The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nur_afiqah_bf21, 2021-12-17 19:48:04

modul perpaduam kumpulan 1

modul perpaduam kumpulan 1

TAK KENAL

MAKA

TAK CINTA

MODUL PERPADUAN

NAMA PENSYARAH: PUAN STELLA @ NURUL MARTINI
GONTOL

NAMA AHLI : MOHD AYMAN SUZAIRIE BIN SUHAIMIE

AIESHA ZAHRATUL JANNAH BINTI JAIMAN
FERONA BINTI FREDOLINE
NORHIJANA BINTI ARSIRAN
NUR AFIQAH BINTI MOHD SHAMSUDDIN
SITTI NUR SAHIRAH BINTI YUNOS
SURATNI BINTI ISMAIL

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN
PENGENALAN
SAMBUTAN HARI RAYA KAUM BUGIS
ADAT PERKAHWINAN KAUM DUSUN
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM DUSUN
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KAGAYAN
ADAT PERKAHWINAN KAUM BAJAU SAMAH
ADAT PERKAHWINAN KAUM BUGIS

PENGHARGAAN

TERLEBIH DAHULU KAMI INGIN
MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA
KASIH KEPADA PIHAK PKPP DAN
PUAN STELLA @NURUL KERANA
MEMBERI BIMBINGAN DALAM
MELAKSANAKAN DAN MENYIAPKAN

BUKU SKRAP DIGITAL INI.
SEKALUNG BUDI NUAT ALI
KUMPULAN KERANA BEKERJASAMA
UNTUK MENGHASILAKAN BUKU

SKRAP DIGITAL INI.

AKTIVITI KOKURIKULUM MERUPAKAN SATU
ELEMEN PENTING YANG SEIRING DENGAN
PEMBINAAN KUKURIKULUM MAHASISWA.
AKTIVITI YANG DISERTAI OLEH MAHASISWA
DAPAT MEMBENTUK KEYAKINAN YANG TINGGI,
KERJASAMA DALAM PASUKAN. MATLAMAT

AKTIVITI INI IALAH MENGENALI DAN
MENGHARGAI LATAR BELAKANG BUDAYA

ORANG LAIN. MAHASISWA JUGA AKAN
MEMPUNYAI RASA HORMAT DENGAN ORANG

LAIN YANG BERBEZA BUDAYA DAN LATAR
BELAKANG.

NAMA :MOHD AYMAN SUZAIRIE BIN SUHAIMIE
BANGSA : BUGIS

SAMBUTAN HARI RAYA MENGIKUT TRADISI KAUM BUGIS

Pada setiap tahun, kebanyakan penduduk di Sabah ini khususnya yang berkaum bugis
ini akan menyambut Hari Raya mengikut tradisi kaum bugis. Maksud mengikut tradisi
kaum bugis ini adalah dengan menghidangkan makanan-makanan tradisi suku kaum
bugis untuk dinikmati oleh tetamu yang berziarah ke rumah dan juga mendedahkan
makanan-makanan tradisi suku kaum bugis sewaktu perayaan.

Seluruh keluarga berkumpul untuk merayakan sambutan Hari Raya (gambar tahun 2012)

BURASAK


Salah satu makanan tradisi kaum bugis yang popular dan sering dihidang pada setiap perayaan khususnya

Hari Raya. Burasak ataupun Buras ialah makanan berasaskan nasi yang dikukus bersama santan dan dibalut

dengan daun pisang. Bentuk burasak ini ialah berbentuk segi empat tepat dan selalunya akan diikat 3 atau 4

sekaligus menggunakan tali untuk memastikan burasak tersebut tidak terbuka semasa dikukus.

Gambar Burasak
Burasak ini selalunya akan dihidang bersama ayam masak lengkuas, ayam masak merah atau
serunding. Burasak ini antara makanan yang sering dicari oleh masyarakat bugis khususnya sewaktu
perayaan kerana kenikmatan burasak yang tiada tandingan.
AYAM MASAK LENGKUAS
Antara lauk yang popular dan sering dipadankan untuk dimakan bersama burasak ini ialah ayam masak
lengkuas. Ayam masak lengkuas ataupun lebih dikenali sebagai Ayam masak likku (likku ialah lengkuas
dalam bahasa bugis) merupakan makanan Bugis yang popular di Pantai Timur Sabah seperti tempat
tinggal saya, iaitu di Tawau. Lengkuas merupakan bahan utama dalam penyajian ayam masak lengkuas
ini.

Gambar Ayam masak lengkuas
Ayam masak likku ini sering menjadi padanan yang terbaik untuk burasak kerana

mempunyai rasa yang amat sedap untuk dinikmati.

