The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by salfazsp, 2021-04-23 11:01:29

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23

TEKS UCAPAN GURU BESAR SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 23

SK TAMAN RIA, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH

Bismillahirrahmanirrahim

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Terima kasih Pengacara Majlis

Terima kasih Ustaz Zulkarnian selaku pembaca doa.

Yang dihormati YDP PIBG En Nazri bin Hj Ahmad, NYDP PIBG En Mohd Hishammudin bin Harun,
barisan JK PIBG, barisan Penolong-penolong Kanan , barisan guru-guru serta ibubapa, waris dan
penjaga anak-anak SK Taman Ria yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari ini dapat kita laksanakan satu lagi tugas
penting bagi kita semua ,warga SK Taman Ria, Sungai Petani, dengan mengadakan Mesyuarat Agung
kali ke 23 dalam norma baharu. Kita sedar bahawa pendemik covid 19 ini banyak merubah lanskap
kehidupan kita yang telah menjadi kebiasaan kita sebelum ini, namun sejak tahun lepas 2020
sehinggalah kini , kita masih lagi belum bebas daripada wabak ini. Jesteru, MAT PIBG 2021 telah
diadakan melalui “online” bagi memastikan kesemua kita tidak menjadi pencetus wabak ini. Saya sedar
mungkin medium ini agak sukar bagi ibubapa, waris dan penjaga , namun kita perlu laksanakan juga
bagi memastikan perjalanan sekolah perlu diteruskan walau keadaan bagaimana sekalipun.

Saya mewakili guru-guru SK Taman Ria, Sungai Petani, merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih
kepada semua ibubapa dan waris yang berada dalam talian sekarang ini, Ini membuktikan bahawa anda
semua ibubapa dan waris yang hebat dan terbaik demi kecemerlangan anak-anak, khususnya
kecemerlangan SK Taman Ria, Sungai Petani ini.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, MAT PIBG mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac setiap
tahun , namun semenjak pendamik covid 19, MAT PIBG perlu diadakan sehingga akhir bulan Jun tahun
ini dan pihak KPM tidak membenarkan mesyuarat MAT PIBG diadakan dipermis sekolah. Bagi
menjamin keselamatan semua pihak , memandangkan daerah Sungai Petani sehingga kini masih lagi
dalam Zon Merah, JK PIBG bersepakat menggunakan medium ini untuk melaksanakan mesyuarat kita
pada tahun ini. Terima kasih dan tahniah kepada barisan JK PIBG yang bertungkus lumus dalam
menjayakan menyuarat kita pada hari ini.

Ibubapa, waris dan penjaga yng dihormati sekalian,

Izinkan saya membuat sedikit laporan tentang perjalanan SK Taman Ria, Sungai Petani sepanjang tahun
2020.

