The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

emas dan sutera haram dipakai oleh lelaki

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 127hakim, 2022-05-29 07:29:24

e majalah kumpulan 7

emas dan sutera haram dipakai oleh lelaki

TAJUK : EMAS DAN
SUTERA HARAM DIPAKAI
OLEH LELAKI

1. MUHAMMAD AKIF HILMI BIN HUZAIRI (04DKA21F1149)
2. AMMAR HAFIZ BIN NAZRI (04DKA21F1100)
3. NIK ASYRUL AQIMI BIN RADIN ALAM SAH (04DKA21F1116)
4. FAKHRIY FASYIEN BIN MUHD ZAAIM (04DKA21F1004)
5. MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM BIN ZULKIFLI (04DKA21F1132)

PENDAHULUAN

Emas dan kain sutra tidak asing bagi wanita jika mereka memakainya, apatah lagi
jika si pemakainya akan tampil lebih anggun dan bergaya. Walaubagaimanapun,
Islam sangat menegah umatnya terutama kaum lelaki daripada memakai emas
dan sutera. Mengapa ianya diharamkan?Apakah yang akan berlaku sekiranya
golongan lelaki tetap memakai emas dan sutra sebagai perhiasan mereka?
Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang
berunsurkan emas termasuk gigi emas. Emas di sini bermaksud dalam sebarang
sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagaiwarna yang
mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.
Sungguhpun begitu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan
sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia
bukannya dari unsur emas. Hanya rupa dan warnanya sahaja yang kelihatan sama
dan bukan kemiripannya.
Hakikatnya, hikmah di sebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya
sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul, di samping
mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam
berhias.

AYAT AL-QURAN DAN HADITH

Jika seorang lelaki memakai emas kerana hajat ataupun darurat.Contohnya
masalah kesihatan. Maka ini dibolehkan. Dalilnya berdasarkan hadis berikut.
Daripada Abdurrahman bin Tarafah:

Maksudnya: Bahawa atuknya 'Arfajah bin As' ad terpotong hidungnyapada hari
Peperangan Kulab. Kemudia dia memasang acuan hidungdaripada bahan perak,
lalu baunya busuk dan mengganggu beliau,- {maka Nabi SAW menyuruhnya
mengambil hidung daripada jenis emas.Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232)
dalam Sunah-nya

Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubaitan:seperti pen
yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnyatidak dibolehkan. Ini
berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Alibin Abi Talib RA:

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutra danmemegangnya dengan
tangan kanannya, dan emas di tangankirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya
dua benda ini haram keatas umatku yang lelaki.

Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya

KEBURUKAN DAN HIKMAH-BAGILELAKI YANG
MEMAKAL EÑASDAN SUTERA

Umat Islam sebenarnya diajar supaya sentiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah
SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak
bermegah-megah dalam berhias.
Antara hikmah Islam melarang penggunaan emas dan sutra tersebut adalah untuk
menghindari dua hal yang merugikan iaitu pemborosan dan sikap bermewah-
mewahan. Tambahan pula adalah amat tidak manis (tidak sesuai) bagi lelaki berhias
sebagaimana wanita berhias apa lagi Islam melarang lelaki yang menyerupai wanita
dan Wanita yang menyerupai lelaki.
Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya
sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami, manakala lelaki pula
tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan
sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.
hikmah/pengharaman sutera bagi lelaki kerana kerana Islam adalah agama jihad dan
kekuatan. Maka Islam juga menjaga sifat kelelakian kaum lelaki daripada segala
perkara yang menunjukkan kelemahan dan kelembutan. Sedangkan sutra itu sifatnya
lembut danmelambangkan kewanitaan. Hal ini berbeza dengan wanita yang dihalalkan
memakai sutra kerana Allah menciptakannya dengan sifat kelembutan yang sukakan
kecantikan dan kewajipannya untuk berhias demi kesenangan suaminya. (Rujuk:
Nihayah al-Muhta), 373-374).

KAJIAN SAINS TENTANGEMAS DAN SUTERA

Dari sudut sains menjelaskan bahawa struktur dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza
dengan kulit wanita. Melalui satu perkongsian sumber yang dimuat naik di sebuah
blog, perhiasan emas yang dipakai kebanyakannya bukanlah seratus peratus emas
tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam
bentuk 18 dan 22 karat.
Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratusan kandungannya ialah
emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh
jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.
Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga+ve. Maka ianya
berlawan dari segi magnet dan gelombangnya.Tekanan in menyebabkan tulang akan
mudah membengkok dan rapuh.
Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke
dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas
dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesan yang
ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam
peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan* Migrasi Emas ").
Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer
adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental
dan fizikal serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan
normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa.

