The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by chinyinghui2002, 2022-12-26 04:57:51

Fashion

Fashion

SHARIMA RUWAIDA

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Psikologi Gunaan,
Dasar dan Kerja Sosial
Universiti Utara Malaysia

SOCIAL WORK

SOCIAL WORK


TOKOH
YANG TIDAK DIDENDANG

DISEDIAKAN
OLEH

NUR ASYIQIN BINTI MOHD SHAFIE (292237)
NUR SYAZWANI BINTI SEZALI (292264)
NUR AZIDAH BINTI ZAKARIAH (292275)
CHIN YING HUI (292604)
LAU YING HUI (293532)


ISI
KANDUNGAN

Penghargaan 4

Pengenalan 5

Kaedah kajian 6

Latar belakang 7

tokoh

Sumbangan tokoh 8

Badan organisasi 9-12

yang terlibat

Anugerah tokoh 13-15

Cabaran yang 16-17

dihadapi

Kesimpulan dan 18 DECEMBER 2022 | ISSUE 10

Rumusan

Harapan 19

Rujukan 20

Lampiran 21-25


TAlhamdulillah dengan izin dan rahmat-Nya saya dan ahli kumpulan
telah berjaya menyiapkan laporan berkenaan tokoh yang tidak
didendang dalam subjek Kenegaraan Malaysia (SADN1033) sesi A221
dalam masa yang telah ditetapkan dengan jayanya.
P​ ertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Cik Sharima Ruwaida Abbas selaku Pensyarah Kanan Pusat
Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial, Universiti Utara
Malaysia kerana telah memberi keizinan dan kerjasama untuk
menjalankan kajian ini dengan sempurna.
​Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah dalam subjek Kenegaraan Malaysia iaitu Dr. Rashidah
Binti Mamat yang telah membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada saya bagi menyempurnakan tugasan laporand ini serta
memastikan saya dan ahli kumpulan menyiapkan dalam masa yang
telah ditetapkan.
Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan sepasukan saya iaitu Nur Syazwani Binti Sezali, Nur Azidah
Binti Zakariah, Chin Ying Hui, dan Lau Ying Hui yang telah banyak
membantu dalam menyelesaikan kajian tanpa jemu. Akhir sekali
ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya dan semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung yang
telah banyak membantu dalam melaksanakan tugasan
berkumpulan ini.

Sherry


Miss Sherry

PENGENALAN

Guru atau pensyarah merupakan insan Nama beliau ialah Puan Sharima
yang paling berjasa dalam mendidik Ruwaida Abbas atau lebih dikenali
pelajar menjadi seorang insan cemerlang, sebagai Miss Sherry. Beliau
gemilang dan terbilang. Manakala, memainkan peranan penting dalam
pendidikan pula bermaksud satu proses bidang pendidikan dan juga dalam
yang mengandungi pelbagai aktiviti yang aktiviti sukarelawan. Bidang
telah dirancang khas untuk pembangunan pendidikan yang diajar iaitu
masyarakat. Maka, tokoh pendidikan matapelajaran kerja sosial amatlah
merpakan seorang tokoh yang banyak berkait rapat dengan aktiviti
memberi jasa kepada negara sukarelawan yang telah dilakukan
terutamanya dalam bidang pendidikan oleh beliau. Oleh itu, Miss Sherry
yang boleh dijadikan sebagai contoh boleh dijadikan sebagai tokoh serta
kepada generasi pada masa kini ataupun ‘role model’ kepada pelajar dan
generasi pada masa akan datang. masyarakat.
Kejayaan dan sumbangan yang diberikan
wajar dijadikan sebagai aspirasi dan
motivasi kepada semua lapisan
masyarakat terutama kepada remaja
masa kini. Selain itu, menurut Siti Ezaleila
Mustafa dalam bukunya yang bertajuk ‘20
Tokoh Ilmuan’, beliau telah menyatakan
beberapa orang tokoh yang boleh
dijadikan contoh dalam bidang
pendidikan contohnya seperti Zainal
Abidin Bin Ahmad atau lebih dekinali
sebagai Za’ba. Susulan daripada itu, di
Universiti Utara Malaysia yang terletak di
Sintok, Kedah terdapat seorang tokoh
yang amat dikenali dan berjasa kepada
universiti serta masyarakat setempat.


