000406050017
1.0 PENGENALAN
Definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 ditakrifkan sebagai penggabungan, peleburan,
persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya.
Perpaduan ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta
perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi bermaksud satu proses yang menyatupadukan
pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu indentiti bersama. Bagi negara
yang berbilang bangsa, proses ini merupakan satu matlamat utama yang diusahakan
agar berjaya. Kawasan kediaman bermaksud tempat yang boleh diduduki oleh
masyarakat dalam menjalankan aktiviti harian. Masjid adalah rumah tempat ibadah
bagi umat Muslim. Masjid iaitu tempat sujud, dan tempat ibadah masjid juga
merupakan pusat kehidupan komuniti muslim. Kegiatan perayaan hari besar,
mesyuarat , kajian agama, ceramah dan belajar Al Qur'an sering dilaksanakan di
Masjid. Bahkan dalam sejarah Islam, masjid turut memegang peranan dalam aktiviti
sosial kemasyarakatan. Oleh itu, perpaduan dan integrasi perlulah lebih tegur supaya
kawasan kediaman akan lebih sejahtera.
Aktiviti Masjid Kariah Paroi Jaya dapat mengeratkan perpaduan dalam kalangan penduduk di
kawasan Taman Paroi Jaya. Hal ini dikatakan sedemikian kerana , masjid tersebut merupakan tempat
yang strategik dalam menjalankan aktiviti. Kajian ini bertujuan mengenal pasti aktiviti yang
disediakan di masjid tersebut untuk mengeratkan perpaduan. Namun sejauh manakah keberkesanan
aktiviti yang di jalankan dapat memupuk perpaduan akan dikaji dalam kajian ini. Rasional kajian ini
dibuat kerana integrasi dan perpaduan dalam penduduk Taman Paroi Jaya semakin goyah akibat
kesibukkan kerja dan sikap individualistik masyarakat moden. Selain itu, kawasan taman ini tidak
mempunyai dewan orang ramai untuk kegunaan penduduk dalam menjalankan pelbagi aktiviti.
Justeru masjid dilihat sebagai satu alternatif untuk mengumpulkan masyarakat setempat.
Keberkesanan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid meningkatkan lagi perpaduan dan integrasi
dalam kalangan penduduk Taman Paroi Jaya akan dikaji dengan lebih terperinci dalam kajian ini.
Menurut Dr Ahmad Zaharuddin (2013, pensyarah USIM, Malaysia memiliki komposisi
penduduk yang terdiri daripada kepelbagaian budaya dan bangsa. Hubungan harmoni
yang terjalin sesama kaum ini akan memperkukuhkan lagi kesejahteraan penduduk.
Secara umumnya, perasaan prasangka dan ketidakpuasan hati antara pelbagai etnik
1 1
000406050017
dalam sesebuah negara bukanlah suatu perkara asing. Persoalannya, bagaimana kita
menangani isu ini secara berhemah agar kita dapat meluahkan perasaan hati tanpa
menjejaskan keamanan dan keharmonian negara. Persengketaan antara kaum
lebih-lebih lagi berkenaan isu agama telah membawa kesan yang berlarutan sekaligus
membantut pembangunan ekonomi, sosial dan juga politik negara berkenaan.
Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan elemen yang penting dan harus diberi
perhatian kerana pemupukan hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting
bagi negara kita yang bermasyarakat majmuk serta menjamin kestabilan ekonomi dan
politik negara.
Sementara itu, Jazmin Zakaria (2013), pensyarah UITM, integrasi nasional adalah
agenda yang sangat penting bagi kelestarian kestabilan penduduk. Untuk berhadapan
dengan cabaran yang lebih besar, asas pembinaan negara bangsa Malaysia perlu
kukuh dan mampu bertahan. Era globalisasi atau dunia tanpa sempadan telah
menjadikan negara yang berlatarbelakangkan kepelbagaian ini terdedah kepada
ancaman pemikiran dan ideologi yang disalahertikan sebagai anutan masyarakat.
