The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by adlinaashri01, 2024-03-02 07:06:59

BUKU LOG PANDU PUTERI

BUKU LOG

KERJA KURSUS SEMESTER 2 TAHUN 2 NAMA PELAJAR: NUR ADLINA BINTI ASHRI ANGKA GILIRAN: 2021142340309 NOMBOR KAD PENGENALAN: 010731-01-0114 KUMPULAN/UNIT: PISMP BAHASA MELAYU 5 JUN 2021 (B) KOD DAN NAMA KURSUS: MPU3441a KOKURIKULUM: UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 NAMA PENSYARAH: DR. HJH. SHOLEHAH BINTI ISMAIL TARIKH HANTAR: 29 FEBRUARI 2024 Pengakuan Pelajar Menerima Maklum Balas Daripada Pensyarah Medium:- Tandatangan Tarikh Untuk Kegunaan Pemeriksa Sahaja NO. TUGASAN MARKAH Pemeriksa 1 Pemeriksa 2 Pemeriksa 3 1 2 3 4 JUMLAH Markah Selepas Moderasi Markah dalam 100 % IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, DURIAN DAUN, 75400 MELAKA Kumpulan Individu Kuliah


PANDU PUTERI BUKU LOG Disediakan oleh: Nur Adlina binti Ashri


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU BIODATA ALAMAT : IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, JALAN MAKTAB, DURIAN DAUN 75400 MELAKA TENGAH, MELAKA ANGKA GILIRAN : 2021142340309 PENGKHUSUSAN: BAHASA MELAYU 5 KURSUS: PISMP JUN 2021 (B) NAMA: NUR ADLINA BINTI ASHRI


Asas Pandu Puteri Sejarah dan Penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagan Pandu Puteri Malaysia Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Cogan kata dan lambang Pandu Puteri. Isyarat dan hormat Pandu Puteri Berjabat tangan Pandu Puteri Malaysia. Pakaian Seragam Lagu-lagu Pandu Puteri (lagu dunia, taps siang, taps malam) Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas (lagu- lagu kumpulan berenam) Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan maksudnya. bendera dunia dan maksudnya Istiadat Pandu Puteri Tunas Istiadat Ladam Kuda Sejarah perkembangan dan struktur organisasi Pengurusan dan Struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPG PM Sejarah perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah Perancangan tahunan program Unit Uniform Pandu Puteri Tunas Sekolah Rendah ISI KANDUNGAN


ASAS PANDU PUTERI


SEJARAH DAN PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA


PENGENALAN Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) merupakan pertubuhan rasmi yang menggabungkan persatuan-persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di seluruh dunia. Terdapat 145 organisasi ahli yang bergabung dengan WAGGGS dan mereka ditadbir mengikut lima rantau seperti di Afrika, Arab, Asia Pasifik, Eropah dan Hemisfera Barat. WAGGGS mempunyai 10 jutaorang ahli individu. Melalui Organisasi Ahlinya, WAGGGS menyediakan program pendidikanbukan formal yang berkualiti untuk remaja dan wanita muda mengembangkankepimpinan dan kemahiran hidup melalui perkembangan kendiri, cabaran dan adventure. Pandu Puteri dan Pengakap Puteri belajar melalui pengalaman.


PENGASAS PERGERAKAN PANDU PUTERI Olave St.Clair Soames atau lebih dikenali sebagai Lady-Baden Powell. Beliau adalah isteri kepada Robert Stephenson Smyth BadenPowell telah mengetuai pertubuhan "Girl Guides" dengan bantuan adiknya, Agnes Baden Powell pada tahun 1910 sebagai "Girl Scouts". Pada tahun 1916, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri atau "Girl Guides". Kemudian pada tahun 1918, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pandu Puteri atau "Chief Guide". Beliau telah diberi gelaran "World Chief Guide" pada tahun1930. Beliau hidup sehingga 25 Jun 1977 pada umur 88 tahun. Olave St.Clair Soames (Lady-Baden Powell)


SEJARAH PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA Persatuan Pandu Puteri (dikenali sebagai Pengakap Puteri USA di Amerika Syarikat) adalah organisasi pengakap untuk gadis dan pemudi. Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) telah ditubuhkan secara rasminya dalam tahun 1917 apabila didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura sehingga tahun 1956. Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur sejak tahun 1957.