15 Disember 2022

KAEDAH KAJIAN

1.TEMU BUAL
2.KAJIAN LAPANGAN
3.MELAWAT KE PERPUSTAKAAN


LATAR BELAKANG

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian
Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial,
Universiti Utara Malaysia

Latar Belakang Tokoh yang dipilih : Taraf pendidikan

Cik Sharima Ruwaida telah dilahirkan di Tokoh ini telah menerima pendidikan awal
Hospital Besar Ipoh, dan merupakan anak di sekolah kebangsaan di Ipoh, Perak dan
sulung daripada tiga orang adik beradik. seterusnya melanjutkan pengajian sehingga
Tokoh ini telah dibesarkan di Ipoh, Perak tingkatan lima di Sekolah Menengah
daripada latar belakang keluarga ayah yang Kebangsaan Perempuan Methodist yang
bekerja sendiri, dan ibu yang bekerja sebagai juga terletak di Ipoh. Beliau seterusnya telah
suri rumah sepanjang masa. melanjutkan pengajian di Universiti Islam
Walaubagaimanapun, beliau berkata ketika Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam bidang
sesi temubual ini dilaksanakan secara ekonomi, namun disebabkan oleh minat
bersemuka di pejabatnya, sejak dahulu lagi beliau lebih kepada kerja-kerja kebajikan
beliau telah menjadikan ayahnya sebagai masyarakat, menyebabkan tokoh ini
seorang “role model”terutama dalam kerja- mengambil keputusan untuk menyambung
kerja kebajikan seperti ini pengajian di luar negara dalam Sarjana
Muda Kerja Sosial (BSW) dan Sarjana Kerja
Sosial (MSW) dari Western Michigan
University (WMU), Amerika Syarikat.

Tahun mula melibatkan diri dalam
kerja sosial

Ketika tokoh ini di luar negara menyambung
pelajarannya, beliau sering melakukan kerja-
kerja kebajikan seperti menjaga rumah-
rumah orang tua, mengutip botol-botol
untuk dijual dan seterusnya wang yang
diperolehi akan digunakan untuk membayar
yuran pengajian di Amerika Syarikat. Sifat
tidak putus asa dalam tokoh inilah yang
menjadikan sebab pengkaji dan ahli
kumpulan memilih beliau sebagai seorang
tokoh yang perlu dicontohi dan dijadikan
‘role model’ untuk mencapai kejayaan pada
masa kini


sumbangan tokoh
dalam aktiviti
kerja sosial

Cik Sharima Ruwaida Binti Abbas telah melibatkan
diri dalam aktiviti kerja sosial selam 19 tahun.
Bantuan-bantuan yang diberi oleh Cik Sharima
kepada mangsa bencana adalah bantuan
psykososial. Hal ini disebabkan oleh bantuan
psykososial merupakan kepakaran beliau dalam
kerja sosial. Beliau akan memberi penilaian terhadap
mangsa-mangsa bencana sama ada mereka ada
tempat tinggal sementara, cukup makan ataupun
perlu bantuan sokongan emosi dan lain-lain.


OORRGGAANNIISSAASSIIYANG TERLIBAT
OORRGGAANNIISSAASSII
ORGANISASICik Sharima melibatkan diri dalam
OORRGGAANNIISSAASSIIprogram memberi vaksinasi kepada
OORRGGAANNIISSAASSIIpenduduk-penduduk di kampung yang
pedalaman seperti Baling, Kota Setar
dan sebagainya semasa pandemik
Covid-19.