Maka ini akan menggugat nilai-nilai integrasi yang telah wujud secara harmoni. Oleh
itu, bagi sebuah negara yang berkomposisikan pelbagai kaum, pendemokrasian yang
menunjangi sistem politik dan kerajaan harus disantuni dengan bijak. Hanya dengan
toleransi tahap tinggi dalam kalangan masyarakat yang akan membawa negara ini
aman dan sejahtera.
Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian terhadap aktiviti yang dijalankan dan kesan
daripada aktiviti tersebut dalam memupuk perpaduan di Masjid Kariah Paroi Jaya .
2 2
000406050017
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.0.1 Mengenal pasti aktiviti yang disediakan di Masjid Kariah Paroi Jaya,
Seremban bagi meningkatkan perpaduan dan intgrasi penduduk .
2.0.2 Mengkaji kesan aktiviti yang diadakan di Masjid Kariah Paroi jaya dalam
memupuk perpaduan dan integrasi penduduk di Taman Paroi Jaya.
3 3
000406050017
3.0 LOKASI KAJIAN
Taman Paroi Jaya meruapakan taman yang terdapat di Seremban yang terletak di pinggir
bandar . Taman ini juga terletak di kawasan Stadium Tunku Abdul Rahman yang merupakan venue
pasukan bolasepak Negeri Sembilan . Masjid ini dapat dilihat dengan jelas kerana kedudukannya di
atas bukit . Oleh itu, kedudukan yang strategik ini memudahkan penduduk Taman Paroi Jaya dan
orang luar mengerjakan solat. Majoriti penduduk di taman ini merupakan bangsa melayu dan hanya
beberapa sahaja kaum india dan cina.
4 4
000406050017
4.0 METOD KAJIAN
Pengkaji telah menggunakan beberapa metode kajian untuk mendapatkan maklumat lengkap
dan menyeluruh. Antaranya pengkaji telah menggunakan kaedah temubual, soal selidik, pemerhatian
dan kajian kepustakaan.
4.1 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN
Populasi kajian ini terdiri daripada penduduk di Taman Paroi jaya yang mempunyai penduduk
berjumlah lebih kurang 200 orang dari pelbagai peringkat umur. Pengkaji telah menggunakan
persampelan bertujuan iaitu penduduk di Taman Paroi jaya antara lingkungan umur 30 hingga 60
tahun ke atas . Hal ini sedemikian kerana bagi mendapatkan maklumat lebih tepat berkaitan tajuk.
4.2 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT
4.2.1 SOAL SELIDIK
Populasi kajian terdiri daripada penduduk yang berada di sekitar Masjid Paroi Jaya, Seremban .
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada 30 orang responden. Pengkaji telah
memilih responden secara persampelan bertujuan. Borang soal selidik telah diagihkan dalam
kalangan ahli - ahli masjid dan penduduk di sekitar Masjid Kariah Paroi Jaya. Semua responden
memberi kerjasama yang baik bagi melakukan soal selidik.
Borang soal selidik terdiri daripada dua bahagian sahaja iaitu mengenal pasti aktiviti yang
disediakan di Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban. Selain itu, bahagian yang
seterusnya iaitu mengkaji kesan aktiviti yang diadakan di Masjid Kariah Paroi Jaya
dalam memupuk perpaduan penduduk di Taman Paroi Jaya. Soalan yang disediakan
merupakan soalan tertutup dengan lima skala linkert.
Responden diberi tempoh selama beberapa minit untuk menjawab soalan yang
dikemukan. Setelah itu, borang soal selidik dipungut semula, dan maklumat diproses
dan dipersembahkan dalam bentuk carta pai di bahagian dapatan kajian .