Pasukan Pandu Puteri Pertama telah ditubuhkan oleh Cik Gertrude Ballard di Methodist Girls School Kuala Lumpur pada tahun 1916. Penubuhan pasukan dibantu oleh tiga orang pemimpin berpangkat Leftenan iaitu Cik Ford, Cik King dan Cik Pykett. Pasukan ini telah didaftarkan di Ibu Pejabat Pandu Puteri India dan dikelolakan di bawah YWCA. Lady Guillemanrd dilantik Yang Di-Pertua dan Puan Cavendish dilantik sebagai Pesuruhjaya Penyelaras untuk Malaya. FASA PENUBUHAN Pandu Puteri mula mendapat perhatian pihak kerajaan yang berkuasa pada masa tersebut. Kerajaan Negeri-negeri Selat serta Kerajaan Persekutuan telah memberi pengiktirafan secara rasmi dalam bentuk sokongan dan kerjasama. Kerajaan juga turut memberi sumbangan dan peruntukan sebanyak dia ribu ringgit mulai tahun 1932. FASA PERKEMBANGAN Kegiatan Pandu Puteri di Malaya tergendala disebabkan perubahan takhta dan Malaya mula diperintah oleh kerajaan Jepun bermula 1942 hingga 1946. Sekali lagi kegiatan kepanduan tergendala akibat pengisytiharan darurat di seluruh negara. FASA HALANGAN


KRONOLOGI PENUBUHAN PANDU PUTERI MALAYSIA


VISI Menerajui perkembangan potensi gadis dan wanita dalam membawa perubahan MISI PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa.


PERLEMBAGAAN PANDU PUTERI MALAYSIA


PENGENALAN Perlembagaan ini merupakan asas pentadbiran seluruh pergerakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, sebagai sebuah pergerakan yang bebas, tidak terlibat dalam sebarang parti politik atau mana-mana badan kerajaan, tidak berasaskan keuntungan, dan bercorak kependidikan untuk kanak-kanak perempuan dan gadis, berteraskan Prinsip Asas Kepanduan, yang berdasarkan nilai rohaniah dan membaktikan untuk pembelajaran kanak-kanak perempuan dan gadis menerusi kaedah-kaedah yang telah diilhamkan oleh Pengasasnya seperti yang tertera di bawah. PERKARA 1 - NAMA, STRUKTUR DAN LOKASI Persatuan ini dinamakan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah persatuan yang tersendiri. Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Kuala Lumpur,


PERKARA 2 - KRITERIA KEANGGOTAAN, PERSETIAAN DAN UNDANG- UNDANG Persatuan Pandu Puteri Malaysia mentaati Prinsip Asas Kepanduan yang berteraskan Persetiaan dan Undang-Undang Asal, seperti yang diilhamkan oleh Pengasasnya, Robert Baden-Powell. Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah keseluruhannya tadbir kendiri, bebas daripada sebarang pertubuhan politik dan tidak akan terlibat dalam sebarang parti politik. Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah organisasi yang tidak berasaskan keuntungan. Undang-Undang Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah seperti yang berikut: 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Yang lain 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa bersopan santun Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar 6. 7. Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah Seorang Pandu Puteri bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan


2.1 Kaedah Kaedah dan program yang digunakan diambil daripada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, yang merangkumi: i. Komitmen melalui Persetian dan Undang-Undang ii. Perkembangan kendiri yang progresif iii. Pembelajaran melalui perbuatan iv. Kerjasama berpasukan menerusi Sistem Kumpulan dan latihan untuk kepimpinan yang bertanggungjawab v. Kerjasama aktif antara remaja dan orang dewasa vi. Khidmat masyarakat vii. Aktiviti luar viii. Simbolisme 2.2 Keanggotaan Keanggotaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah secara sukarela, dan terbuka kepada semua kanak-kanak perempuan dan gadis tanpa membezakan agama, bangsa, kerakyatan atau keadaan yang lain, dengan pembayaran yuran keanggotaan tahunan.


