The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tutorial MPU3092 Group 4 (Pengertian Islam dari sudut Bahasa & Istilah)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shazreen07-342, 2021-11-08 13:44:08

Tutorial MPU3092 Group 4 (Pengertian Islam)

Tutorial MPU3092 Group 4 (Pengertian Islam dari sudut Bahasa & Istilah)

MPU3092
PENDIDIKAN ISLAM

NAMA: ZULAIKA BINTI SABTURANI
SHAZREEN SYAFIQAH BINTI SAINI
AINA NATISYA BINTI KHAIROSAM

NUR ALIAH BINTI ZULKFLI



NAMA PENSYARAH: DR NIK ASILAH BINTI
NIK ALI

Maksud Islam dari segi Bahasa

Perkataan Islam berasal dari bahasa Arab iaitu Salima (‫ )سلم‬bererti selamat,
sentosa atau kedamaian. (Afif Abd al-Fattah Tabbarah, 1992).


Rujukan: Tabbarah, A. A. F., & Md, A. Y. (1992). Nadi ajaran Islam. Kuala Lumpur:

Bahagian Hal Ehwal Islam








Dari perkataan Salima ini dibentuk perkataan Aslama
(‫ )أسلم‬yang berakar dari kata Salama. Kata Islam
merupakan bentuk mashdar (infinitif) dari kata
Aslama ini. Ianya mempunyai maksud pasrah dan
menyerah diri kepada Allah, tunduk, patuh dan taat. Islam turut didefinisikan sebagai kesejahteraan,
Perkataan Aslama inilah yang menjadi pokok asas keamanan dan kemakmuran (Afzalur Rahman, 1980).
kepada perkataan Islam iaitu Salima-Aslama-Yuslimu, Perkataan Islam juga membawa maksud penyerahan
yang membawa erti menyerah diri, patuh dan tunduk
diri sepenuhnya kepada Allah s.w.t.; Tuhan yang
kepada Allah (Mohd Sulaiman Hj Yasin, 1992). Maha Kuasa, Maha Perkasa dan Maha Esa.





Rujukan : Rahman, Afzalur (1980), Islam, Ideology and
Mohd Sulaiman Hj Yasin (1992) Akhlak dan tasawuf, The Way of Life, London:The Muslim School Trust.

Mas’adah (M) sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Islam juga bermaksud damai atau sejahtera, taat dan menyerah. (Ahmad
Atiyatullah, 1963).

- As-Salmu berarti damai atau kedamaian. Firman Allah SWT dalam Al-Quran:
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian (lis salm), maka condonglah
kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha

Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (QS. 8:61).
Kata ‘salm’ dalam ayat di atas memiliki erti damai atau perdamaian. Ini merupakan

salah satu makna dan ciri dari Islam, iaitu Islam merupakan agama yang
mengajarkan umatnya untuk cinta damai atau sentiasa memperjuangkan

perdamaian, bukan peperangan atau konflik dan kekacauan.



Rujukan : Athiyatullah, Ahmad (1963), Al-Qamus al-Islami, Jilid 1,
Kaherah: Maktabah anNahdhah al-Misriyyah.

Perkataan Islam berasal dari bahasa arab ertinya
sejahtera , aman, harmoni dan dirujuk dari istilah

yang memberi makna menyerah diri kepada
Pencipta Yang Maha Berkuasa dengan

mentauhidkannya dengan penuh kenyakinan serta
melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan

larangannya. (Noor Syahrizam Bakri, 2013)



Rujukan : Noor Syahrizam Bakri. 2013. Pengertian dan Maksud
Islam. Diakses pada 8 November daripada

https://www.scribd.com/doc/30676570/Pengertian-Dan-
Maksud-ISLAM

MAKSUD ISLAM
DARI SEGI ISTILAH

1. Patuh, tunduk dan jujur hatinya kepada Allah SWT serta beriman dengan pengajaran-
pengajaran agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW (Fadz Alias, 2014)

2. Penganut agama Islam harus menyerahkan seluruh jiwa dan raga serta harta atau apa
pun yang dimiliki hanya kepada Allah SWT. Penyerahan diri seperti ini ditandai dengan
pelaksanaan terhadap apa yang Allah perintahkan serta menjauhi segala larangan-Nya

(Denny Kurniadi, 2021)

3.

Mentauhidkan atau mengesakan Allah s.w.t., patuh, tunduk, ikhlas dan jujur sebenar-
benarnya kepadaNya serta beriman dengan ajaran-ajaran keagamaan dan kerohanian
yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Segala keakuran, perlakuan, perbuatan

dan ucapannya adalah wahyu daripada Allah s.w.t . (Amini Amir Abdullah, 2014)

MAKSUD ISLAM

DARI SEGI ISTILAH


4.

Tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT serta ketaatsetiaan kepada-Nya dengan
penuh kerelaan, kesedaran dan kesediaan yang bukan dibuat-buat dan dipaksa-paksa

(Amini Amir Abdullah, 2014)









5. Agama Islam di sisi Allah ialah penyerahan diri yang sungguh-sungguh kepada Allah dalam
semua urusan hingga dikatakan, walaupun seseorang mengaku memeluk agama Islam,
kalau ia tidak berserah secara bersungguh-sungguh kepada Allah s.w.t. dengan ertikata

yang sebenarnya, belumlah dia Muslim sebenar sebab dia belum menyerah (HAMKA, 1980).

RUJUKAN

Al-Maududi. (1969). Abu Al A’la, Nazariyyah al-Islam wa Hadith. Beirut: Muassasah al-
Risalah.

Amini Amir Abdullah. (2014). Pemikiran Islam: Peranan Tokoh-tokoh Islah dan Cabaran
Aliran-aliran Pemikiran Semasa, Tesis M.A. (Belum diterbitkan), Minden: Pusat Pengajian
Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Athiyatullah, Ahmad (1963), Al-Qamus al-Islami, Jilid 1, Kaherah: Maktabah anNahdhah al-
Misriyyah.

Denny Kurniadi. (2021). JUMAT BAROKAH: Islam Menurut Bahasa, Istilah, dan Alquran.
Diakses pada 8 November daripada https://www.dara.co.id/jumat-barokah-islam
menurut-bahasa-istilah-dan-alquran.html

Fadz Alias. (2014). Islam Sebagai Ad-Din. Diakses pada 8 November 2021 daripada
https://www.slideshare.net/fazdalias/chapter-1-islam-sebagai-addin

RUJUKAN

Hamka. (1980). Studi Islam. Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.

Mohd Sulaiman Hj Yasin (1992) Akhlak dan tasawuf, Mas’adah (M) sdn. Bhd, Kuala Lumpur

Noor Syahrizam Bakri. 2013. Pengertian dan Maksud Islam. Diakses pada 8 November
daripada https://www.scribd.com/doc/30676570/Pengertian-Dan-Maksud-ISLAM

Rahman, Afzalur (1980), Islam, Ideology and The Way of Life, London:The Muslim School
Trust.

Tabbarah, A. A. F., & Md, A. Y. (1992). Nadi ajaran Islam. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal
Islam

Sekian Terima Kasih


Click to View FlipBook Version