The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by khayra.nur.safiyyah, 2022-02-12 06:31:16

FOLIO SAYIDINA UTHMAN BIN AFFAN

Folio SejarahTingkatan 1

Keywords: Uthman Al Affan

TAJUK:

TOKOH
(SAYIDINA UTHMAN

AL AFFAN R.A)

NAMA PELAJAR : KHAYRA NUR SAFIYYAH
BINTI MOHD KHOIRI

NAMA KELAS : 1 AL-GHAZALI

NAMA SEKOLAH : SM SAINS SETIU

NAMA GURU : PUAN NOR ASMAWATI

BINTI ABDUL WAHAB

BAB
1

1.1 JADUAL KERJA/SENARAI
SEMAK

BIL. TARIKH PERKARA
• Saya mendapat tajuk tugasan
1. 7/10/2021
dan panduan pelakasanaan
2. 10/10/2021 tugasan daripada guru sejarah
3. 11/10/2021
• Saya mendengar taklimat
4. 20/10/2021 mengenai tugasan Sejarah
daripada guru sejarah
5. 18/11/2021
6. 1/12/2021 • Merangka dan membuat
7. 3/1/2021 jadual kerja
8. 10/2/2022
• Membuat draf dan kerangka
penulisan

• Melayari internet untuk
mencari dan mengumpul
maklumat tentang tajuk
tugasan

• Membuat rujukan di

perpustakaaan

• Mula membuat penulisan
• Membuat semakan akhir dan

penambahbaikan
• Mencetak dan membukukan

folio

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kajian ini bagi melaksanakan tugasan Kerja Kursus Sejarah.
Kajian ini adalah tentang seorang tokoh yang amat dikenali seantero dunia atas
sumbangan dan khidmatnya dalam perkembangan Agama Islam. Objektif yang
saya gariskan dalam menyiapkan kajian ini adalah seperti berikut;

1.1.1 Menambah ilmu pengetahuan tentang tokoh-tokoh ilmuan di
1.1.2 dunia.
1.1.3
1.1.4 Menambah kemahiran dan pengalaman kepada saya dalam
membuat penulisan akademik.
1.1.5
Memberi peluang kepada saya untuk menjalankan kajian
ilmiah dengan cara yang betul, jelas dan tepat.

Mengenali lebih rapat kisah sahabat Rasul Junjungan kita
Nabi Muhammad s.a.w iaitu Saidina Uthman Al Affan yang
juga merupakan Khulafah Ar Rasydin ketiga .

Menambahkan pengetahuan dan kesedaran masyarakat
tentang tokoh yang telah banyak memberi sumbangan
dalam perkembangan Agama Islam.

1.3 KAEDAH KAJIAN

Saya menggunakan dua kaedah kajian untuk memastikan tugasan kajian tokoh
yang saya laksanakan ini dapat disiapkan dengan sempurna dan bersistematik
dengan fakta yang tepat dan jelas.

1)Penyelidikan
Saya telah mencari maklumat tentang Saidina Uthman Al Affan sebelum mula
membuat rujukan bagi memastikan tokoh yang dipilih adalah menepati
kehendak tugasan.
2)Rujukan Sumber Sekunder
Saya turut mengunjungi perpustakaan untuk menjalankan penyelidikan
sumber-sumber yang ada di disitu. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai
iaitu dari media cetak dan dan media elektronik seperti buku
ilmiah,akhbar,majalah serta pencarian dari internet akan menguatkan lagi
kajian saya. Dengan bacaan bahan-bahan ini dan melayari internet, pelbagai
maklumat yang telah saya perolehi.

BAB
2

2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
BERDASARKAN PELBAGAI
SUMBER

Saya telah mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Antara
sumber yang saya gunakan ialah :

2.1.1 Buku Teks Pendidikaan Agama Islam

2.1.2 Buku Kisah Sahabat Nabi

2.1.3 http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2009/01/usman-bin-
affan.html?m=

2.1.4 https://berita.pas.org.my/kisah-sahabat-uthman-bin-affan/

2.1.5 https://ms.wikipedia.org/wiki/Uthman_bin_Affan

2.1.6 https://onlineislamicbook.com/the-musnad-of-uthman-bin-

affan/

2.2 MENYEDIAKAN KERANGKA
BESAR PENULISAN

BIL PERKARA HURAIAN
1 Tajuk
2 Nama Penulis Tokoh(Saidina Uthman Al Affan)
3 Pengenalan Khayra Nur Safiyyah Binti Mohd Khoiri
Saidina Uthman Al Affan ialah seorang tokoh
4 Latar Belakang yang amat terkenal.Beliau merupakan Khulafah
Tokoh Dan Ar Rasyidin yang ketiga.Beliau merupakan
Sebab Memilih seorang yang pemalu tapi pemurah.Beliau
Tokoh terkenal dengan sifat dermawannya.

