamad,2019). Prosedur pernikahan ini mestilah mengikut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia. Prosedur perkahwinan tidak menjadi salah satu syarat sah dalam Islam namun realitinya sekarang telah menjadi suatu kemestian agar perkahwinan itu direkodkan dalam bentuk dokumen supaya pentadbiran mahkamah lebih sistematik dan teratur sepertimana yang terkandung di dalam peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam setiap negeri (Noraini Mohd Hashim, 2007). Prosedur ini dianggap terlalu rigid bagi pasangan yang ingin berkahwin dan mereka mengambil jalan mudah untuk berkahwin tanpa kebenaran. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan kesalahan mengenai perkahwinan yang telah diperuntukkan di dalam Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 supaya pasangan jelas terhadap prosedur perkahwinan yang akan dilalui sebelum melangsungkan perkahwinan. 2.0 PERKAHWINAN TIDAK MENGIKUT PROSEDUR MENURUT AKTA UNDANGUNDANG KELUARGA ISLAM (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1984 2.1 KESALAHAN BERHUBUNG AKAD NIKAH PERKAHWINAN Sesuatu perkahwinan yang dilangsungkan tanpa mendapat kebenaran daripada pendaftar nikah dianggap sebagai kesalahan perkahwinan tidak mengikut prosedur (Raihanah Abdullah, 2005). Kebenaran dari pendaftar nikah ini akan diperoleh semasa melengkapkan borang kebenaran berkahwin yang telah dikeluarkan oleh sistem nikah negeri masing-masing. Kegagalan berbuat sedemikian sebelum akad nikah akan membuatkan pasangan dikenakan hukuman. Pasangan akan dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Pernyataan ini ditegaskan lagi dengan akta undang-undang di bawah Seksyen 40 yang menyatakan bahawa semua bentuk pernikahan yang dilangsungkan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikategorikan sebagai pernikahan tidak


2 mengikut prosedur (Ahmad Ibrahim, 1999). Masalah ini berlaku apabila pasangan berkahwin di luar negara seperti di Thailand, Indonesia dan sebagainya. Kesalahan ini akan dibicarakan jika ingin mendaftar bagi menentukan sahnya perkahwinan tersebut (Mohammad Azam Hussain & Fauziah Mohd Noor, 2020). 2.2 PERMAUSTATINAN Kesalahan berbangkit yang melibatkan permaustatinan ialah akad nikah dijalankan tanpa kebenaran jika perkahwinan itu melibatkan seorang perempuan yang bermastautin dalam Wilayah Persekutuan. Dimaksudkan dengan tanpa kebenaran itu adalah apabila sesuatu perkahwinan tersebut dijalankan tanpa mendapat kebenaran dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (Pendaftar) (Amir Husin Md Nor, Siti Safwati Binti Mohd Shari, 2006). Manakala maksud dengan kebenaran adalah di dalam keadaan Pendaftar berpuas hati bahawa sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dari segi rukun-rukunnya. Sesuatu akad nikah dikira sebagai tidak mendapat kebenaran pendaftar sekiranya sesuatu kebenaran tidak diberikan sepertimana yang diperuntukkan di dalam Seksyen 16 dan 17 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan). Perkahwinan yang dinikahkan di luar kariah pemastautin pihak perempuan atau di luar Wilayah Persekutuan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Pendaftar, Hakim Syarie ataupun pihak berkuasa di negeri tempat perempuan itu bermastautin . 2.3 AKUAN ATAU PERNYATAAN PALSU UNTUK MENDAPATKAN PERKAHWINAN Terdapat dua bentuk prosedur permohonan perkahwinan menurut UUKI iaitu memohon kebenaran daripada Pendaftar di mana tempat pihak perempuan bermastautin dengan borang yang ditetapkan dan memohon kebenaran untuk berkahwin daripada mahkamah. Hakim Syarie akan membuat pengesahan mengikut UUKI sebelum majlis akad nikah dilangsungkan. Perkara ini terkandung di dalam Seksyen 17 dan Seksyen 18 iaitu dalam kes-kes tertentu seperti perkahwinan di bawah umur, perkahwinan perempuan janda, perempuan yang tidak mempunyai wali nasab mengikut hukum syarak dan juga poligami (Nurhidayah Muhd Hashim, 2004).Oleh itu, ada pihak dengan sengaja membuat keterangan atau akuan palsu untuk mendapatkan kebenaran. Sekiranya keadaan tersebut


