The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Buku Program II PIBG 2024_20240621_092609_0000

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maria Mahmud, 2024-06-20 21:29:48

Buku Program II PIBG 2024_20240621_092609_0000

Buku Program II PIBG 2024_20240621_092609_0000

Dirasmikan oleh : YB DATUK ANDY MUHAMMAD SURYADY BIN HAJI BANDY 22JUN2024 | SABTU | 8.00PAGI DATARANSMKKALABAKAN S M K K A L A B A K A N K A L I K E - 2 0 Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah Merangkap Ahli Parlimen P191 Kalabakan dan ADUN N71 Tanjung Batu


P E N G E T U A AHMAD BIN SILLANG PENGETUA SMK KALABAKAN Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi dengan limpah izinNya dapat kita sama-sama berkumpul di dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Kalabakan kali ke20. Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir pada hari ini. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah sebuah organisasi yang cukup signifikan dan penting terhadap perkembangan sesebuah sekolah. Tidak dapat dinafikan peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian SPM 2023 yang telah diumumkan baru-baru ini. SMK Kalabakan telah mencatatkan peningkatan sebanyak 0.17 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 5.45. Alhamdulliah. Selain itu, Mesyuarat PIBG juga boleh dijadikan penanda aras kepada ibu bapa untuk mengetahui perkembangan, keperluan dan kekangan yang dihadapii oleh sekolah. Justeru pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama dan sumbangan daripada ibu bapa dari segi buah fikiran, bantuan fizikal serta kewangan demi memastikan kelancaran program dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah yang telah dirancang pada tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang padu amat sukar bagi kita mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan PIBG yang selama ini banyak memberi sokongan dalam pelbagai bentuk demi kecemerlangan anakanak. Semoga dengan kerjasama ini dapat menyelesaikan banyak isu-isu yang terutama melibatkan masalah disiplin, ponteng dan sebagainya. Akhir sekali, pada kesempatan yang ada saya ingin merakamkan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 dan tidak ketinggalan kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 ini kerana telah memberi sumbangan bakti yang amat bermakna kepada sekolah. Sekian, terima kasih.


Y D P P I B G EN. MOHD FAISAL BIN ISMAIL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan limpah kurnia dan rahmatNya, kita dapat bersama-sama berkumpul di dalam Mesyuarat Agung PIBG SMK Kalabakan kali ke-20. Sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Ahmad bin Sillang selaku Pengetua SMK Kalabakan dan Jawatankuasa Pelaksana yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang berlangsung dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih atas kehadiran tuan/puan ke mesyuarat PIBG yang jelas membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan menerusi mesyuarat ini, idea-idea baharu akan diperolehi bagi tujuan pembangunan ilmu ke arah kecemerlangan sekolah. Selama dua penggal saya menerajui barisan kepimpinan PIBG SMK Kalabakan, saya secara peribadi berasa amat bangga atas kesungguhan dan kejayaan sekolah menempa nama dalam pelbagai program dan pertandingan sama ada pada peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. PIBG juga akan sentiasa menyokong segala bentuk program atau aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. Program seperti kelas tambahan, kem motivasi untuk pelajar, gotong royong, seminar dan sebagainya adalah antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang tahun. Budaya ilmu dan budaya kerja cemerlang perlulah dipupuk dan disemai agar persatuan PIBG ini terus relevan dan menjadi penyumbang kepada kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ucapan penghargaan diberikan kepada pihak PIBG sekolah yang telah memberikan sumbangan masa, tenaga dan wang ringgit ke arah kemenjadian anak-anak di SMK Kalabakan ini. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada warga pendidik yang telah berusaha gigih mendidik para pelajar sehingga menjadi insan yang berpendidikan dan cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pemantapan sahsiah. Sekian, terima kasih.


Ketibaan ibu bapa dan penjaga Ketibaan Jemputan Khas dan Perasmi Ucapan Perasmian YB Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 20 Persembahan Jamuan Makan Keberangkatan pulang YB Ceramah “Buli” (Penceramah: En Mohamad Razali bin Che’’llah, Kaunselor SMK Kalabakan) Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas Perkara-Perkara Berbangkit Pembentangan Laporan Aktiviti Pembentangan Laporan Kewangan Perbahasan dan Penerimaan Usul Hal-hal lain dan Ucapan Penangguhan. Cabutan Bertuah Majlis Tamat Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Sabah Tanah Airku Kata alu-aluan pengacara majlis Bacaan doa Ucapan YDP PIBG Ucapan Pengetua 3


Yang Dipertua PIBG Naib YDP PIBG Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari AHLI JAWATANKUASA : JAWATANKUASA P I BG S M K KALABAKAN TAHUN 2023/2025 4 : En. Faisal bin Ismail : En. Dom bin Kahal : Pn. Norziela binti Malaya : Cik Siti Khadijah binti Rauf : Cik Marzouna Miol : Pn. Norhidayah binti Ruslan 1. En. Asri bin Mamma 2. Pn. Kathrine Sriwan 3. Pn. Jeanny binti Gaunan 4. Pn. Yusnita binti Yusup 5. Pn. Nur Afida Patanggan 6. En. Daud bin Ungut 7. Pn. Jurainah binti Jeffery 8. Pn. Scerlete Loromon 9. Pn. Sumarni binti Badi 10. Pn. Normariah binti Normansahosin 11. Pn. Dahlia binti Yusuf