• Uthman Bin Affan Bin Abu Al-As Bin
Umaiyyah Bin Abdu Syams Bin Abdu
Manaf Bin Qusa Bin Kilab Bin Murrah Bin
Kaab

• Lahir pada 576 Masihi,6 tahun selepas
Tahun Gajah

• Beliau di gelar Zunnurain yang bermaksud
dua cahaya kerana beliau menikahi dua
anak Nabi Muhammad SAW

• Meninggal pada tahun 35 Hijrah ketika
berusia 80 tahun

• Bapa beliau ialah Affan bin Abul 'Ash bin
Umaiyah bin Abd Syam bin Abdul Manaf
bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib
bin Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah
bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin
Mudhar bin Nizar bin Adnan

• Ibunda beliau ialah Arwa bin Kariz bin
Habib bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin
Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin
Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin

Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin

Mudhar bin Nizar bin Adnan

• Pekerjaan beliau ialah peniaga

• Beliau merupakan Khulafah Ar Rasyidin

• Sebab saya memilih beliau sebagai tokoh

piihan kerana beliau merupakan seorang

yang sangat pemurah dan dermawan,beliau

telah banyak berbakti kepada agama Islam .

5 Sumbangan • Beliau telah menggariskan beberapa polisi

Tokoh baharu pemerintahan

• Beliau berusaha untuk meningkatkan

pendapatan rakyat

• Beliau memperkenalkan sistem protokol

dalam pentadbiran

• Beliau membina angkatan tentera laut

• Beliau telah membentukkan jawatankuasa

untuk menyalin semula ayat Al-Quran

6 Cara

Menghargai dan • Saling menghormati dan menghargai satu

Metauladankan sama lain

Tokoh • Tidak melupakan jasa tokoh-tokoh

• Belajar dengan bersungguh-sungguh

• Mengingati tokoh-tokoh penting

• Rela berkorban

• Berani dalam kebenaran

• Berjiwa besar

BAB
3

3.1 PENGENALAN

Saidina Uthman Al Affan ialah seorang tokoh yang terkenal. Beliau
merupakan Khulafah Ar Rasyidin yang ketiga.Beliau merupakan seorang yang
pemurah dan pemalu.Beliau sangat dikagumi kerana sifatnya yang pemalu itu.
Rasulullah pernah bersabda kepada para sahabat "Tidak kah engkau malu
kepada lelaki yang malaikat sendiri malu kepadanya?".

Beliau menjadi Khalifah Ar-
Rasyidin yang ketiga selepas
kewafatan Saidina Umar Al
Khattab. Beliau dilantik menjadi
khalifah bermula tahun 23 hijrah
sehingga tahun 35 hijrah, beliau
memerintah kerajaan Islam kira-

kira 12 tahun bersamaan 644-656 Masihi.Beliau merupakan pemerintah yang
paling lama dalam pemerintahan Khulafah Ar-Rasyidin. . Beliau menderma
300 unta dan 10000 dinar untuk Perang Tabuk. Beliau juga membeli perigi
rumah dengan harga 35000 dirham untuk kegunaan umat Islam dan beliau juga
menderma 1000 ekor unta dengan muatan kepada umat Islam yang susah.

Beliau seorang peniaga yang berjaya tetapi beliau tidak kedekut untuk
berkongsi hartanya kepada umat Islam.

Beliau meninggal pada petang khamis 16 Zulhijjah tahun ke 35 Hijrah
ketika berusia 80 tahun.Beliau meninggal kerana ditetak pada kepalanya oleh
sekumpulan pemberontak yang terpedaya dakyah Yahudi munafik.