5 5
000406050017
4.2.2 TEMU BUAL
Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk ditanyakan kepada informen tentang jenis -
jenis aktiviti yang dijalankan di Masjid Kariah Paroi Jaya, Seremban. Pengkaji telah memilih dua
orang informen secara rawak untuk ditemubual dalam kalangan penduduk di taman ini. Informen
Y merupakan pengerusi masjid yang mengetahui aktiviti yang dijalankan pada setiap tahun untuk
penduduk di Taman Paroi Jaya ini. Informen X merupakan seorang peniaga yang menjalankan
pernigaan di masjid ini selama enam tahun. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan dan telah
menganalisiskan kajian tersebut.
JADUAL 2 :
TARIKH MASA INFORMEN
12.02.2019 5.00 - 6.00 P.M Y
13.02.2019 4.00 - 5.00 P.M X
4.2.3 KAJIAN KEPUSTAKAAN
Pengkaji telah merujuk bahan - bahan rujukan seperti buku dan kamus untuk
memperbanyakkan sumber rujukan dan mendapatkan maklumat tambahan. Melalui
sumber buku - buku rujukan dan sebagainya pengkaji dapat menganalisis data untuk
membuat keputusan yang lebih teliti dan jelas. Selain itu, penggunaan kamus,
pengkaji dapat mencari maklumat tentang definisi perpaduan dan juga maksud
integrasi nasional. Di samping itu, pengkaji juga telah membuat rujukan internet
dengan melayari beberapa laman web. Pencarian maklumat dengan melayari internet,
membolehkan pengkaji mencari maklumat tentang maksud masjid .
6 6
000406050017
4.2.4 PEMERHATIAN
Pengkaji melakukan kajian dengan melawat lapangan iaitu di Masjid Kariah Paroi Jaya,
Seremban. Pemerhatian membolehkan pengkaji memerhati sendiri kawasan kajian. Pengkaji
memperoleh maklumat melalui pemerhatian yang dilakukan semasa aktiviti itu dijalankan. Kaedah
ini membolehkan pengkaji lebih memahami situasi sebenar yang hendak digambarkan oleh
responden . Jadual di bawah menunjukkan aktiviti pemerhatian dibuat :
JADUAL 1 :
TARIKH MASA TUJUAN TEMPAT
06.02.2019 2.00 P.M
Jenis - jenis aktiviti yang Kawasan persekitaran Masjid
06.02.2019 2.45 P.M
dijalankan di Masid Paroi Jaya , Kariah Paroi jaya
Seremban
Kesan aktiviti yang dijalankan Pejabat Masjid Kariah Paroi Jaya
terhadap perpaduan dan integrasi
nasional dalam kalangan
penduduk di sekitar Taman Paroi
Jaya , Seremban.
4.3 CARA MEMPROSESKAN MAKLUMAT
Maklumat - maklumat yang diperolehi daripada soal selidik di proses untuk mendapatkan
peratus dan min. Maklumat tersebut dirumuskan dalam jadual dan dipersembahkan dalam bentuk
graf. Pengkaji menggunakan maklumat kualitatif daripada temubual untuk memperincikan lagi
dapatan kajian. Maklumat daripada pemerhatian dan kajian keputusan juga digunaan untuk tujuan
tersebut.
7 7
000406050017
5.0 DAPATAN KAJIAN
Kajian ini adalah tentang integrasi nasional dan perpaduan di Taman Paroi Jaya,
Seremban. Berdasarkan kajian, pengkaji melihat keadaan masyarakat yang begitu
beramah mesra berkaitan kepada perpaduan dan integrasi. Pengkaji telah
menggunakan beberapa metode kajian iaitu soal selidik, temubual, pemerhatian, dan
rujukan keperpustkaan.