Ucapan Yang Dipertua PIBG PEMBENTANGAN DAN Pengesahan minit Mesyuarat LEPAS Laporan Aktiviti 2023/2024 Laporan Kewangan yang berakhir pada 31 MEI 2024 Perbahasan dan penerimaan usul hal-hal lain dan Ucapan Penangguhan 5 (Rujuk muka surat 6-13) (Rujuk muka surat 19-20) (Rujuk muka surat 21-22) (Rujuk muka surat 23-24) PERKARA-PERKARA BERBANGKIT (Rujuk muka surat 14-18)


TARIKH HARI MASA TEMPAT KEHADIRAN 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA PIBG (EN. MOHD FAISAL BIN ISMAIL) 1.1 En. Faisal merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Kalabakan di bawah pimpinan Tuan Ahmad bin Sillang, para pentadbir, pengurusan tertinggi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kalabakan dan ahli-ahli jawatankuasa yang menjayakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-19 1.2 En. Faisal mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan SMK Kalabakan kerana telah berjaya melahirkan tiga orang pelajar yang memperoleh 8A dalam SPM tahun 2022. 1.3 En. Faisal berharap agar melalui mesyuarat ini, segala cadangan, dapatan dan perkongsian idea baharu dapat dipersetujui bersama demi kejayaan SMK Kalabakan sebagai pentas ilmu di daerah Kalabakan ini. 1.4 Beliau menyatakan bahawa agenda penting Mesyuarat Agung PIBG pada hari ini adalah untuk melantik AJK PIBG yang baharu bagi sesi 2023/2025. Selain itu, pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2022 serta medan diskusi untuk memikirkan lebih banyak langkah penyelesaian bagi menghadapi segala perubahan semasa agar segala keperluan pendidikan anak-anak di Kalabakan dapat ditingkatkan. 1.5 En. Faisal mengharapkan agar pertemuan pada mesyuarat ini pihak sekolah dan ibu bapa dapat mencari titik persamaan agar boleh berbincang serta memberi pendangan masing-masing demi meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah. 1.6 En. Faisal menyeru agar ibu bapa sentiasa peka dengan maklumat serta informasi yang disampaikan oleh pihak sekolah kerana kejayaan SMK Kalabakan pasti dapat direalisasikan sekiranya kedua-dua pihak memainkan peranan masing-masing. 6 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KAL I KE -19 SMK KALABAKAN TAHUN 2023 : 10 JUN 2023 : SABTU : 8.30 PAGI – 12.30 TENGAH HARI : DEWAN TERBUKA SMK KALABAKAN : 340 Orang


2.0 UCAPAN PENASIHAT PIBG (TUAN AHMAD BIN SILLANG) 2.1 Tuan Ahmad menyatakan ucapan syukur kerana Mesyuarat PIBG SMK Kalabakan kali ke-19 dapat dilaksanakan walaupun semasa hari bekerja. Beliau juga memaklumkan bahawa mesyuarat PIBG perlu diadakan setiap tahun dan pada kali ini perlu dilaksanakan sebelum 30 Jun 2023. 2.2 Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin atas kesudian meluangkan masa walaupun sibuk dengan pelbagai tugasan. 2.3 Pengetua juga mengumumkan bahawa peratus Gred Purata Sekolah meningkat sebanyak 0.30% dan tiga orang pelajar telah memperoleh 8A, empat orang 7A, empat orang 5A dan satu orang 4A pada SPM 2022. 2.4 Pengetua mengharapkan sokongan daripada ibu bapa kerana pada bulan Jun dan Julai para pelajar akan terlibat dengan sukan di peringkat sekolah dan peringkat daerah. Oleh itu, ibu bapa diminta untuk memberikan motivasi berterusan kepada anak-anak yang terlibat dengan sukan. 2.5 Pengetua memaklumkan bahawa padang sekolah telah wujud hasil daripada sumbangan Sabah Softwood. Namun, padang sekolah masih belum boleh digunakan sepenuhnya kerana belum mempunyai rumput. Sebahagian acara sukan sekolah akan dijalankan di padang sekolah SMK Kalabakan, manakala sebahagian lagi akan dijalankan di padang Sekolah Kebangsaan Kalabakan. Selain itu, beliau juga memaklumkan padang sekolah SMK Kalabakan bertaraf padang komuniti dan boleh digunakan oleh penduduk kampung Kalabakan. 2.6 Pengetua menjelaskan bahawa infrastruktur SMK Kalabakan berada pada tahap 6. Namun, pihak sekolah tetap berusaha demi keselesaan para pelajar. Pengetua telah mengusulkan kepada pihak Menteri Pendidikan II dan Jabatan Pendidikan Sabah agar pembinaan makmal yang lengkap dibina di SMK Kalabakan. 2.7 Pengetua mengharapkan agar sokongan penuh di peringkat asas iaitu pihak ibu bapa sejak anak-anak belajar di sekolah rendah lagi agar kemenjadian pelajar di sekolah menengah akan dapat diperkasakan 2.8 Pengetua menyatakan bahawa sebuah sekolah yang hebat dilahirkan daripada pemimpin berkesan, guru yang berkualiti, sokongan PIBG dan kemenjadian pelajar. 2.9 Sekali lagi, Tuan Pengetua merakamkan ucapan terima kasih kepada para hadirin atas kesudian hadir dalam mesyuarat PIBG. 7


