The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by toren, 2021-12-22 21:20:48

pdf_20211223_102236_0000

pdf_20211223_102236_0000

BukuBpAanGdIuKaUn RpeSrUseSdiaan
REKREASI

PENGARANG/PENULIS
MATTHEW STEPHEN
DENIVER JUPIRIN
MOHD FIRDAUS

Isi kandungan Muka surat

1. Pengenalan 1


2. Persediaan 4
5 persediaan aktiviti rekreasi


3. Syarat kesihatan 5


5. Prosedur sewaktu berekreasi 6-17
Prosedur semasa berekreasi

Teknik-teknik yang terdapat dalam aktiviti
18-23
lasak rekreasi


4. Peralatan 24-28


6. Keselamatan
Tips keselamatan dalam rekreasi 29-31
Risiko jika tidak mematuhi peraturan


keselamatan

7. Tempat
Tempat yang sesuai melaksanakan kursus

rekreasi

Pengenalan

Kursus rekreasi merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar
Diploma Pengurusan Resort di Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti
Politeknik Kota Kinabalu. Kursus rekreasi menyediakan pelbagai aktiviti
menarik yang terdapat di dalam resort seperti golf, jungle trekking, rock
climbing, scuba diving, kayaking, snorkeling dan pelbagai lagi aktiviti
rekreasi yang lain.
Aktiviti rekreasi merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan ia boleh
dilakukan di mana sahaja secara in-door ataupun out-door. Selain itu,
aktiviti rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang untuk memenuhi masa
lapang, memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan
badan. Di samping itu, aktiviti rekreasi boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis rekreasi seperti rekreasi yang melibatkan fizikal, rekreasi sukan,
rekreasi sosial, rekreasi mental, rekreasi gerak tari, drama dan rekreasi
terapeutik.
Ebook panduan persediaan kursus rekreasi ini dihasilkan sebagai sebuah
medan rujukan kepada pelajar. Selain itu, buku panduan ebook ini
mengandungi pelbagai tips dan maklumat tentang persediaan pelajar
sebelum kursus rekreasi dijalankan. Diharapkan ebook ini dapat
membantu pelajar serba sedikit dari segi persediaan mereka dalam
menjalankan kurus rekreasi yang akan mereka sertai nanti.

1

Persediaan

Persediaan pelajar dalam menyertai kursus rekreasi amatlah
penting. terutama sekali kepada aktiviti rekreasi yang lasak dan
ekstrim seperti snorkeling, selam skuba, rock climbing dan
kayaking.

5 persediaan 1.Mental dan fizikal
Aktiviti rekreasi 2.pengetahuan tentang

peralatan yang akan
digunakan
3.Pemakaian yang sesuai
4.Menyediakan air dan
makanan yang secukupnya
5.Bajet untuk menyertai
kursus rekreasi

2

5 Persediaan aktiviti rekreasi

1. Persediaan dari segi mental dan fizikal

Memantapkan kecergasan fizikal dan
mental amatlah penting, kerana aktiviti
yang lasak contohnya seperti snorkeling,
kayaking, selam skuba dan rope course
memerlukan stamina, daya tahan yang
tinggi dan mental yang kuat.
Tips: Sebelum melaksanakan aktviti
rekreasi, anda perlu mendapatkan rehat
yang cukup dan mengawal perasaan
daripada rasa gelisah dan takut.

2. Pengetahuan tentang peralatan yang
akan digunakan

Sebelum menjalankan aktiviti rekreasi, anda
harus tahu tentang jenis-jenis peralatan
akan digunakan, kerana peralatan yang
digunakan merupakan sebuah keperluan
yang memudahkan perlaksanaan aktiviti
rekreasi.
Tips: Mencari maklumat mengenai
peralatan tersebut dengan menggunakan
platform yang sedia ada seperti Youtube
ataupun Google

3

5 Persediaan aktiviti rekreasi

Pemakaian yang sesuai

Pemilihan pakaian yang sesuai memainkan
peranan penting untuk memastikan anda
berasa selesa dan nyaman.
Tips: Memakai pakaian yang bersesuaian
dengan aktiviti yang dijalankan contohnya,
seperti aktiviti jungle tracking dimana anda
tidak digalakkan memakai pakaian yang
tebal serta menyerap peluh

Menyediakan air dan makanan yang
secukupnya

Membawa air dan makanan yang secukupnya
amatlah penting kerana ia dapat
mengelakkan badan anda mengalami
dehidrasi dan kelaparan, kerana aktiviti
rekreasi yang lasak memerlukan banyak
tenaga dan stamina.

