The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-37184981, 2021-12-08 22:34:26

BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU 2021

BICARA KEPIMPINAN MELALUI BUKU 2021

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5
CAWANGAN GENTING HIGHLANDS

1

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan 1-2
2.0 Pengalaman Lepas 2-3
3.0 Refleksi dan Perancangan
3-5
3.1 Berfikiran Strategik 6-7
3.2 Memimpin Perubahan 7-8
3.3 Menyelesai Masalah 9 - 10
3.4 Membangun Kapasiti 10 - 11
3.5 Membina Jaringan dan Jalinan 12
4.0 Penutup 13-14
Rujukan 15 - 20
Justifikasi & Evidens

0

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

1.0 PENGENALAN
Pada marcapada kini, perjalanan pendidikan dahulu dan kini berubah mengikut

peredaran zaman. Pada abad ini, kemajuan global dan teknologi abad ke-21 memang
membawa perubahan dan cabaran wujud di setiap penjuru dunia pendidikan.
Pewujudan Pendidikan Digital memang tidak dapat dielakkan paza zaman Pandemik
Covid-a9 yang melanda seluruh dunia.

Kejayaan sesebuah sekolah bergantung kepada corak kepimpinan yang
diamalkan di sekolah itu.(Hussein Mahmood, 2005). Dalam menghadapi transformasi
pendidikan, penambahbaikan perlu dilaksanakan di sekolah-sekolah selaras dengan 11
anjakan terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia (2013-2025). Perubahan dunia yang pesat di dalam bidang teknologi maklumat
dan ekonomi menuntut perubahan di dalam bidang pendidikan bagi melahirkan modal
insan yang berwawasan di masa hadapan.

Dalam menghadapi perubahan dunia dan transformasi pendidikan, sekolah
merupakan agen yang penting dalam pembinaan generasi masa depan ( Rahimah Haji
Ahmad, 2005). Pemimpin sekolah, Pengetua/Guru Besar adalah berperanan dan
bertanggungjawab untuk memastikan sekolahnya berada di landasan yang betul untuk
mencapai kecemerlangan dan menjadi sebuah sekolah yang berkesan. Di sinilah
letaknya kebijaksanaan seorang pemimpin untuk mengembeleng tenaga dan minda
bersama-sama dengan warga sekolahnya untuk mencapai apa yang disasarkan selaras
dengan visi sekolah.

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
merupakan program kepimpinan barisan hadapan pendidikan bagi melahir dan mengisi
lapisan yang berkepimpinan di sekolah. Program NPQEL menyediakan diri seseorang
pesrta sebagai pemimpin sekolah pada masa hadapan. Diharap program NPQEL dapat
memberi ilmu dan latihan kepimpinan bagi memandu ke arah pemimpin sekolah
berpretasi tinggi apabila peserta dilantik sebagai guru besar nanti.

Walaupun 11 tahun memegang jawatan sebagai Guru Kanan, lantikan sekolah di
Sekolah Kurang Murid (SKM) saya beraspirasi menukar landasan daripada seorang

1

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

pemimpin tengah ke seorang pemimpin sekolah untuk memimpin sesebuah sekolah ke
arah transformasi pendidikan cemerlang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, saya
amat berbesar hati dapat menimba ilmu pada usia 53 tahun kerana dipilih mengikuti
program NPQEL Ambilan Jun/2021 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Genting
Highlands secara maya.

2.0 PENGALAMAN LEPAS
. Saya menanam cita-cita untuk bergelar ‘cikgu’ sejak dari kecil, apatah lagi
melihatkan sifat kepimpinan mereka yang tinggi. Walau bagaimanapun, tatkala usia
menginjak dewasa, saya mulai sedar bahawa guru bukan setakat hebat dari segi
kepimpinannya bahkan menjadi antara tugas yang mulia.

