The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EDUP3073 PENULISAN AKADEMIK, NURUL SYAMSINA F1

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syamsina09-376, 2022-05-12 13:41:41

EDUP3073, PENULISAN AKADEMIK

EDUP3073 PENULISAN AKADEMIK, NURUL SYAMSINA F1

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan
(Ambilan Jun 2020)

EDUP3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Disediakan oleh:

Nama: NURUL SYAMSINA BINTI HAMID
No. Kad Pengenalan: 010522110020
2020192340016
Angka Giliran: PISMP F1
Kumpulan/ Unit
Nama Pensyarah: SHARIZAN ABD HAMID
Tajuk Tugasan :
Tarikh Penyerahan: PENULISAN AKADEMIK
Tarikh Maklum Balas Pensyarah: 12 MEI 2022

ISI KANDUNGAN 1
2
1. Penghargaan 2
2. Pengenalan 2
3. Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya 3
4
Aspek Fizikal 5
Aspek Emosi 5
Aspek Sosial 6
Aspek Sosiolinguistik
4. Rumusan
5. Rujukan

1

Penghargaan

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t kerana telah
mengurniakan kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan pentaksiran berterusan ini dengan
sempurna dan jayanya.

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak
membantu saya sepanjang tempoh pentaksiran berterusan ini disiapkan. Pertama sekali
kepada Puan Sharizan binti Abdul Hamid selaku Pensyarah EDUP3073 BUDAYA DAN
PEMBELAJARAN kerana banyak memberikan bimbingan dan sokongan sepanjang
pentaksiran berterusan ini disiapkan.

Seterusnya, sekalung penghargaan untuk rakan-rakan seperjuangan yang sama-
sama berhempas pulas dalam menyiapkan laporan ini. Bantuan kalian dari segi informasi
terkini mengenai laporan temu bual ini amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup
meluangkan masa berkongsi maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara
langsung atau tidak langsung sepanjang pentaksiran berterusan ini dijalankan.

2

Pengenalan

Pendidikan merupakan suatu kepentingan dan perkara yang amat dititikberatkan bagi
masyarakat kini terutamanya bagi generasi muda. Hal ini kerana, pendidikan boleh mengubah
nasib seseorang menjadi lebih baik. Oleh itu, sesiapa sahaja berhak mendapat pendidikan
yang sama taraf tidak kira berlainan bangsa, agama dan budaya. Untuk melahirkan seorang
masyarakat yang cemerlang ketika ini, tanggungjawab sememangnya terletak pada diri
seseorang guru. Guru di sekolah adalah pengganti ibu dan bapa kepada murid-murid. Oleh
itu, sebagai seorang guru, mereka perlu menunjukkan teladan yang baik ketika mendidik di
dalam kelas bagi mewujudkan suasana kelas yang mesra budaya dan kondusif. Persekitaran
pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi
kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global (Syed Ismail
et al., 2012). Oleh itu, bagi negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat yang pelbagai
bangsa, agama dan budaya perlu menerapkan nilai-nilai dalam diri setiap individu untuk
memastikan keamanan dan keharmonian negara terpelihara. Justeru, guru-guru di sekolah
perlu memastikan elemen mesra budaya disemai dan dipupuk di dalam kelas semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung untuk mewujudkan suasanan yang konsusif dan
positif dalam kalangan murid-murid.

Langkah-langkah Menguruskan Bilik Darjah Mesra Budaya

Cabaran yang perlu setiap guru hadapi khususnya guru sekolah rendah adalah untuk
mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Hal ini kerana persepsi dan tanggapan
murid terhadap rakan yang berlainan bangsa akan wujud kerana dipengaruhi oleh faktor
luaran yang menyebabkan mereka tidak memberikan kerjasama dalam melakukan aktiviti di
dalam bilik darjah. Oleh hal yang demikian, guru perlu bersikap sama rata dalam melayani
murid walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa serta guru juga boleh menjadi ejen yang
menyebarkan nilai positif dalam kalangan murid bagi mengekalkan perpaduan dalam diri
mereka. Namun begitu, para guru juga boleh mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya
melalui empat aspek iaitu aspek fizikal, emosi, sosial dan sosiolinguistik.