Keanggotaan merangkumi kategori-kategori yang berikut: Ahli Aktif Setiap Ahli Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan atau yuran keanggotaan seumur hidup kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia membayar kuota untuk setiap Ahli Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi:


Ahli Tidak Aktif Setiap Ahli Tidak Aktif perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia tetapi Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak membayar kuota untuk setiap Ahli Tidak Aktif kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-ahli Tidak Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia merangkumi Ahli Aktif yang telah bersara daripada keahlian yang aktif, atau lelaki dan perempuan dewasa, +18 tahun, yang telah mendaftar sebagai Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri yang berkehendak untuk dikaitkan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sukarelawan Pandu Puteri dan Sahabat Pandu Puteri menyumbang bantuan teknikal dalam bidang kewangan, perhubungan awam, projekprojek khidmat dan pembangunan serta teknologi maklumat. Ahli Kehormat Setiap Ahli Kehormat tidak perlu menjelaskan yuran keanggotaan kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak menjelaskan bayaran kuota untuk setiap Ahli Kehormat kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Ahli-Ahli Kehormat ialah ahli yang membantu untuk mempromosikan Persatuan Pandu Puteri Malaysia, seperti Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap- Pengakap Malaysia, kakitangan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Belia dan Sukan, orang-orang awam yang terkenal dan penting, serta individu- individu, termasuk Pesuruhjaya-Pesuruhjaya dan Pemimpin-Pemimpin yang tidak lagi memegang waran.


Ahli-Ahli Kehormat tidak termasuk bekas Ketua Pesuruhjaya, bekas Ketua Pesuruhjaya Cawangan dan bekas ahli Lembaga Eksekutif Kebangsaan, akan menjadi ahli Guild Mantan Pesuruhjaya, dan Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, dengan jemputan. Peletakan Jawatan dan Pembatalan Keanggotaan Seseorang ahli boleh meletakkan jawatan daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada bila-bila masa secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan, dan sekiranya mereka seorang pemimpin atau pesuruhjaya, dengan memulangkan waran mereka. Hak istimewa dan kelebihan yang diperoleh daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia dilepaskan dengan serta-merta dengan peletakan jawatan tersebut. Keanggotaan mana-mana ahli boleh dibatalkan sekiranya mereka tidak mematuhi keperluan- keperluan yang termaktub dalam Perlembagaan ini. Satu 'Court of Honour' akan diwujudkan dan akan dianggotai oleh sekurang-kurangnya tiga orang ahli yang terpilih, untuk mendengar dan membuat Keputusan ke atas setiap rayuan terhadap pembatalan keanggotaan. Keputusan daripada 'Court of Honour" adalah muktamad.


PERKARA 3 - TUJUAN DAN OBJEKTIF Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan Ahli Penuh Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, Tujuan Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan prinsip- prinsip yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia, iaitu: mempromosikan kepanduan, ke seluruh Malaysia, dengan tujuan memupuk perpaduan dan meningkatkan persefahaman bersama berteraskan Prinsip-prinsip Asas; 1. melebarkan sasaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memberikan kepada kanak-kanak perempuan dan gadis peluangpeluang latihan kendiri dalam perkembangan sifat dan watak, kerakyatan yang bertanggungjawab dan khidmat di dalam komuniti sendiri dan dunia; 2. menggalakkan persahabatan antara kanak-kanak perempuan dan gadis berbilang kaum di dalam Negara dan seluruh dunia, 3. untuk mempromosikan kepanduan secara aktif dan melibatkan gadis dibawah umur 30 tahun dalam kedudukan pembuat keputusan di Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 4.