3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT KE-18 TAHUN 2022 3.1 Dicadangkan oleh : Encik Asri bin Mamma Disokong oleh : Encik Daud bin Ungut 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Pembentangan laporan aktiviti 2022/2023 oleh Cik Siti Khadijah binti Rauf (Rujuk Lampiran 2). Dicadangkan oleh : Encik Paul Bin Paigong Disokong oleh : Encik Darwin bin Mustapha 4.2 Pembentangan laporan kewangan 2022/2023 oleh Cik Marzouna Miol (Rujuk Lampiran 3). Dicadangkan oleh : Encik Hamilton Sandalon Disokong oleh : Encik Dom bin Kahal 5.0 USUL CADANGAN BAGI MESYUARAT 2022/2023 5.1 (Rujuk Lampiran 4) 6.0 PEMBUBARAN AJK PIBG 2021/2022 6.1 En. Faisal bin Ismail selaku Yang Dipertua PIBG 2021/2023 mengumumkan pembubaran AJK PIBG 2021/2023 6.2 En. Rasid @ Abd Rasyid dilantik sebagai pengerusi sementara. 7.0 PELANTIKAN AJK PIBG BAGI SESI 2023/2025 7.1 Jawatan Pengerusi PIBG Nama Cadangan I (En. Faisal bin Ismail) Pencadang : Puan Yusnita bin Yusop Penyokong : En. Kasman bin Salda Nama Cadangan II (En. Dom bin Kahal) Pencadang : En. Daud bin Ungut Penyokong : En. Faisal bin Ismail Maklum balas: En. Abdul Rasyid mencadangkan agar lantikan YDP dan NYDP berdasarkan kiraan undi. En. Baharun bersetuju atas cadangan tersebut. 8


: En. Faisal bin Ismail : En. Dom bin Kahal : Pn. Norziela binti Malaya : Cik Siti Khadijah binti Rauf : Cik Marzouna Miol : Pn. Norhidayah binti Ruslan : 1. En. Asri bin Mamma 2. Pn. Kathrine Sriwan 3. Pn. Jeanny binti Gaunan 4. Pn. Yusnita binti Yusup 5. Pn. Nur Afida Patanggan 6. En. Daud bin Ungut 7. Pn. Jurainah binti Jeffery 8. Pn. Scerlete Loromon 9. Pn. Sumarni binti Badi 10. Pn. Normariah binti Normansahosin 11. Pn. Dahlia binti Yusuf 7.2 Yang Dipertua PIBG bagi sesi 2023/2025 ialah En. Faisal bin Ismail dan Naib Yang Dipertua PIBG ialah En. Dom bin Kahal. Semua yang hadir bersetuju 7.3 Senarai penuh AJK sesi 2023/2025 adalah seperti berikut: Yang Dipertua PIBG Naib YDP PIBG Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari Pen. Bendahari AJK 8.0 HAL - HAL LAIN 8.1 Encik Faisal merakamkan ucapan terima kasih atas pelantikan beliau sekali lagi sebagai Yang Dipertua PIBG untuk sesi 2023/2025. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK yang telah dilantik dan berharap semua AJK yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah untuk memacu kecemerlangan anak-anak SMK Kalabakan. 8.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan seterusnya menangguhkan mesyuarat. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.50 pagi. 9


BIL B U L A N NAMA PROGRAM CATATAN DAN PENCAPAIAN 1 27-29 JUN 2022 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERNGKAT DAERAH TAWAU (MSSDT) NAIBJOHAN PEREMPUAN (4 PELAJAR TERPILIH KE PERINGKAT NEGERI ) - PITMA SUKMA BINTI JAPAR - SITI NURQASTINA AQILAH BINTI KAMIS - NURWAHIDAH BINTI ASNAWI -FARAH NABIHAH BINTI BAHRUM 2 13 JUL 2022 SUKANTARA PERINGKAT SMK KALABAKAN 3 14 JUL 2022 SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SMK KALABAKAN 4 20 JUL 2022 PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT NEGERI(MSSS) PITMASUKMA BINTI JAPAR ( BLOCKERTERBAIK ) 5 5 OKT 2022 DIALOG PRESTASI SPM BERSAMA IBU BAPA TELAH DILAKSANAKAN 6 11 OKT 2022 KARNIVAL BAHASA PERINGKAT SMK KALABAKAN 7 20 OKT 2022 MAJLIS PENGHARGAAN PENGAWAS KOPERASI SESI 2021/2022 TELAH DILAKSANAKAN 8 5 DIS 2022 MAJLIS MERAIHKAN PERPINDAHAN GURU-GURU TELAH DILAKSANAKAN DI RESTORAN D’BULAN 9 27 JAN 2023 MAJLIS ANUGERAH KOKURIKULUM TAHUN 2022 TELAH DILAKSANAKAN DI DATARAN SMK KALABAKAN 10 30 JAN 2023 PROGRAM DI AMBANG PEPERIKSAAN SPM 2022 TELAH DILAKSANAKAN DI “REST HOUSE” FELDA KALABAKAN 11 10 FEB 2023 SESI DIALOG PRESTASI DAN PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN TELAH DILAKSANAKAN 12 15 FEB 2023 PENDAFTARAN TINGKATAN 1 TELAH DILAKSANAKAN 13 27 MAC 2023 PROGRAM IHYA RAMADHAN TELAH DILAKSANAKAN 14 20-21 MAC 2023 PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 &TINGKATAN 4 TELAH DILAKSANAKAN 15 22 MAC 2023 PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA TELAH DILAKSANAKAN BERSAMA IBU BAPA DAN PELAJAR 16 18 APRIL 2023 PENUTUPAN PROGRAM IHYA’ RAMADHAN PEMBERIAN SUMBANGAN KEPADA PELAJAR YANG LAYAK 10 Lampiran 2 LAPORAN AKTIVITI 2022/2023


