The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by irfandaniel315, 2023-04-09 05:43:37

RAMADAN DIHATIKU

KARYA IRFAN DANIEL

RAMADAN DI HATIKU KARYA : IRFAN DANIEL


PENGENALAN Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa buat lebih kurang 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia. Bulan rahmat ini jatuh pada bulan kesembilan mengikut kalendar Islam Hijrah. Pada bulan Ramadan, umat Islam akan berpuasa dengan tidak akan makan dan minum bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari


MAKSUD : Menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari pada bulan Ramadan. HUKUM : Wajib bagi umat Islam MAKSUD DAN HUKUM


1. Niat Niat puasa biasanya diucapkan pada malam hari. Adapun bacaan niat sebagai berikut, نَوَ یْتُ صَ وْ مَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْ ضِ شَھْرِ رَ مَضَ انِ ھذِهِ السَّنَةِ Ϳِ ِ تَعَالَى Arab-latin: Nawaitu shauma ghadin an'adai fardi syahri ramadhani hadzihisanati lillahita'ala Artinya: "Saya niat berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu di bulan Ramadhan tahun ini, karena Allah Ta'ala. 2. Menahan Diri dari hal yang membatalkan puasa. RUKUN PUASA


SYARAT WAJIB PUASA 1) Beragama Islam Orang Islam wajib berpuasa. Bagi orang kafir tidak wajib berpuasa. Namun apabila seseorang orang kafir masuk Islam, maka ia tidak wajib mengqadha puasa selama ia masih kafir. Sebagaimana sabda Rasulullah: “ Islam itu memutus dosa-dosa yang telah lalu” Berbeza dengan halnya dengan orang murtad, mereka tetap terkena wajib puasa. Hal ini kerana bila mereka kembali ke pangkuan Islam, maka wajib mengqadha puasa yang di tinggalkan semasa murtad.


SYARAT WAJIB PUASA 2) Baligh dan berakal Bagi kanak-kanak yang kecil harus di biasakan dan diperintahkan berpuasa sejak usia 7 tahun bila di perkirakan ia sudah sanggup berpuasa. Bila pada usia 10 tahun ia tidak mahu berpuasa, maka ia boleh dipukul sebagaimana halnya dengan solat. Yang berhak memerintah dan memukul ialah walinya.


3) Bebas dari uzur Syarie Terdapat uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa, dan ada pula uzur yang mengharuskan untuk berbuka puasa. Antara uzur syar’ie yang mencegah daripada berpuasa ialah: 1. Keluar darah haid 2. Keluar darah nifas 3. Pitam atau pengsan sepanjang hari SYARAT WAJIB PUASA Manakala uzur syar’ie yang mengharuskan berbuka puasa ialah: 1. Sakit yang boleh memudaratkan jika di teruskan berpuasa 2. Bermusafir melebihi dua marhalah 3. Tidak mampu berpuasa di sebabkan sakit.


1. Islam: tidak sah puasa orang kafir atau orang yang murtad dari agama. 2. Berakal: tidak sah puasa orang gila dan juga kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana puasa memerlukan niat dan niat ini hanya boleh dilakukan oleh orang-orang yang berakal sahaja. 3. Mumayyiz: Kanak-kanak apabila telah mumayyiz, sah lah puasanya tetapi belum wajib. Apabila sampai umurnya tujuh tahun, ibu-bapa atau penjaganya hendaklah melatihnya berpuasa, jika tiada sebarang halangan- sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda mengenai solat. Apabila ia mencecah usia baligh, wajib lah atasnya berpuasa. SYARAT SAH PUASA


4. Niat pada waktu malam puasa fardhu: Dalam puasa wajib, niat harus di tetapkan sebelum fajar dan menyebutkan jenis puasanya.Niat ini biasanya terlaksana dengan makan sahur untuk berpuasa , maka hal itu sudah dianggap sah. Dalil untuk masalah ini adalah hadith yang di riwayatkan oleh penyusun Kitab-Kitab Sunan di mana Nabi s.a.w bersabda: “ Barangsiapa tidak menetapkan puasa sebelum fajar, maka tidak ada puasa baginya.” 5. Suci dari haid dan nifas: tidak sah puasa orang yang kedatangan haid dan nifas, malah diharamkan mereka berdua berpuasa. SYARAT SAH PUASA


6. Menahan dari perkara yang membatalkan puasa:Menahan diri di sini bermaksud menahan diri dari segala hal yang membatalkan puasa dari terbitnya fajar shadiq hingga terbenam matahari.Contohnya menahan diri daripada makan dan minum. 7. Puasa dilakukan pada hari-hari yang diharuskan berpuasa: hari-hari sepanjang tahun merupakan waktu yang harus berpuasa kecuali dua hari raya, hari-hari tasyrik dan hari syak. Orang-orang yang tidak memiliki syarat-syarat di atas atau salah satu darinya, tidak sah puasanya. SYARAT SAH PUASA


1) Makan dan minum. Batal sama ada sedikit atau banyak. 2) Sampainya ain kepada rongga tengah badan melalui laluan yang terbuka. Ain bererti fizikal sesuatu yang terlihat pada mata. Ruang tengah termasuklah bahagian otak, dan bahagian bawah halkum, perut dan terus ke kemaluan depan dan belakang. laluan terbuka bererti lubang mulut, hidung, qubul dan dubur. 3) Sengaja muntah. 4) Persetubuhan. Sekalipun tidak mengeluarkan air mani. 5) Melancap. Yakni mengeluarkan air mani. 6) Datang darah haid atau nifas. 7) Gila dan murtad PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA


MUHAMMAD IRFAN DANIEL BIN ARMANNUR NO. IC : 060602050211 KELAS : 5 ARRAZI KELAB KEBUDAYAAN DAN NASYID KARYA ASLI DARI :


Click to View FlipBook Version