PERKARA 4 - LENCANA USUL 8: Lencana Persatuan Pandu Puteri Malaysia mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan "Persatuan Pandu Puteri Malaysia" di dalam bulatan di sekelilingnya bawahnya. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas Lencana (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan Lencana sepanjang tempoh Keah lian tetapi tidak mempunyai hak ke atas Lencana. Cawangan dan Daerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan Lencana tanpa kebenaran Lembaga Eksekutif Kebangsaan melalui Ibu Pejabat Kebangsaan.


PERKARA 5 - PENAUNG Dengan perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, maka Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Tugas-tugas dan tanggungjawab Penaung Diraja adalah seperti yang berikut: mengisytiharkan pembukaan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. menandatangani dan menganugerahkan setiap Sijil Pandu Puteri Raja menyerikan acara-acara Persatuan Pandu Puteri Malaysia. PERKARA 6 - LEMBAGA EKSKLUSIF Lembaga eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia lalah Lembaga Eksekutif Kebangsaan dan ditugaskan dengan pengendalian dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia antara mesyuarat Majlis Kebangsaan. Lembaga Eksekutif Kebangsaan bertanggungjawab kepada Majlis Kebangsaan. Oleh itu, Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa mutlak untuk menyuraikan Lembaga Eksekutif Kebangsaan jika perlu.


6.1 Keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan Lembaga Eksekutif Kebangsaan terdiri daripada Pegawai-Pegawai yang berikut: Yang Dipertua Timbalan Yang Dipertua Ketua Pesuruhjaya Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat 6 Pesuruhjaya Bahagian Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Pandu Puteri Tunas 2.Pesuruhjaya Pandu Puteri Remaja 3. Pesuruhjaya Pandu Puteri Renjer 4.Pesuruhjaya Pandu Puteri Kadet 5. Pesuruhjaya Kelab Pandu Puteri 6.Pesuruhjaya Guild Kepanduan 6 Pesuruhjaya Perkembangan Kebangsaan 1.Pesuruhjaya Antarabangsa 2. Pesuruhjaya Program&Latihan 3. Pesuruhjaya Kewangan (Kewangan dan Dana) 4. Pesuruhjaya Keahlian 5. Pesuruhjaya Perhubungan dengan Masyarakat 6.Pesuruhjaya Struktur dan Pengurusan


6.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Jawatan-jawatan di atas dipenuhi melalui pemilihan yang akan berlangsung pada Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Kebangsaan. Seorang Ahli Aktif perlu dicalonkan sebagai calon untuk jawatan yang tertentu. Setiap pencalonan memerlukan seorang pencadang dan dua penyokong, yang terdiri daripada Ahli- Ahli Aktif Persatuan Pandu Puteri Malaysia.


Sekiranya terdapat jawatan yang tidak dipenuhi, seorang timbalan pegawai perlu dilantik yang akan memegang jawatan tersebut sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, di mana pemilihan yang baru akan diadakan. Calon baru tersebut akan dipilih untuk memegang jawatan bagi tempoh tiga (3) tahun sepenuhnya. USUL 3: Sekiranya berkemungkinan, Lembaga Eksekutif Kebangsaan perlu dianggotai oleh Pegawai di dalam kumpulan umur berikut: 30% di bawah umur 35 tahun, 40% di antara umur 35 hingga 60 tahun, and 30% di atas umur 60 tahun. USUL 1: Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah merupakan ahli ex officio Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertanggungjawab kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan di dalam pengurusan dan pentadbiran Ibu Pejabat Kebangsaan dan di atas perlaksanaan tugas yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan USUL 7: Lembaga Eksekutif Kebangsaan diberi kuasa untuk melantik ahli ex officio tambahan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.