Sesi persekolahan 2020 telah bermula pada 1 Januari 2020 dan pengumuman PKP pada 18 Mac 2020
telah mengejutkan semua pihak, termasuklah guru-guru, murid-murid dan ibubapa. PDPR dan BDR
telah diperkenalkan bagi mengantikan pembelajaran secara bersemuka dan guru-guru bekerja dari
rumah. Seluruh negara terkesan dengan pendemik ini. Guru-guru meneroka pelbagai kaedah pengajaran
kepada anak murid bagi kelangsungan pendidikan. Namun kami sedar bahawa pencapaian pengajaran
melalui peranti secara online menjadi keterbatasan kepada kita semua. Pengajaran guru dilaksanakan
melalui geogle classroom, geogle meet, whatsapp, telegram dan juga youtube . Guru-guru mencari
pelbagai mekanisme baharu bagi memastikan penyampaian pengajaran dapat dijalankan agar defisit
pembelajaran tidak berlaku disebabkan murid-murid tidak hadir ke sekolah. Tahniah dan terima kasih
kepada semua guru-guru SK Taman Ria, Sungai Petani yang mampu melaksanakan tugas yang
mencabar ini. Pembelian alatan-alatan ict dan meneroka ilmu-ilmu baharu bagi membantu dan
menyokong pengajaran guru-guru di rumah kerana kami sedar bahawa tanggungjawab kami amat berat
dalam memastikan proses pembelajaran berlaku walau dimana dan bagaimana sekalipun. Terima kasih
cikgu-cikgu dan tahniah atas usaha murni cikgu-cikgu. Saya mewakili barisan pentadbiran merakamkan
ucapan tahniah dan terima kasih.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pengumuman pembukaan semula sekolah secara berperingkat oleh KPM bermula , 1 Julai 2020 bagi
murid Pra Sekolah , 15 Julai 2020 bagi murid tahun 5 dan 6 dan mulai 22 Julai 2020 bagi murid Tahun
1 hingga Tahun 4, oleh itu, secara rasminya sesi persekolahan sepenuhnya bermula 22 Julai 2020.
Sebagai persediaan pihak sekolah untuk menerima kehadiran murid ke sekolah, satu taklimat dan
perjumpaan mengikut tahun diadakan kepada semua waris agar mengetahui tatacara SOP Pembukaan
sekolah norma baharu. Ini jelas menunjukkan pihak sekolah amat mementingkan keselamatan dan
kesihatan murid-murid di SK Taman Ria, Sungai Petani. Norma baharu telah mengubah lanskap
sekolah, di mana murid di dalam kelas di susun mengikut penjarakan fizikal 1Meter, selain itu juga
dunia sosialisasi murid turut berubah, aktiviti kokurikulum secara bersemuka tidak dibenarkan,
Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan , dan makan di kantin juga tidak dibenarkan. Kelas perlu disanitasi
selepas murid sesi pagi pulang untuk kemasukkan murid sesi petang, dan begitu juga selepas murid sesi
petang pulang , untuk persediaaan kemasukkan murid pada keesokkan harinya. Terima kasih kepada
pekerja kebersihan kerana membantu dalam proses sanitasi ini.

Dikesempatan ini saya sekali merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan PIBG kepada pihak
sekolah. Bagi meringankan bebanan guru dan pengusaha kantin sekolah, pihak PIBG telah bersetuju
untuk menyediakan 2 buah takal bagi kemudahan makanan murid diangkat mengikut aras. Cuba
bayangkan sekiranya takal itu tidak disediakan , maka tugas guru dan pengusaha kantin perlu

mengangkat dan menaiki anak tangga hingga ke tingkat 3 untuk memberi makanan dan minuman
kepada murid, dan sewaktu rehat guru perlu bersama murid di dalam kelas untuk memantau murid
sewaktu makan. Kita juga dikejutkan dengan kematian seorang guru demi menyediakan sinki bagi
kemudahan murid membasuh tangan di tingkat satu. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah
menempatkan guru tersebut ditaman Firdausi diatas pengorbanan almarhum. Betapa pengorbanan guru
sangat tinggi demi keselamatan murid.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam norma baharu diteruskan sehinggalah KPM sekali lagi
mengumumkan penutupan semula sekolah mulai 9 November 2020 sehingga ke hari akhir
persekolahan tahun 2020. Sewaktu itu, murid-murid tahun 4 , 5 dan 6 menduduki peperiksaan akhir
tahun, namun ianya hanya dapat dilaksanakan hanya untuk bebarapa hari sahaja .dan kertas peperiksaan
tersebut diserahkan kepada semua murid yang terlibat sebagai bahan ulangkaji dan PDPR di rumah.
Terima kasih kepada semua ibubapa , waris dan penjaga yang telah membantu kami menemani anak-
anak sewaktu sesi pembelajaran di rumah dilaksanakan. Sokongan daripada ibubapa, waris dan penjaga
banyak membantu kami dalam memastikan bahawa jurang pembelajaran dapat kita kurangkan. Dan
terima kasih sekali lagi saya rakamkan kepada semua warga sekolah, walaupun sesi bersemuka hanya
lebih kurang 8 bulan berlangsung bagi tahun 2020 , komitmen dan sokongan yang telah ditunjukkan
oleh ibubapa , waris dan penjaga yang telah menjelaskan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 telah
memudahkan pihak sekolah menyediakan prasarana dan kemudahan murid-murid mengikut garis
panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Terima kasih dan tahniah kepada semua guru , ibubapa
, waris dan penjaga murid memberi sumbangan kepada tabung PIBG sekolah kita.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pengumuman pihak KPM telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021secara bersemuka
akan bermula pada 20 Januari 2021, namun ianya ditangguhkan sekali dan diteruskan dengan PDPR
mulai 20 Januari 2021. Sekali lagi, pihak sekolah telah mengadakan pendaftaran tahun 1, Pra Sekolah
dan pemulangan serta penerimaan buku teks secara pandu laju bagi memastikan penangguhan sesi
bersemuka tidak menjejaskan perjalanan sesi persekolahan di tahun baru. . Hasil daripada kajian yang
dijalankan diperingkat sekolah , pihak kami mendapati bahawa PDPR SKTRsp perlu ditambahbaik bagi
memastikan kelangsungan pendidikan di awal tahun. Jesteru, Dropbox Station dipekenalkan sebagai
medium perhubungan sekolah dengan murid-murid . Kami sedar bahawa tidak semua murid
mempunyai peranti mereka sendiri,melalui dropbox station, guru dapat menyalurkan bahan sokongan
pengajaran mereka, waris akan hadir ke sekolah mengikut kesesuaian masa mereka untuk mengambil
dan menghantar tugasan anak-anak mereka ke dalam dropbox mengikut kelas masing-masing. Di sini
sekali lagi saya merakamkan jutaan terima kasih kepada barisan pengawal keselamatan sebagai
pemudahcara kepada para waris. Hasilnya, kita dapati hampir 98% waris telah mengambil tugasan