Program-program yang telah
dilibatkan oleh beliau:

Tahun Program

2004 - Kota Kuala Muda, Penaga (Tsunami)
Cik Sahrima dan pihak NGO bersama-sama
pergi ke Kota Kuala Muda, Penaga
disebabkan oleh Kota Kuala Muda telah
mengalami bencana tsunami pada tahun
2004. Cik Sharima juga memberi bantuan
kepada mangsa bencana selama sepuluh
hari.
- Aceh, Indonesia (Tsunami)
- Thailand (Tsunami)

--Chile (Gempa Bumi)
Chile telah berlaku gempa bumi dengan
kekuatan 8.8 di kawasan pantai dan
2010 mengalami gegeran dalam tempoh tiga minit.
Mangsa-mangsa bencana di Kawasan Chile
juga pernah menerima bantuan daripada Cik
Sharima.

--Syria, Turkey (Perang)
Syria di Turkey telah mengalami peperangan
iaitu Perang Saudara Syria ataupun
pemberontakan Syria. Peperangan ini telah
2011 menyebabkan 18451 rakyat Syria terbunuh
dan 240,000 hilang tempat tinggal. Beliau
telah menggunakan kepakaran sendiri untuk
membantu rakyat-rakyat Syria iaitu memberi
bantuan psykososial.


Program-program yang telah
dilibatkan oleh beliau:

Tahun Program

--Filipina (Taifun)

Taifun Haiyan 2013 telah menyebabkan 6352

orang terbunuh oleh bencana. Mangsa-

mangsa bencana yang menghilangkan orang

2013 tersayang mereka akan mempengaruhi
emosi mereka. Dengan ini, Cik Sharima akan

memberi bantuan psykososial kepada

mangsa-mangsa tersebut dengan penilaian

sama ada mereka perlu bantuan emosi atau

tidak.

--Bangladesh (Membantu pelarian Rohingya)
Perdana Menteri Malaysia telah memberi
bantuan kepada Bangladesh untuk
menangani isu pelarian Rohingya di
sempadan negara itu. Cik Sharima telah
menyertai pasukan peninjau pergi ke Dhaka
2017 untuk berbincang Tindakan seterusnya
untuk membantu golongan yang sedang
ditimpa konflik tersebut supaya golongan-
golongan tersebut mempunyai makanan
yang cukup dan tempat tinggal sementara.
Dengan ini, hubungan antara Malaysia
dengan Bangladesh menjadi lebih rapat.


Program-program yang telah
dilibatkan oleh beliau:

Tahun Program

--Laos (Banjir)

Bencana ini telah menyebabkan ramai orang

dikhuatiri maut dan empangan hidro yang

runtuh telah menyebabkan banjir teruk,

dilambatkan dengan hujan lebat dan

jambatan runtuh. Cik Sharima bersama-sama

2018 pihak MERCY Malaysia telah mencari tempat
membeli bekalan perubatan yang mampu

membantu 2,000 orang. Cik Sharima telah

menyertai pasukan bagi membantu kanak-

,kanak yang trauma akibat banjir teruk ini.

--Jakarta Indonesia (Gempa Bumi)

Jakarta, Indonesia telah mengalami Gempa

Banten magnitude 6,1 pada 23 Januari 2018

2020 --Pakistan (Gempa Bumi)
Pakistan telah mengalami gempa bumi
sekuat 5.9 dan telah memusnahkan lombong
arang batu dan lebih 100 rumah yang terletak
di kawasan pergunungan.


Anugerah
Miss

Sharima

Miss Sharima Ruwaida Abbas berkata beliau
lebih berminat untuk melakukan kerja sosial
berbanding dengan melakukan kerja sosial
demi mendapatkan anugerah. Miss Sharima
berminat untuk melakukan kerja sosial
dengan membantu orang untuk
memperbaiki kehidupan mereka.