3.2 LATAR BELAKANG

Saidina Uthman Al Affan dilahirkan di dalam sebuah keluarga Quraisy di
Makkah,Beliau dilahirkan beberapa tahun selepas Nabi Muhammad SAW iaitu
pada 576 masihi iaitu 6 tahun selepas ‘Tahun Gajah’. Beliau di panggil
Zunnurain yang bermaksud dua cahaya kerana menikahi dua puteri nabi iaitu
Ruqayyah dan Ummi Kalthum. Selepas kematian Ummi Kalthum beliau
berkahwin 7 kali lagi, seluruh anak beliau berjumlah 16 orang iaitu 9 lelaki dan
7 perempuan .

Nama ayahnya ialah Affan bin Abul 'Ash bin Umaiyah bin Abd Syam
bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik
bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar
bin Nizar bin Adnan. Ibunda beliau pula bernama Arwa bin Kariz bin Habib
bin Abd Syam bin Abdul Manaf bin Qusay bin Kilab bin Luai bin Ghalib bin
Fihr bin Malik bin AnNadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas
bin Mudhar bin Nizar bin Adnan. Ibu beliau adalah anak saudara Rasulullah
SAW iaitu AlBaidha binti Abdul Muttalib.

Beliau seorang peniaga yang berjaya. Perniagaan beliau bertambah maju pada
setiap hari. Perniagaan beliau juga diberkati Alaah S.W.T. apabila beliau
menggunakan harta yang dikurniakan Allah S.W.T. dengan sebaik-baiknya.
Beliau amat pemurah untuk membelanjakan hartanya ke jalan Allah S.W.T..
Antara sifat dermawan Sayidina Uthman adalah seperti memerdekakan hamba
pada hari jumaat setiap minggu.

Beliau menjadi Khulafah Ar-
Rasyidin yang ketiga selepas
kewafatan Sayidina Umar Al
Khattab. Beliau dilantik menjadi
khalifah bermula tahun 23 hijrah
sehingga tahun 35 hijrah,

beliau memerintah kerajaan Islam kira-kira 12 tahun bersamaan 644-656
Masihi.Beliau merupakan pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan
Khulafah Ar-Rasyidin.Beliau meninggal dalam keadaan sedang membaca al-
Quran dan bersembahyang, beliau diserbu oleh sekumpulan pemberontak yang
terpedaya dakyah Yahudi munafik. Uthman yang berusia 80 tahun ketika itu

sudah terlalu lemah. Tambahan pula tidak makan dan minum kerana rumah
dikepung.
Beliau ditetak di kepala. Terus jatuh tersungkur ke bumi. Darah di mukanya
menitis membasahi al-Quran yang dibaca, tepat pada ayat:
Maka cukuplah Allah yang akan menyelesaikan urusan kamu terhadap mereka.
Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
[Al-Baqarah:137]

• SEBAB MEMILIH TOKOH
Saya memilih Sayidina Uthman Al Affan sebagai tokoh pilihan kerana
beliau merupakan seorang yang sangat pemurah dan dermawan,beliau
telah banyak berbakti kepada Agama Islam .Antaranya jika beliau tidak
menubuhkan jawatankuasa untuk menyalin semula ayat Al-Quran
kemungkinan umat Islam akan berselisih faham sehingga sekarang.

3.3 SUMBANGAN TOKOH

Beliau telah menyumbang dalam pelbagai aspek bagi kegemilangan Islam,
antaranya ialah beliau telah menggariskan beberapa polisi baharu
pemerintahan. Beliau juga melakukan perubahan yang melibatkan, kebajikan
rakyat, politik, ekonomi, ketenteraan dan sudut agama.

• Di dalam aspek sosial beliau berusaha untuk meningkatkan pendapatan
rakyat dengan memberikan peluang pekerjaan.

• Di dalam aspek politik pula, beliau memperkenalkan sistem protokol
dalam pentadbiran dan mengukuhkan peranan Baitulmal untuk
membiayai pembangunan negara.

• Di dalam aspek ketenteraan beliau mengukuhkan pertahanan negara
dengan membina angkatan tentera laut bagi membasmi pemberontakan
dan penaklukan.

• Di dalam aspek agama, beliau telah membentuk jawatankuasa untuk
menyalin semula ayat Al-Quran yang dikenali sebagai "Mashaf

Uthmani", beliau juga memperkenalkan azan kedua pada hari Jumaat,
beliau juga mengambil zakat berdasarkan nilai mata wang dan beliau
telah membeli sebidang tanah untuk membesarkan Masjid Nabawi.