Baki pada 1 Julai 2022 RM11,268.50 PENERIMAAN Sumbangan (Ma'mun bin Sulaiman) RM 300.00 Derma Ikhlas (Asfaliza) RM 300.00 Sumbangan pihak luar (sekolah) RM 1500.00 Sumbangan Bendahari Negeri Sabah RM 2,000.00 Jumlah RM 4100.00 PEMBAYARAN Bola Tampar (MSSDT) RM 500.00 Bola Tampar (Peringkat Negeri) RM 400.00 Bayaran Makanan PIBG RM 655.00 Pembelian peralatan - Gotong-royong sekolah RM 250.00 Program Sambutan Hari Malaysia (Hamper - Alat tulis) RM 300.00 Sumbangan (Kadet Remaja Sekolah) RM 500.00 Sumbangan pihak luar (sekolah) RM 1,500.00 __________________ Jumlah Pembayaran RM 4100.00 # sila rujuk lampiran Baki pada 31 Oktober 2022 RM11,268.50 P I B G 2 0 2 2 / 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN TAWAU Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Oktober 2022 11 Lampiran 3 LAPORAN KEWANGAN 2022/2023


Baki pada 1 November 2022 RM11,268.50 PENERIMAAN Sumbangan Pihak Sekolah RM 1,000.00 Infaq SMK Kalabakan (Program SPM 2022) RM 1,000.00 Jumlah RM 2000.00 PEMBAYARAN Program Peningkatan Kecemerlangan Ting. 3 – Kaunseling RM 200.00 Program SPM Permata Hati RM 600.00 Pembelian (Kerusi plastik 33.00 x 20 unit) RM 660.00 __________________ Jumlah Pembayaran RM 1460.00 # sila rujuk lampiran Baki pada 31 Januari 2023 11,780.50 P I B G 2 0 2 2 / 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN TAWAU Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Januari 2023 12 Lampiran 3 LAPORAN KEWANGAN 2022/2023


Baki pada 1 Fabruari 2022 RM11,780.50 PENERIMAAN Sumbangan - Silent Guardian Sdn. Bhd RM 300.00 Sumbangan pihak luar (sekolah) RM 500.00 Sumbangan PIBG RM 4,220.00 Jumlah RM 5020.00 PEMBAYARAN Sumbangan pihak luar (sekolah) RM 400.00 Program Restu Ilmu SPM 2022 – Kaunseling RM1,000.00 Sumbangan pihak luar (sekolah) RM 800.00 __________________ Jumlah Pembayaran RM 2200 # sila rujuk lampiran Baki pada 30 April 2023 14,592.50 P I B G 2 0 2 2 / 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN TAWAU Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 30 April 2023 13 Lampiran 3 LAPORAN KEWANGAN 2022/2023


Bil. Nama Usul Cadangan/Tindakan 1 Pn Salawati Bt Hassan Menyediakan papan tanda keselamatan di sepanjang laluan keluar masuk sekolah. Pihak sekolah sedang berusaha untuk menyediakan papan tanda di sekitar sekolah. Tindakan : Pentadbir 2 Pn Dina Shahira Bt Amran Memberi kelonggaran pemakaian semasa aktiviti Kokurikulum bagi pelajar yang tidak mampu memiliki pakaian seragam uniform Pelajar dibenarkan menggunakan baju -T unit beruniform sekiranya belum ada uniform. Pihak sekolah akan berbincang dengan koperasi untuk memberi kelonggaran membayar secara ansuran kepada ibu bapa yang tidak mampu. Tindakan : PK Kokurikulum 3 Pn Siti Fatimah Menambah menu kantin untuk pelajar AJK kantin akan berbincang dengan pihak kantin untuk menambah menu dari semasa ke semasa. Tindakan : AJK kantin 4 Pn Jeanny Binti Gaunan Pelantikan AJK PIBG yang baru tidak boleh dari kalangan yang berkerja dengan syarikat. Kehadiran ibu bapa semasa Program Gotong Royong adalah wajib. Pihak sekolah tiada kuasa untuk memutuskan AJK PIBG kerana pemilihan AJK adalah berdasarkan undian daripada ibu bapa. Bergantung kepada ibu bapa untuk hadir kerana ada ibu bapa yang terikat dengan kerja dan cuti daripada pihak majikan. 5 En Ibrahim Bin Nanili Penambahbaikan kunci pintu tandas sekolah Pihak sekolah sentiasa memberikan perhatian kerana perkara ini melibatkan keselamatan dan keselesaan murid-murid. Tindakan : Pentadbir 14 Lampiran 4 2022/2023