3 berlaku, maka mereka akan dikenakan denda tidak melebihi RM 2000 atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya. 2.4 AKAD NIKAH PERKAHWINAN YANG TIDAK DIBENARKAN Kesalahan ini akan timbul sekiranya akad nikah tersebut dilaksanakan oleh pihak yang tidak diberi kuasa untuk mengakadnikahkan pasangan. Pihak tersebut akan dihukum tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. Selain itu, lelaki yang ianya bukan wali mujbir menikahkan dengan paksaan tanpa persetujuan bakal isteri atau seseorang yang bukan wali menikahkan tanpa keizinan wali nasab. Ini juga dikira sebagai kesalahan dan akan dihukum denda di bawah akta yang sama. Kemudian, perkahwinan yang tidak mendapat persetujuan wali juga tidak dibenarkan dan boleh dianggap tidak sah. Begitu juga dalam kes perpindahan wali yang memerlukan perwakilan wali yang sah menurut Hukum Syarak. Perpindahan wali tersebut tidak boleh dilakukan tanpa ikrar wali nasab itu sendiri. Bahkan, walaupun jurunikah mempunyai tauliah di sisi UUKI, akan tetapi Wali Hakim tersebut tidak mempunyai pengiktirafan dari segi Hukum Syarak, maka perkahwinan itu tidak sah untuk diakad nikahkan. Hal ini membuktikan persetujuan wali dalam memberi keizinan untuk berkahwin penting untuk memenuhi rukun nikah (Amran Awaluddin, 2010). Peruntukkan ini bertujuan untuk mengelakkan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengaut keuntungan menyamar menjadi jurunikah tidak bertauliah ataupun nikah sindiket yang memaksa seseorang berkahwin. 2.5 POLIGAMI TANPA KEBENARAN Poligami tanpa kebenaran ini sering berlaku kerana tidak mahu diketahui oleh isteri pertama dan mengambil jalan pintas berkahwin di luar negara tanpa kebenaran. Maka merujuk kepada Seksyen 40(2) dan Seksyen 123 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 iaitu sekiranya seseorang berupaya melakukan sesuatu akad perkahwinan dengan sesiapa jua yang berlawanan dengan Bahagian II akan dihukum (Siti Fatimah Abdul Rahman, 1998). Manakala Seksyen 123 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pula memperuntukkan jika seorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua dalam masa perkahwinannya


4 yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis dahulu dari Mahkamah Syariah, maka dia telah melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. 2.6 TIDAK HADIR DI HADAPAN PENDAFTAR DALAM MASA YANG DITETAPKAN Seksyen 31 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa perkahwinan di Kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negeri boleh di daftarkan di pejabat Pendaftaran Nikah tempat dia bermastautin. Ini hanya boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran dari Pendaftar yang dilantik oleh Yang di Pertuan Agong di bawah Seksyen 28(3) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 di Kedutaan Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsul Malaysia. Malah, pendaftaran itu hendaklah dilakukan dalam tempoh enam bulan selepas tarikh perkahwinan. Sekiranya berlaku salah satu pihak lelaki atau perempuan pemastautin Wilayah Persekutuan berkahwin di luar negara tanpa kehadiran Pendaftar yang yang dilantik di kedutaan Malaysia atau tanpa kebenaran Pendaftar atau Hakim Syarie di tempat pasangan bermastautin, maka ia dianggap telah melakukan kesalahan di bawah UUKI (Abu Bakar Ahmad, 2006). Pasangan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 35 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984. 3.0 PERNIKAHAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM Antara pernikahan yang menyalahi undang-undang keluarga Islam adalah nikah sindiket, kahwin lari, poligami tanpa izin dan nikah bawah umur. Meskipun pernikahan-pernikahan 3.1 NIKAH SINDIKET Pernikahan yang mempunyai elemen yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang semasa serta hukum syarak boleh dikategorikan sebagai nikah sindiket (Intan Nadia et al., 2012). Kriteria nikah sindeket ini adalah seperti kahwin lari, perkahwinan yang dibuat dihadapan jurunikah yang tidak mempunyai tauliah, sindiket nikah palsu yang dibuat dihadapan jurunikah yang bertauliah,