3.4 CARA MENGHARGAI DAN
MENTAULADANKAN SIFAT SAYIDINA
UTHMAN AL AFFAN

• Saling menghormati dan menghargai satu sama lain
Kita haruslah menghormati dan menghargai antara satu sama lain agar
kita dapat hidup dalam masyarakat yang harmoni

• Tidak melupakan jasa tokoh-tokoh
Kita tidak seharusnya melupakan jasa tokoh yang telah banyak
berkorban demi memberi kita masa depan yang lebih cerah

• Belajar dengan bersungguh-sungguh
Kita perlu belajar bersungguh-sungguh supaya kita dapat membantu
masyarakat terutama semua umat Islam dan memberi masa depan lebih
cerah kepada generasi akan datang

• Mengingati tokoh-tokoh penting
Kita seharusnya mengingati tokoh-tokoh penting supaya generasi
seterusnya juga tahu akan tokoh-tokoh yang telah membantu
membangunkan negara dan dunia.

• Rela Berkorban
Sikap rela berkorban merupakan sikap yang mencerminkan adanya

kesediaan dan keikhlasan dalam memberikan sesuatu yang kita miliki
untuk orang lain. Contoh sikap rela berkorban, ialah menyimpan duit
untuk membantu keluarga atau kawan-kawan yang di timpa bencana,
mengikuti aktiviti kebersihan di tempat awam atau rumah kebajikan dan
membantu orang tua atau sesiapa yang memerlukan bantuan dengan
ikhlas.

• Berani dalam kebenaran
Berani kerana apa yang dilakukan benar dan baik. Bentuk-bentuk

sikap berani dalam kebenaran, ialah menjaga keseimbangan antara hak
dan kewajiban, menghormati hak orang lain, memuji benda yang berjaya
dihasilkan oleh orang lain dan memberi teguran yang akan memberi
semangat kepada orang yang gagal membuatnya, suka menolong antara
satu sama lain, tidak melakukan sesuatu yang akan menyakiti atau
merugikan orang lain dan menghargai orang lain.

• Berjiwa besar
Sikap berjiwa besar iaitu menerima kemenangan dan kekalahan dengan
ikhlas. Sikap ini dapat membatu menghindari konflik. Contoh sikap berjiwa
besar, ialah meminta maaf atas segala kesalahan yang dilakukan, cepat
belajar dari kesalahan dan tidak terlalu lama dalam rasa penyesalan, bekerja
dengan kumpulan terbaik, jangan menyalahkan orang lain jika ada
kekurangan dalam diri sendiri dan tidak mudah putus asa

BAB
4

4.1 PENUTUP

Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah banyak membaca bahan-
bahan rujukan tentang Sayidina Uthman Al Affan. Setelah mengetahui tentang
tokoh tersebut, saya merasa amat berbangga kerana dilahirkan dalam keluarga
Islam. Dengan mengetahui sejarah dan latar belakang beliau dan sumbangan
beliau yang tidak terkira, saya telah mempelajari sebagai seorang pelajar
muslim saya haruslah membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Selain itu,
sifat dermawan perlu ada dalam diri setiap insan walaupun sebagai seorang
pelajar kerana nilai keikhlasan bukan terletak kepada nilai mata wang.
Sekurang-kurangnya kita cuba meringankan sedikit beban orang yang amat
memerlukan.

Saya juga belajar untuk mempunyai semangat dan jiwa yang besar dalam
melakukan sesuatu. Sentiasa berusaha untuk membuat yang terbaik dan tidak
putus asa sekiranya ada perkara yang tidak kita sangka berlaku, Sebaliknya,
kita dengan rendah diri perlu berani meminta maaf sekiranya kita melalukan
kesalahan dan terus berusaha memperbaiki kelemahan tersebut. Saiyidina

Uthman Al Affan merupakan tokoh yang harus ditauladani. Ketaatan beliau
kepada Allah SWT tidak dapat disangkal kerana Rasulullah s.a.w sendiri
merasa malu akan sifat taat beliau kepada Allahs.w.t. Sifat keperibadian beliau
membuatkan saya tertarik untuk mengenali lebih rapat tentang beliau dan
memilih beliau sebagai tokoh untuk saya kaji. Alhamdulillah terlalu banyak
yang telah saya pelajari. Saya berharap, nilai yang dapat saya belejar ini
menjadikan saya seorang pelajar yang berdisiplin, berjiwa besar dan soleh
pintar.

SEKIAN


Click to View FlipBook Version