EN. SAHRIL HISAM B. ABD HALIM PENOLONG PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH TEMERLOH (PEND. ISLAM) MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 16 SESI 2022/ 2023 10 JUN 2023 | SABTU SEKOLAH RENDAH AGAMA ISLAM AT-TAKWA 8.30 AM- 11.00 A.M DIRASMIKAN OLEH DEWAN BLOK E
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKASURAT 1. ISIKANDUNGAN 2. UCAPAN GURUBESAR 1-2 3. UCAPANYDP PIBG 3-4 4. UCAPANPERASMI 5-6 5. JAWATANKUASAKERJA MESYUARATAGUNG PIBG KALIKE-16 BAGI SESI 2023/2024 7-9 6. BARISANAJKPIBG SESI 2022/2023 10 7. AGENDA MESYUARATAGUNG PIBG KALIKE-16 11 8. MINIT MESYUARATAGUNG PIBG KALIKE-15 TAHUN2022/2023 12-17 9. PENYATAKEWANGANPIBG JAN. 2022HINGGADIS. 2022 18 10. LAPORANKURIKULUM TAHUN2022 19-23 11. LAPORANHAL EHWAL MURIDTAHUN2022 24-26 12. LAPORANKOKURIKULUM TAHUN2022 27-29 13. PROGRAM PIBG SRAISLAM AT TAKWASESI 2022/2023 30-31 14. REZEKIDIKONGSI BERSAMA 32-33
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat pagi. Bersyukurkita kehadrat Ilahikerana dengan izin-Nya, dapatkita berkumpul sekali lagi bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bertempat di Sekolah Rendah Agama Islam At-Takwa pada tahun ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa dan kerjasama untuk hadir pada hari ini. Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggitinggi tahniah dan syabas kepada semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru kerana sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugasan yang lain. Sesungguhnya mesyuarat PIBG ini merupakan suatu platform terbaik untuk semua ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, sekolah kita telah mencapai beberapa kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum pada tahun ini. Ini merupakan suatu pencapaian yang baik bagi permulaan tahun 2023 dan kita harapkan banyaklagikejayaan-kejayaan yang akan menyusul selepas ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada para guru dan ibu bapa yang telah bekerjasama membantu melancarkan lagi latihan anak-anak kita pada kejohanan tersebut. Semoga pada tahun ini lebih banyak kejayaan yang akan diperolehi oleh pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Bagi tahun ini juga, masih terdapat beberapa aktiviti luar yang terpaksa ditangguhkan buat masa ini dan kita masih merujuk kepada surat Siaran KPM Bil 3 Tahun 2023 berkenaan Garis Panduan Pelaksanaan AktivitiLuarInsititusi Pendidikan Bawah KPM Semasa Cuaca Panas. UCAPAN GURU BESAR SRA ISLAM AT TAKWA 1
Berkenaan sumbangan PIBG yang diberikan oleh ibu bapa sekalian, sumbangan ini telah dan akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu membiayai pelbagai program-program sekolah bagi meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anakanakkita di sekolah ini. Oleh itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan PIBG. Ini memudahkan lagi pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demikesinambungan pembelajaran anak-anak. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon kemaafan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian sekiranya ada bicara atau tingkah laku saya yang kurang menyenangkan semua pihak. Diharap tahun 2023 ini akan menjadi tahun yang lebih cemerlang bagi warga Sra Islam At Takwa dan dapat melahirkan murid-murid yang madani. Sekian, terima kasih. En. Khairul Azwan Bin Zamri Guru Besar SRA Islam At Takwa 2
Bismillahirahmanirahim, Assalammualaikum w.b.t. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan keizinan-Nya, maka kita dapat sekali lagi bertemu dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 di Sekolah Rendah Agama Islam At Takwa ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG yang telah bersama-sama bekerja dan berusaha membantu pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Tidak dilupakan ucapan terima kasih juga ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi meluangkan masa menghadiri mesyuarat PIBG pada tahun ini justeru menunjukkan keprihatinan tuan puan selaku ahli PIBG. Kehadiran ini menunjukkan bahawa kita sentiasa memberi sokongan dan semangat menjayakan agenda pendidikan demi kecemerlangan anak-anak kita pada masa depan baik dalam bidang pendidikan mahupun sahsiah diri. Tanpa sokongan tuan puan tidak mungkin pihak sekolah berjaya melahirkan modal insan berminda kelas pertama. Kewujudan persatuan PIBG ini adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dan pihakibu bapa penjaga. Sekiranya terdapat penambahbaikan atau cadangan ataupun perkongsian kepakaran dan kebolehan, maka inilah platform yang sesuai untuk dijana idea-idea tersebut. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab dan peranan masing –masing yang harus dipikul tanpa berbelah bahagi selaras dengan sarana ibu bapa yang diperkenalkan oleh kementerian Pendidikan Malaysia. Walaupun PIBG ini beroperasi atas dasar sukarela, namun konsep permuafakatan akan membolehkan kita melaksanakan apa-apa sahaja yang terbaik untuk kecemerlangan anak-anak kita. Kesatuan hati yang tercipta ini seterusnya akan menjadikan PIBG lebih dinamik. Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan idea dan cadangan bernas bagi meningkatkan kemajuan pendidikan semua murid. Adalah menjadi doa dan harapan saya selaku YDP PIBG sekolah ini agar UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG SRA ISLAM AT TAKWA 3
SRA Islam At Takwa terus meningkat maju dari semasa ke semasa dan dapat menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah Temerloh ini. SRA Islam At Takwa menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misinya melahirkan dan menerapkan generasi berilmu yang berakhlak mulia ke arah menghidupkan sahsiah bertarbiahkan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Setiap seorang murid mempunyai nilai yang tersendiri sebagai seorang anak dan setiap anak membawa harapan ibu bapa untuk ditempa ke persada kecemerlangan. Kejayaan anak-anak merupakan hadiah yang paling bernilai untuk semua ibu bapa. Kemenjadian anak-anak adalah bermula dengan ibu bapa. Pihak sekolah berharap agar semua ibu bapa meletakkan 100% tanggungjawab mendidik anak-anak dan tidak sekadar melepaskan tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah semata-mata. Dalam era globalisasi ini, dunia pendidikan sentiasa mengalami banyak perubahan dari semasa ke semasa. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan kualiti penguasaan ilmu serta membina personaliti yang cemerlang. Pendidikan merupakan bidang yang dinamik dan pragmatik serta memerlukan pelaksanaan yang cekap. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas beberapa kejayaan yang telah dicapai dalam bidang akademik dan kokurikulum. Akhir kata saya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 16 SRA Islam At Takwa. Saya berharap AJK sesi 2023 / 2024 yang akan dipilih dan dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaik mungkin. Sekali lagi saya menyeru kepada ibu bapa dan penjaga supaya dapat menyokong semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah terutama dari segi kehadiran, sebagai tanda sokongan tuan puan terhadap anak-anak dan pihak sekolah. Selain itu, kepada ibu bapa yang mampu membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas mahupun tenaga untuk digembeleng sebagai inspirasi kepada PIBG agar sentiasa bertindak atas landasan yang cemerlang. Semoga jaringan serta kolaboratif yang kuat ini dapat dikekalkan dan mampu dijadikan pentas utama dalam mencipta resipi kegemilangan bagi sekolah ini. Insya-Allah bersamasama kita berdoa dan merealisasikannya. Sekian, terima kasih. LAr. Hj Mohd. Yusri bin Othman AMP YDP PIBG SRA Islam At Takwa 4
