TOKOH SEJARAWAN
DOL SAID
NAMA : NUR NAJUMA
KELAS : 3 IKHLAS
DOL SAID PAHLAWAN NANING
Latar belakang Dol Said
Dol Said atau nama sebenarnya Dato’ Naning Abdul Said
dilahirkan pada tahun 1773 dan telah meninggal dunia
pada tahun 1849 ketika berusia 79 tahun.
Beliau berketurunan suku Semelenggang.
Dol Said juga merupakan penghulu Naning yang
kesembilan selepas menggantikan Penghulu Anjak pada
tahun 1799 ketika beliau berusia 26 tahun.
Dol Said merupakan pemerintah Naning yang kesembilan
menentang pengenaan cukai ke atas daerahnya oleh
pihak British.
3
Faktor penentangan Dol Said di Naning
❏ Mempertahankan kemerdekaan
Naning
❏ Menentang pembayaran cukai
yang dikenakan
❏ Menentang pelaksanaan
undang-undang British
Mempertahankan kemerdekaan Naning
Pada tahun 1824, British dan Belanda
menandatangani Perjanjian Inggeris-Belanda.
Dalam perjanjian tersebut, Melaka telah diserahkan
kepada British.
British telah mendakwa bahawa Naning merupakan
sebahagian daripada Melaka.
British juga mengarahkan Naning untuk mematuhi
peraturan yang ditetapkan Melaka.
Dol Said dan rakyat Naning tidak dapat menerima
dakwaan yang telah dilakukan oleh pihak British.
Menentang bayaran cukai
Melalui Undang-Undang 1830, British memaksa
Naning membayar cukai satu persepuluh daripada
hasil keluaran pertaniannya.
Arahan dikeluarkan setelah British mendapati hasil
daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.
Penghulu Dol Said enggan membayar cukai kerana
beliau menganggap Naning sebagai sebuah negara
yang berdaulat.
Menentang pelaksanaan undang-undang British
British memperkenalkan Peraturan Penghulu
yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said.
Peraturan ini melarang penghulu
membicarakan kes jenayah.
Pada tahun 1828, British memberi amaran
kepada Dol Said kerana menyelesaikan kes
jenayah di Naning sendirian.
Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan
sekiranya tidak mematuhi arahan British.
Peristiwa Penentangan
PERANG 15 JULAI 1831
British mengisytiharkan Dol Said sebagai penderhaka.
Kapten Wyllie dihantar mengetuai 150 orang sepoi
untuk menyerang Naning.
Namun, Dol Said berjaya menewaskan British kerana :
○ menggunakan taktik perang gerila.
○ mendapat bantuan daripada Seri Meranti, Sungai
Ujong, Johol dan Muar.
○ mendapat bantuan daripada Yamtuan Muda Raja Ali
dari Rembau. Bantuan tentera diketuai oleh
menantunya, Syed Sha'aban.
Mempertahankan kemerdekaan Naning
PERANG MAC 1832
British berunding dengan Yamtuan Muda Raja Ali dari
Rembau dan beliau bersetuju menghantar 600 orang
hulubalang untuk membantu British.
Pasukan tentera British dipimpin oleh Kolonel Herbert
berjaya menawan Taboh dan rumah-rumah
penduduk Naning dibakar.
Dol Said berundur diri ke Seri Menanti dan menyerah
diri kepada pihak British. Peristiwa inilah pengakhiran
kebangkitan Dol Said.
Kesan Penentangan
❏ British berjaya menyatukan Naning
dengan Melaka.
❏ Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka.
❏ British rugi sebanyak 100 000 paun
sterling.
❏ Walaupun orang Naning gagal dalam
perang tetapi berjaya menghidupkan
semangat juang di kalangan bangsa
Melayu.