The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by farshachahuu92, 2021-06-17 06:31:18

dokumentasi projek astaka SKBPJ 2021

dokumentasi projek astaka SKBPJ 2021

Keywords: ASTAKA SKBPJ

1

ISI KANDUNGAN 4
7
1. LAPORAN 16
2. KERTAS KERJA 16
3. ANGGARAN PERBELANJAAN 22
4. LAPORAN BERGAMBAR
5. LAMPIRAN

2

3

Laporan Pembinaan Astaka Serbaguna Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya

Bersyukur ke hadrat Ilahi, atas keizinanNya, pembinaan astaka serbaguna
Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya telah berjaya direalisasikan. Pada
permulaannya,pembinaan astaka ini telah diusulkan oleh waris SKBPJ semasa
mesyuarat Agung PIBG kali ke 6 diadakan. Apabila usul ini dibentangkan, majoriti
dikalangan ahli PIBG bersetuju supaya astaka itu di wujudkan. Relevennya astaka ini
diwujudkan adalah untuk dijadikan sudut bicara minda iaitu tempat murid
menonjolkan bakat dalam bidang pidato, syarahan, nyanyian, hafazan ayat suci
alQuran dan macam-macam lagi aktiviti panitia. Selain dijadikan sudut bicara
minda, astaka ini juga akan dijadikan sebagai dewan ke 2 selepas dewan warisan
permata SKBPJ.

Pada mesyuarat AJK PIBG kali ke-2 2020/2021 diadakan, mesyuarat telah
bersetuju bahawa astaka serbaguna di kantin dibina sebagaimana dipersetujui
dalam mesyuarat agung yang lalu dan pihak PIBG meminta pihak yang berkenaan
menyediakan anggaran perbelanjaan bagi tujuan pembinaan tersebut. Apabila
AJK PIBG bersetuju memulakan pembinaan, Unit kutipan dana memulakan kempen
sumbangan daripada ibubapa waris, guru-guru dan orang ramai. Pelbagai medium
digunakan sepanjang tempoh kutipan tersebut antaranya melalui whatsapp,
telegram, muka buku, perberian surat kepada waris dan macam-macam lagi. Pada
awal November 2020, sekali lagi mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG diadakan dan
didalam mesyuarat tersebut, mereka bersetuju bahawa pembinaan astaka
dimulakan kerana sumbangn yang telah dikutip telah terkumpul sebanyak RM3000
dan lebihan RM7000 akan ditanggung oleh PIBG.

Pada cuti sekolah hujung tahun 2020, Pembinaan fasa pertama astaka
serbaguna SKBPJ bermula. Para guru, waris, dan pekerja sekolah bergotong royong
bersam-sama membina astaka serbaguna tersebut. Sejak akhir-akhir ini, kos
pembinaan semakin meningkat. Dengan nilai RM10000, pembinaan astaka tidak
dapat disiapkan dengan sepenuhnya. Alhamdulillah dengan usaha gigih unit
kutipan dana astaka, sumbangan pembinaan dapat dikumpulkan dan disambung
semula pembinaannya.

Pembinaan astaka serbaguna ini telah masuk keperingkat fasa kedua.
Namun pembinaannya terpaksa dihentikan seketika kerana perlaksanaan perintah
kawalan pergerakan (PKP). Setelah PKP tamat, pembinaan akan disambung semula
dan akan disiapkan astaka tersebut secepat mungkin. Harapan seluruh warga SK
Bandar Puteri Jaya, dengan siap terbinanya astaka serbaguna ini, warga sekolah
dapat menggunakan astaka ini dengan sebaik mungkin.

4

Disediakan Oleh,
...........................................................
(SYAHIRAH BINTI ABDUL AZIZ)
AJK Dokumentasi Pembinaan Astaka
Serbaguna SK Bandar Puteri Jaya

Disemak Oleh,
....................................................................
(SUHAINI BINTI HUD @ ABD RAZAK)
Penolong Kanan Kurikulum
SK Bandar Puteri Jaya

Disahkan Oleh,
..............................................................................
(ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN)
Guru Besar
SK Bandar Puteri Jaya

5

6

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
PUTERI JAYA

KERTAS KERJA
PEMBINAAN ASTAKA SERBAGUNA

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH

7

1.0 PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya merupakan sebuah sekolah yang
mempunyai murid teramai dalam sekolah- sekolah rendah di Negeri Kedah. Jumlah
keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 33 kelas dan tidak termasuk makmal sains,
makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup dan lain-lain. Kelas-
kelas tersebut diguna pakai oleh murid sesi pagi dan sesi petang. Jumlah muridnya
adalah seramai 2400 orang. Dengan jumlah murid yang ramai menyebabkan
tempat berkumpul seperti dewan menjadi padat dan terhad. Oleh yang demikian,
timbul keperluan untuk membina sebuah lagi astaka serbaguna yang selesa untuk
kegunaan murid-murid SK Bandar Puteri Jaya. Astaka bermaksud pentas khas yang
di bina untuk sesuatu tujuan. Hal ini selaras dengan kehendak kerajaan yang
menitiberatkan soal pembangunan akademik untuk melahirkan modal insan yang
berkualiti, minda kelas pertama, petah berbicara di pengucapan awan dan lain-
lain lagi.Dengan wujudnya astaka serbaguna ini, aktiviti lapang pada waktu rehat
dan waktu transit murid-murid petang boleh di isi dengan aktiviti yang
berfaedah.Astaka serbaguna ini akan dijadikan sebagai dewan yang 2 selepas
dewan utama. Astaka serbaguna ini dibina secara gotong royong bersam-sama
guru, waris dan pekerja sekolah. Keseluruhan Astaka ini dibina menggunakan
sumber kewangan daripada sumbangan orang ramai terutama waris SK Bandar
Puteri Jaya.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama pembinaan astaka adalah untuk dijadikan sudut bicara minda
dikalangan murid-murid seperti bersajak, berpidato, mengalunkan bacaan ayat
suci AlQuran, mengahafal sifir, nyanyian dan sebarang aktiviti yang bermanfaat
kepada murid-murid.

