Siri 1:
Muqaddimah Surah AL Fatihah.
Surah ini di namakan AL Fatihah kerana kedudukannya di awal mushaf yang merupakan
surah pembukaan kitab suci al Quran. Sebagai surah yang besar nilainya di sisi Allah ia
memiliki banyak nama Yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat.
Nama nama al Fatihah:
Ulama membahagikan nama nama Alfatihah kepada dua bahagian iaitu nama nama tawqifiy
dan nama nama ijtihadiy. Nama nama tawqifiy ini berlandaskan wahyu dan ia hanyalah
seperti berikut:
1- AL Fatihah/ fatihatul kitab.
»«أن لا صلاة إلا بقراءة فاتحة الكتاب فما زاد
Sesungguhnya tidak sah solat bagi yang tidak membaca fatihatul kitab walaupun tidak
menambah.
2 dan 3-sab'ul masaniy dan AL Quranil Azim. َو َلقَ ْد آَتَ ْي َنا َك َس ْب ًعا ِم َن ا ْل َمثَا ِني َوا ْلقُ ْرآَ َن ا ْل َع ِظي َم
Dan telah kami berikan ku sab'an minal masaniy dan al quran AL Azim.
4- Ummul Quran/ Ummul Kitab.
»«من صلى صلاةً لم يقرأ فيها بأم القرآن فهي ِخ َداج – ثلاثاً – غير تمام
Barangsiapa yang solat tanpa membaca di dalam solatnya dengan Ummul Quran maka
solatnya cacat -3 kali- tidak sempurna.
Selebihnya adalah nama nama ijtihadiy. Imam Jalaluddin al Sayuti menyebut dalam kitabnya
AL itqan 25 nama bagi al Fatihah.
، سورة الحمد، النور، الأساس، الكافية، الكنز، الوافية، السبع المثاني، القرآن العظيم، أم القرآن، أم الكتاب، فاتحة الكتاب،الفاتحة
سورة، سورة الدعاء، اللازمة، سورة الصلاة، الشافية، الشفاء، ال ُّرقية، سورة الحمد القصرى، سورة الحمد الأولى،سورة الشكر
. سورة التفويض، سورة المناجاة، سورة تعليم المسألة،السؤال
Penurunan Surah:
Ulama khilaf pada penurunannya dengan 3 pendapat:
1- ia adalah surah Makiyyah: pandangan jumhur.
2- ia adalah Madaniyah pandangan imam Mujahid.
3- ia diturunkan dua kali iaitu di Mekah dan Madinah. Pandangan yang cuba
menggabungkan dua pandangan.
Bagaimanapun kita melihat pandangan pertama lebih kukuh kerana dalam perbincangan
ayat yang mula turun ulama meringkaskan AL Fatihah adalah surah yang ketiga turun
selepas al Alaq ayat 1-5 dan AL mudatsir.
Kelebihan surah:
Tidak pernah diturunkan kepada mana mana nabi sebelum Rasulullah s.a.w:
" فتح اليوم لم يفتح، هذا باب من السماء: فقال، سمع نقي ًضا من فوقه فرفع رأسه- صلى الله عليه وسلم- بينما جبريل قاع ٌد عند النبي
أب ِش ْر بنورين أوتيتهما لم يؤتَهما نبي: وقال، فسلَّم، هذا ملك نزل إلى الأرض لم ينزل قط إلا اليوم: فقال، فنزل منه ملك،قط إلا اليوم
لن تقرأ بحرف منهما إلا أعطيتَه، فاتحة الكتاب وخواتيم سورة البقرة،]قبلك.
Sedang jibril alaihissalam duduk di sisi nabi sallallahu Alaihi Wasallam Rasulullah
mendengar bunyi yang kuat dari atasnya lalu baginda mengangkat kepalanya, lalu Jibril
memberitahu: ini adalah sebuah pintu di langit. Dibuka hari ini, belum pernah terbuka
sebelum ini melainkan hari ini. Maka turunlah satu Malaikat, jibril berkata lagi: malaikat yang
telah turun ke bumi ini tidak pernah turun melainkan hari ini. Lalu dia memberi salam dan
berkata: berbahagialah dengan dua cahaya yang dikurniakan kepadamu yang belum pernah
diberikan kepada seorang nabipun sebelummu, fatihatul kitab dan penutup surah AL
Baqarah, tidaklah kamu membaca sehurufpun dari keduanya melainkan kamu akan
mendapatinya.- hadis riwayat Imam Muslim.
Allah berdialog dengan pembacanya:
(( - قال الله،﴾ ﴿ ا ْل َح ْم ُد ِّلَِّلِ َر ِب ا ْلعَالَ ِمي َن: فإذا قال العبد، و ِلعَبدي ما سأل، قسم ُت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين:- تعالى- قال الله
م َّجدني: ﴿ َما ِل ِك َي ْو ِم ال ِدي ِن ﴾ قال: وإذا قال، أثنى عل َّي عبدي:- تعالى- قال الله،﴾ ﴿ ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحي ِم: وإذا قال، حمدني عبدي:- تعالى
﴿ فإذا قال، ولعبدي ما سأل، هذا بيني وبين عبدي: قال،﴾ ﴿ إِ َّيا َك َن ْعبُ ُد َو ِإ َّيا َك َن ْستَ ِعي ُن: فإذا قال، ف َّوض إل َّي عبدي:ً وقال مرة،عبدي
هذا لعبدي ولعبدي ما سأل: قال،﴾ ا ْه ِد َنا ال ِص َرا َط ا ْل ُم ْستَ ِقي َم * ِص َرا َط الَّ ِذي َن أَ ْنعَ ْم َت َع َل ْي ِه ْم َغ ْي ِر ا ْل َم ْغ ُضو ِب َع َل ْي ِه ْم َولَا ال َّضا ِلي َن
Allah berfirman: Aku telah bahagikan assolah (Al-Fatihah) dua bahagian antara Aku dan
hambaKu, maka bagi hambaKu apa yang dia minta, apabila hambaKu membaca ﴿ ا ْل َح ْم ُد ِّلَِّلِ َر ِب
﴾ َا ْل َعالَ ِمينAllah berfirman: HambaKu memujaKu apabila hambaKu membaca ِال َّر ْح َم ِن ال َّر ِحيمAllah
berfirman: HambaKu memujiKu. apabila hambaKu membaca ِ َما ِل ِك َي ْو ِم ال ِدينAllah berfirman:
HambaKu membesarkanKu. Sesekali Allah berfirman: HambaKu menyerahkan diri padaKu.