NAMA : AIESHA ZAHRATUL JANNAH BINTI JAIMAN
BANGSA : DUSUN

ADAT PERKAHWINAN DUSUN

Perkahwinan menurut adat istiadat dusun adalah sesuatu yang suci sebagai asas
pembentukan masyarakat. Dari segi pemilihan jodoh, ia dilakukan melalui dua cara sama
ada melalui pilihan keluarga ataupun pilihan sendiri dimana lelaki haruslah memilih
perempuan yang mempunyai kedudukan luar daripada keluarga terdekat. Moi
mongudio (merisik) yang bermaksud pergi bertanya bertujuan untuk merisik seseorang
dengan bertnya kepada gadis tersebut atau kepada ibubapa gadis tersebut. Waktu
merisik ini adalah dilakukan pada waktu pagi.

Wakil yang dilantik untuk pergi merisik gadid yang hendak dipinag kepada
ibubapa atau penjaga. Bagi rundingan pertunangan ataupun dalam bahasa
dusun dipanggil mo mouaboi, ibubapa atau ahli keluarga tertua ataupun
sahabat karib daripada pihak lelaki kaum dusun akan pergi sendiri ke rumah
ibu bapa gadis yang hendak dikahwini. Jika ibu bapa gadis itu tidak setuju
maka perbincangan mereka akan batal. Pada masa kini, bayaran perkahwinan
kaum dusun dimukim kirokot di daerah Tambunan terdiri daripada Nopung
dan balanja dapur. Nopung dianggap bayaran hantaran paling penting dal
pelaksanaan perkahwinan. Balanja dapur adalah daripada perkataan bahasa
melayu belanja dapur dan bertujuan bagi membantu dalam sumbangan
kewangan ibu bapa pengantin dalam mengadakan kenduri perkahwinan.

NAMA: FERONA BINTI FREDOLINE

BANGSA: DUSUN

LATAR BELAKANG




• Kaum dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah
• Kaum dusun ini menggunakan pelbagai Bahasa dan dialek dengan pelbagai
kebudayaan dan adat resam tradisional.
• Terdapat 27 suku kaum dalam dusun
• Kaum dusun merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu satu pertiga
daripada penduduk Sabah.
• Pada masa kini kebanyakkan kaum dusun menganuti agama Kristian dan Islam
berbanding dahulu mereka tidak mempunyai agama( pagan)

Pakaian Tradisional Kaum Dusun di daerah Penampang

• Pakaian tradisi ini selalunya dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan, Majlis
Perkhawinan dan pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan
• Ciri-ciri pakaian tradisi tersebut berbeza mengikut etnik dalam kaum dusun
• Pakaian tradisional kaum Dusun di daerah penampang

 Blaus tidak berlenggan, berwarna hitam baldu untuk wanita (sinuangga)
 Blaus berlengan pendek, berwarna hitam baldu untuk wanita pertengahan
umur (Sinompukung)

 Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya “bobohizan”
(kinoingan)
 Kemeja berwarna hitam baldu, atau lengan panjang untuk golongan lelaki.
 Sarong (tapi) panjang berenda “siling” berwarna hitam

 Siga – pelbagai corak dan motif pada tenunan.

Nama: Norhijana Binti Arsiran
Bangsa: Kagayan

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KAGAYAN

Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar
keluarga kaum Bajau. Etnik Kagayan juga dikenali dengan nama Bajau

Kagayan, Sama Kagayan atau Cagayan. Dari segi linguistik dan
kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat dengan saudara Bajau

Tempasok (Sama Kota Belud). Bagi pakaian tradisional suku kaum
Kagayan, wanita menggayakan baju badu sampit dan kain sarung olos
berangkit, manakala bagi perhiasan pula, perhiasan leher ialah perhiasan
mandapun dan perhiasan kepala pula ialah perhiasan sarempak. Bagi
lelaki pula, mereka akan menggayakan baju potongan cekak musang,
seluar, samping dan destar. Pakaian lelaki daripada kain jenis satin yang
berhiaskan renda dan pakaian wanita juga daripada kain jenis satin yang
dilengkapi dengan tali pinggang. Lazimnya, pakaian ini akan digayakan

bagi adat perkahwinan dan kebesaran.

NAMA : NUR AFIQAH BINTI MOHD SHAMSUDDIN
BANGSA: MELAYU-BAJAU

PERKAHWINAN KAUM BAJAU

Pelamin bajau

Perkahwinan kaum bajau merupakan salah satu perkahwinan yang unik di Sabah.
Walaupun mempunyai sedikit persamaan dengan orang melayu di tanah semenanjung
tetapi ianya berbeza dari segi pelaksanaan, baju tradisi, dan pelamin. Antara
persamaannya ialah adat memberi mas kahwin, hantaran dan beberapa persamaan yang
lain.

TILAU-TILAU DAN MENDO

Dalam kaum bajau samah, pihak lelaki akan memberitahu keluarga pihak perempuan
bahawa mereka akan berkunjung ke rumah pihak perempuan 2 atau 3 hari sebelum
melakukan adat tilau-tilau (merisik). Setelah adat tilau-tilau atau lebih dikenali sebagai
merisik. Pihak lelaki akan bertanyakan latar belakang bakal menantu.