3.0 OBJEKTIF

1. Mencungkil bakat murid dengan memberi peluang berbicara diatas astaka

2. Mengisi masa lapang murid pada waktu rehat dengan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian ketika waktu makan

8

3. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran diluar bilik darjah yang
mantap dan sistematik

4.0 JAWATANKUASA PEMBINAAN ASTAKA SERBAGUNA SK BANDAR PUTERI JAYA

AHLI JAWATANKUASA INDUK PROGRAM
Penasihat : En.Mohd Rosli b. Saman @ Mohd. Zaman

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Puteri Jaya.
Pengerusi 1 : En. Aznee b. Othman

YDP PIBG SK Bandar Puteri Jaya
Pengerusi 2 : Pn. Suhaini binti Hud @ Abd Razak

Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pengerusi 3 : En. Ishak bin Alang @ Abd. Shuker

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pengerusi 4 : En. Mohd Nor ‘Azam bin Mohd Yussuf

Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Pengerusi 5 : Pn.Fauziah bt. Zainul

Guru Penolong Kanan Petang

Penyelaras Projek : En. Mazlan b. Ishak
Setiausaha : Cik Maisarah bt. Shafie
Bendahari : En. Mohd Fahmy b. Ahmad Fauzi

AHLI JAWATANKUASA KERJA 1. En. Aznee b. Othman
Unit Kutipan Dana 2. En. Abdul Fattah Bin Yusoff
3. En. Mohd Firdaus Sallehi bin Harun
Unit Kerja 4. En. Abd Ghafar bin Ahmad Shahabudin
Pemasangan Besi Tiang 5. En Zubir Bin Othman

1. En. Azhar Bin Omar
2. En .Jamaludin Bin Ahmad
3. En. Mohd Zaki Bin Abdul Kadir
4. En. Sobri bin Mat
5. En Mohamad Zuki b. Ibrahim

9

Unit Kerja 1. En. Mohd Razif bin Romle
Pemasangan Bata Pada Dinding 2. En. Mohd Nizam Bin Abdul Hadi
3. En.Muaz Bin Sukarno
Unit Kerja 4.Pekerja Sekolah
Pemasangan Bumbung 1. En. Ahmad Budiman
2. En. Mohamad Hafiz Bin Halekul Zaman
Unit Kerja 3. En. Khairul Azam Bin Mustafa Kamal
Menyimen Lantai 4. En Aznizan B Idris
5. En Mohd Faissal Bin Abdul Aziz
Unit Kerja 1. En. Mohd Razi b. Rahim
Pendawaian Elektrik 2. En. Abu Hasnal b. Sherkawi
3. En. Mohd Azrizal b. Aziz
Unit Kerja 4. En. Mohd Haizuwan b. Ab Sani
Hiasan Pentas Astaka 5. En. Mohd Zakwan b. Haron
1. En. Hamdan b. Anuar
Fotografi 2. En. Romzi b. Ismail
3. En. Jalaluddin b. Ahmad
Dokumentasi 4. En Mohd Nadzmi Bin Mohamad Nadzim
1. Pn.Norhayati Binti Yahya
2. Pn. Haslinah Binti A.Hamid
3. Pn. Siti Zaleha bt. Abdul Hamid
4. Pn Norliza Binti Che Me
5. Pn. Nor Salwana Binti Mohamad Zaki
1. En. Mohd. Zaid b. Zainuddin
2. Pn. Rosmegawati bt. Mohd Noor
3. Pn Haslinda bt. Embi
1. Pn. Syahirah binti Abdul Aziz
2. Pn. Nurul Farishah bt. Othman
3. Pn. Vanaja a/p Velayuthan
4. Pn. Jamaliah bt. Md. Rejab
5. Pn. Lee Siew Low

5.0 ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN JUMLAH
ANGGARAN PENDAPATAN
RM 19500.00
BIL SUMBER RM 10000.00
1 Duit sumbangan dari waris dan guru RM 29500.00
2. Sumbangan dari wakaf lot

JUMLAH

10

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI JUMLAH
RM 2800.00
1. Beam concrete & tiang RM 25 x 112 kaki RM 4600.00
RM 5400.00
2. Siling Asbestos RM 5120.00
RM 720.00
46kaki x 20 kaki=920 kaki RM5.00 x 920 kaki RM 2500.00

3. Dinding RM 5000.00

40 kaki x 9 kaki = 360 kaki RM 15.00 x 360 kaki RM 3360.00
RM 29500.00
4. Lantai

40 kaki x 16 kaki = 640 RM 8.00 x 640 kaki

5. Atap RM 24.00 x 30 keping

6. Mozek RM 2.50 x 1000 keping

7. Wiring

Kipas siling

Lampu

Set amplifier dan mikrofon

speaker

8. Hiasan Pentas

Jumlah Keseluruhan

6.0 PENUTUP

Pembinaan astaka serbaguna ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan
oleh semua warga sekolah ini. Ini kerana, dengan adanya astaka ini aktiviti ko-
akademik seperti pidato, syarahan, bercerita, membaca dan menghafal sifir,
nyanyian, menghafaz ayat suci AlQuran dapat dilaksanakan pada bila-bila masa
sahaja. Sumbangan kewangan, tenaga kerja dan barang-barang pembinaan dari
pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian warga SK Bandar
Puteri Jaya ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya berusaha
agar pembinaan astaka ini dapat disiapkan dengan seberapa segera demi
kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak
jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini.