Bila dia membaca: ُإِ َّيا َك َن ْعبُ ُد َوإِ َّيا َك َن ْستَ ِعينAllah berfirman : ini adalah antaraKu dan hambaKu
maka bagi hambaKu apa yang diminta. Bila dibaca ا ْه ِد َنا ال ِص َرا َط ا ْل ُم ْستَ ِقي َم * ِص َرا َط ا َّل ِذي َن أَ ْنعَ ْم َت َع َل ْي ِه ْم َغ ْي ِر
َا ْل َم ْغ ُضو ِب َع َل ْي ِه ْم َولَا ال َّضا ِلين
Allah berfirman ini adalah bagi hambaKu maka bagi hambaKu apa yang diminta.- riwayat
Imam Muslim.
Tafsiran Ringkas AL Fatihah:
ِ ِب ۡس ِم ٱّلَِّ ِل ٱل َّر ۡح َٰ َم ِن ٱل َّر ِحيم
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Ulama ilmu kira ayat berkhilaf dalam mengira ayat ini sebagai salah satu ayat AL Fatihah
atau bukan. Ulama Kufah dan mekah mengiranya sebagai ayat dari surah manakala ulama
Madinah dan lain lain menganggapnya bukan sebahagian dari ayat dalam surah. Dari
sinilah munculnya khilaf dalam hukum membaca basmalah dalam solat.
Maksudnya dimulakan dengan Nama khusus untuk Allah lafaz yang mulia. Yang bersifat
sangat luas rahmatNya bagi sekalian hambaNya dan sangat dalam rahimNya bagi yang
beriman padaNya.
َٱۡل َح ۡم ُد ِّلَِّلِ َر ِب ٱۡل ََٰع َل ِمين
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Menurut ibnu Katsir perkataan alhamdu itu asalah gabungan pujian almadhu dan terima
kasih Asy Syukru. Bila di awalkan alhamdu dengan Alif dan lam maka ia membawa maksud
sekalian puji dan puja hanya layak bagi Allah. Yang bersifat mengatur sekalian alam. AL
Alamin adalah kata jamak kepada Alam yang pelbagai. Contoh alam yang kita tahu: alam
manusia, alam jin, alam haiwan, alam tumbuh tumbuhan, alam malaikat. Alam Ruh, alam
nyata, alam barzakh dan alam akhirat.
ِٱل َّر ۡح َٰ َم ِن ٱل َّر ِحيم
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ِ َٰ َم ِل ِك َي ۡو ِم ٱل ِدين
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
Di sini ada dua bacaan: dengan mad pada mim seperti bacaan kita iaitu imam Asim dan AL
Kisaai dan tanpa mad seperti bacaan jumhur imam AL qurra'. Hari pembalasan semua
amalan yang kita lakukan di dunia ini.
ُ ِإ َّيا َك َن ۡع ُب ُد َوإِ َّيا َك َن ۡستَ ِعين
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami
memohon pertolongan.
Inilah janji kita kepada Allah yang sentiasa kita perbaharui. Dan inilah syariat tauhid yang
selayaknya menjadi piagam hidup kita.
َٱ ۡه ِد َنا ٱل ِص َٰ َر َط ٱۡل ُم ۡستَ ِقيم
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Doa untuk kita terus menerus diberi hidayah agar tetap dalam Islam. Jalan yang lurus ini
dihuraikan pada ayat selepas ini.
َ ِص َٰ َر َط ٱلَّ ِذي َن أَۡن َع ۡم َت َع َل ۡي ِه ۡم َغ ۡي ِر ٱۡل َم ۡغ ُضو ِب َعلَ ۡي ِه ۡم َولَا ٱل َّضآ ِلين
(Abdullah Muhammad Basmeih)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan)
orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
3 golongan terdahulu yang menjadi teladan dan sempadan bagi kita. Golongan yang
mendapat nikmat iaitu nabi-nabi dan rasul-rasul serta orang yang beriman dengan mereka.
Bukan seperti orang yang dimurkai seperti orang Yahudi atau orang yang terpesong kerana
mengikut buta tuli seperti orang Kristian.
-Surah Al-Fatihah, Ayat1-7
Kesimpulan surah:
Surah ini adalah asas kepada perbincangan AL Quran. Iaitu Tauhid, keimanan dengan
akhirat, syariat dan kisah orang terdahulu.
Inilah perbahasan AL Quran seluruhnya dikembangkan dari Muqaddimah ini. Yang digelar
induk atau pembuka kepada al Quran.