Bajet yamg diperlukan untuk menyertai
kursus rekreasi

Persediaan dari segi bajet amatlah penting,
kerana segala pembayaran untuk menyertai
aktiviti yang terdapat dalam kursus rekreasi
ditanggung oleh pelajar sendiri. Jumlah
pembayaran yang diperlukan adalah
dianggarkan sebanyak Rm260.

4

Syarat kesihatan

Sebelum melaksanakan aktivti rekreasi anda akan diwajibkan untuk
mengisi borang kesihatan, dimana dalam borang kesihatan tersebut
ia mengandungi syarat-syarat kesihatan yang akan anda isi. Borang
kesihatan ini akan menentukan jika anda layak ataupun tidak untuk
menyertai aktiviti rekreasi tersebut.
Untuk menyertai aktiviti rekreasi anda haruslah:

1.Berada dalam keadaan sihat
2.Tidak mempunyai masalah penyakit jantung
3.Tidak mempunyai penyakit asma
4.Tidak mempunyai masalah gangguan pendengaran
5.Tidak mempunyai sejarah pembedahan

5

Prosedur sewaktu berekreasi

seperti yang anda keta
hui rekreasi biasanya melibatkan aktiviti

fizikal seperti bermain,melakukan senaman, mendaki gunung
dan sebagainya. Aktiviti sedemikian mungkin boleh
mendedahkan seseorang kepada risiko yang tidak diingini
seperti kecederaan atau masalah kesihatan. Ini bukan kerana
aktiviti itu berbahaya tetapi disebabkan oleh kecuaian manusia .
Oleh yang demikian langkah - langkah dan prosedur amat
penting bagi mengelakkan kejadian tidak diingini dari berlaku.

Prosedur semasa berekreasi :

1.Pakai pakaian yang sesuai
2.Anda mesti mengetahui tahap

kesihatan anda sebelum
menyertai aktiviti - aktiviti
rekreasi.
3.Pastikan kelengkapan atau
peralatan yang digunakan
mencukupi.
4.Pastikan peralatan atau
kemudahan yang digunakan
selamat dipakai.
5.Pastikan keadaan persekitaran
selamat.
6.Sediakan peti kecemasan.
7.Sentiasa ikut peraturan yang
disediakan.

6

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Scuba diving

SCUBA merupakan singkatan dari Self-Contained
Underwater Breathing Apparatus. Scuba
memerlukan peralatan yang khusus untuk bernapas
dalam air

Teknik dasar dalam selam scuba

Prosedur entry
Dimana anda harus memakai peralatan selam
dengan benar.

Teknik pernafasan
Anda perlu melakukan pernafasan dalam dan
perlahan melalui mulut untuk mengelakkan risiko
kecederaan paru-paru.

Teknik equalization
Iaitu dengan cara menekan hidung dan perlahan
menghembuskan melalui hidung yang tertutup

7

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Teknik berenang
Memerlukan gerakan kaki, dimana perlu
menggunakan alatan selam iaitu fint atau sirip.
Gerakan kaki yang sering digunakan iaitu frog
kick dan flutter kick.

Hand signal
Memudahkan anda untuk berkomunikasi
dengan bersama dengan rakan anda ketika
berada didalam air, ada pelbagai hand signal
yang wajib anda pelajari ketika menjalankan
aktiviti selam scuba ini.

Mask clearing
Angkat kepala anda dan hembus melalui hidung
anda sambil menahan bahagian atas masker di
dahi anda. Tekanan udara dari hembusan nafas
anda akan menyebabkan masker terangkat
sedikit dan menghembus udara keluar.