Setiap orang mempunyai tujuan dalam hidup, saya mahu menggunakan
profesion sebagai pendidik untuk membantu lebih ramai murid keluar daripada
kepompong kemiskinan. Selama 29 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan dan
selama itulah tidak berhenti daripada belajar menjadi guru yang terbaik. Pada saya,
nombor bukanlah ukuran untuk mencapai kejayaan sebaliknya usaha diaplikasikan demi
mencapai matlamat yang ingin direalisasi.

Saya menjadi mangsa Dasar dimana terpaksa menepaskan jawatan Guru Kanan
pada tahun 2007 bukan kerana masalah diri saya atau tidak bertugas tetapi Gred Hakiki
menyebabkan saya terpaksa tercampak daripada pentadbiran. DG41 tidak bernilai lagi
dalam dunia pendidikan pada masa itu kerana hanya DG32 diberi Gred Hakiki untuk
memegang jawatan Penolong Kanan di sekolah rendah. Pada tahun 2019, saya diberi
kepercayaan dan dilantik sebagai Penolong Kanan Kokurikulum dalam usia 53 dengan
Gred DG48(KUP). Walaupun berpengalaman saya tetap menjalankan dan menceburi
dalam bidang pengurusan Kokurikulum di SJK(T) Gunong Rapat, Ipoh.

Selama tidak sampai 2 tahun memegang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum
saya ditawarkan mengikuti kursus NPQEL ini kerana bantuan daripada Guru Besar saya.
Beliaulah (Pn.M.Kogilavanee) mengesyorkan saya memohon kursus NPQEL dimana
kenyataan beliau bahawa saya mempunyai sifat kepimpinan yang diperlukan untuk

2

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

memegang jawatan Guru Besar. Sejujurnya, yang menjadi inspirasi adalah rakan
sejawat dan ahli keluarga yang sentiasa menyokong saya dari belakang. Dengan
sokongan yang kuat, saya menerusi perjalanan sebagai pemimpin tengah. Penolong
Kanan merupakan pemimpin tengah yang amat penting dalam menentukan segala
matlamat dan objektif sekolah.

Oleh itu, saya sebagai Penolong Kanan Kokurikulum sentiasa melengkapkan diri
dengan pengetahuan, kemahiran-kemahiran yang berkaitan, dan bersikap positif
terhadap bidang tugas dan tanggungjawab selaras dengan jawatan yang disandang.

Tahun 2021 merupakan satu tahun yang amat bermakna dan mencabar bagi diri
saya. Sepanjang program NPQEL secara On-line, saya menempuhi berbagai cabaran,
rintangan dan halangan seperti kurang pengetahuan komputer, faktor usia, kesihatan
mata terjejas tetapi saya tetap tabah menghadapi segala cabaran dan menyesuaikan
diri dengan norma pembelajaran secara maya atas sebab pandemik Covid-19serta
perseimbangan antara pembelajaran dengan tugas hakiki.

3.0 REFLEKSI DAN PERANCANGAN

3.1 Berfikiran Strategik

Deskripsi:

Berfikiran Strategik bermaksud keupayaan berfikir secara kreatif, inovatif dan futuristik
bagi menentukan hala tuju organisasi berdasarkan pola jangkaan persekitaran masa
hadapan.

Refleksi 1:

Melalui aktiviti Pembentangan dan pengalaman dalam pelbagai aktiviti sekolah secara
maya dalam Perantisan 1 dan 2, telah meningkatkan kompetensi saya dengan
menganalisis keperluan persekitaran bagi mengenalpasti isu kritikal sekolah dan

3

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

merancang serta menyediakan tindakan untuk menyelesaikan masalah. Dalam aktiviti,
saya banyak belajar tentang alat/tools seperti SWOT, Matrik TOWS, Rajah Tulang Ikan
Ishikawa yang memerlukan saya melakukan analisis dan menjana strategi untuk
mencapai matlamat.

Refleksi 2:

Melalui Perantisan 2, saya dapat meningkatkan kompetensi saya iaitu berupaya
membina perancangan strategik sekolah berdasarkan isu dan matlamat strategik,
kerangka jadual, dan pembahagian tugas-tugas penting. Dalam menjana strategi, saya
juga mengambil kira risiko dan jangkaan masa depan. Berfikiran strategik jauh ke
hadapan dan boleh membuat jangkaan-jangkaan di luar pemikiran orang lain secara
kreatif , kritis dan inovasi. Di samping itu, dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi,
haruslah berhemah dengan ahli pasukan dan mengambil kira tafsiran pelbagai pihak.