TITIK PERTEMUAN 'ANTARA HASILKAJIAN SAINS
DAN HURUMISLAM YANG
MEMBUKTIKANKEBENARAN ISLAM

kaum lelaki adalah diharamkan daripada memakai apa sahaja barangan berunsur
emas. Baik berupa cincin emas, gelang emas, rantai emas,subang emas, mahupun gigi
emas. Kecuali dalam keadaan darurat atau untuk tujuan perubatan.
Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a bahawa Nabi Muhammad
s.a.w, bersabda: "Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku
dan dihalalkan bagi wanitanya." (Hadis riwayat al-Tarmizi).
Juga hadis riwayat Imam Ahmad yang berbunyi, "Sesungguhnya Nabi SAW mengambil
sutra dan memegangnya dengan tangan kanannya,dan emas di tangan kirinya,
kemudian bersabda : Sesungguhnya dua3 benda ini.haram ke atas umatku yang lelaki.
"Para ahli kimia menyimpulkan bahawa partikel emas memang mampu menembusi
kulit dan masuk ke dalam salur darah manusia, yang boleh memberi kèsan buruk
kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan pada si pemakai.
Kenapa lelaki tidak dibolehkan memakai emas kerana dari sudut sains,kondisi dan
tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan perempuan.

KESIMPULAN

Setelah meneliti perbahasan di atas, dapatlah kami simpulkan masalah ini kepada beberapa perkara:
Hukum memakai sutra adalah haram bagi kaum lelaki dan halal bagi kaum perempuan selagi tidak melanggar
batas syariat. Namun begitu,kaum lelaki diharuskan memakai sutra ketika dalam keadaan darurat seperti
memakainya ketika tiada pakaian yang boleh menutupinya pada musim sejuk atau untuk tujuan perubatan
(Rujuk: Al-Majmu' Syarh al-Muhadzzab, 4/437).
Hukum menggunakan sutera selain daripada pakaian samada di dalam solat seperti sejadah atau di luar solat
seperti selimut, cadar, dan sebagainya ialah sama seperti hukum memakai sutra iaitu haram bagi kaum lelaki
dan halal bagi kaum perempuan.
Bagi lelaki yang memakai sutra atau menggunakannya sebagai alas untuk solat, dia menanggung dosa kerana
melakukan perbuatan yang haram tetapi solatnya tetap sah di sisi jumhur ulama'. Hal ini kerana perkara
tersebut tidak memberi apa-apa kesan dari sudut sah dan batalnya solat mengikut hukum syarak. Wallahu a'lam.
Kami juga ingin mengingatkan kaum lelaki supaya bertaqwa kepada Allah dalam urusan meninggalkan pakaian
sutera. Sesungguhnya Allah menjanjikan kenikmatan di syurga yang lebih abadi bagi kaum lelaki yang
meninggalkan larangan tersebut di dunia, sebagaimana firman Allah s.w.t

Maksudnya: "Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera
tebal (yang bertekap), serta mereka dihiasi dengan gelang tangan daripada perak dan mereka diberi minum oleh
Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih dan suci.
"(Surah al-Insan: 21)Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama.
Aamiin.

SUMBER RUJUKAN

https://m.facebook.com/MindaJutawanEmas/posts/mengapa-lelaki-diharamkan-
memakai-emasberdasarkan-beberapa-potongan-hadith-berik/1377190799008991/
https://www.hargaemas.com.my/terkini/penjelasan-hukum-fizik-mengapa-
lelaki-diharamkan-memakai-emas-emas-putih/

https://www.hargaemas.com.my/terkini/sebab-mengapa-lelaki-dilarang-
memakai-emas/

https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1759-emas-dan-sutera-
haram-bagi-lelaki

https://redaksi.com/1372-ini-sebabnya-mengapa-islam-mengharamkan-lelaki-
memakai-emas-dan-sutera
https://www.malangtimes.com/baca/69726/20210724/094300/yang-belum-
paham-ini-mengapa-laki-laki-mukmin-dilarang-kenakan-emas-dan-sutra

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version