Sekian.

11

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ _________________________________
( MAISARAH BINTI SHAFIE ) ( AZNEE BIN OTHMAN )
YDP PIBG
Setiausaha PIBG SK Bandar Puteri Jaya.
SK. Bandar Puteri Jaya

Disahkan oleh,
_______________________________
( ROSLI BIN SAMAN @ MOHD ZAMAN )

Guru Besar,
SK. Bandar Puteri Jaya.

12

13

ANGGARAN PENDAPATAN JUMLAH
BIL SUMBER
RM 19500.00
1 Duit sumbangan dari waris dan guru RM 10000.00
2. Sumbangan dari wakaf lot RM 29500.00

JUMLAH

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI JUMLAH
RM 2800.00
1. Beam concrete & tiang RM 25 x 112 kaki RM 4600.00
RM 5400.00
2. Siling Asbestos RM 5120.00
RM 720.00
46kaki x 20 kaki=920 kaki RM5.00 x 920 kaki RM 2500.00

3. Dinding RM 5000.00

40 kaki x 9 kaki = 360 kaki RM 15.00 x 360 kaki RM 3360.00
RM 29500.00
4. Lantai

40 kaki x 16 kaki = 640 RM 8.00 x 640 kaki

5. Atap RM 24.00 x 30 keping

6. Mozek RM 2.50 x 1000 keping

7. Wiring

Kipas siling

Lampu

Set amplifier dan mikrofon

speaker

8. Hiasan Pentas

Jumlah Keseluruhan

14

15

16

17

18

19

20

21

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

KALI KE-6

TARIKH : 12 JANUARI 2020
HARI : AHAD
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN WARISAN PERMATA SKBPJ
DIRASMIKAN OLEH : PUAN HAJJAH OMMI KALSOM BINTI HAJI IBRAHIM

PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA/YAN

22

MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA

KALI KE - 6

Tarikh : 12 Januari 2020
Hari : Ahad
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Warisan Permata SKBPJ
Dirasmikan oleh : Puan Hajjah Ommi Kalsom Binti Haji Ibrahim

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan

KEHADIRAN AJK PIBG :

EN W. MOHD SABERI BIN WAN MAHMUD PENASIHAT
PN. SUHAINI BT HUD@ ABD RAZAK PEN. PENASIHAT 1
EN MUHAMMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL PEN. PENASIHAT 2
SHUKER
EN. NOR’AZAM BIN YUSSUF @ ABU BAKAR PEN. PENASIHAT 3
PN. DG. ERYATHIE BT JUBLI PEN. PENASIHAT 4
EN AZNEE BIN OTHMAN NAIB YANG DIPERTUA
PN NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH SETIAUSAHA
EN MOHD FIRDAUS SALLEHI BIN HARUN BENDAHARI
EN MOHAMAD ZUKI B IBRAHIM AJK WARIS
EN AZNIZAN B IDRIS AJK WARIS
EN MOHD FAISSAL BIN ABDUL AZIZ AJK WARIS
EN MOHD NADZMI BIN MOHAMAD NADZIM AJK WARIS
EN ZUBIR BIN OTHMAN AJK WARIS
EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM AJK WARIS
PN NURUL FARAH ASMIRA BINTI ASMIL AJK WARIS
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI AJK WARIS
PN HINDUN BINTI ABDUL RAHMAN AJK WARIS
PN NURATMA MANGILA BINTI ABDULLAH AJK WARIS
PN HAJUNA BINTI HAMID AJK WARIS
PN IZATUL NISSA BINTI AB. HALIM AJK WARIS
EN AZAM FANSURI BIN AZIZ AJK GURU
PN NORLIZA BINTI CHE ME AJK GURU
PN SUAMANI BINTI SAHABUDIN AJK GURU
PN AZUNA BINTI ABDULLAH AJK GURU
PN SITI FATIMAH BINTI AHMAD AJK GURU
EN ROMZI BIN ISMAIL AJK GURU
EN MOHD HAFIZ BIN HALEKUL ZAMAN AJK GURU
PN NOR AZILAH BINTI ABD AZIT AJK GURU

23

KEHADIRAN AHLI PIBG :
SEPERTI DALAM LAMPIRAN
Agenda 1 : Ucapan Naib Yang DiPertua PIBG.

En. Aznee Bin Othman mengucapkan selamat datang dan ucapan
terima kasih kepada para ahli daripada kalangan waris dan guru-
guru yang dapat hadir dan meluangkan masa pada mesyuarat kali
ini. Beliau meminta para AJK yang bakal dilantik untuk membuat
perbincangan dan tindakan terhadap mandat yang diberikan serta
dapat mencapai keputusan secara bersama dalam menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan.

Agenda 2 : Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali
Ke-5.

Pn. Nor Hafizah Binti Abdullah selaku setiausaha PIBG SKBPJ
membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-5 bertarikh 3
Mac 2019 untuk disemak dan disahkan.

Pengesahan minit mesyuarat :
Cadangan : Pn Mazita Binti Manaf
Sokongan : En. Azizul Hakim

Agenda 3 : Perkara Berbangkit

Tiada perkara berbangkit yang dibangkitkan daripada Minit
Mesyuarat Agung Kali Ke-5.