Perancangan di sekolah :

Program 1 : Bengkel Memperkasa dan memantapkan PdPR melalui ICT
menggunakan kaedah-kaedah terkini ( Pertama pada 20/09/2021)

Bengkel ini melibatkan barisan Penolong Kanan, Ketua Panitia dan wakil mata pelajaran
(semua warga pendidik sekolah) telah menyertai bengkel Memperkasa dan
memantapkan PdPR melalui ICT menggunakan kaedah-kaedah terkini denagn
bantuan pihak Unit Multimedia, Institut Pendidikan Guru (IPG) Hulu Kinta. Semua gurui
telah melibatkan diri dalam bengkel ini dimana kehadiran dan pengetahuan mencapai
objektif 100%. Kaedah-kaedah yang dipelajari serta teknik PdPR dalam ICT terkini dapat
digunakan untuk menyampaikan pelajaran kepada murid. Semua perancangan dan
tindakan akan mengambilkira dan berfokus kepada mencapai objektif yang disasarkan.

4

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Program 2 : Bengkel Memperkasa dan memantapkan PdPR melalui ICT
menggunakan kaedah-kaedah terkini ( Kedua pada 27/09/2021)

Semua guru yang muda dan yang telah berusia menjangkau 50 tahun ke atas
didedahkan cara menjalankan Google Meet, Google Form, serta kaedah-kaedah terkini
bersama perancangan strategik dengan mengenalpasti tindakan yang perlu dan sesuai
dengan masa hadapan/norma baharu dengan berfokuskan visi atau misi yang ingin
dicapai.

Program 3 : Bengkel Memperkasa dan memantapkan PdPR melalui ICT
menggunakan kaedah-kaedah terkini ( Ketiga pada 06/10/2021)

Membudayakan aktivti Brainstorming/Sumbang Saran melalui bengkel dan juga aktiviti
penambahabaikan pelan intervensi atau pelan tindakan yang sesuai untuk digunakan
bagi mencapai matlamat melalui Google Meet. Dengan melibatkan semua guru dalam
aktiviti pembudayaan akan mewujudkan kesetiaan dan kerjasama sesama lain,
pencapaian matlamat dapat dipraktikkan.

Rumusan:

Seseorang yang berfikiran secara strategik haruslah:

● Mempunyai kebolehan menganalisis dan memahami kekuatan dan kelemahan
sesuatu perkara;

● Mempunyai kebolehan membaca secara kritis; dan
● Mempunyai kebolehan melihat sesuatu perkara secara keseluruhan /

secara holistik.

Seseorang pemimpin perlu memiliki kompetensi Berfikiran Strategik untuk
membolehkannya berupaya membuat analisis mengenai sesuatu yang difikirkan dan
dapat diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

5

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

3.2 Memimpin Perubahan

Deskripsi:
Memimpin perubahan didefinisikan sebagai keupayaan membuat pilihan yang releven
dan mempunyai justifikasi berasaskan maklumat dengan mempertimbangkan pelbagai
aspek dan alternatif.

Refleksi 1:

Melalui aktiviti dalam Perantisan 2, kompetensi Memimpin Perubahan saya dapat
ditingkat. Pelaksanaan aktiviti seperti membuat suatu perubahan yang dinamik dalam
PdPR bersama dengan Guru Pakar ICT yang membantu pemahaman saya terhadap
kepentingan memimpin perubahan dalam sekolah. Pemimpin sekolah seharusnya
mendengar pandangan orang lain dengan hati terbuka sebelum mengambil tindakan
atau keputusan.

