TARIKH : 16 September 2021
MASA : 9.00 Pagi
TEMPAT : Kediaman masing-masing
(Pelantar YOUTUBE)
PERASMI :
Tuan Haji Mustafa Bin Ali
YDP SBPI SELANDAR
ATURCARA MAJLIS
8.45 pagi - Pelajar-pelajar dan semua bersedia degan peranti masing-masing
9.00 pagi - Majlis Bermula
- Nyanyian Lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya dan Cemerlang Berwawasan
- Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengetua SBPI Selandar, Tuan Haji Mohd Nordin Bin Mohd
Tohir
- Ucapan Perasmi
Y.Bhg Tuan Haji Mustafa Bin Ali
YDP PIBG SBPI Selandar
- Ucapan pelajar cemerlang SPM 2020
Oleh : Wan Nur Nadia Binti Wan Mukhriz
- Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang (Pelajar) SPM Tahun 2020
- Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang (Panitia) SPM Tahun 2020
- Majlis Penyampaian Anugerah Peningkatan Akademik SPM Tahun 2020
- Majlis tamat
JAWATANKUASA
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
SBP INTEGRASI SELANDAR
Pengerusi JAWATANKUASA INDUK
Timbalan Pengerusi Tn. Hj. Mohd Nordin Bin Mohd Tohir (PENGETUA)
Naib Pengerusi I Puan Hjh Salmah Bt Hj Yaacob (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II Ustz Ruzzalan Bin Che Soh (PK HEM)
Penyelaras Puan Norlian Bt Salim (PK KOKU)
Setiausaha Puan Aziah Bt Abdol Aziz
Penolong Setiausaha Puan Noorhudah Bt Duasa
Bendahari Puan Noraini Bt Mohd Daud
Puan Mastura Bt Bujal
Penyelaras 1 : Mohd Zulhusnayain Bin Radthuan
JK Penerimaan Nama : Puan Siti Sarah Binti Othman
Penerima Anugerah : Puan Noorhudah Binti Duasa
JK Penyediaan Sijil AJK : Puan Azlina Binti Ab Rahman
MAC Guru : Encik Muhammad Luqman Bin Razak
JK Penyediaan Sijil : Puan Nurul Maizatul Amira Bt Kamarazaman
Murid : Puan Nurul Haziqah Bt Mohd Aris
JK Penyediaan Sijil : Puan Husna Madiha Bt Abdullah
Penerimaan Anugerah : En Muhammad Azim Bin Azman
Guru/ Panitia : Puan Mila Ezleenda Bt Kanaruddin
Penyelaras 2 : En Hishamuddin Bin Abu Kasim
JK Penyampain duit : Cik Mariya Bt. Husin
anugerah kepada murid : Cik Norazlina Binti Ab Karim
JK Penyampaian duit : Puan Mastura Bt Bujal
anugerah keoada guru/ : Pn Noraini Bt Mohd Daud
panitia : Pn Noraini Bt Abas
JK Penyediaan teks ucapan
pengetua
JK Penyediaan teks ucapan : Pn Nor Haswani Bt Che Mat
YDP PIBG
Penyelaras 3 : En Mohd Zamir Bin Mohd Sharif
JK Persediaan Montaj : En Ikhtiaruddin Bin Mohd Yasim
: En Nazmi Aiman Bin Kamarudin
JK Banner Digital : En Mohd Hatim Amir Bin Sulaiman
JK Video Rakaman Ucapan : En Ahmad Asyraf Bin Haji Mahidi @ Haji Mohyedin
Pengetua : Cik Saidatul Hamimah Binti Umar
JK Video Rakaman Ucapan : En Lukman Hakim Bin Abdullah
YDP PIBG : En Mohd Sufian Bin Che Mat
JK Video Rakaman Ucapan : Puan Noorhaida Bt Sibaruddin
Pelajar Cemerlang : En Mohd Izwanuddin Bin Abd Rahim