5 sijil pernikahan yang palsu atau sijil nikah asli yang dipalsukan dan upacara perkahwinan yang didalangi oleh kumpulan haram (Intan Nadia et al., 2012). Menurut AUKI 1984, perkahwinan tidak boleh didaftarkan sekiranya bertentangan dengan Akta namun sekiranya perkahwinan itu sah menurut syarak maka ia boleh didaftarkan di bawah AUKI 1984 dengan cara mendapatkan perintah daripada mahkamah. 3.2 KAHWIN LARI Menurut Muhamad Helmi et al. (2018) Kahwin lari dapat dimaksudkan dengan perkahwinan yang tidak mengikut akta atau enakmen undang- undang keluarga Islam dan tidak dipersetujui oleh wali pengantin perempuan. Perkahwinan ini dilaksanakan oleh wali hakim tanpa persetujuan wali dan tanpa kebenaran pendaftar perkahwinan mukim yang berkenaan. Kahwin lari ini boleh berlaku di dalam dan luar negara. Jika ia dilakukan di dalam negara, kebiasaannya melalui sindiket yang tertentu dan dilakukan dalam daerah itu sendiri tanpa kebenaran wali (Mahamad bin Arifin, 2009). Selain itu, kahwin lari juga merujuk kepada perkahwinan tanpa kebenaran Pendaftar atau Timbalan Pendaftar Nikah, Cerai, dan Ruju’ serta Hakim Syarie yang diupacarakan di Malaysia. 3.3 POLIGAMI TANPA KEBENARAN MAHKAMAH Malaysia memperuntukkan lelaki yang ingin berpoligami untuk membuat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah (seksyen 23 (1) AUKI 1984). Kegagalan berbuat sedemikian merupakan satu kesalahan dan akan dikenakan penalti. Seksyen 123 AUKI 1984 menyebut jika seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis daripada mahkamah, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu (Raihanah Abdullah, 2019).


6 3.4 NIKAH BAWAH UMUR Undang-undang Malaysia menetapkan had umur perkahwinan 18 tahun ke atas bagi lelaki dan 16 tahun ke atas bagi perempuan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu perkahwinan bawah umur boleh dibenarkan jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu. Namun begitu, satu perincian spesifik akan dibuat sebelum memberikan kebenaran (Hasnizam Hashim et al., 2019). Oleh itu, pernikahan melibatkan pasangan bawah umur tanpa kebenaran mahkamah merupakan suatu kesalahan (Seksyen 19AUKI 1984). KESIMPULAN Umat Islam perlulah mengelakkan diri dari membuat kesalahan-kesalahan yang telah disebut bagi memastikan ikatan suci yang dibina menjadi lebih bermakna. Kebanyakan pasangan yang terjebak dengan kes pernikahan menyalahi prosedur dan undang-undang adalah hanya untuk menghindari beberapa masalah yang bersifat sementara, tanpa menyadari bahawa implikasi yang lebih buruk dan berpanjangan akan menanti mereka di masa hadapan (Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan et al 2020). Prosedur dan undang-undang bukanlah untuk merumitkan namun untuk menghindari sebarang permasalahan yang akan timbul kelak. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah menjalankan tugas dengan baik mengatur urusan pernikahan menjadi jelas dan realistik demi kemaslahatan umat Islam.