5.1 PELBAGAI AKTIVITI DI MASJID KARIAH PAROI JAYA
Aktiviti YA TIDAK TIDAK PASTI
f% f% f%
Gotong - royong 26 86 13 3 10
Kelas Keagamaan 29 96 00 13
5 16 14 46 12 40
Derma darah 26 86 13 26
Mesyuarat AJK masjid 21 70 4 13 5 16
21 70 26 7 23
Aktiviti Perniagaan 18 60 7 23 5 16
Kenduri 16 53 10 33 4 13
Program sekolah 23 76 266 20
Aktivti kemasyarakatan(kemas 28 93 131 3
kawasan masjid dan memasak) 8 26 5 16 17 56
Bantuan hari raya 8 26 13 43 9 30
Upacara Korban
Adakah Keahlian kaki tangan masjid 27 90 003 10
menjadi sukarela ?
Adakah aktiviti tersebut diadakan di
Masjid Kariah Paroi Jaya sahaja ?
Pembayaran zakat
8 8
000406050017
5.1.1 AKTIVITI KELAS KEAGAMAAN
Masjid ini merupakan tempat untuk penduduk berkumpul dalam sesuatu kegiatan aktiviti
kerana ketiadaan dewan. Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan di masjid untuk mengeratkan
perpaduan antara satu sama lain. Sebagai contoh, aktiviti yang diadakan iaitu ceramah dan mengaji
yang merupakan ativiti utama di masjid ini. Kelas keagamaan ini diadakan pada hari tertentu sahaja
iaitu hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Guru yang terdapat semasa kelas keagamaan terdiri daripada ustaz
di taman ini iaitu Ustaz Mohamad Khairi dan jemputan beberapa ustaz dari luar. Menurut temubual
yang dilakukan kepada informen x dan y mengatakan bahawa kelas keagamaan ini mendapat
sambutan terutama penduduk di kawasan ini yang terdiri daripada kalangan umur 20 hingga 60
tahun.
5.1.2 AKTIVITI GOTONG -ROYONG
Definisi gotong royong menurut Kamus Dewan 1994 bermaksud tolong-menolong atau
kerja bersama-sama. Aktiviti ini diadakan sebulan dua kali sahaja di Taman Paroi jaya.
Terdapat penduduk dan pelajar sekolah yang menjalankan aktiviti ini sama ada di
taman ini dan masjid untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran. Tambahan
pula, aktiviti gotong royong ini kurang mendapat sambutan kerana kurang kesedaran
tentang kepentingan amalan ini. Berdasarkan borang soal selidik bersetuju hanya 80%
dapat meningkatkan perpaduan manakala 10% tidak bersetuju.
5.1.3 AKTIVITI PERNIAGAAN
Menurut informen x dan y mengatakan bahawa aktiviti perniagaan ini baru diadakan di masjid
ini pada tahun 2016. Aktiviti perniagaan ini dijalankan bagi membantu para usahawan untuk
menceburi bidang pernigaan ini lebih ramai. Berdasarkan borang soal selidik bersetuju hanya
60% dapat meningkatkan perpaduan manakala 30% tidak bersetuju. Sebagai contoh,
aktiviti perniagaan yang dijalankan iaitu jualan makanan, pakaian, kedai runcit dan
lain lain. Informen y mengatakan bahawa aktiviti ini dapat mengeratkan perpaduan
masyarkat di taman ini.
9 9
000406050017
5.1.4 AKTIVITI IBADAH KORBAN
Aktiviti korban ini diadakan di masjid kariah paroi jaya. Aktiviti ini dilakukan pada setiap tahun
dengan sumbangan daripada penduduk di Taman Paroi Jaya dan masjid. Aktiviti ini mendapat
sambutan yang mengalakkan pada setiap tahun. Agihan daging diberikan kepada penduduk di taman
ini mengikut bayaran yang ditetapkan. Hasil jualan daging tersebut akan digunakan untuk aktiviti
yang akan diadakan. Mengikut keputusan responden berkaitan aktviti ini iaitu sebanyak 90%
bersetuju bahawa dapat mengeratkan perpadauan tetapi 10% tidak bersetuju .