Refleksi 2:

Saya melaksanakan kaedah pemantauan melalui PdPR guru melaui Google Meet yang
dijalankan aktiviti pengajaran. Kaedah pemantauan ini merupakan satu cara kreatif
untuk melakukan transformasi dengan efektif. Dengan ini, saya juga mengaplikasikan
kompetensi memimpin perubahan Model 8 Langkah mengurus perubahan John Kotter
dalam aktiviti PE3.

Rumusan:

Perubahan tidak dapat dielakkan apabila tiba masanya. Seseorang yang menjadi
pemimpin seharusnya dapat mengenalpasti dan mendalami permasalahan yang ada

6

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

dalam organisasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut serta mengaitkannya
dengan keperluan dan kehendak masa kini bagi membangunkan visi organisasi.
Menggerakkan setiap sumber yang diperlukan. Setiap perubahan yang akan dilakukan
semestinya menuntut penggunaan segala sumber yang ada di sekeliling organisasi.
Setiap organisasi mempunyai potensi untuk terus berkembang maju. Kemahiran yang
ada pada setiap ahli perlu dicungkil dan dimanfaatkan demi kemajuan organisasi.
Hubungan erat antara pemimpin dengan ahli organisasi dapat memastikan segala
aktiviti yang dirancang kearah mencapai visi dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Penghargaan kepada setiap usaha ahli juga perlu dizahirkan oleh pemimpin bagi
menunjukkan rasa berterima kasih kepada setiap usaha ahli dan seterusnya mendorong
semangat dikalangan ahli organisasi.

3.3 Menyelesaikan Masalah

Deskripsi:

Menyelesai masalah bermaksud keupayaan untuk mengenal pasti masalah dan
menggunakan logik, penghakiman, dan data untuk menilai alternatif dan melaksanakan
penyelesaian untuk mencapai matlamat organisasi yang dihasratkan

Refleksi 1:

Saya memperolehi kompetensi Menyelesai Masalah melalui aktiviti Perantisan 2 kerana
dalam semua aktiviti saya perlu menyelesai masalah dalam memimpin perubahan dan
pembelajaran. Sebagai seorang pemimpin instruksional , merancang perubahan perlu
dilakukan untuk mencapai matlamat.

Refleksi 2:

Aktiviti Perantiasan 2 ini juga memberi pengalaman kepada saya iaitu saya boleh
mendapatkan bantuan dan kerjasama daripada pasukan SLT dan MLT dengan cara,
mengupayakan pasukan ini untuk merancang strategi bagi menyelesai masalah . Saya

7

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

juga menggunakan strategik pelaksanaan Bantu-membantu dalam program GREAT
saya yang mencapai onjektif dengan jayanya.

Program 1 : Mesyuarat Guru secara maya

Mesyuarat ini untuk semua guru yang akan mendedahkan tentang cara-cara dan proses
untuk menganalisis data-data yang pelbagai untuk mencari punca masalah agar segala
intervensi yang dirancang benar-benar dapat menyelesaikan punca sebenar yang
membawa kepada timbulnya masalah-masalah yang lain. Kaedah penggunaan Google
Forms telah digunakan selepas mesyuarat serta taklimat yang diberikan.

Program 2 : Bengkel Penggunaan Pelan Intervensi PinTaS

Saya mengadakan Bengkel melalui Google Meet pada 13/10/2021 bersama semua guru
dengan bantuan Dr.Mathan Balaraman, pakar ICT dari IPG Hulu Kinta dengan
penggunaan Pelan Intervensi PinTaS kepada semua guru iaitu cara untuk mengaplikasi
pelbagai kaedah terkini dalam PdPR melalui ICT. Ini merupakan suatu pelan ringkas
tetapi lengkap dalam membina perancangan intervensi yang mudah untuk dicatat,dilihat,
dilaksanakan dan dipantau.