6.4 Korum dan Kuasa Pengundian Mesyuarat-mesyuarat Lembaga Eksekutif Kebangsaan adalah sah di sisi undang-undang apabila korum dua pertiga daripada ahli yang mengundi hadir. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh dua (2) minggu daripada tarikh asal, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, iaitu semua keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah. Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas usul-usul yang dibawa kepada Majlis Kebangsaan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa boleh dipanggil oleh sekurangkurangnya satu pertiga daripada keahlian Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


6.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Lembaga Eksklusif Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Lembaga Eksklusif Kebangsaan lalah: bertindak bagi pihak Majlis Kebangsaan antara mesyuarat badan perundangan: 1. bertanggungjawab atas pengurusan hari ke hari Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk memastikan pencapaian yang baik: 2. menetapkan objektif-objektif, mengkaji semula, meluluskan dan memimpin strategi dan perancangan, merangka belanjawan dan mengawasi pelaksanaan aktiviti, 3. memastikan dan menyelia pengurusan sumber manusia, pemilihan kakitangan dan pemampasan, pengawasan pelaksanaan tugas personel utama, perancangan pewarisan, dan program latihan terancang: 4. menghasilkan dan melaksanakan program-program untuk komunikasi yang berkesan dengan orang awam; 5. mengkaji kecukupan dan integriti sistem laporan perakaunan dan kewangan, sistem kawalan dalaman, audit dalaman dan sistem untuk mengawasi risiko, kawalan kewangan dan pematuhan dengan undang-undang dan peraturan Persatuan Pandu Puteri Malaysia 6. 7.mencalonkan Ketua Pesuruhjaya. USUL 7 melantik Ketua Eksekutif Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 8.


PERKARA 7 - BADAN UNDANGAN Badan undangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia ialah Majlis Kebangsaan. Majlis Kebangsaan mempunyai kuasa muktamad dalam membuat keputusan dan penggubalan polisi Persatuan Pandu Puteri Malaysia, walaupun antara mesyuarat, tanggungjawab ini boleh diturunkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. 7.1 Keanggotaan Majlis kebangsaan Setiap Cawangan dibenarkan menghantar sepuluh (10) wakil untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan. Kesepuluh (10) wakil tersebut perlu terdiri daripada Ahli-Ahli Aktif yang berumur 18 tahun ke atas. USUL 3: Tiga Satu (31) daripada sepuluh wakil tersebut harus berumur di antara 18-35 30 tahun. Setiap Cawangan dibenarkan juga menghantar seorang Sukarelawan Pandu Puteri, seorang Sahabat Pandu Puteri dan seorang Ahli Kehormat untuk hadir tetapi mereka tidak akan dibenarkan mengundi.


Keanggotaan Majlis Kebangsaan Merangkumi:


7.2 Tempoh Jawatan dan Kriteria Pemilihan Ahli Aktif akan dilantik atau dipilih oleh badan yang mereka wakili untuk hadir dan mengundi di Majlis Kebangsaan selama satu tahun. Tempoh jawatan ini boleh disambung. Jawatan yang tidak dipenuhi akan dibiarkan kosong, sehingga mesyuarat Majlis Kebangsaan tahun berikutnya, laltu pemilihan yang baharu akan berlangsung. Kekosongan ini tidak seharusnya dibenarkan berpanjangan lebih setahun dari Tarikh Jawatan tersebut dikosongkan. 7.3 Kekerapan Mesyuarat Majlis Kebangsaan akan bersidang dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada setiap tahun tidak lewat dari Tarikh 30 Jun. Satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan boleh dipanggil melalui permintaan daripada satu perlima daripada ahli Majlis Kebangsaan. Permintaan ini harus dibuat secara bertulis kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Majlis Kebangsaan akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua. Timbalan Yang Dipertua akan dilantik sebagal pengerusi semasa ketiadaan Yang Dipertua. Sekiranya Timbalan Yang Dipertua juga tidak hadir, ahli-ahli yang hadir akan melantik salah seorang daripada mereka untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut.