tersebut. Syabas dan terima kasih kepada semua waris SKTRsp. Pendek kata, semua kita sederap
bersama daripada kalangan guru-guru, pekerja kebersihan, pekerja keselamatan , pengusaha kantin,
PIBG dan waris SKTRsp. Syabas dan tahniah.

Kami juga sedar bahawa sewaktu sesi PDPR berlangsung, kami dapati anak-anak kita lebih dekat
dengan peranti teknologi. Oleh itu , bagi mengimbangi budaya pendidikan di rumah dan di sekolah,
satu Kertas Kerja telah dibina oleh barisan pentadbiran. Kertas kerja ini dibuat memandangkan peratus
kehadiran murid ke sekolah tidak memuaskan terutamanya kelas yang memerlukan perhatian yang
khusus. Melalui pengajaran guru secara konservatif ( kapur dan papan tulis) menyebabkan murid kurang
berminat untuk hadir ke sekolah. Mereka lebih suka berada di rumah kerana kemudahan teknologi yang
telah disediakan oleh pihak ibubapa. Kertas Kerja Projek Rintis Smart TV Bagi Menyokong
Pengajaran Dan Pembelajaran Guru-guru Di SK Taman Ria, Sungai Petani Untuk
Meningkatkan Kecemerlangan Murid. Sebagai rintis sebuah Smart TV berukuran 50’ telah
disumbangkan oleh barisan Pentadbir yang diketuai oleh Guru Besar, Pn. Salfalaili bt Mat Saad,
Penolong Kanan 1, En Azman bin Mohd Noor, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,Pn Noor Azian bt
Yeop Idris, Penolong Kanan Kokurikulum , Pn Rozita bt Murad dan Penolong Kanan Petang ,En Zainol
Abidin bin Ibrahim. Smart TV tersebut telah ditempatkan di kelas 5 Inovatif berkongsi kelas dengan 3
Inovatif . Besar harapan kami dibarisan pentadbiran agar kesemua kelas iaitu sebanyak 28 kelas dapat
dilengkapi dengan Smart TV sebagai alat bantu mengajar guru. Sasaran projek selama 2 tahun iaitu
mulai Oktober 2020 sehingga Oktober 2020. Untuk makluman para waris, kelas PPKI telah pun berjaya
melengkapi Smart TV di dalam semua kelas mereka pada tahun ini. Sebanyak 4 buah Smart TV telah
disumbangkan oleh waris PPKI bagi memastikan projek ini mencapai sasaran dan matlamat yang telah
ditetapkan. Syabas dan tahniah kepada waris PPKI SKTRsp. Bersama ini saya sertakan Kertas Kerja
Projek tersebut, mungkin antara kita, ada yang ingin memberi sumbangan dan membantu
merealisasikan hasrat kami ini. Sumbangan yang tak seberapa ini, mungkin menjadi sedekah jariah kita
buat anak-anak SKTRsp yang dahagakan pendidikan seiring dengan zaman mereka yang penuh dengan
cabaran teknologi terkini. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa “ Kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya”.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pendemik Covid 19 masih lagi menghantui kita. Kita masih lagi belum menang dan biarlah kita menjadi
pemutus dan bukannya pencetus. Saya akan melaporkan maklumat sesi persekolah 2021 untuk
makluman para waris yang dikasihi sekalian.