8

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Regulator recovery
Condongkan sedikit kepala anda dan capai hujung
regulator, kemudian masukkan semula ke dalam
mulut anda. Kemudian, anda perlu menghembus
nafas untuk menolak air keluar dari regulator.

Regulator purge
Jika anda tidak mampu menghembuskan nafas,
anda hanya perlu tekan butang purge pada
regulator untuk menggunakan udara dari tangki
untuk menolak air keluar.

9

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Regulator recovery
Condongkan sedikit kepala anda dan capai hujung
regulator, kemudian masukkan semula ke dalam
mulut anda. Kemudian, anda perlu menghembus nafas
untuk menolak air keluar dari regulator.

Regulator purge
Jika anda tidak mampu menghembuskan nafas, anda
hanya perlu tekan butang purge pada regulator untuk
menggunakan udara dari tangki untuk menolak air
keluar.

Penurunan kedalaman dan pendakian
Hanya perlu turun kedalam air secara perlahan
dengan berlutut sehingga menyentuh permukaan
pasir. Manakala bagi pendakian anda perlu perlahan
naik ke atas dan sentiasa menjaga jarak dengan diver
yang lain.

10

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Snorkeling

Mempersiapkan alatan snorkeling
Sediakan alatan seperti masker,
snorkel, fint dan pelampung.

Latihan bernafas melalui mulut
Elakkan bernafas melalui hidung
tetapi bernafaslah melalui mulut.

Sentiasa mematuhi arahan instruktor
Selagi berada di bawah laut, jangan
melanggar peraturan standard yang
telah dibuat. Contohnya, Jangan
memijak batu karang, jangan
menyelam terlalu jauh sehingga
melepasi sempadan, atau menyentuh
haiwan laut kerana takut diracuni.

11

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Mengenal bahasa badan
Oleh kerana kita tidak boleh bercakap
dengan bebas di dalam air, terdapat
beberapa bahasa badan yang mudah
kita ingat. Seperti papan tanda
berhenti, belok kanan dan kiri, naik ke
tanah besar, dilarang memijak kerang
ataupun bahasa badan untuk
berkumpul.

12

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Rope course
Friction step

Tempatkan kaki anda di permukaan
dinding menggunakan bagian bawah
sepatu atau sol dan andalkan gesekan dari
kasut getah anda.
Edging
Gunakan bagian luar kaki atau kasut di
mana tepi biasanya digunakan pada kaki
kiri.

13

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Smearing
Teknik berdiri di pijakan tebing

Heel hooking
Suatu teknik yang digunakan
untuk menggantung atau
mencapai kaki di tempat yang
sulit, sehingga kaki mengambil
peranan untuk menggantikan
tangan.

14

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Open grip
Pegangan biasa yang tergantung
pada tonjolan tebing yang datar
dan lebar

Cling grip I
Hampir sama dengan teknik open
grip, tapi kurang grip dan serupa
pinch

Cling grip II
Hampir sama dengan cengkaman
cling grip I, yang menambahnya
dengan ibu jari yang digunakan
untuk menahan kekuatan tangan.

15

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Kayaking
Teknik pegangan

Anda meletakkan tangan anda pada
pemegang. Sebagai contoh, jika
anda mendayung di sebelah kanan
bot, tangan kiri anda akan berada
pada pemegang, dan tangan kanan
anda pada batang.

Memakai pelampung
Pakai elok-elok, jika pelampung
terlalu kecil, atau tidak diketatkan
dengan betul, ia tidak akan berfungsi
secara optimum.

16

Prosedur sewaktu berekreasi

Tekn
ik-teknik dasar

Menentukan siapa yang akan duduk di bow
dan stern.

Pendayung yang lebih berpengalaman
harus duduk di stern. Orang yang
duduk di haluan hanya bertugas
mendayung, manakala di bow ia akan
mendayung dan mengemudi perahu.

Maju dengan menggunakan dayung
Gerakkan dayung ke hadapan,
kemudian masukkan kembali ke dalam
air supaya bahagian rata dayung
tenggelam.