JK Video Rakaman Bacaan
Doa
JK Rakaman suaara
pengerusi majlis
Penyelaras 4 : Mohd Radzi Bin Salleh
JK Gambar penerima : En Muhammad Nizam Bin Che Hassan @ Che Yusuf
anugerah : Pn Norhafizah Bt Hamidon
JK Dokumentasi : Puan Fatin Amira Bt Abd Aziz
Buku Program : Puan Nurul Aidah Binti Limat
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH CEMERLANG (PELAJAR) SPM 2020
1. ANUGERAH MURID CEMERLANG 9A ALIRAN SAINS AGAMA SPM 2020
AMYLIA AINA BINTI MOHD FAZLI
NURAQILAH ALEEYA BINTI MOHD NAZAR
NUR MAHFUZAH BINTI BUN YAMIN
2. ANUGERAH MURID CEMERLANG 10A ALIRAN SAINS AGAMA SPM 2020
ISMAHANI BINTI IDRIS
NUR MUSHIRA BINTI MAZNI
TUAN MUHAMMAD IDRIS IRFAN BIN TUAN MOHD AZHAR
TAJU AFZAN BIN TAJUDHI @ TAJUDIN
NURUL MADIHAH BT MOHD HUSNI
NURIN FARZANA BINTI MOHD NOR
3. ANUGERAH MURID CEMERLANG 7A ALIRAN SAINS TULEN SPM 2020
FAHMIEZA IDAYU BINTI MUZAIEMI
FARAH HANISYA BINTI SIDEK
MUHAMMAD HAQEEM B AZMAN
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN B ZURI
NUR KAMALIN MASTURA BT ZULKARNIN
4. ANUGERAH MURID CEMERLANG 8A ALIRAN SAINS TULEN SPM 2020
NUR YASMIN ADRIANA BINTI TAJUL ARIFFIN
ASMA AFIFAH BINTI KAMARUZZAMAN
FAEZ HAKIMI BIN ZAINOL ABIDIN
RAFIEQ BIN IBRAHIM
NUR FATINAH BINTI MOHD ZAIDI
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH MURID CEMERLANG
STRAIGHT’S A TAHUN 2020
BIL NAMA PELAJAR PENCAPAIAN
1 WAN NUR NADIAH BINTI WAN MUKHRIZ 11 A
2 AZLAN BIN AZMI 11 A
3 MUHAMMAD FAKHRULLAH BIN LATIF 11 A
4 NUR DAYINI BINTI RIDZUAN 11 A
5 MUHAMMAD FIRDAUS BIN NAHAR 11 A
6 EZHAD EMINUDDIN BIN KARIM 11 A
7 MUHAMMAD ALI AN NAQI BIN MOHD SHARIF 11 A
8 MUHAMMAD UMAR NAJMEE BIN MOHD MARHAKIM 11 A
9 NURUL NADIA BINTI MOHAMAD AZMAN 11 A
10 NURUL BALQIS SUFIENA BINTI MOHD SUFIAN 11 A
11 MUHAMMAD HAFIZ AIMAN BIN ANUAR 9A
12 AHMAD LUQMAN BIN ZAINUDDIN 9A
13 NUR AQILAH FARZANAH BINTI ALI 9A
14 MUHAMMAD AQIL BIN NAZRI 9A
15 MUHAMMAD ADAM HAKIM BIN MOHD ZAIDI 9A
SENARAI PENERIMA
ANUGERAH CEMERLANG PANITIA
SPM 2020
BIL PANITIA PENCAPAIAN
SEJARAH PLATINUM
1 MATEMATIK
2 PENDIDIKAN QURAN SUNNAH (GPMP 0.60)
3 PENDIDIKAN ISLAM
4 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH PLATINUM
5 BAHASA MELAYU (GPMP 0.61)
6 BAHASA INGGERIS
7 BAHASA ARAB PLATINUM
(GPMP 0.66)
EMAS
(GPMP 1.10)
EMAS
(GPMP 1.24)
EMAS
(GPMP 1.26)
PERAK
(GPMP 1.55)
GANGSA
(GPMP 2.12)
PENERIMA ANUGERAH
PENINGKATAN AKADEMIK SPM
TAHUN 2020
BIL PANITIA PENCAPAIAN
1 BAHASA INGGERIS (+0.72)
2 SEJARAH (+1.10)
3 MATEMATIK (+0.22)
4 PENDIDIKAN ISLAM (+0.42)
5 FIZIK (+0.62)
6 KIMIA (+1.11)
7 BIOLOGI (+0.05)
8 MATEMATIK TAMBAHAN (+0.03)
9 BAHASA ARAB (+0.74)
10 PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH (+0.25)
Teks Ucapan YDP PIBG
SBP Integrasi Selandar
Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat sejahtera.