Rumusan

Menyelesai masalah merupakan perkara yang sangat perlu dilakukan dalam mana-
mana organisasi termasuk sekolah. Isu-isu dan masalah adalah perkara yang akan
wujud di sekolah dalam usaha untuk mencemerlangkan murid-murid khususnya dan
sekolah amnya. Ketiga-tiga program yang berkaitan dapat mengintegrasikan kompetensi
menyelesaikan masalah dalam pembelajaran warga pendidik sekolah. Dengan ini guru-
guru juga diberi peluang untuk menyatakan pendapat atau mengemukakan cadangan
dalam setiap program secara profesional. Di samping itu, dapat memupuk hubungan
yang baik dan seterusnya dapat mewujudkan satu persekitaran kerja yang baik dalam
kalangan Guru besar dan guru-guru.

8

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

3.4 Membangun Kapasiti
Deskripsi:

Keupayaan menyelia dan membangunkan kapasiti staf untuk meningkatkan kemahiran
bagi melaksanakan tugasan sejajar dengan hala tuju organisasi.

Refleksi 1:

Saya telah dapat meningkatkan kompetensi Membangun Kapasiti melalui aktiviti
Perantisan 2 melalui mesyuarat, bengkel dan taklimat. Saya didedahkan dengan proses
dan cara bagaimana untuk membangunkan kapasiti dan kompetensi guru.

Refleksi 2:

Saya telah mengetahui bahawa bagi meningkatkan kapasiti guru ini boleh dilaksanakan
dalam beberapa cara antaranya coaching dan mentoring. Program Profesional Learning
Community (PLC) juga merupakan satu pendekatan baru dalam usaha memimpin
pengurus sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc untuk
mencapai matlamat bagi meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara
bersepadu dan berkesan. Kaedah-kaedah yang disebutkan sentiasa dititikberatkan dan
walaupun sesi tidak bersemuka tetapi perancangan ini sedang diamalkan dan
dipersetujui oleh semua guru sekolah.

Program 3: Wawacana Ilmu (Pembentangan)

Membugarkan budaya ilmu di kalangan pendidik dan kakitangan, mesyuarat atau
perjumpaan guru diisi dengan aktiviti wacana ilmu melalui pembentangan oleh guru dan
secara bergilir. Melalui wacana ilmu ini pelbagai input baru berkaitan perkembangan
pendidikan dapat didedah dan dikongsikan bersama. Antara aktiviti dalam wacana ilmu
ini ialah ulasan buku, penemuan baru dalam pendekatan pembelajaran, teori-teori terkini
pendidikan atau apa sahaja yang bermanfaat untuk tujuan pendidikan

9

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Rumusan:

Berdasarkan Kerangka Latihan dan Pembangunan Berasaskan Pertumbuhan (GOTD)
dan surat-pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2006, Dasar Latihan Sumber Manusia
Sektor Awam, pihak sekolah telah mengambil tindakan untuk membangunkan modal
insan bagi mencapai kecemerlangan organisasi mengikut kerangka tersebut. Pelbagai
langkah diambil untuk mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
sumber manusia. Pihak pengurusan sekolah membangun manusia melalui program
terancang dan merangkumi setiap aspek pengurusan dalam sekolah. Usaha ini akan
dapat dicapai melalui mengamal pelbagai inovasi terkini dalam bidang pendidikan.
Kualiti guru merupakan salah satu kunci utama dalam menentukan pencapaian murid
dan ini merupakan salah satu aspek utama dalam penambahbaikan kualiti pendidikan di
sekolah.

3.5 Membina Jaringan dan Jalinan

Deskripsi:

Keupayaan membina, mengekalkan dan memanfaatkan hubungan untuk berkongsi
amalan terbaik dan berusaha ke arah matlamat yang sama.

Refleksi 1:

Dalam melaksankan aktiviti Perantisan 2 telah membantu saya meningkatkan tahap
kompetensi membina jaringan dan jalinan dalam organisasi. Dengan ini, projek
perantisan dilaksanakan dengan sempurna dan berjaya atas kerjasama dengan PIBG,
SJK(T) Daerah Kinta Utara dan Institut Pendidikan Guru (IPG) Hulu Kinta. Sumbangan
yang diperolehi daripada seorang dermawan melalui bantuan pihak PIBG dapat
menjalankan projek saya dengan baik dan sempurna.