Agenda 4 : Pembentangan Dan Pengesahan Penyata Kewangan bermula 1
Januari

2019 hingga 31 Disember 2019.

4.1 En Mohd Firdaus Sallehi Bin Harun selaku Bendahari PIBG
membentangkan penyata kewangan yang bermula 1 Januari 2019
dan berakhir 31 Disember 2019 untuk disemak dan disahkan.

24

4.2 Pn Izatul Nisa mencadang pembetulan simbol bagi perkara 45 dalam
lajur Pendapatan iaitu 67,90 kepada 67.90.

Pengesahan laporan kewangan :

Cadangan : En. Mohd Azizul b Osman
Sokongan : Pn Azimah bt Yahya

Agenda 5 : Membahaskan Usul-Usul Yang Telah Ditapis

Usul 1
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG membina
kawasan berbumbung di dataran perhimpunan untuk keselesaan
dan kemudahan murid.
Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh
majoriti

Usul 2
Pn Izatul Nissa Binti Ab. Halim mencadangkan supaya PIBG
menyediakan wakaf-wakaf/hentian berbumbung disekitar pondok
pengawal supaya murid-murid dapat menunggu dan berteduh
selepas waktu sesi persekolahan pagi dan petang. Kebanyakan murid
berada di luar kawasan sekolah dan keadaan ini merbahaya kepada
mereka.

Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh
majoriti.

Usul 3
En Romzi Bin Ismail mencadangkan PIBG membeli/membekalkan
buku-buku Bahasa Inggeris untuk program Bacaan Pagi. Anggaran
peruntukan yang dipohon adalah sebanyak RM3000.
Usul disokong oleh Pn Azwin Binti Basir dan diterima oleh majoriti.

25

Usul 4
En Aznizan Bin Idris mencadangkan supaya PIBG membina laluan
pejalan kaki berbumbung bagi mengelakkan murid atau waris terkena
najis burung merpati.
Usul disokong oleh Pn Zulaina Bt Osman dan diterima oleh majoriti.

Usul 5
En Zubir bin Othman mencadangkan supaya Sumbangan PIBG
dinaikkan kepada RM50 sekeluarga memandangkan SKBPJ
mempunyai murid yang ramai dan pelbagai aktiviti perlu
dilaksanakan.
Usul disokong oleh En Azri Bin Sidek dan diterima oleh majoriti.

Usul 6
Puan Suamani mencadangkan supaya bayaran untuk Pentaksiran Bilik
Darjah (Tahap 1) dan Pentaksiran Sumatif (Tahap 2) sebanyak RM12
seorang.
Usul disokong oleh Pn Noraza Binti Ariffin dan diterima oleh majoriti.

Usul 7
Puan Nor Azilah Binti Abd Azit mencadangkan supaya bayaran
tambahan untuk Program Kecemerlangan Tahun 1-3 dinaikkan
daripada RM10 kepada RM20.
Usul disokong oleh Pn Mazuin Bt Abd Halim dan diterima oleh majoriti.

Usul 8
Pn Norliza Binti Che Me mencadangkan supaya bayaran tambahan
Program Kecemerlangan Tahun 4 sebanyak RM30 seorang.
Usul disokong oleh Pn Mazuin Bt Abd Halim dan diterima oleh majoriti.

26

Usul 9
Puan Siti Fatimah Binti Hj. Ahmad mencadangkan supaya bayaran
tambahan Program Kecemerlangan Tahun 5 sebanyak RM30 seorang.
Usul disokong oleh Pn Pn Nuratma Mangila dan diterima oleh majoriti

Usul 10
Pn Azuna Binti Abdullah mencadangkan supaya sumbangan Dana
UPSR dikekalkan sebanyak RM150 seorang.
Usul disokong oleh Pn Azwin Binti Basir dan diterima oleh majoriti.

Usul 11
Pn Noor Azira Binti Yusop mencadangkan supaya PIBG menganjurkan
bengkel kemahiran (dengan bayaran), dibuka kepada murid yang
berminat. Bengkel boleh diadakan pada hari Jumaat. Contoh Bengkel
Pertukangan, Memasak, Komputer, Asas Hidup dan Keusahawanan.
Pemberi usul tidak hadir, maka usul 11 tidak dibincangkan.

Usul 12
Pn Dg Eryathie Binti Jubili mencadangkan supaya ahli mesyuarat
agung memberi mandat kepada AJK Induk PIBG untuk membuat
kutipan sukarela terhadap sesuatu program yang telah dipersetujui
oleh PIBG.
Usul disokong oleh En Khairul dan diterima oleh majoriti.

Usul 13
Pn Hajuna Bt Hamid mencadangkan supaya sumbangan untuk Kelas
Tuisyen Malam UPSR 2020 dinaikkan dari RM3 kepada RM4 (bagi 1
subjek).
Usul disokong oleh Pn Nurul Farah Asmira Binti Asmil dan diterima oleh
majoriti

27

Usul 14
En. Mohd Yusof Bin Ibrahim mencadangkan supaya PIBG
mengadakan Kelas Bimbingan Tajwid/Hafazan pada hari
Jumaat/Sabtu kepada murid-murid bertempat di surau SKBPJ selepas
surau tersebut siap dibina.

Usul disokong oleh Pn Hajuna dan diterima oleh majoriti.

Usul 15
En. Mohd Yusof mencadangkan supaya PIBG mewujudkan satu hari
untuk murid-murid SKBPJ bersedekah. Satu tabung perlu disediakan
untuk tujuan tersebut. Tujuannya supaya untuk menyemai sifat
dermawan dikalangan murid.