Yang Mulia, Tuan/Puan Pengacara Majlis,
Yang Berusaha Tn Hj Mohd Nordin bin Mohd Tohir, Pengetua SBP Integrasi Selandar,
Pn. Hjh Salmah bt Hj Yaacob , Guru Penolong Kanan 1 SBP Integrasi Selandar,
Ust Ruzzalan bin Che Soh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, SBP Integrasi Selandar,
Pn. Norlian bt Salim, Guru Penolong Kanan kokurikulum SBP Integrasi Selandar,
Ahli Jawatankuasa PIBG SBP Integrasi Selandar,
Ibu bapa, guru-guru, para penerima hadiah, murid-murid, serta hadirin yang dihormati sekalian,
BERAS KUNYIT SAYA TABURI,
AIR MAWAR DIRENJIS WANGI.
BERKEMBANG KASIH MENABUR BUDI,
UNDANGAN TUAN AMAT DISANJUNGI.
Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya turut serta pada
hari ini meskipun hanya menerusi maya untuk bersama-sama menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang
tahun 2020, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar, Melaka. Saya amat berterima kasih kepada
pihak sekolah kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan majlis tahunan yang penuh gemilang ini.
Majlis ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam bidang akademik. Selain memberi pengiktirafan, majlis ini juga turut menyuntik
semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian masing-masing dalam bidang
akademik.
Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang berjaya mengada-
kan program ini sebagai satu program tahunan demi kepentingan para pelajar. Walau apa pun nama yang
diberi untuk majlis seperti ini, yang pasti Majlis Anugerah Cemerlang merupakan satu majlis khas
untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan mereka dalam bidang akademik.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pelajar-pelajar cemerlang Sekolah Berasrama Penuh Integrasi
Selandar.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya merasakan masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah khasnya,
kepada guru-guru dan pelajar atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020 baru-baru ini dengan gred
purata sekolah (gps) 2.13 berbanding tahun 2019 dengan gps 2.54. Peningkatan gred ini sangat memberang-
sangkan dan mengharumkan nama SBPI Selandar. Saya juga dimaklumkan bahawa seramai 15 orang pelajar spm
2020 mendapat semua A dan 33 orang pelajar mendapat 7A ke atas. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan
kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga sekolah khususnya tenaga akademik dan ibu bapa. Saya yakin
pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan guru-guru dan para pelajar yang amat komited untuk mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang meskipun kita terpaksa berhadapan dengan Pandemik Covid 19 yang menyebabkan
pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara bersemuka tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya malah
digantikan dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Alhamdulillah, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar telah terbukti mampu mencapai kejayaan
setanding dengan Sekolah Berasrama Penuh yang lain. kejayaan dalam peperiksaan SPM bukanlah penamat
sebaliknya menjadi titik tolak dalam mencorakkan kehidupan anak-anak pada masa hadapan. Jangan mudah leka
dan alpa denga kejayaan sementara. Teruskan usaha dan jangan mudah putus asa jika berhadapan dengan sebarang
halangan. Tentukan matlamat dan jangan sesekali alpa dengan nikmat dunia. Saya amat yakin anak-anak
mempunyai potensi untuk menjadi bakal pemimpin pada masa hadapan kelak. Hal ini bertepatan dengan kata-kata
cendekiawan yang berbunyi tiada kejayaan semanis madu tanpa usaha sepahit hempedu. Oleh itu, pelbagai usaha
dilakukan untuk menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu dan bukan sekadar pengikut amat penting bagi
mempersiapkan generasi muda dengan cabaran abad ke-21.