Bil. Nama Usul Cadangan/Tindakan 6 Pn Sofiati Binti Rubian Tudung pelajar perempuan perlu dilabuhkan Kekurangan kerusi dan meja Tudung yang sedia ada sudah memadai dan sesuai. Pihak sekolah sering memantau pakaian pelajar. Tindakan : PK HEM Pihak sekolah telah berbincang dengan PIBG untuk membeli meja dan kerusi. Sekolah telah menerima peruntukan 100 buah kerusi daripada Lembaga Hasil. Tindakan : Pentadbir 7 En. Khamis Bin Hassan Memasang zink (atap) ketika menaiki bukit Pihak sekolah sudah membincangkan perkara ini dengan pihak yang berkemampuan dan akan terus memberi perhatian terhadap perkara ini. Tindakan : Pentadbir 8 Pn Hariana Binti Hamid Mengadakan kelas kemahiran komputer seperti microsoft word,excel, power point dan menaip. Pihak sekolah telah menerima sumbangan sebanyak 20 unit komputer namun terdapat kekangan tempat untuk mengadakan kelas komputer. Tindakan : Pentadbir 9 Pn Dahlia Bin Yusup Menyediakan atap motorsikal Pihak sekolah masih menghadapi kekangan dari segi kos untuk pembinaan atap motorsikal. Tindakan : Pentadbir 10 Pn Hariana Hamid Mewujudkan Kelab Sukan Dan Permainan seperti Futsal Pihak sekolah telah mewujudkan 6 kelab dan sukan di sekolah termasuk bola sepak. Futsal sering diadakan dalam program Kokurikulum seperti Karnival Kokurikulum Tindakan : PK Kokurikulum 15 Lampiran 4 2022/2023


Bil. Nama Usul Cadangan/Tindakan 11 Pn Saharatul Binti Ismail Mengadakan Program mengaji hingga tamat dan hafalan surah serta solat Ceramah berkaitan jenayah dan menjemput pegawai berkaitan. contoh: Demo hukuman sebatan Mewujudkan kelas pendidikan khas Pihak sekolah telah menyusun jadual di luar waktu untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Pelajar tidak dapat hadir kerana masalah pengangkutan dan tidak berminat. Tindakan: KP Pendidikan Islam Pihak sekolah akan menjemput pihak polis untuk mengadakan ceramah berkenaan jenayah dari semasa ke semasa. Demo hukuman sebat tidak boleh diadakan di sekolah Pihak sekolah tidak dapat mewujudkan kelas Pendidikan khas kerana bergantung kepada jumlah murid dan prasyarat yang ditetapkan oleh KPM Tindakan : Pentadbir 12 En. Mohd Shafwan bin Mohd Tan Memperluaskan lagi kawasan hantar/ambil pelajar dikawasan sekolah untuk kemudahan ibu bapa Pihak sekolah akan berbincang dengan PIBG untuk mendapatkan dana dan terdapat masalah ruang/kawasan untuk meluaskan kawasan tersebut. Tindakan: Pentadbir 13 Rusmawati Binti Hassan Menyediakan tabir di surau murid perempuan Pihak sekolah akan berusaha untuk menyediakan tabir melalui sumbangan RM 5 untuk surau daripada sumbangan PIBG. Tindakan: Pentadbir 14 Pn Zainab Jeffry Mengadakan Kelas Tambahan bagi pelajar SPM Sedang dilaksanakan dari semasa ke semasa. Tindakan : PK Pentadbiran 16 Lampiran 4 2022/2023


Bil. Nama Usul Cadangan/Tindakan 15 En Khamis Bin Amat Guru perlu peka dengan kes buli Pelajar diminta membuat laporan kepada guru-guru dari semasa ke semasa dan guru-guru sangat prihatin terhadap masalah ini. Tindakan: PK HEM 16 Pn Nur Afida Patanggan Menggalakkan anak-anak untuk bersukan seperti Program 1 Murid 1 Sukan Pihak sekolah sangat menggalakan pelajar untuk terlibat dalam bidang sukan. Semua pelajar diwajibkan untuk mengikuti aktiviti sukan dan permainan yang terkandung dalam unit Kokurikulum. Tindakan: PK Kokurikulum 17 Pn Rosnani Menjemput para alumni yang telah berjaya dalam kerjaya untuk memberi motivasi kepada pelajar khusunya pelajar SPM Pihak sekolah akan mengenal pasti alumni yang sesuai untuk memberikan ceramah kepada pelajar. Tindakan: Pentadbir 18 En Suanti Pelajar sesi pagi dan petang balik dari sekolah tidak mengikut laluan pejalan kaki yang disediakan dan bahaya kerana banyak kenderaan lalulalang. Laluan pejalan kaki kelihatan agak semak. Cadangan: Meminta pihak syarikat agar membuat semburan racun 4 kali setahun. Guru-guru sering mengingatkan pelajar untuk menggunakan laluan pejalan kaki yang telah disediakan. Ibu bapa juga perlu mengingatkan anak-anak di rumah. Pihak sekolah telah mengadakan gotong-royong dan meminta bantuan daripada Pegawai Daerah untuk membersihkan laluan tersebut. Tindakan: PK HEM 17 Lampiran 4 2022/2023