7.4 Korum dan Kuasa Pengundian Korum akan dicapai apabila terdapat kehadiran daripada separuh, campur satu daripada jumlah ahli yang mengundi. Apabila sesuatu mesyuarat dipanggil, sekiranya korum tidak diperoleh, mesyuarat tersebut akan ditunda ke satu tarikh satu bulan dari tarikh asal mesyuarat yang dipanggil tersebut. Sekiranya korum tidak dicapai pada mesyuarat yang ditunda ini, mesyuarat ini tetap akan dijalankan dengan bilangan ahli yang hadir, dan bilangan ahli mengundi yang hadir akan diterima sebagai satu korum, laitu semua Keputusan yang dicapai akan diambil kira sebagai sah Keputusan akan diambil melalui undi majoriti (setengah campur satu undi daripada jumlah keseluruhan ahli mengundi yang hadir). Keputusan ke atas hal-hal kewangan, pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil, dan pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia memerlukan dua pertiga undi majoriti. USUL 4: Hak untuk mengundi di Majlis Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan akan ditarik balik daripada mana-mana Cawangan Persatuan yang gagal membayar yuran keanggotaan bagi tahun kewangan sebelum setiap Mesyuarat Agung Tahunan pada tahun tersebut, melainkan permintaan untuk menangguhkan pembayaran telah diluluskan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan.


7.5 Tugas-tugas dan Tanggungjawab Majlis Kebangsaan Tugas-tugas dan tanggungjawab Majlis Kebangsaan adalah seperti berikut: Memajukan Tujuan dan objektif-objektif Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Menetapkan polisi dan hala tuju Persatuan Pandu Puteri Malayala Memperoleh pelbagai pandangan daripada Ahli Aktif dan Ahil Tidak Aktif tentang Isu-isu penting: Melantik juruaudit untuk mengaudit kunci kira-kira dan akaunakaun tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia tahunan secara bebas dan menerima laporan kewangan dan laporan tahunan; Memilih atau memberi persetujuan ke atas pertantikan ke Lembaga Eksekutif Kebangsaan Mendengar dan membuat keputusan ke atas permintaan untuk menarik balik waran-waran Ketua Pesuruhjaya dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Membuat pindaan ke atas Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini, Menerima dan meluluskan Perlembagaan Cawangan dan pindaanpindaan susulan Membuat keputusan ke atas pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Perkara-perkara lain boleh diperdengarkan, dan diundi sekiranya perlu. di Majlis Kebangsaan dengan undi majoriti ahli-ahli Majlis Kebangsaan.


PERKARA 8 - KEWANGAN Dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia diperoleh daripada: kuota tahunan yang dijelaskan oleh Ahil. dengan jumlah yang ditetapkan oleh Majlis Kebangsaan; 1. derma, sumbangan, yuran, pencarian dana, pusaka, harta peninggalan atau sumber dan pendapatan daripada pelaburan. 2. Dana akan digunakan semata-mata untuk melanjutkan Tujuan Persatuan Pandu Putert Malaysia selaras dengan polisi dan perancangan kewangan di mesyuarat Majlis Ketangsaan Semua harta dan sumber lalah hak Persatuan Pandu Puteri Malaysia atau Persatuan Cawangan dan tidak kepada mana-mana ahli individu atau kumpulan ahli-ahl Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Harta dan sumber yang dimiliki Persatuan Cawangan akan diuruskan oleh Pemegang Amanah masing-masing. Harta dan harta tanah yang dimiliki oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia diuruskan oleh Jawatankuasa pengurusan, tetapi keputusan jangka panjang tentang penjualan atau pembiayaan harta tersebut harus dibuat oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Sukarelawan tidak akan dibayar untuk menjalankan tanggungjawab merska, tetapi benarkan menerima wang perbelanjaan sekiranya dipersetujui oleh Majlis Kebangsaan. Semua akaun bank yang dimiliki oleh Persatuan Padu Puteri Malaysia harus mempunyai dua penandatangan yang diberikan kuasa untuk setiap transaksi, iaitu salah seorang daripada penandatangan itu ialah Bendahari Kehormat