UCAPAN PERASMI MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-16 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini, sempena majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bagi Sekolah Rendah Agama Islam At Takwa. Saya merakamkan ucapan terima kasih di atas jemputan untuk saya hadir ke majlis pada hari ini dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Penasihat dan seluruh Jawatankuasa PIBG kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan mesyuarat ini dengan jayanya. Secara peribadi, saya berasa amat bangga dengan kehadiran tuan puan ke mesyuarat pada hari ini, di mana ia jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita dalam organisasi yang dianggotai. Mudahmudahan dengan mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperoleh bagi tujuan pembangunan ilmu melalui sekolah ini. Sebagaimana kita sedia maklum Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah kerana PIBG menjadi medium atau wahana untuk mencetus halatuju dan matlamat sekolah ke arah kecemerlangan pendidikan. Pengurusan PIBG yang cemerlang akan melahirkan sekolah yang terbilang dan ia bukanlah hanya angan-angan kosong semata-mata malah diharapkan dapat diaplikasikan sepenuhnya bagi mencapai hasrat yang sama-sama kita inginkan. 5
Kecemerlangan sesebuah organisasi atau persatuan amat bergantung kepada beberapa elemen yang perlu digerakkan secara bersama dan seiring. Oleh itu saya menyeru supaya kita bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demikecemerlangan pendidikan anak-anak murid di SRA Islam At Takwa ini. Elemen perpaduan dalam kalangan ahli adalah sangat penting yang akan membolehkan sesebuah organisasi itu memaksimumkan sumber tenaga, usaha dan buah fikiran ke arah kecemerlangan yang membanggakan. Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan tanggungjawab itu sewenang-wenangnya ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah. Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh pihak sekolah dan PIBG. Di majlis ini saya juga ingin mengambilkesempatan sekali lagi menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan PIBG ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak. Akhir kata, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat PIBG SRA At Takwa, Temerloh, bagi tahun 2023 pada hari ini. Sekian, terima kasih. Ustaz Sahril Hisam bin Abd Halim Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh 6
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT PIBG KALI KE-16 7
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT PIBG KALI KE-16 8
JAWATANKUASA KERJA MESYUARAT PIBG KALI KE-16 9
BARISAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 LAr. Hj. Mohd Yusri bin Othman AMP (YDP PIBG ) Khairul Azwan bin Zamri (Guru Besar) Dr. Che Hamdan bin Che Mohd Razali (Timb. Pengerusi PIBG) Norlizan binti Borhan (Setiausaha) Nur Aina Muslihah binti Shansu Baharing ( Pembantu S/U) Mohd. Sahran bin Ismail (Bendahari) Muhammad Abrar bin Mohd. Yusof (AJK PIBG) Noresah bt Ahmad (Pemeriksa Kira-kira) Shahrul Azman bin Zahit (Pemeriksaan Kira-kira) Nor Azmah binti Mohd Samsuri (AJK PIBG) Mohd. Khalil bin Othman (AJK PIBG) Rosliza binti Abdul Samat (AJK PIBG) Noorul Haizah binti Mohd Afpandi (AJK PIBG) Muhammad Basiron bin Mat ALi (AJK PIBG) Mohaiza binti Mohamad (AJK PIBG) Sazlinda binti Ibrahim (AJK PIBG) 10
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 16 11
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 12
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 13
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 14
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 15
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 16
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 15 17
LAPORAN PENYATA KEWANGAN JANUARI HINGGA DISEMBER 2022 SRA ISLAM AT TAKWA 18
LAPORAN UNIT KURIKULUM SESI 2022/23 19
SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA LAPORAN ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 20
SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA LAPORAN ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 21
LAPORAN ANALISIS PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) 22