5.1.5 AKTIVITI MENUNAIKAN ZAKAT
Zakat merupakan bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Pengertian bersih dan
suci dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya
daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri
daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Zakat dilakukan pada setiap tahun
iaitu pada bulan ramadhan. Aktiviti ini mendapat sambutan daripada kalangan penduduk di taman ini.
Menurut informen x mengatakan bahawa aktiviti zakat ini jemputan ustaz dari luar dan masjid ini.
5.2 KESAN AKTIVITI YANG DIADAKAN DI MASJID KARIAH PAROI
JAYA
Kesan Aktiviti 1 2 3 4 5 Min
f% f% f% f% f%f %
S1 13 7 23 12 40 5 16 5 16 96 3.20
S2 13 8 26 14 46 5 16 2 6 89 2.97
S3 26 13 3 10 15 50 9 30 118 3.93
S4 00 00 5 16 16 53 9 30 124 4.13
S5 00 13 4 13 15 50 10 33 124 4.13
S6 00 00 5 16 10 33 15 50 130 4.30
S7 13 26 5 16 15 50 7 23 115 3.83
S8 13 7 23 8 26 13 43 1 3 96 3.20
S9 00 26 13 15 50 12 40 127 4.23
S10 13 13 26 13 43 13 43 128 4.26
10 1
0
000406050017
PETUNJUK SOALAN 5.2
No. SAOALAN
S1 Adakah aktiviti ini melibatkan semua penduduk ?
S2 Adakah aktivit ini dijalankan secara mingguan ?
S3 Aktiviti tersebut dapat meningkatkan kerohanian .
S4 Aktiviti ini dapat menambah kenalan
S5 Adakah aktiviti ini meningkatkan kesedaran ?
S6 Adakah aktiviti ini dapat meningkatkan kebersihan ?
S7 Aktiviti ini dapat dapat meningkatkan semangat kejiranan .
S8 Adakah aktiviti ini menyelesaikan beberapa masalah ?
S9 Aktiviti ini dapat meningkatkan interaksi sesama masyarakat .
S10 Aktiviti ini dapat menangani masalah sosial .
5.2.1 KESAN AKTIVITI IAITU AKTIVITI INI MELIBATKAN SEMUA
PENDUDUK
Penglibatan Penduduk dalam Ak7vi7
yang dianjurkan oleh Masjid Kariah Paroi
Jaya
3% 17% SangatSetuju
23% Setuju
Tidak Pas:
17% Kurang Setuju
Tidak Setuju
40%
11 1
1
000406050017
Kegiatan aktiviti yang dijalankan di Masjid Kariah Paroi jaya seperti gotong-royong, kenduri,
upacara korban dan lain lain yang melibatkan beberapa penduduk daripada Taman Paroi Jaya antara
lingkungan umur dari 50 hingga 70 tahun. Semua kegiatan yang dijalankan ini telah dimaklum
kepada penduduk kawasan tersebut untuk turut serta menjalankan kegiatan ini. Menurut soal selidik
yang dijalankan jumlah peratus bagi sangat setuju dan setuju adalah sama iaitu 17% manakala jumlah
tidak pasti adalah besar berbanding yang lain iaitu 40%. Hal ini menunjukkan bahawa penduduk di
taman ini tidak mengetahui sama aktiviti yang dijalankan melibatkan semua penduduk. Selanjutnya,
jumlah peratusan bagi kurang setuju iaitu 23%. Hal ini sedemikian kerana beberapa penduduk di
taman ini mengatakan hanya beberapa penduduk terlibat dalam aktiviti yang dijalankan. Jumlah
peratusan yang tidak setuju sebanyak 3% bagi kenyataan tersebut. Melalui pemerhatian yang
dijalankan terdapat beberapa jumlah penduduk yang mengikuti aktiviti yang dialankan. Menurut
informen X dan Y mengatakan bahawa aktiviti ini dapat mengeratkan perpaduan antara penduduk
tetapi kebanyakkan penduduk begitu sibuk dan lebih suka duduk di rumah
5.2.2 KEGIATAN AKTIVITI DIJALANKAN SECARA MINGGUAN
Kekerapan Ak7vi7 yang dijalankan Secara
Mingguan
7% Sangat Setuju
3% Setuju
27% 17% Tidak Pas:
Kurang Setuju
46% Tidak Setuju
12 1
2
000406050017
Beberapa aktiviti yang sahaja yang dijalankan secara minguan iaitu gotong royong dan
mesyuarat AJK masjid. Terdapat aktiviti lain dijalankan pada bulan tertentu dan secara mingguan.