Usul disokong oleh Pn Hajuna dan diterima oleh majoriti.

Usul 16
En Nor’ Azam Bin Yussuf mencadangkan supaya PIBG membina ruang
makan tambahan untuk kegunaan murid di kantin.

Usul disokong oleh En Zainal Abidin dan diterima oleh majoriti.

Usul 17
En Nor’Azam Bin Yussuf mencadangkan supaya kutipan sumbangan
untuk Program Hari Kokurikulum adalah sebanyak RM10 seorang.

Usul disokong oleh En Zainal Abidin dan diterima oleh majoriti.

Usul 18
En. Azrul Bin Amron mencadangkan supaya PIBG mewujudkan badan
bertindak bagi KSIB yang lebih efektif dan agresif untuk mendidik para
waris agar menggunakan prasarana parkir dengan lebih teratur dan
kemas supaya perjalanan trafik di hadapan sekolah akan lebih lancar.
Tekankan tentang pentingnya sukarelawan untuk sama-sama
membantu. Anda mampu mengubahnya.

Usul disokong oleh En Aznizan dan diterima oleh majoriti
28

Usul 19
Pn Kalsom Binti Jaafar mencadangkan supaya PIBG mengadakan
kelas pemulihan bagi murid-muri darjah 2 dan 3 yang lemah dalam
menguasai 4M.

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 19 tidak dibincangkan.

Usul 20
En Mohd Shahafrul Bin Mokri mencadangkan supaya PIBG membuat
permohonan kepada MPSPK untuk menaiktaraf jalan, bumper dan
speed breaker di hadapan sekolah (jalan utama).

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 20 tidak dibincangkan.
Usul 21
En Mohd Shahafrul Bin Mokri mencadangkan supaya PIBG melarang
peniaga berniaga di luar kawasan sekolah (makanan tidak sesuai
untuk murid).

Pemberi usul tidak hadir, maka usul 21 tidak dibincangkan.

Agenda 6 : Pembubaran Ahli Jawatankuasa Sesi 2019/2020

6.1 En Aznee Bin Othman selaku Naib Yang Dipertua PIBG sesi 2019/2020
mengumumkan pembubaran AJK sesi 2019/2020 pada jam 12.05
tengah hari.

Agenda 7 : Pelantikan Pengerusi Sementara

En Aznizan bin Idris mencadangkan En. Mohd Zuki sebagai pengerusi
sementara. Majoriti ahli bersetuju.

29

Agenda 8 : Perlantikan Ahli Jawatankuasa Sesi 2020/2021

Ahli mesyuarat telah bersetuju melantik nama-nama berikut sebagai

AJK PIBG sesi 2020/2021.

Yang Dipertua : En Aznee bin Othman

Naib Yang Dipertua : En. Zubir bin Othman

Setiausaha : Pn Nor Hafizah bt Abdullah

Bendahari : En. Mohd Firdaus Sallehi bin Harun

AJK Waris : En Mohd Faissal bin Abdul Aziz

En Asnizan bin Idris

En Mohd Zuki bn Ibrahim

En Azman bin Hashim

En Mohd Nadzmi bin Mohamad Nadzim

En. Mohamad Suhani bin Hussin

En. Mohd Yusof bin Ibrahim

Pn. Nurul Farah Asmira bt Asmil

Pn Norhasliza bt Zahari

Pn Hindun Bt Abd. Rahman

Pn. Noratma Mangila bt Abdullah

Pn. Hajuna bt Hamid

Pn. Izatul Nissa bt Ab. Halim

AJK Guru : Pn Sabariah Bt Saad

Pn Pushpa A/P Vaithilingam

Pn Zaiton Bt Mohd Noor

En Azhar Bin Omar

En Luqman Hakim@Fakhairuzal Bin Muhamad

Ghazali

En Ismail Bin Ahmmed

En Mohd. Zaki Bin Kadir

Pn Rizawati Bt Mohd Sumbuti

En Mohd Sobri Bin Ibrahim

En. Romzi bin Ismail

En. Mohd Hafiz bin Halekulzaman

Pn. Norshazeela bt Saidon

Pn. Suamani bt. Sahabudin

30

Agenda 9 : Memilih Dua Orang Juru Audit

berikut : Mesyuarat dimaklumkan bahawa juru audit juga dikekalkan seperti

i) En. Mohd Yusof bin Ibrahim
ii) En Shaifuldin Bin Othman

Agenda 10 : Ucapan Penangguhan

Guru Besar mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang
baharu dilantik. Guru Besar juga berharap agar AJK ini dapat
bekerjasama dan bermuafakat dalam menjalankan amanah yang
dipertanggungjawabkan demi kejayaan dan kesejahteraan anak-
anak SKBPJ.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 12.35 petang.

