The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang ceria tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung. Budak ini dikenali sebagai Adelia. Dia tinggal dengan datuk dan neneknya sejak umur 2 tahun lagi.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nur Hamizah, 2023-11-28 11:10:41

BERAT BAGIKU

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang ceria tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung. Budak ini dikenali sebagai Adelia. Dia tinggal dengan datuk dan neneknya sejak umur 2 tahun lagi.

WATAK DAN PERWATAKAN Adelia : Encik Ikhwan : Puan Aisyah : Puan Raisha : Encik Syukri : Teman lelaki Puan Raisha dan bapa tiri kepada Adelia. Nenek kepada Adelia. Ibu kepada Adelia yang merupakan ibu tunggal. Dia perlu bekerja di sebuah syarikat di bandar bagi menampung keluarganya. Datuk kepada Adelia. Seorang budak perempuan yang ceria dan peramah. Dia tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung sejak dia berumur 2 tahun. Adelia juga sangat menyanyangi datuknya.


Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang ceria tinggal bersama datuk dan neneknya di kampung. Budak ini dikenali sebagai Adelia. Dia tinggal dengan datuk dan neneknya sejak umur 2 tahun lagi.


Di belakang datuk, Adelia merasakan kesejukan angin, moto usang membawa cerita, mengukir kenangan bersama. Mereka akan ke pekan setiap hujung minggu dan segala kehendak Adelia, datuknya turuti. Adelia sangat gembira tinggal dengan datuknya dan tidak ingin berpisah dengan datuknya. Adelia sangat menyanyangi datuknya kerana dia tidak pernah mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Ayahnya meninggal dunia 3 hari sebelum dia dilahirkan ke dunia. Datuknya juga menantang Adelia bagai minyak penuh .


Pada suatu hari, datuknya telah jatuh sakit.Semakin hari keadaan datuknya semakinmemburuk. Datuknya tidak mahu makan dantidak berdaya untuk berjalan. Disebabkankeadaan itu, datuknya tidak dapat melayankerenah Adelia.


Dia sering menapak langkah ke bilik datuknya, namun kini, keadaannya seolah berubah arah. Datuk yang dulu menjadi pemandu langkahnya, kini tergeletak, dipagari oleh keadaan. Dia menutup mata pada kunjungan itu, mencari alasan dalam bau kebusukan yang melingkupi bilik itu. “Adelia, Adelia, Adelia, ke marilah nak, lama sudah atuk tak tengok muka comel Adelia ”. Ucap datuknya dengan suara yang sayup. Adelia mula bermain permainan video tanpamengendahkan keadaan datuknya.


"Tok, tunggu jap, Adelia tengah sibuk ni, " sambil asyik bermain permainan video tanpa peduli dengan datuknya.


“Adelia, Adelia, atuk kamu ” , sambil menunjuk ke arah bilik datuknya. Beberapa hari kemudian, ketika Adelia sedang rancak bermain permainan video, terdengarlah panggilan dari neneknya yang merintih dihujani tangisan. Datuknya berasa sangat kecewa dengan tingkah laku Adelia bagai pohon tua yang ditinggalkan, daunnya gugur karena terlupa oleh sentuhan lembut sang angin.


Adelia pergi ke bilik datuknya, dan dia menangis melihat keadaan datuknya, dia menangis teresak-esak dan datuknya pun menghembuskan nafas terakhirnya di depannya.


Adelia berasa sangat sedih dan terkilan denganperbuatannya yang sering mengabaikan datuknya.Beberapa jam berlalu seperti kilatan cahaya, ibudan teman lelakinya tiba bagi menguruskanperjalanan terakhir datuknya. Jenazah datuknyajuga telah dikebumikan pada esoknya. Selepas kematian datuknya, sikap Adelia mulaberubah, dia menjadi seorang yang panas baran, sering menyendiri dan tidak seceria dulu. Diamasih meratapi kepergian datuknya.


Di tengah kesendirian yang menghimpit, Adelia masih berada dalam bayang-bayang kenangan kepada datuknya.


Kemudian, muncul teman lelaki ibunya membawa patung comel di depan pintu biliknya, namun Adelia tidak menghiraukannya. Walaupun begitu, lelaki itu tetap mencuba mengambil hati Adelia dengan lawak jenakanya sehingga Adelia mendekatinya. Akhirnya, Adelia telah kembali ceria seperti dahulu dan sering bermain bersama dengan teman lelaki ibunya iaitu Encik Ikhwan serta dia sudah reda dengan kepergian datuknya. Melihat kebaikan dan keikhlasan Encik Ikhwan telah membuka hatinya untuk menerima Encik Ikhwan sebagai ayahnya kerana ibunya sudah merancang ingin berkahwin dengan teman lelakinya.


Setelah beberapa minggu berlalu, ibunya melangsungkan perkahwinan dengan Encik Ikhwan. Bahagianya ibu Adelia bagai burung yang merdeka terbang ke langit biru, melayari lautan kebahagiaan yang baru.


Ibunya juga mengajak Adelia dan neneknya tinggal bersamanya di bandar dan mereka tidak menjual rumah datuknya di kampung kerana terdapat banyak kenangan dengan arwah di rumah itu. Jika berkelapangan mereka akan pulang ke kampung dan menziarahi kubur datuknya.


Click to View FlipBook Version