Hadirin sekalian,
Tidak dapat dinafikan antara faktor kecemerlangan anak-anak ialah penglibatan serius ibu bapa dalam
pendidikan tidak kira sewaktu bersemuka mahupun “online”. Saranan saya ibu bapa hendaklah terus memberi
sokongan dan perhatian dalam aspek pendidikan anak-anak sehingga peringkat universiti. Kebanyakan ibu bapa
akan kurang menitikberatkan pencapaian dan penglibatan anak-anak yang belajar di universiti atas alasan mereka
sudah besar dan pandai menjaga diri. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak
sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-
murid balik ke rumah.
Hadirin sekalian,
Tidak dapat dinafikan antara faktor kecemerlangan anak-anak ialah penglibatan serius ibu bapa dalam
pendidikan tidak kira sewaktu bersemuka mahupun “online”. Saranan saya ibu bapa hendaklah terus memberi
sokongan dan perhatian dalam aspek pendidikan anak-anak sehingga peringkat universiti. Kebanyakan ibu bapa
akan kurang menitikberatkan pencapaian dan penglibatan anak-anak yang belajar di universiti atas alasan mereka
sudah besar dan pandai menjaga diri. Sebagai ibu bapa kita juga perlu melakukan refleksi kendiri atau
bermuhasabah, apakah memadai atau cukup setakat menyerahkan tanggungjawab kepada guru-guru dan pihak
sekolah semata-mata. Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan di sekolah akan diteruskan apabila murid-
murid balik ke rumah.
Ibu bapa sekalian,
Peranan ibu bapa dalam pembentukan personaliti serta keperibadian anak-anak tidak dapat dinafikan lagi
terutamanya pada fasa awal kehidupan mereka. menurut pepatah melayu, “melentur buluh biarlah dari rebungnya”,
kecemerlangan seorang anak, sama ada dari sudut kejayaan akademik mahupun memiliki budi pekerti tinggi
kebiasaannya terletak di tangan kedua-dua ibu bapa yang memainkan peranan penting mencoraknya. Terdapat
sebilangan pelajar pintar kita di universiti yang tidak dapat menonjolkan potensi diri sebenar akibat pengaruh
negatif yang merosakkan lantas membawa anak-anak kita jauh daripada matlamat asal. Di sini, penglibatan ibu
bapa amat penting. Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak-anak bergaul, sentiasa mengambil tahu perkembangan
akademik, melibatkan diri secara aktif bersama-sama mereka, supaya anak-anak akan sentiasa berada di landasan
yang betul.
Saya juga amat berharap agar anak-anak di hadapan saya ini memiliki daya saing yang positif ke arah
mewujudkan generasi yang inovatif dalam bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang
proaktif. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, kewujudan Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara ini juga
merupakan sebahagian daripada aspirasi negara untuk menggapai hasrat tersebut. untuk berjaya sebagai teknokrat
mahupun pemangkin pembangunan negara, para pelajar semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan,
anda mestilah meneroka diri anda untuk mencari kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain,
perlu ada unsur-unsur "self-renewal" (pemugar kendiri). Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai
sesuatu keputusan untuk berubah menerusi dimensi yang sempit tetapi semestinya perlu bersikap imiginatif dan
praktikal.
Jika kita berjaya melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka aspirasi Sekolah
Berasrama Penuh berupaya diterjemahkan dalam tindakan yang lebih bermakna. Kita tidak mempunyai banyak
masa lagi untuk mencapai status negara maju pada tahun 2050. Hanya mereka yang bergerak dengan kekuatan
ilmu, berkemampuan untuk menguasainya dapat berdaya saing ketika ini.