Pencatat Minit:

1. Jamalliah bt Hassan (K)
2. Noralhana bt Ismail
3. Noraza bt Ariffin
4. Adilah bt Abu Bakar
5. Noor Aziah@Halimatul Saadiah bt Arshad
6. Fatimah bt Mohamad
7. Melor bt Mat

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH) (AZNEE BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Puteri Jaya
Sesi 2019/2020 SK Bandar Puteri Jaya
Sesi 2019/2020

31

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR
PUTERI JAYA

08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL
AMAN

Tel : 04 – 4430112 Faks : 04-4430113
Emel :[email protected]

MINIT MESYUARAT AJK PIBG 20/21 KALI KEDUA

Tarikh :12 Julai 2020 Hari : Ahad
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SKBPJ Masa : 2.00 petang

Pengerusi : En. Aznee Bin Othman

Hadir :

EN. ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN
PN. SUHAINI BT HUD@ ABD RAZAK
EN MUHAMMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL SHUKER
EN. NOR’AZAM BIN YUSSUF @ ABU BAKAR
PN. DG. ERYATHIE BT JUBLI
EN AZNEE BIN OTHMAN
EN ZUBIR BIN OTHMAN
PN NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH
EN MOHD FIRDAUS SALLEHI BIN HARUN
PN NORSHAZEELA BINTI SAIDON
EN AZHAR BIN OMAR
EN MOHAMAD ZUKI B IBRAHIM
EN AZNIZAN B IDRIS
EN AZMAN BIN KASSIM
EN MOHD NADZMI BIN MOHAMAD NADZIM
EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM
PN NURUL FARAH ASMIRA BINTI ASMIL
PN HINDUN BT ABD RAHMAN
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI
PN NURATMA MANGILA BINTI ABDULLAH
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI
PN IZATUL NISSA BINTI AB. HALIM
PN ZAITON BT MOHD NOOR

32

EN LUQMAN HAKIM@FAKHAIRUZAL BIN MUHAMAD
GHAZALI

EN ISMAIL BIN AHMMED
EN MOHD SOBRI BIN IBRAHIM
PN SUAMANI BINTI SAHABUDIN

Tidak Hadir :

PN PUSHPA A/P VAITHILINGAM
EN KHAPUR KHAN BIN OMAR KHAN
EN MOHD. ZAKI BIN KADIR
PN SABARIAH BT SAAD
EN MOHD FAISSAL BIN ABDUL AZIZ
EN ROMZI BIN ISMAIL
EN MOHD HAFIZ BIN HALEKUL ZAMAN
PN HAJUNA BINTI HAMID
PN RIZAWATI BT MOHD SUMBUTI

1. Ucapan Yang DiPertua PIBG

Mengucapkan selamat datang dan memulakan mesyuarat dengan bacaan
al-Fatihah. YDP mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah
bertungkus-lumus membuat persediaan dalam menyambut murid-murid
dalam keadaan norma baru. SK Bandar Puteri Jaya merupakan sebuah
sekolah yang besar. Justeru dalam menghadapi situasi Pasca Covid ini juga
merupakan cabaran yang besar bagi semua Pentadbir dan para guru SKBPJ.
Walau bagaimana pun, YDP mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah
kerana cuba sedaya upaya mengaplikasikan segala kehendak kementerian.
YDP merasa terharu dengan segala usaha para guru menyumbangkan
tenaga dalam meningkatkan insfrastruktur sekolah untuk kemudahan murid-
murid SKBPJ. Untuk itu, bagi pihak PIBG, fokus utama ialah dalam penyediaan
material untuk menyokong segala usaha yang telah dirancangkan oleh
pihak sekolah.

2. Ucapan Penasihat.

En. Rosli Bin Saman @ Mohamad Zaman selaku Penasihat mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK kerana dapat menghadirkan diri ke
mesyuarat kali ini. Beliau melahirkan rasa syukur kerana Mesyuarat AJK PIBG
ini dapat diadakan sebelum pembukaan sekolah Pasca Covid dalam norma
yang baru. Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana SKBPJ telah dilawati
oleh pelbagai pihak terutama daripada pihak kementerian sendiri dalam
memantau persediaan pembukaan sekolah kali ini. Melalui kunjungan yang
telah diterima, SKBPJ telah mendapat maklumat secara langsung daripada
kementerian tentang Prosedur Standard yang perlu dipatuhi. Ucapan terima
kasih juga beliau ucapkan kepada pihak PIBG kerana sentiasa memberi

33

sokongan kepada semua aktiviti yang telah dirancangkan oleh pihak
sekolah.

3. Membentangkan Minit Mesyuarat

3.1. Setiausaha PIBG Pn. Nor Hafizah binti Abdullah telah membentang Minit
Mesyuarat AJK Kali Pertama 2020/2021 dan memohon jawatankuasa untuk
menyemak dan mengesahkannya.

3.2. En Mohamad Zuki B Ibrahim mencadangkan supaya Minit Mesyuarat AJK
PIBG Kali Pertama 2020/2021 disahkan dan disokong oleh Pn Nurul Farah
Asmira Binti Asmil.

4. Perkara-Perkara Berbangkit

4.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan,
terdapat aktiviti bagi murid tahun 6 yang telah dilaksanakan. Modul-modul
untuk murid tahun 6 juga telah diperbanyak dan sedia untuk diedarkan.
Justeru, Dana UPSR berbaki RM26,682.00. Perkara-perkara berikut
dipertimbangkan dalam pengurusan baki dana iaitu:

i- Mengadakan aktiviti/pembelajaran sebagai persediaan ke
Tingkatan 1

ii- Membuat persediaan bagi kemungkinan terdapat ujian khas
dalam pemilihan murid ke Sekolah Berasrama Penuh

iii- Memulangkan baki dana kepada murid.

Semua pertimbangan tersebut tertakluk kepada perubahan yang akan
diputuskan oleh pihak sekolah kemudian. Ini berikutan, walaupun
peperiksaan UPSR dibatalkan, program-program akademik akan tetap
berjalan. Walau bagaimana pun, duit Hari Kantin akan dipulangkan kepada
murid melainkan ada aktiviti lain yang dirangka untuk diadakan.

