The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by @Nads, 2021-08-19 23:45:01

f3 unit 9 Warisan Tarian Tradisional

f3 unit 9 Warisan Tarian Tradisional

SLIDESMANIA.COM PENDIDIKAN SAINS
SOSIAL & ALAM
SEKITAR.
UNIT 9
WARISAN KITA

Tarian Di Malaysia

Terdapat pelbagai jenis tarian tradisional di Malaysia.

Tarian Zapin Tarian Tarian Ngajat
Tarian Kipas Bharatanatyam Tarian Sumazau

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Ciri-ciri tarian tradisional

Tarian Zapin

○ Terkenal di Negeri Johor.

○ Tarian ini ditarikan secara berpasangan atau berkumpulan mengikut
jantina.

○ Pakaian penari -Memakai baju melayu teluk belanga,dikancing dengan
butang emas atau suasa, berkain samping,bersanggul dan memakai
aksesori hiasan.

○ Gerak tarian ini mempunyai ciri-ciri berunsurkan kemelayuan yang
memerlukan penari untuk membongkok dan merendahkan badan.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Ciri-ciri tarian tradisional

Tarian Kipas

○ Merupakan tarian warisan masyarakat Cina yang biasanya diiringi
dengan muzik klasik Cina.

○ Pakaian penari –Penari lelaki memakai baju yang dikenali sebagai samfu
dan penari perempuan memakai ceongsam atau samfu.

○ Gerak tarian ini memperlihat kelembutan badan sambal mengayunkan
kipas.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Ciri-ciri tarian tradisional

Tarian
Bharatanatyam

○ Tarian klasik India yang berasal dari Tamil Nadu, iaitu bahagian
selatan India.

○ Tarian ini merangkumi muzik,tarian dan teater.

○ Pakaian penari -Memakai sari dan aksesori seperti barang kemas,
hiasan rambut dan solekan muka.

○ Gerak tarian ini melibatkan pergerakan tangan,kaki,mata dan kepala
yang mempunyai maksud tersendiri.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Ciri-ciri tarian tradisional

Tarian
Sumazau

○ Merupakan tarian tradisional masyarakat Kadazan Dusun di Negeri
Sabah.

○ Tarian ini dipersembahkan semasa Pesta Kaamatan iaitu selepas musim
menuai padi.

○ Pakaian penari –penari lelaki dan perempuan memakai pakaian
tradisional kaun Kadazan Dusun berwarna hitam yang dihiasi dengan
benang berwarna emas.

○ Penari perempuan pula memakai aksesori tali pinggang yang berbentuk
duit syiling.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Ciri-ciri tarian tradisional

Tarian
Ngajat

○ Merupakan tarian tradisional masyarakat Iban di Sarawak. Tarian ini
ditarikan ketika perayaan Hari Gawai, iaitu selepas musim menuai padi.

○ Pakaian penari –Penari lelaki memakai baju yang dikenali sebagai ‘sirat’,
‘gagung’ atau baju burung beserta aksesori topi yang dihiasi dengan bulu
burung kenyalang.

○ Penari perempuan memakai pakaian tradisional Ngepan Indu Iban yang
dihiasi aksesori berbentuk duit syiling,bersanggul dan memakai gelang kaki.

○ Gerak tarian seperti pahlawan dengan melompat sambal memegang parang
Panjang dan perisai kayu.Penari perempuan menari dengan Gerakan yang
lemah gemalai.

SLIDESMANIA.COM

SLIDESMANIA.COM Kepentingan menghargai tarian tradisional.

Memupuk perpaduan antara kaum

Memupuk perasaan bangga terhadap
negara

Memelihara warisan bangsa

Menarik minat pelancong untuk
mengunjungi Malaysia

SLIDESMANIA.COM Itu sahaja…..
Sekian, terima kasih
semua. Jumpa lagi

No Gif version

Editable Icons

Free themes and templates for Sharing is caring!
Google Slides or PowerPoint

NOT to be sold as is or modified!

Read FAQ on slidesmania.com

Do not remove the slidesmania.com text on the sides.


Click to View FlipBook Version