The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nick.ehfaz, 2022-11-28 21:15:48

Bab Nikah Khitbah & NIKAH MISYAR 1

Bab Nikah Khitbah & NIKAH MISYAR 1

PENULIS : NIK IHFAZ ( A194076 ) DIRECTOR : DR ILYANA
WAN ZIKRULLAH (A194377)

Ada Seorang Mahasiswa lelaki, Hafiz yang menyambung pengajiannya ke
UKM. Beliau seorang yang soleh tapi kefahaman agamanya masih cetek. Setiap
hari hampir setiap waktu beliau solat berjemaah di surau mahupun masjid.
Ketaatan beliau kepada Allah mendapat perhatian seorang Wanita, Zulaikha yang
Ketika itu sedang bersiap untuk ke kelas usai solat zohor di masjid.Hari demi hari
Zulaikha hanya memerhatikan Hafiz dari jauh menyimpan perasaan cinta yang
amat mendalam kepadanya. Suatu hari, Zulaikha meluahkan isi hatinya dan
memberitahu Hafiz bahawa dia ingin jadikan hafiz sebagai suaminya melalui
perantaraan kawan perempuan Hafiz.

Sesudah sampai khabar ditelinga dari mulut kawannya, muka Hafiz merah
padam dan jantungnya berdegup dengan sangat kencang. Tapi Hafiz sedar
bahawa beliau baru tahun 1. Beliau sesekali tidak mahu meneruskan hubungan
yang tidak halal. Penantian selama 4 tahun degree amat pedih kerana penantian
yang bakal beliau hadapi ini bukan suatu yang mudah kerana penatian itu satu
penyiksaan. Dalam hal ini beliau sangat buntu. Lantas keesokan hari beliau terus
menemui ustaz Adha dan menceritakan tentang hal tersebut. Pada mulanya, Ustaz
Adha menasihati Hafiz untuk terus tumpukan pelajaran dan mengendahkan
perasaan itu. Tapi Hafiz tetap dengan pendiriannya kerana beliau sudah jatuh
cinta pada Zulaikha dan menyimpan Hasrat untuk berkahwin dengannya. Dalam
hal itu, Ustaz Adha mencadangkan Hafiz Untuk Nikah Khitbah.

Timbul kekeliruan beliau terhadap apa yang dicadangkan Ustaz Adha. Tiap
hari, bila ada sahaja masa luang , Hafiz selalu berjumpa ustaz Adha dengan
membawa seribu satu soalan untuk bertanyakan tentang Nikah khitbah. Jauh dari
sudut pandangan Ustaz Adha melihat ke dalam diri Hafiz menampakkan
kesungguhan yang sangat ikhlas demi berjuang menghalalkan Wanita yang
dicintainya. Jadi, Ustaz Adha memulakan pembelajaran individu khas untuk Hafiz

Apa itu nikah
khitbah ustaz?

Perkataan Al-Nikah: bermaksud perkahwinan, iaitu suatu akad
yang menghalalkan hubungan kelamin di antara lelaki dan perempuan
bagi membentuk keluarga dengan tanggungjawab dan hak-hak tertentu
(Al-Syarthawi,1997).
Manakala perkataan Al-Khitbah: bermaksud pertunangan, yang
memberi erti persetujuan atau perjanjian untuk melangsungkan
perkahwinan (Al-Syarthawi, 1997).

“nikah khitbah” secara terminologinya adalah satu definisi yang terhasil
dari gabungan nikah dan khitbah. Definisi ini tidak terdapat secara
khusus di dalam kitab-kitab klasik sarjana islam terdahulu. Sekiranya
diamati, definisi nikah khitbah ini seolah-olah bertentangan dengan
maqasid pelaksanaan nikah yang dikehendaki oleh syarak kerana
pertunangan bukanlah suatu ikatan rasmi di antarakedua-dua pihak yang
boleh menghalalkan hubungan kelamin suami isteri. Terminologi ini
dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia yang beragama islam sebagai
“nikah gantung” (Hazwan, 2017).

Faham , kiranya nikah
khitbah ni satu isu
permasalahan fiqh yang
baru yang kebanyakan
berlaku di Malaysia la.

Iya dan kebanyakan
Ulama jarang
membincangkan

Yang Membezakan Nikah Apa syarat yang
Biasa dengan Nikah menjadikan nikah
Khitbah ialah Perletakan khitbah ni lain dari
syarat Bagi Hubungan nikah biasa.
Kelamin & Tuntutan
nafkah kepada isteri Apa pandangan
ulama mazhab 4
tentang ni Ustaz?

Pandangan Ulama’ Mazhab 4 terhadap Perletakan Syarat tentang
hubungan kelamin bagi Nikah Khitbah

Jumhur Fuqaha’ daripada Mazhab Fiqh yang empat sepakat bahawa
syarat seperti berikut adalah tidak sah atau mulgha. Walau
bagaimanapun ia tidak membatalkan aqad nikah (Al Marghinani, 1995;
Al-Dusuqi, 1996; Al-Syarbini, 1994; Al-Muqaddisi, 1997).

Pandangan Ulama’ Mazhab Syafie Tentang perletakan Syarat tentang hubungan
kelamin & Tuntutan Nafkah kepada Isteri

Ulama-ulama dalam mazhab syafie berpandangan bahawa Nafkah adalah wajib
ditunaikan ke atas seorang isteri sekiranya berlaku istimta’ (berasmara). Adapun
sekiranya si isteri itu sendiri enggan maka tidak menjadi kewajipan atas suami untuk
memberi nafkah (Mustafa Al-Khin et al,. 2012).