Tindakan : Makluman

4.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa Perjumpaan Pra bersama waris telah
diadakan pada bulan Jun 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

Tindakan :
Makluman

5. Laporan Kewangan

5.1. Mesyuarat mengambil maklum Laporan Kewangan yang dibentangkan
oleh En Mohd Firdaus Sallehi Bin Harun seperti di Lampiran A.

5.2. En Azman Bin Kassim mencadangkan supaya Laporan Kewangan ini
disahkan dan disokong oleh En Mohd Yusof Bin Ibrahim.

34

Tindakan : Makluman

6. Perancangan Pembukaan Sekolah Pasca Covid

6.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa PIBG akan menyumbang tambahan 2 set
infrared thermometer kepada pihak sekolah.

6.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa untuk menyukat suhu murid, PIBG
mempunyai perancangan untuk menggunakan kaedah pengambilan dan
merekodkan bacaan suhu murid secara automatik. Walau bagaimana pun,
terdapat perkara yang perlu diperhalusi terutama dari aspek ‘hardware
dan software’ yang akan digunakan. Penilaian juga akan dibuat sama ada
menggunakan aplikasi android atau internet.
Tindakan : Makluman

7. Hal-hal lain

7.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pembinaan surau telah siap sepenuhnya
dan jumlah dana terkini berbaki RM29,050.27. Walau bagaimana pun, dana
ini dibekukan seketika sebagai persediaan bagi memastikan bahawa semua
hutang telah dilangsaikan. Terdapat beberapa kerosakan bumbung yang
telah pun dibaiki. Walau bagaimana pun, pihak pengurusan surau amat
berharap supaya hasrat untuk memasang ‘awning’ dipejalan kaki ke surau
dapat direalisasikan.

Tindakan : Makluman

7.2. Mesyuarat dimaklumkan bahawa khidmat RELA akan digunakan pada 22
Julai 2020 iaitu pada hari pertama persekolahan Pasca Covid bagi murid
Tahun 1,2,3 dan 4.
Tindakan : En Aznizan B Idris

7.3. Mesyuarat bersetuju bahawa ruang makan tambahan kantin akan dibina
sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung yang lalu.
Suatu anggaran perbelanjaan perlu disediakan bagi tujuan tersebut.

Tindakan : PK HEM/PK KK/En Romzi Bin Ismail

7.4. Mesyuarat mengambil maklum bahawa para sukarelawan dari kalangan
waris akan turut serta semasa pembukaan sekolah terutama semasa rehat
murid.

Tindakan : KSIB

35

Penutup

Pengerusi menutup mesyuarat dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00
petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH) (AZNEE BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Puteri Jaya SK Bandar Puteri Jaya
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021

36

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PUTERI JAYA
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN

Tel : 04 – 4430112 Faks : 04-4430113
Emel :[email protected]

MINIT MESYUARAT AJK PIBG 20/21 KALI KETIGA

Tarikh : 8 November 2020 Hari : Ahad
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama SKBPJ Masa : 11.00 pagi

Pengerusi : En. Aznee Bin Othman

Hadir :

EN. ROSLI BIN SAMAN @ MOHAMAD ZAMAN
EN MUHAMMAD ISHAK BIN ALANG ABDUL SHUKER
EN AZNEE BIN OTHMAN
EN ZUBIR BIN OTHMAN
PN NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH
EN MOHD FIRDAUS SALLEHI BIN HARUN
EN AZHAR BIN OMAR
EN AZNIZAN B IDRIS
PN NURUL FARAH ASMIRA BINTI ASMIL
PN HINDUN BT ABD RAHMAN
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI
PN NURATMA MANGILA BINTI ABDULLAH
PN NORHASLIZA BINTI ZAHARI
PN IZATUL NISSA BINTI AB. HALIM
EN LUQMAN HAKIM@FAKHAIRUZAL BIN MUHAMAD
GHAZALI
EN ISMAIL BIN AHMMED
PN RIZAWATI BT MOHD SUMBUTI
PN HAJUNA BINTI HAMID

Tidak Hadir :

PN. SUHAINI BT HUD@ ABD RAZAK
EN. NOR’AZAM BIN YUSSUF @ ABU BAKAR
PN FAUZIAH BINTI ZAINUL
EN KHAPUR KHAN BIN OMAR KHAN
EN MOHD. ZAKI BIN KADIR

37

PN SUAMANI BINTI SAHABUDIN
EN MOHD SOBRI BIN IBRAHIM
PN NORSHAZEELA BINTI SAIDON
PN SABARIAH BT SAAD
EN MOHD FAISSAL BIN ABDUL AZIZ
EN ROMZI BIN ISMAIL
EN MOHD HAFIZ BIN HALEKUL ZAMAN
PN ZAITON BT MOHD NOOR

EN MOHD NADZMI BIN MOHAMAD NADZIM

EN MOHD YUSOF BIN IBRAHIM
EN AZMAN BIN KASSIM
EN MOHAMAD ZUKI B IBRAHIM

8. Ucapan Yang DiPertua PIBG

Mengucapkan selamat datang dan memulakan mesyuarat dengan bacaan
al-Fatihah. YDP mengucapkan terima kasih kepada semua AJK atas
komitmen yang diberikan serta dapat hadir ke Mesyuarat AJK Kali Ke 3
walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat baru sahaja diumumkan.

9. Ucapan Penasihat.

En. Rosli Bin Saman @ Mohamad Zaman selaku Penasihat mengucapkan
terima kasih kepada semua AJK kerana dapat menghadirkan diri ke
mesyuarat kali ini. Beliau melahirkan rasa syukur kerana Mesyuarat AJK PIBG
ini dapat diadakan walaupun berada di saat yang getir dengan
pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang akan bermula
pada 9 November 2020. Walau bagaimana pun, mesyuarat pada kali ini
amat penting bagi menyelesaikan isu-isu yang melibatkan pentadbiran
terutama bagi tahun 2021.

