The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

JEJAK SEJARAH : TOKOH MAT KILAU
NAMA : INSYIRAH NABIHAH
KELAS : 3 IKHLAS

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8963013, 2022-07-07 10:26:23

SEJARAH MAT KILAU

JEJAK SEJARAH : TOKOH MAT KILAU
NAMA : INSYIRAH NABIHAH
KELAS : 3 IKHLAS

Sejarawan Tokoh :
Mat Kilau

Nama : insyirah nabihah
Kelas : 3 ikhlas

Here is where your presentation begins

KEHIDUPAN

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1865 atau 1866 di Kampong Pulau Tawar, namun
kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun 1847. Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan raja
bendahara pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali
dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji,
berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau
adalah bermain gasing dan berlaga

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti
Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. mam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di
daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar
bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang
lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga
banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak
dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk
mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat
orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Mat Kilau

Sejarah perjuangan

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang
ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai
idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini

membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat“kepercayaan

penuh dari masyarakat. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia
sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu
ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat
Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat
Kilau.

Buruan
British

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka, iaitu Dato Bahamman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan
Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila
hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan
pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu
disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh
akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah
sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali
beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok
Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat
Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan
diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,
Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat
beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Keluar dari
persembunyian

Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama
Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya dan
memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan
dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah
bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas
daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke
kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar
Jeruntung.] Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah
pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang
Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran
dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Kematian

Pada hari Sabtu 15 Ogos, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat.]
Setelah sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya
dibuat, pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, Mat Kilau meninggal
dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana
keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun namun menurut buku
laporan jawatankuasa penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika
berusia 104 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong.
Kenduri arwah tujuh hari untuk beliau telah diadakan pada malam Isnin 23
Ogos di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang.

The end
Thanks to all supporter (:


Click to View FlipBook Version