Hadirin dan hadirat,
Selain dari penekanan dalam bidang sains dan teknologi, pelajar SBP juga diberi penekanan
dalam aspek pembangunan sahsiah diri. Matlamatnya adalah untuk menjadikan anda modal insan yang
seimbang antara tuntutan duniawi dan ukhrawi. Anak-anak juga adalah harapan negara untuk
meneruskan kepimpinan yang ada. Anak-anak sekalian ialah golongan yang terpilih daripada ribuan
yang memohon untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh. Hal ini bermakna bahawa anak-anak semua
ialah mereka yang terbaik, yang diharapkan menjadi contoh atau ‘suri teladan’ kepada masyarakat pada
suatu hari nanti. Disebabkan itu maka di Sekolah Berasrama Penuh ini, aspek kemahiran insaniah atau
‘soft skill’ turut diberi perhatian.
Penerapan ini termasuklah menerapkan nilai-nilai patriotisme, penguasaan aspek komunikasi,
kreativiti, kerja berpasukan dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini diterapkan melalui penglibatan
pelajar dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti aktiviti sukan, rekreasi, kebudayaan, keagamaan,
persatuan dan sebagainya.
Hadirin dan hadirat,
Kepada para pelajar yang tidak mendapat anugerah, janganlah kecewa tetapi ingatlah pesanan saya ini.
Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, kita harus mempunyai sikap rajin berusaha dan tidak mudah
berputus asa. Berpeganglah pada prinsip kalau tidak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya. Saya percaya
para pelajar yang mendapat anugerah pada hari ini merupakan mereka yang rajin berusaha dan konsisten dalam
usaha. Mereka yang cemerlang ini biasanya rajin pada tiap-tiap hari dan bukannya rajin menjelang peperiksaan
semata-mata atau rajin mengikut musim. Saya percaya jika para pelajar dapat mencontohi mereka yang menerima
anugerah pada hari ini, anda juga pasti akan berada di kerusi tersebut pada tahun akan datang.
Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak
SBPI Selandar kerana berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini. Sebelum mengakhiri
ucapan ini, terimalah dua rangkap pantun dari saya,
AIR DIKANDAR PENUHI TEMPAYAN,
JERNIH TENTUNYA TIDAK TERKATA;
SBPI SELANDAR CIPTA KEJAYAAN,
HARUMKAN MELAKA NEGERI TERCINTA.
WARGA CEMERLANG TERSENYUM MANIS
TEGUH BERSAMA IBU BAPA WIBAWA
SAMBUTAN ANUGERAH PENYERI MAJLIS
SEMATKAN GAGAH DI DALAM JIWA
Digerak oleh iltizam mencapai kecemerlangan, saya dengan lafaz bismillahirahmanirrahim (dengan
nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang) merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang 2021 SBP
Integrasi Selandar, Melaka.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah was-salammualaikum warahmatullahi wabara-katuh dan salam sejahtera.
Teks Ucapan Pengetua
SBP Integrasi Selandar
SALAM MALAYSIA PRIHATIN
SALAM MELAKAKU MAJU JAYA,
RAKYAT BAHAGIA MENGGAMIT DUNIA
SALAM JPN MELAKA, PENDIDIKAN BERKUALITI,
INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
TERIMA KASIH PENGACARA MAJLIS,
YANG BERBAHAGIA, TUAN HAJI MUSTAFFA BIN ALI,
YANG DIPERTUA PIBG,
SBP INTEGRASI SELANDAR.
YANG BERUSAHA GURU-GURU PENOLONG KANAN SBP
INTEGRASI SELANDAR,
GURU-GURU, IBU BAPA, PARA PENERIMA ANUGERAH,
HADIRIN DAN HADIRAT YANG DIRAHMATI ALLAH,
Pertama dan utamanya saya ingin merafakan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita
dapat mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang pada tahun ini seperti mana dirancang.Sesungguhnya majlis hari
ucapan dan penyampaian hadiah ini merupakan kesinambungan tradisi sekolah sejak sekian lama dan memiliki
signifikan yang tersendiri kepada seluruh warga SBPI SELANDAR. Saya mengambil kesempatan ini mengalu-
alukan kehadiran tuan puan. Saya percaya bahawa sokongan seumpama ini akan meningkatkan lagi semangat war-
ga sekolah untuk terus mencatat kejayaan yang membanggakan.Bagi pihak sekolah, saya merakamkan ribuan
penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG SBP Integrasi Selandar, kerana sudi meluangkan masa
menghadiri majlis kami dan seterusnya merasmikan MajlisAnugerah Cemerlang SBP Integrasi Selandar kali ke-17
pada tahun ini.
