halida
  • 6
  • 0
Mengungguli TVET Memperkasa Ummah
Mengungguli TVET Memperkasa Ummah: Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar Institusi Tahfiz, Sekolah Pondok dan Techno Huffaz Politeknik adalah hasil daripada pelaksanaan Program Latihan Kemahiran kepada Pelajar Institusi Tahfiz, Sekolah Pondok dan Techno Huffaz Politeknik yang dilaksanakan pada tahun 2022. Kompilasi pelaksanaan program dipersembahkan di dalam bentuk gambar-gambar pelaksanaan program yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Technical and Vocational Education and Training (TVET) pelajar daripada jurusan agama Islam. Program ini dilaksanakan di bawah peruntukan Kumpulan Wang Covid (KWC) yang telah dijayakan oleh 19 Politeknik dan diselaraskan oleh Unit Pelaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti (BKIK), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) Politeknik. Sebanyak 2,878 penyertaan daripada 78 kursus berjaya dicapai sepanjang program dilaksanakan melibatkan 74 Sekolah Pondok dan Pusat Tahfiz berdaftar. JPPKK berharap program ini dapat mencetuskan minat dan meningkatkan penglibatan pelajar daripada jurusan agama Islam kepada bidang TVET dan dapat memberi pendedahan asas kepada pelajar dengan kemahiran yang diperlukan industri agar dapat memperluas peluang pekerjaan mereka
View Text Version Category : 0
  • Follow
  • 0
  • Embed
  • Share
  • Upload
Related publications