SERUAN

Majlis seruan (bertunang) diadakan di rumah pihak perempuan dan
tempoh bertunang sekaligus membincangkan tarikh perkahwinan.

NORONG

Upacara norong iaitu majlis menghantar berian (hantaran) daripada pihak
lelaki kepada pihak perempuan. Hari berlakunya norong lebih dikenali sebagai
malad yang berlaku pada waktu pagi. Ketika upacara ini berlangsung tarikh
perkahwinan akan ditetapkan.

Upacara mandi bedak dan pakaian pengantin Bajau samah

MANDI BEDAK

Mandi bedak atau lebih dikenali sebagai malam berinai diadakan selepas majlis
nikah dan sebelum bersanding. Bahan-bahan yang digunakan semasa acara
mandi bedak ialah beras kuning, inai, bunga rampai dan santan kelapa beserta
daun pandan. Bedak akan dilumurkan di tubuh pengantin untuk membuang
kotoran. Acara ini hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan hadir.
Sementara itu, acara bertitik dan berunsai yang diselang-selikan dengan
pantun diadakan sepanjang malam selepas selesai acara merenjis.

Tipo selisir Bajau Kuda yang ditunggang pengantin lelaki

Nikah dan sanding

Apabila rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan akan diwar-
warkan dengan beberapa das tmbakan. Rombongan pengantin lelaki mesti membawa
buah tangan. Mengikut adat moyang terdahulu, pengantin lelaki tidak dibenarkan
memijak tanah. Oleh itu, pengantin lelaki biasanya di arak di atas kuda. Pengantin lelaki
akan dibawa naik ke dalam rumah pengantin perempuan dan akan duduk di atas
peningkoon. Peningkoon ialah tempat duduk berupa tilam kecil beralas tujuh lapisan
tipo selisir (sejenis tikar tradisi bajau). Pengantin lelaki akan diapit dengan 2 orang
pengapit Ketika duduk di atas peningkoon. Kemudian akad nikah akan berlangsung.

Pelamin bajau samah mempunyai 3 lapisan tabir yang perlu dilalui oleh pengantin
lelaki. Keluarga pihak lelaki diminta untuk bersyair dan membayar cukai tabir.
Sebelum duduk di pelamin pengantin lelaki perlu membatalkan wuduk dengan cara
pengantin lelaki menyenth lelangit kerasnya dengan ibu jari kanan dan meletakkan di
dahi isterinya dengan Ibu jari tersebut sambal membaca dua kalimah syahadah.

NGANDO DAN NGENDEDE

Upacara Ngando ialah upacara menjemput pengantin perempuan ke
rumah keluarga pihak lelaki. Pengantin perempuan perlu membasuh kaki
sebagai tanda menyucikan diri selain sah menjadi ahli keluarga lelaki.
Selepas beberapa hari upacara ngando dilaksanakan, acara ngendede
pula dilaksanakan iaitu menghantar semula kedua-dua pengantin ke
rumah pengantin perempuan.

NAMA:SURATNI BINTI ISMAIL
BANGSA: BUGIS

ADAT PERKAHWINAN KAUM BUGIS

Dari aspek perkahwinan kaum bugis, pihak lelaki akan memberi tahu niat
ingin meminang kepada keluarga perempuan dan setelah itu pihak
keluarga lelaki akan dijemput ke rumah untuk menjalankan adat merisik
dan dalam proses merisik iaitu perbinangan, menjemput saudara mara
setelah mendapat kata sepakat untuk menjalankan majlis perkahwinan
anak mereka. Setelah mendapt kata sepakat dan menetapkan Tarikh,
mereka mengundang orang ramai menggunakan khidmat dua orang
wanita untuk memanggil(selalunya salah seorangnya ibu kepada
pengantin). Memanggil adalah cara yang menjadi kebiasaan kaum bugis
mengundang tetamu ke majlis dengan membawa dulang yang berisi gula-
gula dan kad undangan majkis yang dibalut dengan kain.

Seterusnya persediaan majlis perkahwinan, majlis akad nikah dan
upacara menghantar pengantin, majlis perkahwinan. Dalam majlis
perkahwinan para tetamu yang dating akan disambut oleh pihak keluarga
pengantin dan terus naik atas pelamin untuk solo dimana tetamu akan
memasukkan sampul ke dalam bakul(tempat solo) yang diletakkan di atas
pelamin kemudian bersalaman dengan pengantin dan akhir sekali adat
menghantar menantu lelaki atau bertandang ke rumah pengantin lelaki.
Sebagai penutup rangkaian acara pernikahan, kedua keluarga pengantin
bertemu di rumah pengantin perempuan. Kegiatan ini bertujuan untuk
membangun tali silaturahmi antara kedua keluarga


Click to View FlipBook Version