Bil. Nama Usul Cadangan/Tindakan 19 Pn Muliani Binti Mustapa Mengadakan Program Kesihatan dan Keselamatan Pelajar sentiasa didedahkan dengan aspek keselamatan seperti Latihan kebakaran dan pemeriksaan nyamuk Aedes. Tindakan: PK HEM 20 En Mohd Fakhrul Radzi Bin Mohamed Isa Peraturan untuk potongan rambut pelajar lelaki adalah maksimum 1:2:10 bersamaan 1 inci panjang dan tidak berfesyen Etika pemakaian tudung untuk pelajar perempuan muslim adalah tudung berwarna Putih sahaja (seragam sekolah dan PJPK) Kecuali hari yang ditetapkan untuk memakai pakaian seragam Ko-kurikulum. Penguatkuasaan denda sebanyak RM 30 untuk kesalahan kali pertama bagi kes salah laku membawa telefon bimbit tanpa kebenaran. (Wang denda akan dimasukkan ke dalam akaun PIBG) Semua yang hadir bersetuju dengan peraturan potongan rambut. Semua yang hadir bersetuju dengan pemakaian tudung berwarna putih. Semua yang hadir bersetuju dengan denda terhadap murid yang membawa telefon bimbit tanpa kebenaran. Tindakan: PK HEM Guru Disiplin dan Bendahari PIBG 18 Lampiran 4 2022/2023


BIL B U L A N NAMA PROGRAM CATATAN DAN PENCAPAIAN 1 20-22 JUN 2023 KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT MSS DAERAH TAWAU 2023 TELAH BERLANGSUNG DI SM HOLY TRINITY 2 21-23 JUN 2023 KEJOHANAN BADMINTON SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT MSS DAERAH TAWAU 2023 TELAH BERLANGSUNG DI DEWAN SJKC YUK CHIN TAWAU 3 27 JUN 2023 MAJLSI ANUGERAH KECEMERLANGAN PERMATA 2022 TELAH DILAKSANAKAN 4 11-14 JULAI 2023 PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSDT U18 TELAH BERLANGSUNG DI SMK KINABUTAN 5 12 - 14 JULAI 2023 SUKANTARA TELAH DILAKSANAKAN 6 22 JULAI 2023 KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM TELAH DILAKSANAKAN 7 8-12 OGOS 2023 PERTANDINGAN CATUR PERINGKAT NEGERI TELAH BERLANGSUNG DI KENINGAU 8 12 OGOS 2023 GOTONG ROYONG MADANI TELAH DILAKSANAKAN 9 12 & 14 SEPTEMBER 2023 DIALOG PRESTASI SPM BERSAMA IBU BAPA TELAH DILAKSANAKAN 10 30 SEPTEMBER 2023 PROGRAM DI AMBANG PEPERIKSAAN SPM 2023 TELAH DILAKSANAKAN DI REST HOUSE FELDA KALABAKAN 11 13 OKTOBER 2023 PROGRAM SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2023 TELAH DILAKSANAKAN 12 27 OKTOBER 2023 GOTONG ROYONG 3K TELAH DILAKSANAKAN 13 28-29 OKTOBER 2023 PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SMK KALABAKAN TELAH DILAKSANAKAN 19 2023/2024


BIL B U L A N NAMA PROGRAM CATATAN DAN PENCAPAIAN 14 14 NOVEMBER 2023 PERKAMPUNGAN AKADEMIK SMK KALABAKAN TELAH DILAKSANAKAN 15 18 NOVEMBER 2023 HIGHLY IMMERSIVE PROGRAMME (HIP) CARNIVAL TAWAU DISTRICT TELAH DILAKSANAKAN 16 4 FEBRUARI 2024 MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN & PERPISAHAN SMK KALABAKAN 2023/2024 TELAH DILAKSANAKAN DI AKIDAH HALL 17 8 FEBRUARI 2024 PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SESI 2024/2025 TELAH DILAKSANAKAN 18 5 APRIL 2024 PENUTUPAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IHYA RAMADHAN 2024 TELAH DILAKSANAKAN 19 25 APRIL 2024 MESYUARAT AJK TERTINGGI PIBG BIL 1 SESI 2024/2025 TELAH DILAKSANAKAN 20 26 APRIL 2024 MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA SMK KALABAKAN TELAH DILAKSANAKAN 21 11 MEI 2024 PROGRAM MOTIVASI SPM 1.0 TELAH DILAKSANAKAN 22 16 MEI 2024 SAMBUTAN HARI GURU SMK KALABAKAN TELAH DILAKSANAKAN 23 18 MEI 2024 PROGRAM GOTONG ROYONG MADANI KPM TELAH DILAKSANAKAN 24 04-06 JUN 2024 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSDT TELAH DILAKSANAKAN DI SM HOLY TRINITY 20 2023/2024


