The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-46209084, 2021-09-21 00:45:25

Kraf tradisional

Kraf tradisional

PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 6

Modul 4 : Mengenal Kraf Tradisional

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Menjelaskan maksud kraf tradisional
• Menyenaraikan jenis-jenis kraf tradisional
• Menjelaskan maksud jenis-jenis kraf tradisional
• Memberi contoh bagi setiap jenis kraf tradisional

Apakah maksud kraf tradisional?

Satu perusahaan (kerja seni)
yang melibatkan kemahiran
kerja tangan yang memerlukan
daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun

Jenis-jenis • Alat domestic
kraf tradisional • Aalat pertahanan diri
• Alat permainan
• Perhiasan diri
• Batik
• Tenunan
• Tekat
• Ukiran
• Anyaman
• tembikar

Alat Domestik CONTOH

merupakan
barangan
keperluan harian
seperti perkakasan
dapur yang
digunakan bagi
memudahkan
urusan seharian

Alat Permainan

Permainan tradisional juga
dikenali sebagai permainan
rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang
tidak dimainkan lagi tetapi
hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita sahaja.
Tetapi ada juga yang masih
dimainkan lagi oleh kanak-
kanak sehingga ke hari ini.

Alat pertahanan diri

Senjata yang digunakan untuk
mempertahankan diri sendiri
daripada serangan musuh,
binatang liar dan sebagainya.
Alat ini juga adakalanya
menjadi bahan dalam majlis-
majlis yang melibatkan
semangat halus serta menjadi
lambing keberanian pahlawan
melayu

Alat perhiasan diri

• Alat yang menjadi pelengkap
pemakaian kita. Masyarakat
melayu lama mempunyai beberapa
alat perhiasan diri yan sinonim
dan menjadi lambing keunikan
masyarakat Melayu hingga kini.
Lazimnya alat perhiasan diri
menjadi pelengkap pakaian di
dalam majlis-majlis istiadat, majlis
perkahwinan dan sebagainya. Pada
masa kini alat perhiasan diri telah
diubahsuai dan dimodenkan
selaras dengan kemajuan teknologi
masa kini.

Batik

Sejenis kraf yang dihasilkan
melalui proses menerap lilin
dan mewarnakan kain.
Kaedah yang digunakan
adalah batik tulis, Lukis dan
canting

Seni Tekat Menekat merupakan kerja
menyulam benang emas ke atas
kain dasar (jenis baldu). Kerja-
kerja menekat memerlukan
pemidang untuk meregangkan kain
baldu, mempulur sebagaai acuan
motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat










Click to View FlipBook Version