Jumlah murid SK Taman Ria , Sungai Petani adalah seperti berikut :

Seramai 1478 orang murid yang telah mendaftar di SK Taman Ria, Sungai Petani.

Perinciannya adalah seperti berikut :
Murid sesi petang : 698 orang.
Bukan Islam = 8 orang.
Murid Sesi Pagi : 780 orang
Bukan Islam = 10 orang.
Murid PPKI – Inklusif Separa: 43 orang

Inklusif penuh : 11 orang

Bilangan guru : 98 orang
Bilangan Staf Sokongan : 10 orang
Jumlah Pekerja Swasta :
Pekerja Kebersihan : 6 orang
Pengawal Keselamatan : 4 orang.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Walaupun pelbagai kekangan yang pihak sekolah hadapi, sebagai warga pendidik kami tetap berusaha
berikan yang terbaik kepada anak didik kami. Oleh itu, sebagai pembuka tahun 2021, terdapat kejayaan
yang telah kami perolehi berkat usaha dan komitmen daripada guru-guru SK Taman Ria, antara
kejayaan dan aktiviti kokurikulum pada tahun ini :

1. KO AKADEMIK

I. TEMPAT KETIGA DAERAH KMY PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN SECARA MAYA
II. MENGHANTAR 5 PENYERTAAN KE PERTANDINGAN MEREKA CIPTA MODEL SATELIT ANJURAN

PUSAT SAINS NEGARA (KEPUTUSAN BELUM DIUMUMKAN LAGI)
III. PASUKAN PANTUN SEDANG BERLATIH UNTUK PESTA PANTUN SEKOLAH RENDAH ATAS TALIAN ,

YANG DIJANGKA DIADAKAN SELEPAS CUTI RAYA AIDILFITRI

2. UNIT UNIFORM

I. PANDU PUTERI
i. 11 PENYERTAAN KE ‘ PLASTIC TIDE TURNERS CHALLENGE’ BERJAYA KE CHAMPION LEVEL DAN

LAYAK MENDAPAT SIJIL KEBANGSAAN DAN ANTARABANGSA.
ii. CABARAN SIBER PASUKAN BERUNIFORM DAERAH KMY –

KATEGORI VIDEO PERSONEL : JOHAN, NO.3 , NO. 5, NO.6, NO.7, NO.8
KATEGORI NYANYIAN LAGU PATRIOTIK : NO.6
II. TKRS
i. KURSUS KENAIKAN PANGKAT KOPERAL :2
ii. CABARAN SIBER TKRS DAERAH KMY –
KATEGORI VIDEO PERSONEL : NO.2, NO. 3, NO.9
III. PUTERI ISLAM
i. CABARAN SIBER UNIT UNIFORM DAERAH KMY –
KATEGORI NYANYIAN PATRIOTIK : NO. 2

3. PERMAINAN

I. CATUR – MUHAMMAD DINIE SAPUTRA AMRI NAIB JOHAN KEJOHANAN CATUR REMAJA AMRIE
CHESS CENTRE 2021 , ( SIJIL PERINGKAT NEGERI).

II. HANTAR 3 PENYERTAAN KE PERTANDINGAN LOMPAT TALI ANJURAN JABATAN BELIA & SUKAN
KEDAH. ( KEPUTUSAN BELUM DIUMUMKAN LAGI.