Menurut informen X mengatakan bahawa aktiviti gotong royong perlu dijalankan secara mingguan
bagi menangani masalah pembiakan nyamuk aedes di sekitar masjid dan taman. Akiviti yang
dijalankan di Masjid Kariah Paroi Jaya adalah secara harian seperti kelas keagamaan. Aktiviti
ceramah, mengaji, pengajian bahasa Arab dijalankan secara harian dari hari Isnin hingga Ahad.
Menurut soal selidik yang dijalankan jumlah sangat setuju adalah sedikit iaitu 6%. Tambahan pula,
jumlah peratusan bagi setuju adalah sebanyak 17%. Hal ini sedemikian kerana beberapa penduduk di
taman ini mengatakan bahawa terdapat aktiviti yang dijalankan secara mingguan. Selanjutnya,
jumlah peratusan yang peling tinggi iaitu tidak pasti sebanya 47%. Terdapat beberapa penduduk yang
tidak pasti sama ada aktiviti yang dijalakan di masjid ini secara mingguan ataupun tidak. Jumlah
peratusan bagi kurang setuju dan tidak setuju iaitu sebanyak 27% dan 3%.
5.2.3 AKTIVITI YANG DIJALANKAN DAPAT MENINGKATKAN
KESEDARAN TENTANG HIDUP BERMASYARAKAT
Aktivti yang dijalankan sama ada di Masjid Kariah Paroi Jaya dan taman perumahan dapat
meningkat kesedaran dari pelbagai aspek. Aktiviti seperti gotong royong dapat memberi kesedaran
kepada penduduk mengenai kepentingan menjaga kebersihan kawasan sekitar supaya dapat
mengelakkan jangkitan penyakit dan pembiakan haiwan perosak. Selain itu, aktiviti derma darah
dapat meningkatkan kesedaran penduduk mengenai kepentingan kesihatan semasa usia muda dan
tua serta mengetahui info yang penting tentang penyakit merbahaya. Menurut informen x dan y
bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi dan meningkat kesedaran kepada
penduduk taman sama ada daripada generasi muda, kanak kanak dan golongan tua. Hal ini dapat
mengekalkan keharmonian kawasan setempat daripada berlaku perselisihan faham dan mengisi
masa genersai muda daripada aktiviti yang tidak berfaedah. Mengikut kajian soal selidik yang
dilakukan 33% sangat bersetuju dan 50% bersetuju aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesedaran.
Jumlah peratusan bagi tidak pasti iaitu sebanyak 13% sahaja dan kurang setuju sebanyak 3 % yang
berkemungkinan jarang mengikuti aktiviti tersebut serta jumlah tidak setuju adalah 0 %.