Jawatankuasa Kewangan, yang dipengerusikan oleh Bendahari Kahormat skan mentadbirkan dana Persatuan Pandu Puteri Malaysia USUL 5 Bendahan Kehormat akan menyediakan Penyata Kewangan Tahunan tidak lewat dari tarikh 14 Mei 30 Mac setiap tahun. Audit bebas akan dikendalikan setiap tahun kewangan dan kunci kira-kira serta akaun-akaun gabungan akan diperlihatkan kepada Majlis Kebangsaan untuk diuusikan. Tahun kewangan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bermula pada I Januari hingga ke 31 Disember PERKARA 9 - CAWANGAN PERSATUAN Cawangan Persatuan terdiri daripada: Negeri-negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Terengganu 1. 2.Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan and Putrajaya. 3.USUL 9: Maktab Rendah Sains Mara. 4.Kampus/Ibu Pejabat utama Institut Pengajian Tinggi. Lembaga Eksekutif Kebangsaan mempunyai kuasa untuk menentukan Cawangan Persatuan, dan isu-isu sokongan akan dimasukkan ke dalam Undang-Undang Kecil.


Setiap Cawangan Persatuan mempunyai Perlembagaan Cawangan, yang selari dengan Perlembagaan ini. Sekiranya terdapat perkara yang tidak konsisten antara Perlembagaan Cawangan dan Perlembagaan ini, Perlembagaan ini akan mengatasi Perlembagaan Cawangan, namun setiap Cawangan Persatuan diberikan kuasa untuk mengkoordinasi polisi polisi dan peraturan-peraturan Cawangan berkait dengan komposisi Lembaga Eksekutif Cawangan, tempoh jawatan pegawai-pegawainya, dan mana-mana perkara yang dibenarkan oleh Lembaga Eksekutif Kebangsaan. Setiap Perlembagaan Cawangan akan dibentangkan kepada Lembaga Eksekutif Kebangsaan untuk diluluskan. Setiap Cawangan dibenarkan mencalon wakil untuk menghadiri Majlis Kebangsaan untuk tempoh yang ditetapkan, Setiap Cawangan dibenarkan membuat pencalonan untuk pemilihan Pegawai Lembaga Eksekutif Kebangsaan. PERKARA 10 - PINDAAN KE ATAS PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG KECIL Perlembagaan dan Undang-Undang Kecil ini boleh dipinda di mesyuarat Majlis Kebangsaan melalui undian dua-pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. USUL 6: Pindaan boleh dicadangkan oleh mana-mana ahli Majlis Kebangsaan atau Lembaga Eksekutif Kebangsaan pada bila-bila masa. Pindaan perlu diedarkan kepada ahli-ahli Majlis Kebangsaan empat belas dua puluh satu (1421) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat Majlis Kebangsaan.


PERKARA 11 - PEMBUBARAN PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA Pembubaran Persatuan Pandu Puteri Malaysia hanya akan berlangsung melalui satu Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan yang diadakan untuk tujuan ini. Korum untuk mesyuarat ini ialah dua pertiga daripada ahli Majlis Kebangsaan. Cadangan untuk pembubaran harus disokong oleh dua pertiga undi majoriti daripada ahli-ahli yang hadir. Setelah Persatuan Pandu Puteri Malaysia dibubarkan, sekiranya masih terdapat dana atau aset selepas semua hutang dan liabiliti dijelaskan, dana atau aset tersebut harus diagihkan sepertimana yang dipersetujui di Mesyuarat Agung Luar Biasa Majlis Kebangsaan, laitu pengundian untuk pembubaran telah berlangsung. Organisasi yang menerima dana atau aset tersebut harus mempunyai tujuan-tujuan yang sama dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Perlembagaan ini berkuat kuasa pada 24 September 2005 dan diterima oleh Majlis Kebangsaan pada 9 Jun 2006 dan disemak pada 30 Mei 2007.


PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTERI


Bahawa dengan sesungguhnya, Saya berjanji dan bersetia, Dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajiban saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa dan mematuhi undang-undang kepanduan. PERSETIAAN PANDU PUTERI UNDANG-UNDANG PANDU PUTERI 1.Seorang Pandu Puteri boleh dipercayai. 2.Seorang Pandu Puteri sentiasa taat dan setia. 3.Seorang Pandu Puteri suka menolong orang lain. Seorang Pandu Puteri bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain. 4. 5.Seorang Pandu Puteri sentiasa sopan santun. 6.Seorang Pandu Puteri melindungi haiwan dan menjaga alam sekitar. 7.Seorang Pandu Puteri sentiasa menurut perintah. Seorang Pandu Puteri sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan. 8. 9.Seorang Pandu Puteri sentiasa berjimat cermat. 10.Seorang Pandu Puteri suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.


COGAN KATA DAN LAMBANG PANDU PUTERI


Bintang pecah 14 SELALU SEDIA COGAN KATA LAMBANG PANDU PUTERI Trefoil menunjukkan tiga Persetiaan Pandu Puteri melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia


Bintang-bintang pada cabang trefoil LENCANA DUNIA Trefoil (warna emas) Ikrar Pandu Puteri Matahari bersinar-sinar di langut biru Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri Jalur kompas sebagai penunjuk jalan yang harus dituju dalam Pandu Puteri Perasaan kasih sayang semua manusia yang sentiasa bernyala dalam jiwa Pandu Puteri Tapak Jalur


ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI


ISYARAT PANDU PUTERI Isyarat Pandu Puteri digunakan semasa: seseorang itu diterima menjadi ahli Pandu Puteri; semasa Pandu Puteri membaharui ikrar melambangkan persaudaraan dan rasa kasih sayang seseorang terhadap Pandu Puteri khususnya, dan dunia amnya. Caranya adalah seperti berikut: 1.Ahli Pandu Puteri berada dalam kedudukan sedia. Tangan kanan dinaikkan ke atas bahu dan tangan kiri dirapatkan terus ke badan. 2. Kedudukan jari samalah seperti dalam hormat Pandu Puteri. 3. Kedudukan tangan kanan adalah pada jarak 15- 25 cm dari telinga kanan. 4.


HORMAT PANDU PUTERI Cara memberikan hormat adalah seperti berikut: 1.Tiga jari tangan kanan ditegakkan. Ibu jari diletakkan di atas jari kelengkeng yang dibengkokkan. 2. 3.Tangan di angkat sehingga sama tinggi dengan dahi. Sebaik sahaja dapat hormat balas, tangan dijatuhkan dan pandu puteri bolehlah bergerak dari situ 4. Hormat atau tabik Pandu Puteriadalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawai- pegawai Pandu Puteri seperti Pemimpin, Ketua, dan juga sesama ahli kumpulan Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua dan orang-orang kenamaan di dalam upacara yang kepanduan. 1. Upacara penerimaan hadiah atau kurniaan. 2. 3.Upacara mengibarkan bendera.


BERJABAT TANGAN PANDU PUTERI MALAYSIA


Berjabat tangan adalah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. sebagai tanda untuk menegur sapa antara sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita.


PAKAIAN SERAGAM


PANDU PUTERI TUNAS


PANDU PUTERI REMAJA


PANDU PUTERI RENJER


Click to View FlipBook Version