Sentiasa menukar sisi dari dayung Anda
Angkat dayung anda dan tukar posisi
setelah itu dayung disebelahnya lagi

17

Peralatan dan pemakaian

Peralatan snorkeling
Masker
Kegunaannya adalah untuk melindungi muka semasa snorkeling

Snorkel
Digunakan sebagai alat bantu pernafasan

Fin
Digunakan untuk memudahkan mengawal pergerakan semasa berenang

18

Peralatan dan pemakaian

Peralatan rope course
Kernmantle Rope
Fungsi utama tali ini adalah untuk mengamankan anda dari jauh
dengan jarak ketinggian tertentu. Panjang tali carmantle adalah
antara 50 dan 70 meter

Ascender
Peralatan mekanikal ini akan membantu anda dalam mendaki trek.

19

Descender
Untuk memegang alat dengan kuat dengan tali supaya anda
tidak akan meluncur dengan bebas ke bawah
Harness
Mempunyai fungsi sebagai penyokong dan pelindung tubuh

Chalk beg
Tempat untuk meletakkan kapur ketika melakukan aktiviti
rope course

20

Peralatan scuba diving
Tabung Oksigen
Tabung untuk menyimpau udara

Regulator
Untuk menyalurkan dari tabung ke mulut

Deep gauges
Alat pengukur kedalaman

21

Weight belt
Sabuk untuk menambah berat kita supaya dapat
tenggelam

Wetsuit
Baju selam yang menutupi rapat tubuh kita

Masker
Untuk memudahkan penglihatan dalam air dan untuk
mengelakkan mata terkena air

22

Presure gauges
Alat untuk mengukur tekanan / kapasitas udara dalam tabung

BCD
Alat berbentuk rompi yang berguna untuk menempelkan tabung ke
badan

Fin
Alat bantu yang memudahkan dan mempercepat seseorang itu
dalam berenang semasa melaksanakan aktivti selam skuba

23

Keselamatan




Bagi menjamin keselamatan di tempat rekreasi adalah sikap
bertanggungjawap yang perlu ada dalam diri seseorang
individu semasa melakukan aktiviti di tempat rekreasi.
Setiap individu juga perlu bersedia dan memberi keutamaan
kepada aspek keselamatan agar tidak berlaku sebarang
kecederaan atau kemalanagan di tempat rekreasi. Sikap
bertanggungjawab ini dapat memastikan seseorang prihatin
terhadap keselamatan diri sendiri dan juga orang lain.
Langkah pertamanya adalah, sebelum melakukan aktiviti
rekreasi yang ingin dilakukan. Seharusnya memeriksa semua
kawasan rekreasi yang terlibat bagi menjamin keselamatan
di tempat tersebut.

Seterusnya, kemudahan dan peralatan rekreasi juga perlu
mempunyai aspek keselamatan bagi mengatasi kemalangan
di tempat rekseaksi. Peralatan dan kemudahan yang
disediakan di tempat rekreasi juga perlu memenuhi ciri-ciri
keselamatan terkini.

24

Tips keselamatan
dalam
melaksanakan
aktiviti rekreasi

Jangan melakukan aktivti rekreasi sendiri
Jika anda tidak mempunyai pengalaman dan pertama
kali menjalankan aktivti tersebut, Sebaiknya jangan
melakukan aktivti tersebut secara sendirian kerana ia
boleh membahayakan diri sendiri terutama sekali
kepada aktiviti seperti selam skuba dan snorkeling
dimana ia memerlukan pengawasan daripada guide
ataupun trainer aktiviti tersebut.

Memastikan semua peralatan berada dalam keadaan
yang baik.
Sebelum melaksanakan aktiviti rekreasi keadaan
perlatan perlu sentiasa berada dalam keadaan baik
kerana ia akan berisiko kepada diri sendiri jika
peralatan tersebut rosak ataupun tidak berfungsi.

25

Memakai peralatan keselamatan
Memakai peralatan keselamatan adalah sangat
diwajibkan untuk mengelakkan sebarang risiko
kecederaan berlaku contohnya memakai helmet ataupun
jacket keselamatan,

Memasang dan pemakaian peralatan dengan betul
Pemasangan dan Pemakaian peralatan yang betul juga
amatlah penting untuk mengelakkan daripada berlakunya
risiko bahaya yang akan berlaku dan memberikan anda
lebih selesa dalam melaksanakan aktiviti rekreasi.

