The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-22014862, 2021-11-26 19:19:24

Teks ucapan persaraan 1

Teks ucapan persaraan 1

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Sejahtera

Yang Diraikan , Cik Chin Nyet Siong, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berbahagia Pn.Chua Guat Leng, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Rosmawati Bt Nawawi Penolong Kanan Kokurikulum
Pn. Teyew Sew Fuan Penolong Kanan Petang
En. Hassan bin Ahmad , Penolong Kanan Pendidikan Khas

Yang Dihormati , Encik Tan Kean Chye, Yang Dipertua PIBG SMK TBI
Ahli Jawatankuasa PIBG
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran
Pengerusi Kelab KEBIRUS, Encik Balan a/l Parama Sivam
Dan guru-guru dan AKP yang dikasihi sekalian.

1. Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T. kerana dengan limpah rahmat-Nya, dapat kita bersama-sama
berhimpun dalam majlis yang cukup besar maknanya setelah sekelian
lama kita tidak dapat berkumpul seperti ini lantaran pendemik yang
berlaku. Terima kasih kepada pihak KEBIRUS kerana memberi ruang
kepada saya untuk menyampaikan ucapan sempena Majlis Jamuan
Akhir Tahun dan Sempena Persaraan Cik Chin Nyet Siong.

2. Sepanjang tahun 2021 ini , ekoran situasi pendamik yang berterusan,
saya ingin merakam rasa syukur dan terima kasih kepada semua guru
dan AKP yang telah melaksanakan tanggungjawab sepanjang 2021
dengan baik walaupun sesi persekolahan belum habis akan
disambung pada bulan Januari dan Februari 2022.

3. Komitmen cikgu2 dalam melaksanakan PdPR memang sangat
mencabar, pelbagai ilmu perlu dipelajari dengan situasi mengajar
tanpa pelajar membuka video ataupun bersuara. Tetapi guru –guru
dapat melaksanakan dengan baik dan ada dikalangan guru yang
sangat hebat dengan menggunakan berbagai kaedah pembelajaran
online seperti Google slide, kahoot, classdojo sebagai ganjaran, plikers
dan berbagai kaedah lagi. Apa pun cabaran yang kita hadapi, inilah
amanah yang perlu kita laksanakan. Melalui pemantauan oleh pihak
pengurusan, sekolah kita tidak menghadapi masalah yang besar
seperti setengah2 sekolah , pelajar langsung tidak masuk PdPR dan
ada yang tidak mengajar. Tahniah kepada Semua Guru SMKTBI yang
telah melaksanakan Pembelajaran Di Rumah dengan baik. Saya amat
berharap semua warga SMKTBI sentiasa bekerjasama dalam satu
pasukan dan sanggup berubah bagi menjadikan kita penjawat awam
yang berinovasi, berkualiti dan berintegriti.

4. Seterusnya Buat Cik Chin Nyet Siong yang akan bersara pada 10
Disember 2021, saya mewakili pihak pengurusan sekolah ingin
merakamkan ucapan terima kasih atas komitmen dan kerjasama yang
baik sepanjang di SMKTBI ……. Beliau telah berkecimpung dalam
dunia keguruan sejak tahun 1990. Iaitu 31 tahun yang lalu… Cikgu2
baru di sekolah ini ada yang baru lahir…dan ada yang pernah menjadi
anak murid beliau. Tpi Cik Chin tetap awet muda….. Persaraan beliau
adalah persaraan wajib, di mana satu ketika dulu kita boleh memilih
untuk bersara 56, 58 atau 60 tahun. Tetapi sekarang semua guru yang
melapor diri akan bersara 60 tahun. Beliau mempunyai pengalaman
yang cukup luas terutama sebagai Penolong Kanan Pentadbiran iaitu
selama 20 tahun. Selama setahun beliau di SMKTBI banyak ilmu yang
beliau curahkan terutama dalam pengurusan kurikulum, kami
memang akan amat terasa kehilangan seorang yang mempunyai ilmu
dan pengetahuan yang luas. Beliau seorang cekap dan dan cepat dalam
melaksanakan tugas. Inilah ilmu yang guru2 kena belajar iaitu
menyelesaikan kerja pada waktu yang ditetapkan atau on time.

5. Persaraan beliau suatu kehilangan yang besar bagi sekolah, tetapi
setiap kebaikan yang ditinggalkan akan menjadi ikatan dan pendorong
buat kami guru-guru.

6. Semoga Cik Chin sentiasa dilimpahkan kesihatan yang baik dan
menjalani hari-hari persaraan dengan aktiviti yang tertangguh selama
ini.

7. Saya bagi pihak warga SMKTBI memohon kemaafan atas sebarang
kesalahan baik dari tutur kata mahupun perbuatan selama ini. Saya
juga memohon maaf kepada rakan2 guru sepanjang setahun saya
memimpin anda semua. Sebarang kealpha atau kesilapan yang
mungkin berlaku

8. Terima kasih kepada AJK KEBIRUS dan juga AJK PIBG yang banyak
memberi sokongan kepada SMKTBI dan semua yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

Selamat Bersara Cik Chin Nyet Siong daripada kami warga SMKTBI

9. Akhir kata sebelum saya mengakhiri ucapan saya, izinkan saya
membaca sebuah gurindam yang saya petik daripada Gurindam 12
Fasal kelima Karya Raja Ali Haji yang mengambarkan keperibadian
yang perlu diikuti.

Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihatlah kepada budi dan Bahasa

Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memelihara yang sia-sia

Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia

Jika hendak mengenal orang berilmu
Bertanya dan belajar tiada jemu

Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal

Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihatlah pada ketika bercampur dengan orang ramai

Sekian
wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warahmatullahi
wabarakatuh


Click to View FlipBook Version