13 1
3
000406050017
5.2.4 AKTIVITI YANG DIJALANKAN DAPAT MENINGKATKAN
INTERAKSI SESAMA MASYARAKAT
Penduduk terutamanya di Taman Paroi Jaya dapat meningkatkan interaksi sesama masyarakat
melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan. Setiap aktiviti yang dijalankan terdiri daripada pelbagai
peringkat umur dan latar belakang yang berbeza. Oleh itu, hubungan kejiranan antara masyarakat
dapat dikukuhkan dan meningkatkan amalan nilai murni. Selain itu, terdapat pelajar sekolah yang
mengikuti aktiviti yang dijalankan di Masjid Kariah Paroi Jaya anjuran daripada pihak sekolah. Hal
ini sedemikian kerana para pelajar akan dapat mengetahui dalam menguruskan aktiviti, memupuk
nilai murni dan menyihatkan tubuh badan. Sebagai contoh, gotong royong yang dijalankan dapat
dikuti daripada para pelajar atau penduduk dan pihak lain yang memerlukan kerjasama dalam
menjalankan aktiviti ini. Oleh itu, interaksi antara penduduk setempat dapat ditingkatkan melalui
beberapa aktiviti yang dilakukan. Mengikut soal silidik yang dilakukan jumlah peratusan bagi sangat
setuju sebanyak 40% dan setuju iaitu 50% bahawa aktiviti ini dapat meningkatkan interaksi sesama
masyarakat. Jumlah peratusan bagi tidak pasti sebanyak 3% sahaja dan kurang setuju iaitu 6% serta
jumlah tidak setuju adalah 0%.
5.2.5 KEGIATAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN DAPAT MENYELESAIKAN
MASALAH
Menyelesaikan Masalah Penduduk di
Taman Paroi Jaya
3% Sangat Setuju
3% Setuju
23% Tidak Pas:
Kurang Setuju
44% Tidak Setuju
27%
14 1
4
000406050017
Terdapat aktiviti yang dijalankan dapat menyelesaikan masalah atau tidak sama ada di Masjid
Kariah Paroi Jaya atau kawasan taman perumahan. Sebagai contoh, aktiviti kelas keagamaan dapat
menyelesaikan masalah dari segi pembacaan, kurang pengetahuan dan lain lain. Terdapat peratusan
yang menunjukan keputusan daripada responden melalui kajian soal selidik mengenai aktiviti yang
dijalankan dapat menyelesaikan masalah. Jumlah peratusan yang paling tinggi iaitu sebanyak 43%
yang bersetuju bahawa aktiviti tersebut dapat menyelesaikan masalah. Jumlah peratusan kedua
tertinggi iaitu tidak pasti sebanyak 27% dan kurang setuju adalah 23%. Tambahan pula, terdapat
segelintir penduduk yang mengangap bahawa aktiviti yang dijalankan tidak dapat menyelesaikan
masalah iaitu tidak setuju 3% dan jumlah sangat setuju sebanyak 4%. Menurut infomen Y,
mengatakan bahawa sebahagian aktiviti yang dijalankan dapat menyelesaikan beberapa masalah
tetapi memerlukan sokongan daripada penduduk taman dan kekerapan aktiviti yang dijalankan.
Peranan masjid menurut artikel Utusan iaitu masjid merupakan simbol syiar yang sangat
penting dalam kehidupan umat Islam. Antaranya menjadi pusat ilmu, dakwah,
maklumat, kebudayaan, muamalat dan sebagainya.
15 1
5
000406050017
6.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, pengkaji begitu setuju terhadap aktiviti yang dijalankan oleh Masjid
Kariah Paroi Jaya dalam mengeratkan perpaduan dan integrasi penduduk di Taman Paroi Jaya. Hal
ini sedemikian kerana aktiviti yang dijalankan mendapat kerjasama daripada penduduk setempat
tanpa rungutan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan mendapat sumbangan daripada beberapa pihak
dalam menjayakan program tersebut. Antara aktiviti yang mendapat sambutan iaitu gotong-royong,
kelas keagamaan, aktiviti perniagaan dan pembayaran zakat .
Di samping itu, aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Paroi Jaya banyak dijalankan kerana
permintaan daripada penduduk. Antara aktiviti yang paling tinggi jumlah kekerapan iaitu kelas
keagamaan sebanyak 29 orang daripada 30 orang . Hal ini sedemikian kerana aktiviti ini dijalankan
secara harian dan kebanyakkan kedatangan penduduk dalam lingkungan umur 50 tahun hingga 70
tahun daripada pelbagai latar belakang di taman ini. Oleh itu, aktiviti ini dapat ditambah baik dengan
secara datang beramai- ramai ke masjid bagi mengukuhkan perpaduan setempat.