7 RUJUKAN Mawahib Muhamad. (2019). Perkahwinan Dalam Perspektif Islam; Sebuah Tinjauan Filosofis. Iqtisad. 6. 10.31942/Iq.v6i1.2719. Noraini Mohd Hashim. 2007. Undang-Undang Keluarga (Islam). Dewan Bahasa Dan Pustaka. Raihanah Abdullah. 2004. “Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia: Satu Sorotan Literatur.” Dalam Mahkamah Syariah di Malaysia Pencapaian dan Cabaran. Ahmad Ibrahim. 1999. Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia. Malayan Law Journal Sdn Bhd. Amir Husin Md Nor, Siti Safwati Binti Mohd Shari. 2006. “ Faktor Penyebab Perkahwinan Tanpa Kebenaran Di Luar Negara: Satu Kajian Di Mahkamah Syariah Muar,” Jurnal Syariah 14, 2 (Julai-Disember 2006):145. Mohd Radzuan Ibrahim. 2006. Munakahat Undang-Undang Dan Prosedur. Selangor: Publishing House. Nurhidayah Muhd. Hashim. 2004. “Kedudukan Wali Berdasarkan Hukum Fiqh Dan Peruntukan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia,” Jurnal Tasawwur Islam 6. Amran Awaluddin. 2010 “Kes Pernikahan Tanpa Izin: Isu dan Cabaran,” Jurnal ILIM 3(7). Akta Undang Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] Abu Bakar Ahmad. (2006). “Kaedah Pendaftaran Nikah Luar Negeri Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan,” Jurnal Hukum 21, 2.


8 Siti Fatimah Abdul Rahman. 1998. “Poligami Di Malaysia : Peruntukan Dan Perlaksanaan,” Jurnal Ikim 6, 1. Raihanah Haji Abdullah. (2019). Poligami di Malaysia. Jurnal Syariah, 5 (2), 167-186. Muhamad Helmi Md Said, Noraini Md Hashim, Nora Abd. Hak & Roslina Che Soh. (2018). A Study of Elopement Among Muslims in Malaysia and Island of Lombok, Indonesia. JUUM (Isu Khas), 104- 114. Mahamad bin Arifin. (2009). Kahwin Lari: Masalah dan Penyelesaiannya. Undang-undang Keluarga dan Prosedur. Selangor: Jabatan Undang-undang Islam Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim dan Pusat Undang-undang Harun M.Hashim UIAM. Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan & Haliza A. Shukor. (24 September 2019). Perkahwinan Bawah Umur Menurut Perspektif Undang-undang Jenayah Islam dan Undang-undang Sivil di Malaysia. 5th Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference, KUIS. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (3 Oktober 2019). Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia. http://www.sppim.gov.my/sppim/home Hasnizam Hashim, Intan Nadia Ghulam Khan, Haliza A. Shukor dan Nabilah Yusof (2020) “Isu-Isu Berkaitan Pernikahan Yang Menyalahi Undang-Undang Keluarga Islam Di Malaysia Dan Kaedah Penyelesaiannya,” The 3rd International Conference of the Postgraduate Students and Academics in Syariah and Law 2020 (INPAC 2020). Negeri Sembilan: Seremban, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia, 204-206. Mohammad Azam Hussain & Fauziah Mohd Noor (2020). “Pernikahan Orang Islam di luar Negara Menurut Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia,” Dimensi Kemanusiaan dalam Perundangan Merentas Sempadan. Universiti Utara Malaysia, 93-113.