PENCAPAIAN DALAM AKADEMIK

Sarjana Kerja Sosial, Universiti Michigan Barat, Amerika Syarikat pada tahun
2001
Penyeliaan Sijil Dalam Khidmat Sosial, Pusat Sumber Keluarga Dan Gabungan
Pusat Latihan, Singapura pada tahun 2004
Sijil Pengurusan Bencana, Pusat Persediaan Bencana Asia (APDC), Ba, Thailand
pada tahun 2008
Sijil Pertolongan Cemas Psikologi di Pra, Pacific EMPRINTS dan Pertahanan
Awam Negeri Hawaii, Amerika Syarikat pada tahun 2009
Persijilan Penyeliaan dalam Organisasi Perkhidmatan Manusia daripada Pusat
Sumber dan Latihan Keluarga

PENCAPAIAN DALAM KERJA SOSIAL

Anugerah Khas Khidmat Masyarakat Terbaik,
Universiti Utara Malaysia pada tahun 2006
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Universiti
Utara Malaysia pada tahun 2007

CAS Stewardship Award, Pusat Pembangunan
Pelajar, Kolej Sastera pada tahun 2019
Anugerah Modal Insan, Universiti Utara
Malaysia pada tahun 2020

Anugerah Khidmat Komuniti, Pusat Pengajian
Psikologi Gunaan, Kerja Sosial dan Polisi, UUM
pada tahun 2021


Pengiktirafan Ms
Sharima

Pengiktirafan tertinggi

Pengerusi Lembaga Pelawat
Taman Sinar Harapan Ridzuan
Puzi, Jitra mulai 2 Mei 2021 hingga
1 Mei 2024 iaitu sebanyak 3
tahun. Pencapaian ini dilantik
oleh Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan
Masyarakat.

Pengiktirafan dalam akademik

Pensyarah Kanan DS52 Universiti Utara Malaysia.
Anugerah ini dilantikoleh Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah
Universiti Naib Canselor dan seluruh warga Universiti Utara Malaysia.


Pengiktirafan dalam
kerja sosial

Penyelaras Gap Year dalam
pengurusan Program Gap
Year di bawah Kementerian
Pengajian Tinggi. Melalui
program ini, Miss Sharima
memastikan pelajar Universiti
mempunyai peluang untuk
melakukan kerja sukarela dan
kerja sosial ini akan dikira
sebagai kredit kokurikulum
bagi pelajar yang terlibat.

Ketua Chapter Kedah iaitu
Ketua Mercy Malaysia Chapter
Kedah. Beliau memberi
bantuan reformasi dan
mengurangkan risiko yang
mampan untuk masyarakat
yang memerlukan dalam
situasi krisis dan bukan krisis


Cabaran
yang
dihadapi

Pandemik Covid-19

Miss Sharima berkata Program Gap Year tidak dapat
dianjurkan disebabkan oleh penularan wabak Covid-19.
Ini menyebabkan pelajar-pelajar universiti tidak
mempunyai peluang untuk melakukan kerja sosial
sama ada di dalam dan di luar negara.


Komitmen daripada rakan-
rakan sukarelawan

Terdapat sesetengah sukarelawan
memberi alasan untuk tidak
memberikan komitmen seperti tidak
mempunyai masa dan tidak
mendapat ganjaran. Miss Sharima
berkata sebagai seorang pekerja
sosial, kita haruslah memahami
konsep dan skop kerja mereka.

Keselamatan terancam

Paras air di tasik hidrokuasa
Selanong di daerah Meuang Nong di
Laos berada pada paras bahaya.
Miss Sharima dan pasukannya
haruslah mengambil risiko yang
tinggi semasa menjalankan kerja
sosial seperti risiko renjatan elektrik
dan risiko luka kecederaan.

Kurang menyesuaikan diri
dengan persekitaran baharu

Semasa Miss Sharima dan
pasukannya berada di negara yang
mundur, mereka harus
menyesuaikan diri dengan gaya
hidup negara tersebut seperti
mengambil air di sungat untuk
tujuan bermandi dan berminum.


Kesimpulan

Kami selaku para pelajar yang mengambil
pengajian Kenegaraan Malaysian memilih Miss
Sharima Abbas sebagai tokoh yang tidak
didendang kerana personaliti beliau yang
tidak lokek dalam memberi perkongsian
kehidupan beliau selaku tenaga pengajar dan
juga sebagai pekerja sosial.

Daripada semangat yang cekal dan berani
mengambil sebarang tindakan yang dimiliki
beliau ini menjadikan beliau seorang yang
mampu mencapai kejayaan dan anugerah
yang diperoleh olehnya pada masa sekarang.
Oleh kerana hal demikian juga beliau dapat
menyumbangkan kebolehan beliau dalam
memberikan khidmat psikososial kepada
masyarakat yang memerlukan.