SENARAI NAMA MURID MENDAPAT 8A DALAM UJIAN PENILAIAN KAFA (UPKK) TAHUN 2022 1.AHMAD ALTAMIS BIN AHMAD IQBAL 2. AHMAD NIYAZ BIN AHMAD ALIAS TAJUDDIN 3. HANNAH YASMEEN BINTI NABIL FIQRI 4. MUHAIMIN FARHAD BIN MOHAMAD FAIZAL 5. NUR AIN BINTI MOHD ROSDI 6. NUR ALISHA QISTINA BINTI ABDUL HAKIM 7. NUR HILMIYAH IRDINA BINTI MOHD FAIZ 8. NUR KHODIJAH HUSNA BINTI ZULKAFLI 9. NURINA HAZIRAH AMANI BINTI ABD SAMAD 10. NURUSSAKINAH BINTI AHMADDI 11. RAMIZAH HUSNA BINTI AHMAD 12. SITI HAWA BINTI MOHD NORTAUFIK 8A UPKK 23
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID SESI 2022/23 SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA 24
ENROLMEN MURID SESI 2022 - 2023 25
BIL AKTIVITI CATATAN 1 ORIENTASI & TAKLIMAT PRA SEKOLAH DAN TAHUN 1 PENGLIBATAN IBU BAPA PENJAGA DAN MURID TAHUN 1 SESI 2023/24 2 AMALAN SEKOLAH PENYAYANG MERAIKAN KEHADIRAN MURID KE SEKOLAH & MENTOR MENTEE 3 SAMBUTAN HARILAHIR SUMBANGAN PIBG & KOMUNITI : KEYCHAIN HARI LAHIR MURID & GOODIES HARI LAHIR 4 SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK WARGA SEKOLAH MERAIKAN KANAKKANAK DENGAN TEMA KERJAYA IMPIAN 5 KARNIVAL KERJAYA (BOMBA, PERPUSTAKAAN, SRI KT BRIDAL, YUSHAM BAKERY, ANDAMAN QASEH, COOPBANK) KOLABORASI PELBAGAI AGENSI UNTUK PENDEDAHAN KERJAYA MURID. 6 KURSUS KEPIMPINAN & WATIKAH PELATIKAN MURID MELIBATKAN KETUA, PENOLONG KELAS, PENGAWAS SEKOLAH DAN PENGAWAS PERPUSTAKAAN 7 BINA INSAN IHYA RAMADHAN TADARUS, TAZKIRAH HARIAN DAN INFAQ RAMADHAN SERTA KHATAM AL-QURAN 8 ZIARAH CAKNA MENZIARAHI KELUARGA MURID (KEMATIAN AHLI KELUARGA) LAPORAN AKTIVITI HEM SESI 2022/ 2023 26
SESI 2022/23 LAPORAN UNIT KOKURIKULUM SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA 27
KARNIVALKO-AKADEMIKPRASEKOLAHDAERAHTEMERLOH A'ila Naurah Ilham binti Mohammad Hamdan Naib Johan Deklamasi Sajak Rasyidudin bin Mohd Yusri Ketiga Hafiz Cilik SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA PENCAPAIAN KOKURIKULUM SESI 2022/ 2023 UNIT BERUNIFORM Kursus Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Negeri Pahang 15 (Sarjan) 3 (Koperal) 2 (Lans Koperal) Kursus Kenaikan Pangkat TKRS Peringkat Kebangsaan 2 (Sarjan) KO-AKADEMIK Kokuria Bahasa Arab (SABK) Peringkat Kebangsaan Emas (Tasrif-L) Perak(Tasrif-P) Perak(Imlak-L) Perak(Imlak-P) Perak(Syair) Karnival Dakwah Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Temerloh Dalam Talian Johan (Hafazan) Ketiga (Tilawah) 28
SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA AKTIVITI SUKAN Kejohanan Bola Sepak MSSD Temerloh Bawah 12 Tahun Penyertaan Kejohanan Bola Jaring MSSD Temerloh Bawah 12 Tahun Penyertaan Kejohanan Bola Baling MSSD Temerloh Bawah 12 Tahun (L) Ketiga Kejohanan Petanque Daerah Temerloh Johan & Ketiga Kejohanan Petanque Pelapis SUKMA Ketiga Kejohanan Bola Baling MSSN Pahang Bawah 12 Tahun (L) Ketiga Kejohanan Olahraga MSSD Temerloh Bawah 12 Tahun (Lompat Tinggi) Ketiga Kejohanan Merentas Desa MSSD Temerloh Bawah 12 Tahun Kedua Kejohanan Merentas Desa MSSN Pahang Bawah 12 Tahun Kedua Kejohanan Merentas Desa MSSN Malaysia Bawah 12 Tahun Ke-14 PENCAPAIAN KOKURIKULUM SESI 2022/ 2023 29
PSREKO. RGENR. AAGMAM/A SISULAMM ABT-ATNAKGWAAN PIBG SRA ISLAM AT-TAKWA SESI 2022/23 Majlis Watikah Pelantikan Sumbangan Makanan & Bayaran Penceramah Kursus Kepimpinan Sumbangan Kem TKRS Kit Ifthar At-Takwa Peringkat Sekolah Sumbangan Keychain HariLahir 30
PSREKO. RGENR. AAGMAM/A SISULAMM ABT-ATNAKGWAAN PIBG SRA ISLAM AT-TAKWA SESI 2022/23 Ceramah Kesihatan Minggu Pertama Persekolahan Karnival Kerjaya Sukarelawan Hari Sukan Sekolah Gotong Royong Sekolah Sumbangan HIP Zone 31
SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA REZEKI DIKONGSI BERSAMA 32
SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA REZEKI DIKONGSI BERSAMA 33
Pihak PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa dan komuniti setempat yang sentiasa memberi kerjasama dengan PIBG SRA Islam At Takwa. Terima kasih juga kepada semua pihak yang memberikan sumbangan berupa wang ringgit, idea dan tenaga kepada persatuan ini dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan bersama-sama dengan pihak sekolah. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai. SEK. REN. AGAMA ISLAM AT- TAKWA 34 PENGHARGAAN