10. Membentangkan Minit Mesyuarat

10.1. Setiausaha PIBG Pn. Nor Hafizah binti Abdullah telah membentang

Minit Mesyuarat AJK Kali Kedua 2020/2021 dan memohon jawatankuasa

untuk menyemak dan mengesahkannya.

10.2. En Azhar Bin Omar mencadangkan supaya Minit Mesyuarat AJK PIBG

Kali Kedua 2020/2021 disahkan dan disokong oleh Pn Nuratma Mangila Binti

Abdullah.

11. Perkara-Perkara Berbangkit

4.3 Mesyuarat dimaklumkan bahawa baki Dana Bayaran Tambahan Tahun 1
hingga 5 akan dibawa ke tahun hadapan seterusnya dapat mengurangkan
jumlah Bayaran Tambahan yang perlu dibayar oleh waris bagi tahun 2021.,
Bagi Tahun 6 pula, pihak pentadbiran belum membuat sebarang keputusan
berkaitan hal ini. Walau bagaimana pun kemungkinan keputusan yang
paling rasional ialah memulangkan baki dana yang telah dibayar oleh waris.
38

Tindakan : Makluman

12. Laporan Kewangan

12.1. Mesyuarat mengambil maklum Laporan Kewangan yang

dibentangkan oleh En Mohd Firdaus Sallehi Bin Harun seperti di Lampiran 2.

12.2. En Zubir Bin Othman mencadangkan supaya Laporan Kewangan ini

disahkan dan disokong oleh En Aznizan B Idris.

Tindakan : Makluman

13. Pembentangan Keperluan Persekolahan Bagi Tahun 2021

13.1. Mesyuarat mengambil maklum dan bersetuju dengan Senarai

Keperluan Persekolahan bagi Tahun 2021 yang dibentangkan sebagai mana

yang tercatat di Lampiran 1.

13.2. Mesyuarat bersetuju dengan sebulat suara untuk murid tidak membeli

buku kerja dalam senarai keperluan persekolahan pada tahun 2021.

13.3. Mesyuarat mengambil maklum bahawa terdapat perubahan dari segi

tanda nama pada tahun 2021 yang akan diguna pakai oleh murid tahun 1

2021 sebagai permulaan.

Tindakan : Makluman

14. Mesyuarat Agung PIBG 2021

14.1. Mesyuarat bersetuju bahawa perancangan berkaitan Mesyuarat

Agung PIBG bagi tahun 2021 akan dibincangkan semula berdasarkan

perkembangan situasi semasa negara yang masih terkesan berikutan

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang diumumkan susulan

pandemik Covid 19.

Tindakan : Makluman

15. Hal-hal lain

15.1. Mesyuarat dimaklumkan bahawa sebahagian dana Bayaran

Tambahan telah digunakan khususnya Dana Kecemerlangan yang telah

dibelanjakan untuk mengadakan Bengkel-Bengkel Pentaksiran bagi Tahap 2

dan juga dalam Program Peningkatan PBD bagi Tahap 1.

15.2. Mesyuarat mengambil maklum bahawa terdapat kelab-kelab baru

yang ditubuhkan iaitu Kelab Fotografi dan Kelab Muzik bagi mencungkil

bakat terpendam murid seiring dengan kelab-kelab akademik yang sedia

ada.

39

15.3. Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa terdapat lantikan baru

dikalangan murid yang disebut Da’i Cilik bagi memupuk kecenderungan

murid ke arah keagamaan seterusnya menjadi role model kepada murid-

murid lain dari sudut sahsiah dan kepimpinan.

15.4. Mesyuarat turut dimaklumkan bahawa terdapat banyak

perancangan yang dirancang untuk memanfaatkan setiap inci ruang SK

Bandar Puteri Jaya antaranya mewujudkan Sudut Bahasa Melayu, Galeri

Pengakap, Ruang Pidato di kantin dan lain-lain.

15.5. Mesyuarat mengambil maklum bahawa logo PIBG telah ditukar

sebagaimana yang telah dipersetujui melalui aplikasi Whatsapp bertarikh 6

Oktober 2020 sebagaimana yang tercatat di Lampiran 3.

15.6. Mesyuarat dimaklumkan bahawa pembinaan kantin boleh dimulakan

kerana kutipan sumbangan telah mencecah RM3K dan baki RM7K akan

ditanggung oleh dana PIBG.

Tindakan : Makluman

16. Ucapan Penangguhan

16.1. YDP berharap supaya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

yang diumumkan akan menjadi satu ruang kepada PIBG dan juga pihak

sekolah untuk memperelok sekolah berdasarkan SOP Covid 19 yang telah

diumumkan.

16.2. YDP memberi jaminan bahawa semua AJK akan turun padang

membantu pihak sekolah melaksanakan segala keperluan yang akan

mendatang. Fokus mungkin boleh diberikan dari sudut kebajikan waris murid

SK Bndar Puteri Jaya yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan

yang diumumkan.

Penutup

Pengerusi menutup mesyuarat dengan ucapan jutaan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat yang hadir dan mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00
petang.

40

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NOR HAFIZAH BINTI ABDULLAH) (AZNEE BIN OTHMAN)
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Bandar Puteri Jaya SK Bandar Puteri Jaya
Sesi 2020/2021 Sesi 2020/2021

41


Click to View FlipBook Version