9 LAMPIRAN


1 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK 2023 Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Nama Pelajar : Kod: FKIK3013 Semester / Tahun: Semester 3 / Tahun 3 Ambilan: Jun 2020 Kumpulan: PISMP Nama Kursus: Fiqh Kekeluargaan Islam (Elektif Terbuka) Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penulisan laporan ( 50% ) 12.6.2023 17.7.2023 2. Pembentangan ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 3. Kuiz ( 25% ) 26.6.2023 12.7.2023 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Menghuraikan konsep asas pembinaan insan menurut Islam (C2, LO1). 2. Membincangkan konsep perkahwinan dalam Islam (C2, LO3, CTPS1). 3. Menjelaskan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara pembentangan berkumpulan.(C2, LO4, LO5, LO6, CS1, TS1, LL1) 4. Menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan (C4, A3, LO6, LL3). 5. Menerangkan prosedur perkahwinan di Malaysia (C2, A4, LO1). Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2,3, 4 dan 5. Objektif Pentaksiran Berterusan: Pelajar akan dapat: 1. Menghuraikan konsep dan proses perkahwinan dan pembubaran dalam Islam serta prosedur perkahwinan menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber secara penulisan laporan yang komprehensif. (CLO2, CLO3, CLO5) 2. Melaksanakan pembentangan multimedia berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam secara berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan aplikasi teknologi terkini (CLO3) 3. Menerangkan asas pembentukan insan dalam Islam dan menganalisis pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan berdasarkan sumber yang muktabar dalam bentuk jawapan daripada soalan kuiz. (CLO1 & CLO4).


2 Isu perkahwinan hari ini sering dipaparkan dalam media massa. Isu pemilihan jodoh, wang hantaran, kenduri kahwin dan pergolakan rumahtangga sudah sinonim dalam kehidupan masyarakat kita. Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah mewartakan undang-undang keluarga Islam melalui Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-Negeri dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wliayah Persekutuan bagi menangani isu-isu tersebut. Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut: Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 50%) - (CLO2, CLO3, CLO5) 1. Berdasarkan kenyataan di atas anda dikehendaki melaksanakan penulisan laporan dengan mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. Maklumat boleh diperolehi secara kolaborasi dengan Pejabat Agama Islam Daerah, Jabatan Agama Islam Negeri dan Mahkamah Syariah serta Jabatan Mufti Negeri-Negeri di Malaysia. (KPPB) 2. Panjang laporan ialah 1500 patah perkataan. 3. Tugasan ini adalah secara individu dan tajuk-tajuk seperti pada Lampiran A. 4. Laporan perlu dipersembahkan di dalam betuk anyflip atau seumpamanya dan juga dicetak. Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia. 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. 3. Soalan tugasan pembentangan kumpulan pada Lampiran B. Tugasan 3 : Kuiz (Wajaran 25%) – (CLO1, CLO4, CLO5) Kuiz : Anda dikehendaki menjawab soalan berbentuk struktur berdasarkan tajuk berikut: a. Konsep pembinaan Insan menurut Islam. b. Pengurusan masalah keluarga dalam perkahwinan. c. Prosedur perkahwinan di Malaysia. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Tugasan 1 dan 3 adalah tugasan individu, manakala tugasan 2 adalah secara berkumpulan. 2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat bagi tugasan 1 dan tugasan 2. 3. Format penulisan tugasan 1 adalah seperti yang berikut: 3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini. 3.2 Font jawi-biasa dan yang berhubungan dengannya atau Font rumi Arial. 3.3 Saiz huruf - 18 poin (Jawi) atau Saiz huruf – 11 poin (rumi) 3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)


3 4. Panjang laporan adalah 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan. 5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 sumber Internet, 3 jurnal dan 2 bahan bercetak yang lain). 7. Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda. 8. Tugasan 2 secara pembentangan berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan. Pembentangan secara powerpoint dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan softcopy perlu diserahkan kepada pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian dan pemberian markah. 9. Tugasan 3 dijalankan secara kuiz – ujian kertas/pensil (Pen). Disediakan oleh, Disemak oleh, ............................................................ ......................................................... (DR. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) (ZULQUARNAIN BIN ALI) Penyelaras Kursus FKIK3013. Pakar Bidang(SME) (FIQH KEKELUARGAAN ISLAM) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam Moral, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan, IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang. Kuala Lipis, Pahang. Disahkan oleh, ............................................................. (DR. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN) Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG. Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis. LAMPIRAN A