Aspek Fizikal

Persekitaran yang kondusif dan ceria dapat membantu mewujudkan keselesaan kepada guru
dan murid serta dapat mengekalkan tumpuan dan minat murid dalam bilik darjah (Abdul Bari,
2017). Oleh itu, antara usaha dan langkah yang boleh digunakan dalam membentuk bilik
darjah yang mesra budaya adalah guru boleh mengatur susunan kerusi dan meja murid

3

dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Oleh itu, murid dapat duduk dalam kalangan
pelbagai bangsa kerana susunan kerusi dan meja yang bergabung membentuk kumpulan. Ini
bermakna, murid perlu bergaul dengan pelbagai bangsa sekaligus dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang mesra budaya. Selain itu, langkah ini juga dapat menghidarkan
murid daripada terhalang dengan halangan seperti almari buku. Kesannya, murid dapat
melakukan aktiviti secara koperatif bersama rakan-rakan yang lain tidak kira bangsa dan
agama. Sebagai contoh, dengan wujudnya susunan begini, murid perlu bercakap dengan
rakan sebelah walaupun berlainan bangsa untuk berbincang mengenai tugasan yang guru
berikan. Dengan cara itu, hubungan erat dan persefahaman dapat dibentuk apabila mereka
saling berinteraksi sesama mereka.

Selain itu, guru juga boleh menghias kelas dengan elemen kebudayaan dan
kesenian kaum-kaum yang terdapat di negara Malaysia. Oleh itu, murid dapat mempelajari
kesenian bangsa lain dan meningkatakan keterbukaan murid agar meraikan persamaan yang
terdapat dalam bangsa mereka dan mengetepikan perbezaan yang membuatkan Malaysia
menjadi satu negara tarikan pelancong. Contohnya, guru meletakkan nota-nota di tepi atau
hadapan kelas berkaitan adat resam, makanan atau budaya antara kaum seperti makanan,
tarian atau sambutan perayaan iaitu Hari Raya Puasa, Deepavali dan Tahun Baru Cina. Di
samping itu, sikap tanggungjawab turut dapat dipupuk dalam kalangan murid apabila guru
memberikan amanah kepada mereka untuk menghias kelas dengan meletakkan adat resam
dan budaya setiap kaum. Mereka juga akan lebih menghargai hiasan tersebut dan tidak
berlakunya vandalisme.

Aspek Emosi

Menurut Noriati A. Rashid et al., (2017), emosi merupakan perasaan dan gerak hati yang
dialami oleh seseorang individu yang akan terhasil melalui tindak balas fisiologi sekiranya
berlaku rangsangan terhadap emosi dalam sesuatu keadaan. Albert Bandura berpendapat
kanak-kanak membuat pemerhatian terhadap tingkah laku orang yang berada di sekelilingnya
sewaktu berinteraksi. Oleh itu, bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya,
guru perlu melayan setiap murid dengan dan tidak melabel atau membezakan mereka.
Layanan yang adil dapat membuatkan murid rasa dihargai, lebih selesa dan gembira ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Guru perlu bersikap profesional dan tidak
pilih kasih sebagaimana hanya melayani bangsa yang sama. Misalnya, guru Melayu hanya
melayan murid Melayu dan bangsa lain diabaikan serta dibeza-bezakan. Hal ini akan
mewujudkan jurang yang besar antara guru dan murid serta murid berasan tidak seronok
untuk belajar.

4

Sikap profesional guru dalam memberikan layanan yang adil serta tidak membeza-
bezakan murid akan menjadikan murid lebih aktif ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung serta mereka bebas memberikan pandangan atau berbincang. Selain itu, mereka
juga berasa disayangi dan tidak cemburu antara satu sama lain walaupun memiliki darjat yang
tidak setaraf. Layanan guru terhadap bangsa lain juga mampu mempengaruhi emosi murid
yang berlainan bangsa untuk melayan rakan-rakan mereka sama rata tanpa melihat
perbezaan bangsa. Oleh hal yang demikian, suasana di dalam bilik darjah akan menjadi
selesa dan gembira serta tiada rasa janggal sama ada antara guru dan murid serta murid dan
murid.