Kebanyakkan aktiviti yang dijalankan dapat memberi kesan kepada penduduk di Taman Paroi
Jaya iaitu meningkatkan kebersihan kawasan setempat melalui aktiviti gotong royong dengan min
sebanyak 4.30 yang paling tinggi. Hal ini sedemikian kerana aktiviti ini dijalankan secara mingguan
daripada penduduk dan pelajar sekolah dalam menjaga kebersihan kawasan. Selain itu, kesan aktiviti
yang lain iaitu dapat menangani masalah sosial sebanyak 4.26 min. Aktiviti yang dijalankan ini dapat
mengisi masa lapang terutama golongan muda yang mudah terjebak masalah sosial dan mengeratkan
perpaduan antara satu sama lain.
Keseluruhannya, penduduk di Taman Paroi Jaya perlu meneruskan aktiviti ini seperti gotong
royong, kelas keagamaan, program sekolah, dan lain lain dengan lebih kerap dan mempelbagaikan
jenis aktiviti yang disusun oleh ahli masjid supaya jurang perpaduan dapat dieratkan. Nilai moral dan
etika penduduk dapat dibentuk dengan baik terutama golongan dewasa yang memainkan peranan
dalam menjadi contoh kepada generasi muda untuk mengikuti aktviti yang dijalankan.
16 1
6
000406050017
7.0 RUJUKAN
Buku
Muhd Fadhil Ismail. 2010 . Peranan Masjid kepada masyarat setmpat. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka
Kamus
Kamus Dewan , 1994, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dwibahasa, 1994, Kuala Lumpur ; Dewan Bahasa dan Pustaka
Makalah
Ahmad Zaidi Adam. “Ikatlah Hatimu di Masjid” dlm. Telaga Biru , hlm, 9-10, Ogos 2016
Nur Yusoff. “Perpaduan Melayu-Islam” dlm Dakwah, hlm, 15-17, Januari 2014
Jurnal
Marian Abd. Majid. “Masyarakat dan Aplikasi Pendekatan Dakwah Terhadap Masyarakat Multi
Etnik di Malaysia”. Dlm, Jurnal Hadhari pada Julai 2015 diakses di http://journalarticle.ukm.my
Azlan Md. Rahman. “Persepsi terhadap Program Pengimarahan Masjid” Dlm, Jurnal UMP pada
Disember 2017 diakses di conference.kuis.edu.my
17 1
7
000406050017
Surat khabar
Mohd. Hafiz Abd. Mutalib. “Kekalkan masjid sebagai tempat ibadah dan perpaduan ummah” dlm.
Utusan Malaysia, 14 April 2018
Raja Noraina Raja Rahim. “Perpaduan, Keharmonian perlu dipelihara rakyat” dlm
Berita Harian, 19 November 2018
Wawancara
a) Bahan tidak berakam
Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Sdr. Zaid Bin Isa selaku penduduk di Taman Paroi
Jaya berkaitan aktiviti dan kesan di Masjid Kariah Paroi Jaya, pada jam 5 hingga 6 petang , 12
Februari 2019.
Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Sdr. Ustaz Muhd Hamid Bin Hisyam selaku
pengerusi Masjid Kariah Paroi jaya berkaitan aktiviti dan kesan yang dijalankan, pada jam 4 hingga
5 petang pada 13 Februari 2019.
Bahan internet
Dr. Ahmad Zaharuddin (2012) .Integrasi citra bangsa Malaysia. Dicapai pada Februari 12,2019 dari
http://www.utusan.com.my/rencana/utama/integrasi-citra-bangsa-malaysia
Muhd Azhar (2014).Pengertian Masjid. Dicapai pada Februari 15,2019 dari
http://www.balimuslim.com/tentang-masjid
18 1
8
000406050017
19 1
9