Kami sedar bahawa jika tiada permufakatan dan kerjasama daripada pihak waris, maka kejayaan serta
penyertaan ini mustahil dapat direalisasikan. Terima kasih kepada semua guru, waris yang terlibat.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Persatuan Ibubapa Dan Guru merupakan tulang belakang kepada pihak sekolah. Saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain. Pada Mesyuarat Agung kali ini, saya menyeru kepada semua yang
hadir pada hari ini, pilihlah Jawatankuasa yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai AJK PIBG.
Saya sedar bahawa tugas ini adalah sukarela , tiada gaji namun demi tanggungjawab kepada anak
bangsa , saya yakin dan percaya bahawa barisan JK yang akan dilantik nanti bakal menerajui
kepimpinan PIBG dengan lebih cemerlang. JK PIBG dapat menyampaikan maklumat serta menjadi
penghubung antara sekolah dan pihak waris,sentiasa bertemu dan berbincang dan mencai kata sepakat
demi kepentingan dan masa depan anak-anak. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci
kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG. Selain daripada
memilih dan melantik JK PIBG yang baru dan berbincang usul daripada ibubapa , diharapkan juga
mesyuarat PIBG pada pagi ini akan membincangkan dan mendapat persetujuan bersama berkaitan
kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2021 sepertimana arahan JPN Kedah. Permohonan kutipanini
mesti dihantar ke JPNK. Diharap perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa
menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Alhamdulillah, setakat ini,
kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Dikesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa terdahulu dan tahniah
atas komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan kalian ini , diberi
ganjaran pahala buat kita nanti. Dan akhir kata daripada saya, saya mohon ampun dan maaf, seandainya
selama saya bersama tuan dan puan para waris SK Taman Ria, Sungai Petani, ada amanah-amanah
yang dipertanggungjawabkan ke atas diri saya tidak dapat saya laksanakan, kerana yang baik itu datang
daripada Allah, sesungguhnya yang lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.

Sekian , terima kasih.

Lampiran kertas kerja .

PROJEK RINTIS SMART TV BAGI MENYOKONG PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN GURU-GURU DI SK TAMAN RIA , SUNGAI PETANI UNTUK

MENINGKATKAN KECEMERLANGAN MURID.

1.0 Pengenalan

Sekolah Kebangsaan Taman Ria , Sungai Petani merupakan sebuah sekolah yang
terletak di dalam kawasan bandar Sungai Petani. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah
yang mempunyai 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang. Jumlah murid di
sekolah ini ialah seramai 1470 orang pada tahun ini (2020). SK Taman Ria Sungai Petani
mempunyai 42 kelas Aliran Perdana iaitu 22 aliran bagi sesi pagi dan 20 aliran untuk sesi
petang. Setiap kelas ditempatkan seramai 40 orang murid setiap kelas mengikut aliran.
Selain kelas Aliran Perdana , SK Taman Ria, Sungai Petani juga mempunyai 1 Kelas Pra
Sekolah dan 5 Kelas Pendidikan Khas Integrasi , masalah pembelajaran.

Hasil daripada mesyuarat pengurusan yang telah dijalankan pada 24 September 2020 ,
Projek Rintis Smart TV ini merupakan idea bersama pihak pengurusan dan pentadbiran
yang melibatkan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Penolong Kanan Kokurikulum , Penolong Kanan Petang dan Penolong Kanan
Pendidikan Khas bagi membantu dan menyokong pengajaran dan pembelajran guru di
kelas 3 Inovatif.
Kelas 3 Inovatif dipilih setelah didapati hasil laporan daripada Pelaporan Pentaksiran Bilik
Darjah Kutipan Bil 1/2020 didapati bahawa masih terdapat murid yang masih lagi di Tahap
Penguasaan TP 2 dan ada dikalangan murid yang tidak boleh membaca. Sehubungan itu,
pihak pengurusan dan pentadbiran perlu mancari mekanisme baharu bagi membantu
murid-murid di kelas tersebut agar dapat membantu meningkatkan prestasi dan menarik
minat murid untuk hadir ke sekolah.

Projek Rintis Smart TV juga diharapkan dapat membantu agar segala ilmu yang
dicurahkan oleh guru kepada murid dapat diolah dengan menggunakan teknologi yang
baharu serta terkini dan ia merupakan satu medium yang boleh menarik minat murid untuk
belajar semasa sisi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas.

2.0 Rasional
Secara keseluruhan, kita mendapati bahawa betapa pentingnya Smart TV digunakan dalam
menyokong pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. . Smart TV boleh memberi
kesan yang positif kepada murid kerana televisyen menggunakan kedua-dua deria iaitu
penglihatan dan pendengaran. Penggunaan kedua-dua pancaindera mata dan telinga
menerusi penglihatan dan pendengaran boleh menguatkan lagi keupayaan seseorang murid
itu memahami konsep pembelajaran dengan cara yang lebih menarik dan mudah.
Menurut Drs Darwanto menyatakan
bahawa sifat audio visual yang dimiliki televisyen, menjadikan televisyen sangat pragmatik,
sehingga mudah mempengaruhi penonton dalam hal: sikap, tingkah laku dan pola
berfikirnya (Darwanto, 2007).kebaikan-kebaikan TV digunakan sebagai media pengajaran
adalah seperti berikut:

1. Adalah berfungsi langsung dan nyata.
2. Dapat meluaskan tinjaun kelas.
3. Dapat menciptakan kembali semua peristiwa yang lalu.
4. Dapat menarik perhatian penonton.
5. Mampu memberi bantuan kepada guru dalam pengajaran dan
pembelajaran.
6. Mampu membawa sumber-sumber yang ada dalam kalangan masyarakat
ke dalam kelas.

3.0 Matlamat
Adalah menjadi impian serta harapan pihak pengurusan dan pentadbiran untuk meningkatkan
kuantiti dan kualiti murid bagi mencapai Tahap Penguasaan tertinggi dalam Pentaksiran Bilik
Darjah dan seterusnya dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar oleh guru.
Disamping itu , pihak pengurusan dan pentadbiran berharap, Projek Rintis Smart TV ini , dapat
menbantu menyediakan medium pengajaran kepada guru bagi memastikan kaedah
pengajaran lebih mudah disampaikan oleh guru dengan penyediakan prasarana terkini dalam
bilik darjah.

4.0 Objektif
Pada akhir projek ini diharapkan dapat :

1. Menyuntik motivasi guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2. Melahirkan kuantiti dan kualiti murid dalam pentaksiran bilik darjah.
3. Menpelbagaikan kaedah pengajaran kepada guru.

4. Menarik minat murid dalam memahami isi kandungan pengajaran dan pembelajaran
yang disampaikan oleh guru.

5. Merangsang kedua -dua deria , iaitu deria penglihatan dan deria pendengaran murid
agar sesi PdP lebih berkesan.

5.0 Sasaran Projek :

Pihak sekolah mengsasarkan keseluruhan kelas arus perdana SK Taman Ria, Sungai Petani
. dilengkapi Smart TV berukuran 50’inci setiap kelas.

ALIRAN JUMLAH KELAS

PPKI 4 kelas

Tahun 1 7 kelas

Tahun 2 & 4 7 kelas

Tahun 3 & 5 7 kelas

Tahun 6 7 kelas

 Jumlah 32 buah kelas

 Projek Rintis Smart TV berukuran 50 inci dimulai dengan kelas 3 Inovatif dan

5 Inovatif.

6.0 Peruntukan Dan Kos

6.1 Peruntukan Projek Rintis keseluruhannya disumbangkan oleh barisan pentadbir bagi
membiayai projek ini.

i. Guru Besar
ii. Penolong Kanan Pentadbiran
iii. Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
iv. Penolong Kanan Kokurikulum
v. Penolong Kanan Petang
vi. Penolong Kanan Pendidikan Khas.

6.2 Anggaran Kos untuk keseluruhan kelas yang dirancang.. Bergantung harga pasaran

semasa. Kuantiti Jumlah
Harga Smart TV

RM 1600.00 32 buah kelas RM 51,200

Pihak pengurusan dan pentadbiran akan memohon kerjasama dan bantuan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dalam mencari sumber dana bagi memastikan Projek
ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

7.0 Tempoh Pelaksanaan Projek
Tempoh pelaksanaan selama 2 tahun iaitu mulai Oktober 2020 sehingga Oktober 2022
(10 / 2020 sehingga 10 / 2022) .

8.0 Penutup
Adalah menjadi harapan dan cita-cita kami untuk memastikan murid-murid SK Taman Ria,
Sungai Petani mendapat faedah daripada projek rintis ini. Kemudahan ini disediakan bagi
membantu dan menyokong sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas agar
ia dapat meningkatkan pencapaian murid sekaligus meningkatkan minat murid terhadap
mata pelajaran yang diajar oleh guru dengan menggunakan medium baharu dalam proses
PdPC.
Selain menarik minat murid terhadap proses PdP , minat murid untuk hadir ke sekolah
dapat dipertingkatkan.

Disediakan oleh ,

(SALFALAILI BT MAT SAAD)
Guru Besar , SK Taman Ria, Sungai Petani

DOKUMENTASI PENGGUNAAN SMART TV DI DALAM KELAS.


Click to View FlipBook Version