Aspek Sosial

Murid merupakan golongan yang masih berada dalam lingkungan kanak-kanak. Oleh itu,
mereka akan berkelakuan dan mengikuti berdasarkan apa yang mereka lihat dan perhatikan
(Albert Bandura, 1977). Maka, setiap tigkah laku dan gerak geri guru ketika di dalam kelasa
mahupun ketika di luar kelas menjadi pemerhatian bagi setiap murid. Justeru itu, langkah yang
seharusnya guru ambil adalah dengan menjadi suri teladan yang baik untuk diikuti oleh
mereka. Dengan cara itu, mereka akan mampu untuk bergaul dengan rakan sekelas dengan
kaedah yang sopan dan menghormati antara satu sama lain. Misalnya, ketika berada di dalam
kelas, guru menggunakan bahasa yang lembut dan sopan serta memiliki dan mempamerkan
ciri akhlak dan peribadi yang terpuji. Secara langsung, mereka akan turut sama melakukan
perkara sedemikian.

Seterusnya, guru juga boleh memupuk kasih sayang sesama mereka dengan
meraikan sambutan hari lahir dengan membuat kad-kad ucapan atau membuat jamuan.
Dengan cara itu, murid akan berasa kewujudan mereka dihargai dan menjadi lebih
bersemangat untuk hadir ke sekolah serta meneruskan pembelajaran. Aktiviti sebegini juga
dapat menambah baik hubungan sesama murid agar saling mesra dan rapat antara satu sama
lain. Misalnya, guru membuat satu jamuan dan menyuruh murid untuk membawa satu juadah
setiap seorang. Selain dapat memupuk kasih sayang antara mereka, murid juga dapat
mengenali makanan budaya lain dan menjadikan mereka akan lebih terbuka kepada budaya
lain.

5

Aspek Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merupakan bidang ilmu yang mengkaji ciri dan fungsi kepelbagaian bahasa
serta pengaruh yang dibawa oleh budaya dalam sesuatu bahasa (Noriati Abd Rashid et al.,
2017). hal ini jelas menunjukkan bahawa bahasa itu berkembang mengikut penempatan yang
didiami oleh para penuturnya. Sebagai contoh, negara ini yang memiliki kepelbagaian bahasa
akibat daripada rakyat yang berbilang bangsa dan budaya. Namun begitu, bahasa utama
yang diangkat sebagai bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Antara langkah yang boleh
diambil untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya adalah guru menerapkan budaya
dan adat daripada kaum lain dengan merancang aktiviti lakonan kepada murid-murid.
Potensi murid perlu ditingkatkan dengan maksimum melalui guru mempelbagaikan kaedah
pengajaran (Shukri, 2007). Lakonan dan drama merupakan satu aktiviti yang terbaik dalam
mebentuk emosi yang seimbang, keyakinan dan penguasaan berbahasa kepada murid. Hal
ini kerana mereka perlu menjiwai watak tersebut untuk dipersembahkan di hadapan penonton.
Oleh yang demikian, guru mampu menerapkan kefahamn terhadap kaum budaya lain.

Rumusan

Kesimpulannya, guru merupakan ejen penting dalam pendidikan untuk mewujudkan satu
pembelajaran yang seronok dan suasana yang kondusif. Guru bukan sahaja menjadi tenaga
pengajar, malah guru juga perlu mendidik, menjadi pemudahcara, pembimbing dan
perancang untuk memastikan anak didik mampu mencapai kecemerlangan secara holistik
dalam semua bidang. Guru merupakan watak utama dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran, oleh itu, guru perlu menerapkan sikap-sikap yang baik sama ada di dalam bilik
darjah mahupun di luar bilik darjah untuk melahirkan bilik darjah yang mesra budaya. Oleh itu,
guru perlulah bersikap proaktif untuk memastikan konsep bilik darjah mesra budaya boleh
dicapai dan seterusnya mampu melahirkan modal insan kelas minda pertama.

6

Rujukan
Abdul Bari. (2017). Persekitaran fizikal bilik darjah mesra budaya. Sribd.
Bandura, A. (1977). Social learning theory. Practice Hall.
Kamarul Azmi Jasmi, Osmawadi Talip & Mohd Faeez Ilias. (2012). Strategi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Islam berpusatkan pelajar. Seminar Antarabangsa
Perguruan dan Pendidikan Islam (SEAPP 2012). Universiti Teknologi Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid.
(2017). Budaya dan pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shukri. (2007). Pengantar pemikiran. Quantum Books.
Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2012). Budaya dan pembelajaran.
Penerbitan Multimedia.


Click to View FlipBook Version