Refleksi 2:

10

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Begitu juga pengalaman dalam melaksanakan aktiviti terakhir Perantisan 2 pada
20/10/2021 dimana pelibatan 63 orang guru dari SJK(T) Kinta Utara dengan kerjasama
Persatuan Guru Besar (PGB) SJK(T) Kinta Utara, Perak mewujudkan jaringan dan
jalinan dengan menggunakan pelbagai strategi dan sumber bagi menyokong Projek
Kecemerlangan PdPR melalui ICT di sekolah saya. Kejayaan jaringan dan jalinan ini
membawa impak bukan sahaja dalam kemenjadian guru adalah kemenjadian murid,
bahkan Kecemerlangan dalam semua bahagian.

Perancangan di sekolah :

Rumusan:

Pentingnya penglibatan luar dalam membantu sekolah untuk meningkat
keberkesanan sekolah. Kejayaan pengurusan sesebuah sekolah bukan hanya
bergantung kepada kekuatan sumber manusia dan sumber bukan manusia yang
terdapat di sekolah sahaja bahkan juga melibatkan komuniti setempat. Kerjasama yang
erat antara pihak sekolah dengan komuniti luar amat penting dan sangat membantu
pihak sekolah untuk mencapai kecemerlangan sekolah khususnya dari aspek
pencapaian para pelajar dan organisasi pengurusan guru.

Kesimpulannya, melalui jaringan dan jalinan sekolah akan mendapat manfaat
seperti yang berikut:

1. Perkongsian BEST PRACTISES dalam semua aspek.
2. Mendapat manfaat kewangan dan sokongan dalam aspek fizikal mahupun
pencapaian.
3. Mencetus idea-idea baharu ke arah transformasi atau inovasi ke atas amalan sedia
ada.

11

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

4. Meluaskan rangkaian perhubungan di pelbagia sektor dan lapisan komuniti.

4.0 PENUTUP

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana saya berjaya dan menyiapkan
tugasan Program NPQEL Ambilan Jun 2021 yang penuh dengan cabaran akibat
pandemik Covid-19 yang terpaksa dijalankan secara maya. Saya telah mendapat
banyak manfaat dan impak yang baru serta membantu saya menyusun idea sepanjang
proses pembelajaran Program NPQEL.

Sebagai bakal pemimpin sekolah, saya belajar dan memiliki pengetahuan,
pemahaman dan kemahiran terbaru berkaitan dengan profesion melalui aktiviti-aktiviti
yang disaran dalam Program NPQEL terkandung dengan 10 kompetensi yang perlu
dimiliki serta diamalkan bagi saya semasa melaksanakan tugasan hakiki di sekolah
nanti. 10 kompetensi merupakan ciri atau kriteria yang membuatkan seseorang individu
itu berkesan dalam apa jua peranan yang diberikan dalam sesebuah organisasi
kepadanya (Kamus Dewan, 2004). Menurut Yakob Tomatala (2009) pula mengatakan
kompetensi merupakan tugas atau bidang kerja yang boleh dibuat pengukuran dalam
keberhasilan sesuatu pekerjaan. Secara umum, kompetensi berfungsi sebagai
pengukuran tingkat kemajuan suatu bidang kerja yang digunakan untuk menguji kualiti
terhadap seseorang yang telah mendalami suatu bidang kerja tertentu. Menurutnya lagi,
terdapat beberapa manfaat dalam menguji kompetensi ini, iaitu mengukur komitmen
individu terhadap organisasi, mengukur komitmen kelompok terhadap organisasi,
mengidentifikasikan kebutuhan latihan, melihat hasil kerja dan memberikan pengiktirafan
kompetensi yang telah dicapai.

Ketua Pengarang akhbar New York Times terhadap pentingnya sebuah sekolah
dipimpin oleh seorang pemimpin yang baik. Memang benar kata, pendidikan adalah satu
bidang yang dinamik, kesan daripada perkembangan ilmu pengetahuan yang berterusan.