Pandangan Mazhab Maliki Terhadap Nikah Khitbah
1. Daripada menelitian yang dibuat berdasarkan pembacaan kitab-kitab Al- Turath, Imam Malik bin Anas
mungkin orang yang pertama yang memperkenalkan istilah Nikah Al-Khitbah berdasarkan kepada tulisan
yang terdapat di dalam kitab Al- Muwatta’ di dalam bab Al-Nikah bagi orang yang beriktikaf (Malik, 1985).
Di dalam kitab Syarh Al-Zarqani ‘ala Al-Muatta’ (Al-Zarqani, 2003), ia menjelaskan bahawa:

2. Di dalam bab ini, Imam Malik 3. Menurut Imam Malik orang
menerangkan bahawa hukum berakad yang beriktikaf adalah sah untuk berakad
nikah bagi orang yang beriktikaf adalah nikah secara Nikah Al-Khitbah, iaitu berakad
dibenarkan. Persoalan ini timbul nikah dengan syarat tidak melakukan
disebabkan firman hubungan kelamin selama berada di dalam
Allah s.w.t. di dalam surah Al-Baqarah ayat keadaan beriktikaf. Ini adalah kerana
ke-187 yang melarang orang yang hubungan kelamin akan membatalkan
beriktikaf untuk menggauli atau ibadah iktikaf. Perkara ini boleh dilakukan
menyetubuhi isteri. oleh orang yang beriktikaf sama ada lelaki
mahupun perempuan.

4. Walaupun Imam Malik tidak memberikan pengertian khusus kepada
istilah tersebut, apa yang boleh difahami dari penjelasan yang dibuat ialah
nikah al-khitbah bermaksud akad nikah yang dilangsungkan dengan
sempurna tanpa membenarkan hubungan kelamin di sepanjang tempoh
tertentu

Boleh ke saya nikah
khitbah? Adakah sah
disisi undang ii
Syariah di Malaysia?

Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum
dan perundangan Islam yang memenuhi 5 rukun:

• Suami
• Isteri
• Wali
• Dua orang saksi
• Ijab dan Qabul

- Pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu
tempoh tertentu hasil persetujuan bersama antara kedua-dua
belah pihak

- Anak hasil daripada hubungan seperti ini adalah yang sah
dan tidak haram.

- Pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan
undang-undang kerajaan Malaysia.

BAB NIKAH
MISYAR

Dibentangkan Oleh : Wan zikrullah ((A194377))

1.0 Pengenalan Nikah Misyar

“Pernikahan yang memenuhi syarat-syarat sah nikah, tapi
selepas nikah suami dgn persetujuan isteri, tidak
menyediakan tempat tinggal untuk isterinya, dan tdk pula
menyara kehidupan isterinya.”

Punca Nikah Misyar

1. Pasangan 2.Wanita yg
yang masih inginkan anak

belajar sendiri tapi
tidak perlukan

suami

3.Wanita 4.Isteri
yang Kedua

berkerjaya

2.0 Pandangan Ulama

PANDANGAN ULAMA ULAMA KONTEMPORARI YANG
MENGHARAMKAN PERNIKAHAN INI
Hampir semua ulama
menganggap nikah ini sah Ulama kontemporer mengharamkan
pernikahan misyar, di antara nama-
PANDANGAN IMAM ASY nama mereka adalah Nasir al-Din al-
SYAFIE Albani, Muhammad Zuhayli, ‘Ali Qurah
Dagi, dan Ibrahim Fadhil
Satu pendapat dalam
mazhab Syafie
mengatakan tidak sahnya
sebuah akad nikah apabila
disyaratkan untuk
menggurgurkan nafkah
dan tempat tinggal

ULAMA YANG MEMBOLEHKAN
PERNIKAHAN INI

Antara ulama yang
membolehkan nikah ini adalah
Syekh Abd al-Aziz Bin Baz, Syeikh
Abd al-Aziz Alu al-Syakh, Yusuf
al-Qardawi, Wahbah Zuhayli dan
beberapa ulama lainya.

PANDANGAN YUSUF AL QARDHAWI

Menurut Yusuf al qurdawi pernikahan menjadi
solusi kpd perempuan yang tidak bersuami dan
perempuan yg telah lewat masa nikahnya.

3.0 RUJUKAN

NIKAH KHITBAH

1. https://www.researchgate.net/publication/330958539_Nikah_Al-
Khitbah_Isu_dan_Permasaalahannya_menurut_Undang-Undang
2. https://www.pesonapengantin.my/nak-nikah-gantung-tapi-sahkah-
dari-sudut-islam-ini-yang-bakal-pengantin-kena-tahu/
3.https://jfatwa.usim.edu.my/index.php/jfatwa/article/download/295/2
60/779

NIKAH MISYAR

1. https://mjsl.usim.edu.my/index.php/jurnalmjsl/article/view/95
2. http://qirmumtaz.blogspot.com/2016/01/perkahwinan-misyar.html
3. https://www.muftiselangor.gov.my/mufti/temuramah-bersama-
mufti/46-isu-perkahwinan-misyar


Click to View FlipBook Version