HADIRIN DAN HADIRAT,
Saya merasakan masih belum terlambat untuk saya mengucapkan tahniah kepada seluruh warga sekolah
khasnya, kepada guru-guru dan pelajar atas pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM 2020 baru-baru ini
dengan gred purata sekolah (GPS) 2.13 berbanding 2019 dengan GPS 2.54. Peningkatan ini amat memberang-
sangkan. Saya juga ingin memaklumkan bahawa seramai 15 orang pelajar SPM 2020 mendapat semua A dan 33
orang pelajar mendapat 7A ke atas. Kejayaan ini adalah hasil usaha dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh warga
sekolah khususnya tenaga akademik dan ibu bapa. Saya yakin pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan guru-
guru dan para pelajar yang amat komited untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang meskipun kita terpaksa
berhadapan dengan Pandemik Covid 19 yang menyebabkan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) secara
bersemuka tidak dapat dijalankan dengan sepenuhnya malah digantikan dengan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR). Saya mengharapkan agar semua pihak dapat mengembalikan kejayaan yang pernah kita kecapi
sebelum ini dengan melipatgandakan usaha dan bersungguh-sungguh untuk mencipta kejayaan pada tahun-tahun
akan datang.
HADIRIN SEKALIAN,
Dalam konteks pendidikan, fungsi utama sekolah ialah bagi memupuk pembelajaran. Dengan perubahan
persekitaran pendidikan yang penuh dengan ketidaktentuan, sukar diramalkan dan sentiasa terdedah kepada
penambahbaikan, proses pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada akses pengetahuan semata-mata, bahkan lebih
menjurus kepada proses persediaan menghadapi cabaran yang berbeza pada masa hadapan. Sejajar dengan Misi
Nasional dan perakuan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 - 2025, salah satu teras utamanya ialah menja-
na modal insan minda kelas pertama. Maka, SBPI SELANDAR tidak boleh terkecuali daripada menyediakan pelu-
ang pembelajaran yang berkualiti dan bertaraf dunia supaya pada akhirnya pelajar yang menerima pendidikan di
sekolah ini dapat menyumbang terhadap jati diri dan daya saing negara. Sebagai pengetua, saya akan sentiasa me-
mastikan bahawa hala tuju sekolah ini jelas dan bahawa segala bentuk perancangan dan pelaksanaan program pen-
didikan yang ada sentiasa akur dengan keperluan yang disebutkan.
HADIRIN DAN HADIRAT,
Kemunculan sekolah sebagai pesaing dan juga rakan kecemerlangan pendidikan menuntut kita
melipatgandakan usaha untuk terus relevan dan dihormati. Cerita-cerita kejayaan dari generasi demi generasi men-
jadikan sekolah ini terus menjadi pilihan ibu bapa. Buktinya, enrolmen murid yang terkini ialah sebanyak 557
orang pelajar. Begitu juga dengan norma perjawatan guru yang mencukupi. Terdapat seramai 96 orang guru yang
terlatih dalam pelbagai bidang opsyen. Guru-guru juga diberi pendedahan yang berterusan untuk melaksanakan
perubahan dan pendekatan baru dalam sistem penyampaian pengajaran dan pembelajaran untuk menggembleng
bakat dan potensi pelajar secara optimum. Saya memberi jaminan bahawa guru sekolah ini sentiasa komited ter-
hadap usaha membantu dan membimbing pelajar ke arah kesejahteraan hidup masa kini dan masa akan datang.