Guru Besar yang berkesan sentiasa berusaha untuk melengkapkan dirinya
dengan pelbagai ilmu kepimpinan kerana sekolah sebagai suatu sistem sosial terbuka
terdedah kepada pelbagai pengaruh.

12

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Kejayaan tidak akan datang bergolek, saya anggap cabaran semua ini sebagai
satu ujian terhadap diri. Saya tabahkan hati dan menjalankan tanggungjawab sepenuh
hati, sentiasa berfikir ke hadapan serta rajin berusaha mencari ilmu-ilmu dan
pendekatan baru supaya mendapat kelayakan untuk dinaikkan ke gred Guru Besar dan
seterusnya dapat dijadikan ‘role model’

Akhir kata, “Jadilah sumber inspirasi!” Tujukan kepada guru-guru, murid-murid
dan ibu bapa tentang peluang pendidikan yang terbentang luas, dengan memberikan
penekanan terhadap visi dan misi sekolah. Wujudkan satu semangat dan keyakinan
untuk bekerja bersama-sama dalam mewujudkan hala tuju sekolah.

RUJUKAN

e-Pembelajaran NPQEL 2.0

Hussein Mahmood, (1993), “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah”, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Institut Aminuddin Baki. (2018). NPQEL: Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan
Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. Edisi Semakan. Genting
Highlands: Institut Aminuddin Baki.

Kamus Kompetensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan kebangsaan
(NPQEL) , Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL) , Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
13

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Shuhaida Shamsudin. (2016). Pengurusan bakat di sekolah berprestasi tinggi di
Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Universiti kebangsaan Malaysia.

Institut Aminuddin Baki (2006) Panduan Pelaksanaan Program Kelayakan Pemimpin
Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Versi 2018, Institut Aminuddin Baki,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran: Bil.3 Tahun 1999.

Ahmad Tajuddin Bin Abd. Hamid. (1989). Peranan Pengetua Dalam Kepimpinan
Pengajaran. Fakuliti Pendidikan, Universiti Malaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (Edisi 2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah)

Juhary Haji Ali. Ishak Haji Ismail (2018). Prinsip Dan Amalan Pengurusan. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

14

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

LAPORAN PROGRAM GREAT ( JUSTIFIKASI & EVIDENS)
SJK (T) GUNONG RAPAT, IPOH.

Tarikh : 24 & 29 September 2021

Masa : 06, 13 & 20 Oktober 2021
Tempat : 2.00 petang
Sasaran : Lokasi masing-masing (Google Meet)
Semua Guru - SJK (T) Gunong Rapat, Ipoh
Anjuran : Guru-guru SJK(T) Daerah Kinta Utara, Perak

Penceramah : SJK(T) Gunong Rapat, Ipoh
Dr.Mathan Balaraman
Jabatan Teknologi Pendidikan Multimedia
Institut Pendidikan guru (IPG),
31150 Hulu Kinta, Perak

Program peserta NPQEL bagi Perantisan 2 telah berjalan dengan jayanya. Kronologi program
djalankan seperti ketapan berikut :-

BIL PERKARA TARIKH / EVIDENS
MASA
Melapor diri sebagai peserta
1 NPQEL Perantisan 2. Membuat 13/09/2021
7.45 pagi
tinjauan persekiran sekolah.

Pertemuan dan perbincangan 13/09/2021
2 bersama Guru Besar (Mentor) 9.00 pag

tentang program Perantisan 2.

Berbincang bersama mentor 13/09/2021
3 berkaitan Program Intervensi, 11.00 pagi

SWOT, Kertas Kerja dan
sebagainya.

15

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Pertemuan dan perbincangan 14/09/2021
bersama Penolong Kanan 9.00 pagi
4 Pentadbiran berkaitan agenda
program

Mesyuarat Khas Guru 14/09/2021
5 pertama untuk 11.00 pagi

membincangkan program
GREAT.

Mesyuarat Khas Guru 17/09/2021
6 pertama untuk 2.00 petang

membincangkan program 22/09/2021
GREAT. 10.00 pagi

Memantau persediaan dan
7 persiapan bengkel.