Kesimpulannya, jelaslah sikap yang dimiliki
beliau dalam mengejar cita-citanya sebagai
pekerja sosial yang berjaya wajarlah dijadikan
contoh dan ikutan para pelajar. Demikianlah
kata-kata beliau bahawa peluang untuk
memperoleh sesuatu adalah hasil dari
kebolehan individu untuk menonjolkan diri dan
beradaptasi dengan peluang yang sedia ada.


HARAPAN

Maka harapan beliau ialah kita
sebagai pelajar perlulah bijak dalam
mengambil peluang serta perlu
mengetahui kekuatan kita di mana
supaya kita boleh melakukan kerja-
kerja yang ‘relevan’ dengan kita
punya pembelajaran tetapi dalam
masa yang sama kita boleh
membantu orang. Peluang yang
ada perlulah dicari kerana peluang
tidak ada didepan mata maka
pelajar perlulah berusaha untuk
mencari peluang yang ada kerana
peluang amatlah banyak. Oleh itu,
kita sepatutnya menonjolkan diri
agar peluang tersebut akan datang
kepada kita contohnya seseorang
pelajar itulah perlulah rajin dan juga
berani. Orang-orang seperti inilah
akan diberi peluang untuk
melibatkan diri dalam kerja
sukarelawan seperti diberi peluang
melibatkan diri dalam program-
program diperingkat antarabangsa.
Jelaslah bahawa, seseorang pelajar
mestilah rajin berusaha agar dapat
memeperoleh sesuatu yang
menguntungkan bagi diri kita.


RUJUKAN

BUKU

Abdul Razak Abd Manaf, Ahmad Shukri Abdul Hamid,
Azlin Hilma Hillaluddin. 2021. Pengantar Kerja Sosial:
Penerbit Universiti Utara Malaysia

LAMAN WEB

UUM Experts. Diakses pada Disember 17, 2022 daripada
http://experts.uum.edu.my/Researcher_Info.aspx?
nopkj=2629

Should you take a a gap year. Diakses pada Disember
19, 2022 daripada
https://www.bestcolleges.com/blog/what-is-a-gap-year/

Laos dilanda banjir terburuk dalam tempoh 42 tahun.
Diakses pada Disember 19, 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/amp/dunia/asean/2020/1
0/744852/laos-dilanda-banjir-terburuk-dalam-
tempoh-42-tahun

20 tokoh ilmuwan. Diakses pada Disember 17, 2022
daripada
http://damaisuria.blogspot.com/2010/04/20-tokoh-
ilmuwan.html


LAMPIRAN

Temu bual bersama Cik Sharima Ruwaida
di pejabat beliau pada

Khamis, 15 Disember 2022


LAMPIRAN

Tokoh telah mengetuai misi
kemanusiaan ke Johor semasa banjir
2010, UUM menghantar 3 bas pelajar,
satu lori barang bantuan, satu 4WD dari

Pusat Kesihatan


LAMPIRAN

Mewakili MERCY
Malaysia (MM)
sebagai wakil MM
Kedah Chapter
menyampaikan
keperluan untuk
mangsa banjir dan
tragedi Jerai
Menangis di Yan
Kedah

Memberi training
Psychological First Aid
kepada frontliners di
Kabul Afghanistan
untuk membantu war
survivors


LAMPIRAN

Di Laos, Cik Sharima
menyertai training
untuk Child Friendly
Spaces (CFS) di Laos
disebabkan Banjir
(Dam pecah)

Pengiktirafan yang diperolehi oleh tokoh sebagai
seorang pensyarah pada masa yang sama
merupakan seorang pekerja sosial.


LAMPIRAN

Buku yang menjadi
bahan rujukan dalam
mendapatkan
maklumat berkaitan
tugasan yang diberi.

Pengiktirafan yang diperolehi oleh Cik Sharima
sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Taman
Sinar Harapan Ridzuan Puzi, Jitra


Click to View FlipBook Version