Semua pelajar di sekolah ini berhak mendapat peluang pembelajaran yang terbaik dan kami akan mencari jalan
supaya perkara ini tercapai sepenuhnya.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN,
Pihak sekolah juga ingin merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pihak PIBG dan Persatuan Bekas Pelajar yang banyak membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan pem-
belajaran dan segala kegiatan sekolah yang lain. Begitu juga saya menghargai sokongan material dan moral para
ibu bapa, masyarakat dan media. Pada hakikatnya apa-apa jua projek naik taraf kemudahan fizikal sekolah akan
dipulangkan kepada para pelajar supaya dapat menikmati peluang pembelajaran yang terbaik. Justeru saya merayu
tuan puan tidak akan berasa jemu untuk menghulurkan sokongan seumpama itu tanpa berbelah bahagi secara berte-
rusan dan konsisten.
GURU-GURU DAN MURID YANG DIRAIKAN,
Seperti yang saya sebut pada awal ucapan saya bahawa pengiktirafan yang diberi kepada pelajar berpen-
capaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata. Domain kognitif atau minds-on memang
masih unggul. Namun kebolehan psikomotor atau hands-on, ciri afektif seperti kepimpinan dan sahsiah mesti ber-
jalan seiringan. Kini, definisi kepandaian atau kepintaran telah diberi dimensi yang baru. Akses kepada maklumat
dan kemahiran tidak lagi bergantung kepada individu yang dianggap genius, tetapi lebih kepada kekuatan pasukan
dan data dalam talian. Aspek kecerdasan emosi (EQ), serta kecerdasan spiritual dan sosial (SQ) akan menjadi lebih
dominan. Mahu tidak mahu, kita harus menerima hakikat bahawa ketaksuban atau fokus yang berlebihan terhadap
pencapaian peperiksaan akan segera berakhir.
Kini sistem pentaksiran berasaskan sekolah telah diperluaskan. Pada masa depan, sebagai contoh, pusat tu-
isyen tidak lagi dapat menyaingi peranan sekolah dalam menyediakan pakej pendidikan yang lengkap. Di SISME
kami telah bersedia ke arah itu.Kepada penerima hadiah, sekalung tahniah untuk anda. Teruskan kecemerlangan an-
da. Nilai kebendaan hadiah dan sijil bukanlah menjadi ukuran. Yang penting, kalian telah diberi pengiktirafan yang
begitu bermakna dalam hidup kalian. Di samping mencongak kejayaan, usah lupakan rakan-rakan yang tidak meneri-
ma hadiah seperti kalian. Bantu mereka, beri dorongan dan inspirasi. Kelak kalian akan dikenang sebagai insan yang
budiman dan berperibadi mulia. Bagi pihak sekolah, saya mendoakan agar kalian akan terus melakar kejayaan yang
bakal membanggakan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa dan negara.Kepada ahli jawatankuasa majlis
Hari Anugerah Kecemerlangan kali ini, terima kasih daun keladi. Kepada tetamu dan hadirin, sokongan tuan puan
akan dikenang sampai bila-bila.
Ikan sembilang, sepat dan kelah
Guna bubu biasa di hujung
Pencapaian cemerlang dapat hadiah
Petanda ilmu sentiasa dijunjung
Keterlibatan semua tidak tersukat, Permuafakatan ukhwah sebagai makrifat. Seia sekata kita berpakat,
Kecemerlangan sekolah menjadi matlamat.Sekian sahaja ucapan saya. Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu
alaikum warahmatullahi wabaraktuh.
S PEKALUNG ENGHARGAAN
Dengan rasa syukur dan ingatan penuh ikhlas, jawatankuasa pengelola Majlis
Anugerah Cemerlang ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas ingatan dan kerjasama yang telah diberikan kepada :
• Tetamu Kehormat, Yang Bberbahagia Tuan Haji Mustafa Bin Ali,
YDP PIBG SBP Integrasi Selandar
• Pengetua SBP Integrasi Selandar, Tuan Haji Mohd Nordin Bin Mohd Tohir
• Staf Akademik dan bukan Akademik SBP Integrasi Selandar
• Pihak yang telah memberikan bantuan, perkhidmatan, alatan dan sokongan
AUTOGRAPH