8 Perbincangan bersama 23/09/2021
guru-guru tenyang program 10.00 pagi
GREAT

Memulakan perbincangan 23/09/2021
9 bersama guru-guru dan 9.00 pagi

para J&J bagi menjayakan
program ini

16

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Mengadakan bengkel yang 24/09/2021
10 pertama . Dr.Mathan 2.00 petang

Balaraman, dari Jabatan 29/09/2021
Multimedia, IPG Hulu 2.00 petang
Kinta memberi taklimat
berkaitan penggunaan ICT
terkini dalam PdPr melalui
Google Meet.

Menjalankan bengkel ke-2
11 dengan jayanya melalui

khidmat pihak IPG Hulu
Kinta.

Berjalan mengelilingi 30/09/2021
12 sekolah bersama mentor. 10.00 pagi

Mentor memberitahu cara-
cara pengendalian dan
pemerhatian terhadap
pekerja sekolah.

Pemerhatian terhadap fail- 05/10/2021
13 fail Pentadbiran bersama 12.00 tgh

PK Pentadbiran.

Program Great yang ke-3 06/10/2021
14 dapat berjalan dengan 2.00 petang

lancar. Pelbagai teknik PdPr
menggunakan ICT dapat
diperolehi daripada bengkel
ini.

Menyediakan Laporan
bergambar Minit Mesyuarat
dan Program GREAT.

17

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Berbincang dengan Guru 07/10/2021
15 Besar tentang Projek 11.00 pagi

GREAT yang dijalankan 11/10//2021
serta mendapat maklum 11.00 pagi
balas.

Menggelilingi sekolah dan
16 membuat perhatian di

kawasan padang, stor sukan
dan tandas.

Menyediakan Kaji Selidik 12/10/2021
17 program yang sedang 11.00 pagi

dijalankan bersama
Penolong Kanan dan guru.

Menjalankan program 13/10/2021
18 GREAT peringkat ke-4 11.00 pagi

degan jayanya.

Menyediakan Borang Kaji 13/10/2021
19 Selidik Google Forms dan 11.00 pagi

dihantar kepada semua
guru.

20 Menyediakan Laporan 14/10/2021
Refleksi 11.00 pagi

18

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

Program yang ke-5 dan 20/10/2021
21 terakhir dapat dijalankan 2.00 petang

dengan jayanya. Jemputan 20/10/2021
terhadap sekolah-sekolah 2.00 petang
lain turut mendapat
sambutan dalam program
ini.

Hampir 63 peserta terlibat
22 daripada SJK(T) Daerah

Kinta Utara. (Jalinan dan
Jaringan)

23 Surat Penghargaan 21/10/2021
diemailkan kepada 9.00 pagi
Pengarah, IPG Hulu Kinta
untuk diserahkan kepada
Dr.Mathan Balaraman.

Mengemaskan sumbangan 25/10/2021
24 yang diterima dan 11.00 pagi

perbelanjaan program
GREAT dilakukan.
Sumbangan telah
dimasukkan dalam akaun
Fasilitator bengkel sebagai
cenderamata.

Berjumpa dengan 25/10/2021
25 Kontraktor Plumbing 2.00 ptg

Association bersama YDP
PIBG dan Pengerusi LPS
untuk mengucapkan terima
kasih atas sumbangan bagi
menjayakan projek yang
dijalankan.

19

KARYA TERPILIH/V.KALAI ARASU SRGH5

26 Memerhatian pekerja yang 28/10/2021
membuat kerja-kerja 9.00 pagi
persiapan pembukaan
sekolah seperti mengecat,
membuat garisan dan
melekat sticker.

27 Menyiapkan Laporan dan 30/10/2021
mengambil tandatangan 11.00 pagi
daripada Mentor.

28 Perjumpaan dengan 01/11/2021
Dr.Hajah Akmah bt Abd 2.30 petang
Hamid selaku penyelia
En.V.Kalai Srasu, Peserta
NPQEL Ambilan Jun 2021 -
Kumpulan SRGH 5 bersama
Mentor (PGB).

20


Click to View FlipBook Version