Jangan panik
Jika aktiviti tersebut adalah yang pertama kalinya anda
jalankan jangan panik kerana ia akan membuatkan anda
melakukan kesilapan semasa menjalankan aktiviti
rekreasi, cubalah untuk tenangkan diri dan fokus
kepada aktiviti tersebut.

26

Risiko jika tidak mematuhi
peraturan keselamatan.

Aktiviti rekreasi luar adalah aktiviti yang berisiko yang
memungkinkan berlakunya kemlangan semasa aktiviti itu di
jalankan.

Risiko semasa melakukan wall climbing ialah:
Berlanggar dengan permukaan dinding ketika turun.

Teknik ikatan dan simpulan yang salah menyebabkan
pendaki jatuh semasa memanjat.

Holder yang rosak berkemungkinan jatuh dari atas.

Tangan akan meleset semasa memanjat dan menyebabkan
kecederaan.

Risiko semasa snorkelling:
Boleh menyebabkan terjadinya lemas jika tidak memakai

alatan lengkap.

Risiko disengat haiwan laut jika kita sesuka hati
menyentuhnya.

Risiko tidak sedarkan diri apabila menahan nafas ketika
cuba berada di bawah permukaan air.

27

Risiko semasa melakukan selam skuba jika tidak
mematuhi peraturan keselamatan antaranya ialah:

Arus laut di di bawah permukaan air yang kuat.

Kehabisan oksigen jika tabung oksigen tidak
diperiksa sebaiknya.

Tidak memasang masker dengan betul.

Tidak mengikut prosedur yang telah diajar oleh
trainer

Risiko semasa melakukan aktiviti kayaking:
Arus air yang deras menyebabkan kayak sukar

dikawal.

Jika anda berkayak di arus yang deras risiko cedera
akibat terjatuh dari kayak boleh terjadi.

Berkayak di kawasan sungai tanpa pengawasan
boleh mendatangkan bahaya jika ia sungai yang
mempunyai banyak bebatuan,risiko berlanggar dengan
batu adalah tinggi.

Pelajar yang tidak tahu berenang berisiko lemas jika
tidak berada di kumpulan atau pengawasan yang
sepatutnya.

28

Tempat-tempat

rekreasi




Kawasan pantai m
elakukan aktiviti
Sesuai untuk

snorkeling kerana perairan cetek

tepi pantai.

Aktiviti Kayaking juga boleh
dilakukan kerana mempunyai
arus yang sesuai untuk kayaking.

Aktiviti selam skuba kerana
terdapat banyak yang mudah
dijumpai di sekitar bawah dasar
laut tepi pantai.

29

Tempat-tempat
rekreasi

Kawasan bukit


Aktiviti hiking yang biasanya

sesuai dijalanka
n di

persekitaran semula jadi.

Mendaki yang melibatkan
aktiviti lasak yang sinonim
dilakukan di kawasan bukit.

Trekking aktiviti rekreasi yang
mengambil jalan-jalan lama
laluan bukit, ia adalah amalan
sukan beroruentasikan
hubungan dengan alam semula
jadi.

30

Pusat Rekreasi

Wall Climbing



Sabah Indoor Climbing
Centre
Butiran:

Rm22 untuk dewasa
Rn20 untuk 6-17 tahun
Aktiviti ini sesuai bagi umur
dari 6 tahun hingga 40 tahun.
Bagi umur 50 tahun keatas

tidak digalakkan.



31

Kawasan
Persisiran pantai

Pulau Tunku Abdul Rahman



PADI CDC Dive Centre
Butiran aktiviti: Selam

Skuba
Snorkeling
Kayaking



Semua paket Rm300








32

Kawasan Bukit

Kokol Hobbiton Forest
Aktiviti:



Mendaki dan memanjat sungai
Tahap 1 Rm15(G Rm25)
Tahap 2 Rm20(G Rm30)
Tahap 3 Rm25(G Rm35)



33


Click to View FlipBook Version