21 P I B G 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN TAWAU Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 DISEMBER 2023 Baki pada 1 Mei 2023 1 4,592.50 PENERIMAAN Sumbangan ikhlas daripada PERKOMKA untuk MAkeP 2022 RM 200.00 Sumbangan PIBG 2023 RM 2,870.00 Sumbangan daripada SILENT GUARDIAN SDN BHD RM 200.00 Sumbangan PIBG 2023 RM 500.00 Sumbangan daripada AMAN JAYA ENTERPRISE RM 50.00 Sumbangan daripada KPM untuk gotong-royong Madani 2024 RM 5800.00 Jumlah RM 9620.00 PEMBAYARAN Sumbangan kepada pelajar (Arwah Mohd Arip, 5 Intan) serta sumbangan kepada badan pengawas sempena Hari Guru SMKK RM 600.00 Pembelian hamper sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-19 RM500.00 Perbelanjaan sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-19 RM 4070.00 Sumbangan sempena program HIP RM 300.00 Sumbangan kepada Kelab Badminton sempena MSSDT RM 300.00 Pembayaran upah pembaikan paip (sumber daripada Syarikat Keselamatan) RM 300.00 Sumbangan kepada Kelab Bola Tampar sempena MSSDT RM 500.00 Sumbangan sempena MAKeP 2022 (sumber daripada PERKOMKA) RM 200.00 Sumbangan kepada pelajar (Zulkhairil, 2 Berlian) RM 200.00 Sumbangan kepada pasukan Bola Sepak sempena MSSDT RM 200.00 Sumbangan kepada Kelab Permainan Dalaman sempena Pertandingan Catur RM 200.00 Sumbangan kepada Kelab Bola Tampar sempena MSSDT RM 500.00 Sumbangan kepada Kelab Bola Tampar sempena MSSS RM 850.00 Sumbangan kontinjen SMKK sempena MSSDT RM 400.00 Pembayaran kepada NURSYUHADA TRADING sempena Mesyuarat Agung PIBG ke19 (Perbelanjaan makan dan minum) RM 2187.00 Pembayaran kepada NURSYUHADA TRADING sempena MAKeP 2022 (Perbelanjaan makan dan minum) RM 1425.00 Pembayaran kepada NURSYUHADA TRADING sempena gotong-royong SMKK peringkat sekolah. (Perbelanjaan makan dan minum) RM 180.00 Pembayaran gaji guru ganti RM 770.00 Caj Perkhiodmatan RM 25.00 __________________ Jumlah Pembayaran RM 13707.00 Baki pada 31 Disember 2023 RM 10505.50


22 P I B G 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KALABAKAN TAWAU Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 MEI 2024 Baki pada 1 Januari 2024 10,505.50 PENERIMAAN Sumbangan daripada YAPEIM RM 2,800.00 Sumbangan PIBG 2023 RM 3420.00 Sumbangan PIBG 2023 RM 900.00 Sumbangan daripada Koperasi Co-opbank (untuk Kelab Staff SMKK) RM 500.00 Sumbangan PIBG 2024 RM 4590.00 Infaq SMK KALABAKAN (Sumbangan daripada Ahemad Bin Sade) RM700.00 Sumbangan ikhlas daripada YB Hassan (untuk pasukan Bola Tampar sempena MSSDT) RM 200.00 Jumlah RM 13,110.00 PEMBAYARAN Sumbangan kepada pelajar SPM 2023 (sumber daripada YAPEIM) RM 2800.00 Sumbangan sempena Hari Guru SMKK 2024 RM 200.00 Bayaran perbelanjaan makan dan minum kepada NURSYUHADA TRADING sempena Mesyuarat AJK tertinggi PIBG 2023 RM 340.00 Bayaran perbelanjaan makan dan minum kepada NURSYUHADA TRADING sempena Jamuan Raya SMKK 2024 RM 200.00 Perbelanjaan sempena Gotong-royong Madani 2024 (Pembelian keperluan barangan sekolah dan kelas) RM 3900.00 Perbelanjaan makan dan minum pelajar, ibu bapa dan komuniti sempena Gotongroyong Madani 2024 RM 1900.00 Sumbangan sempena Program Motivasi Pelajar SPM 2024 (sumber daripada sumbangan Ahemad Bin Sade) RM 700.00 Sumbangan kepada pasukan Bola Tampar sempena MSSDT (sumber daripada sumbangan YB Hassan) RM 200.00 Sumbangan kepada pasukan Bola Tampar sempena MSSDT RM 400.00 Sumbangan kepada Kelab Staff SMKK (sumber daripada sumbangan Co-opbank) RM 500.00 Caj Perkhiodmatan RM 20.50 __________________ Jumlah Pembayaran RM 11160.50 Baki pada 31 Mei 2024 RM 12455.00