4 SENARAI TAJUK TUGASAN INDIVIDU KURSUS FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 1: Penulisan Laporan : ( Wajaran 50%) 1. Anda dikehendaki mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber bagi menjelaskan isu-isu perkahwinan dalam Islam menurut syariat Islam dan prosedur perkahwinan di Malaysia. BIL NAMA PELAJAR Tajuk Tugasan 1 Konsep memilih jodoh dan peminangan dalam perkahwinan menurut Syariat Islam 2 Perbincangan tentang rukun nikah 3 Pelaksanaan tanggungjawab dalam perkahwinan dalam Islam. 4 Poligami : Tuntutan atau keperluan. 5 Perbincangan tentang talak (perceraian perkahwinan). 6 Perbincangan tentang idah dan rujuk. 7 Perbincangan tentang fasakh dan khuluk. 8 Analisis Konsep Li’an, Nusyuz dan Sulh dalam isu pembubaran perkahwinan. 9 Konsep hadanah dalam isu penjagaan anak. 10 Perbincangan terhadap hak-hak selepas perceraian menurut undang-undang keluarga Islam di Malaysia 11 Prosuder perkahwinan di Malaysia menurut Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Negeri Pahang. 12 Prosuder Perceraian di Malaysia menurut Enakmen UndangUndang Keluarga Islam Negeri Pahang 13 Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perkahwinan 14 Bentuk kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang keluarga Islam Di Malaysia – Perceraian 15 Prosuder perkahwinan di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 16 Prosuder Perceraian di Malaysia menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan. 17 Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perkahwinan 18 Bentuk kesalahan di bawah Akta Undang-Undang keluarga Islam Wilayah Persekutuan – Perceraian 19 Prosuder Perkahwinan di luar Malaysia bagi warganegara Malaysia beragama Islam. 20 Prosuder Perkahwinan dengan warganegara asing beragama Islam.


5 LAMPIRAN B SOALAN PEMBENTANGAN FKIK3013 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM Tugasan 2 : Pembentangan Multimedia (Wajaran 25%) – (CLO3) 1. Secara berkumpulan anda dikehendaki menyediakan video pembentangan yang kreatif berkaitan proses pelaksanaan & pembubaran perkahwinan menurut syariat Islam berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber yang muktabar serta kolaborasi dengan agensi agama Islam di Malaysia 2. Setiap kumpulan perlu bergerak secara kolaboratif dan bekerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif pembentangan. Penyampaian idea yang terang dan yakin serta penggunaan aplikasi suntingan video terkini dan berkesan adalah antara aspek yang akan dinilai. Kumpulan 1 : UNIT 1: Persediaan sebelum Perkahwinan & Asas Pemilihan Jodoh UNIT 2: Proses sebelum berkahwin (Peminangan & Pertunangan) Kumpulan 2 : UNIT 1: Rukun Kahwin & Syarat-syaratnya. UNIT 2: Tanggungjawab suami isteri di dalam perkahwinan Kumpulan 3 : UNIT 1: Hikmah Pensyariatan Poligami UNIT 2: Syarat-syarat Berpoligami Kumpulan 4 : UNIT 1: Talak, Iddah dan rujuk UNIT 2: Fasakh, Khulu’, Lian dan Nusyuz Kumpulan 5 : UNIT 1: Proses Perceraian Pasangan Islam UNIT 2: Hak-Hak selepas Cerai: Hadanah & Nafakah * UNIT 1: ARO (Dr. AHMAD RIDWAN BIN OSMAN) * UNIT 2: WAN (Dr. WAN AZLAN BIN WAN ADNAN)


Click to View FlipBook Version