USUL NAMA PENCADANG CADANGAN Cadangan/ Tindakan 1 Pn Jumarni Membina tapak berbumbung untuk meletakkan motorsikal bagi pelajar yang membawa motorsikal ke sekolah. 2 Sulham Bin Hasim Pelajar dipantau lebih ketat semasa balik sekolah kerana sering terjadi pergaduhan dan kes buli. 3 Pn Rubina Datu Hassan Mewujudkan Tingkatan 6 di SMK Kalabakan. 4 Pn Jaumah binti Lumodong Andave Antik Kertas ujian perlu diberikan kepada ibu bapa pelajar. Memaklumkan keputusan ujian kepada ibu bapa. 5 Pn Erdawati binti Jastar Mohd Ismatullah bin Sabarudin Mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran yang lemah. Mengadakan Kelas Tambahan bagi pelajar SPM. 6 Mohd Ismatullah bin Sabarudin Memperbaiki meja, tingkap dan pintu bilik darjah untuk keselesaan pelajar. 7 Jumadil bin Iskandar Memperluaskan lagi tempat letak kenderaan di luar pagar sekolah. Menyediakan padang sekolah yang selesa. 23 USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 2024


USUL NAMA PENCADANG CADANGAN Cadangan/ Tindakan 8 Pn Nur Afidah Patanggan Menguatkuasakan penggunaan baju Melayu pada setiap hari jumaat bagi pelajar muslim. Sentiasa membuat pemeriksaan “spotcheck” agar pelajar-pelajar tidak melanggar peraturan sekolah dan tidak membawa barang larangan seperti “vape”. Membuat pemeriksaan air kencing 4 bulan sekali kepada semua pelajar. 9 Junaria binti Lampiasa Menyediakan penghawa dingin, loker, TV dan kipas angin. 10 Pn Hadijah binti Jaffry Mohd Ismatullah bin Sabarudin Membuat pemantauan makanan yang dijual di kantin sekolah. Mempelbagaikan menu makanan yang dijual di kantin sekolah. 11 Pn Rokiah binti Basing Mengetatkan lagi peraturan dan disiplin murid dari aspek pemakaian tudung labuh mengikut standard sekolah. 24 USUL-USUL MESYUARAT AGUNG PIBG 2024


F LOOR MANAGE R / P ROTOKOL Mo h d F a k h r u l R a d z i( K ) Az e k a r B i n T a l i p P ENGA C ARA MAJ L IS Ai s a h b i n ti Ahma d S u t a n Mo h d F a k r u l F a u z i BA C AAN DOA H a n if b i n R aml e e AJK T EKS U C APAN VI P J ami l a h b i n ti Na s r u l ( K ) R a c h e l KAWALAN & DISI P L IN Ab d R a hma n b i n Na s a r u d d i n C a l v e n G.Ak im JURU GAMBAR Mo h d S y a fi q ( K ) Mo h d S y a z w a n P E RSIAPAN T EMPAT Mo h d Ni z am b i n Ak i l ( K ) S a p ri B i n K a s im 5 Or a n g P e l a j a r HIASAN P ENTAS/ BA C KDROP An n An a k S i n d e n ( K ) B a h a r u n b i n S ima t P .A SIST EM / I C T P a u l S t a n l e y ( K ) BANNE R P a u l S t a n l e y ( K ) P ENGE RUSI T IMB . P ENGE RUSI NAI B P ENGE RUSI 1 NAI B P ENGE RUSI 2 NAI B P ENGE RUSI 3 SE T IAUSAHA P EN. SE T IAUSAHA B ENDAHAR I : E n c i k Ah m ad B i n Si l lang P e n g e t u a SMK K a l a b a k a n : E n c i k Ras id @ Abd Ras y id B i n Ta m bu t u (GP K H a l E h w a l Mu ri d ) : E n c i k Kas m an B i n Salda (GP K P e n t a d b ir a n ) : E n c i k R u s h idi B i n Abdu l lah (GP K K o k u ri k u l um) : E n c i k O m ar B i n Hanafiah (GP K P e t a n g ) : P uan No r z i e la B i n ti Malaya : C i k Siti Khadi jah B i n ti Rau f : C i k Mar z o u na Mi o l 25 AHLI JAWATANKUASA


HADIAH & SI J I L R a fi d a h b i n ti Amir u d d i n ( K ) No o r Ai n b i n ti H a s s a n Di a n a Emi l i a C h u n g BUKU P ROGRAM Ma ri a n i b i n ti Ma hmu d ( K ) No r H a y a ti H a l i z a B t.Mo h d MAKANANAN VI P & P I BG Ma s n a h B i n ti B a s iri ( K ) S a k i l a B i n ti Ud d i n R o s a ri b u k a b i n ti S imo n P ENYAMBUT T E TAMU Mo h amma d S a b ir Mu h ama d d i n S emu a AJ K P I BG B a ri s a n p e n t a d b ir P E RSEMBAHAN H e rl i n B a b o n k a l KE B E RSIHAN & KE C E R IAAN B i d d i n B i n H amj a h ( K ) 5 Or a n g P e l a j a r (Di b a n t u p e k e rj a k e b e r s i h a n ) P ENDAF TARAN & USUL Mo h amma d R a z a l i b i n C h e ’ l l a h ( K ) Ar d i a n a w a ti b i n ti I s h a k P EN C ATAT MINI T MESYUARAT Nu h a y a b i n ti S a k k a ( K ) S iti H a sma b i n ti H a p i TAJAAN & C ABUTAN B E R TUAH Ir w a n B i n J a p a r ( K ) Nu r h a y a ti b i n ti J a p a r H y e r w a n a Da n i u s Mu h d Mu k h t a d i n b i n S u ri p t o 26


Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agong PIBG dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version