The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kamal.btpnjoh, 2020-06-10 10:22:12

Teks Pengacara

Tek Pengacaraan

TEKS PENGACARA
MAJLIS ANUGERAH DAN PENYAMPAIAN HADIAH HARI GURU

PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2020
KHAMIS | 4 JUN 2020 | 10.30 PAGI |

DEWAN SEMINAR ARAS 6, JPN JOHOR

BIL. QUE TEKS CATATAN

Makluman Dan Sila ambil perhatian :
Hebahan
1. Sila pastikan telefon bimbit dan telefon pintar anda
ditukarkan kepada MOD SENYAP atau DIPADAMKAN.

2. Anda TIDAK DIBENARKAN dan DILARANG sama sekali
untuk mengambil gambar dan berswafoto sebelum,
semasa dan selepas Majlis ini berlangsung. Namun begitu,
anda dibenarkan untuk bergambar dan berswafoto
bersama rakan-rakan DILUAR PINTU MASUK UTAMA JPN
JOHOR.

3. Sila pastikan JARAK SOSIAL 1 METER diamalkan dan
sentiasa mematuhi arahan keselamatan yang telah
ditetapkan.

4. Apabila diumumkan ketibaan masuk VVIP, hadirin
diminta untuk berdiri dan diberikan tepukan gemuruh.

5. Sila HADKAN pergerakan anda sepanjang majlis
berlangsung khasnya ketika VVIP sedang berucap.

6. Makanan berbungkus disediakan di Ruang Legar aras
Bawah. Sila pastikan anda mengambil bungkusan sebelum
anda melangkah keluar daripada bangunan ini.

4. Hadirin diminta untuk mengambil tempat masing-
masing kerana majlis akan bermula sebentar lagi/ minit
dari sekarang.

Pengumuman ***MAINKAN LAGU LATAR SEPANJANG VVIP BERJALAN Usher akan bagi
Ketibaan VVIP MENUJU KE KERUSI*** que VVIP masuk
dewan.

Mengumumkan ketibaan;

Yang Berhormat,
TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,
WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

Diringi oleh;
Tetamu-tetamu jemputan.

Salutation #berikan tepukan gemuruh buat tetamu kita
***APABILA SEMUA VVIP DUDUK***

1. YANG BERHORMAT,
TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,
WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

2. YANG BERUSAHA,
CIKGU HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

3. YANG BERUSAHA,
CIKGU AB. RAHIM BIN LAMIN,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,
SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
MERANGKAP;
SETIAUSAHA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI
JOHOR TAHUN 2020.

3. YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ALI BIN MOHAMED
PENGURUS BESAR,
RHB BANK WILAYAH SELATAN

5. YANG DIRAIKAN,
PENERIMA-PENERIMA ANUGERAH HARI GURU,
HADIRIN DAN HADIRAT, TUAN-PUAN YANG DIKASIHI
SEKALIAN.

Aluan SELAMAT DATANG KE
Pengacara MAJLIS ANUGERAH DAN PENYAMPAIAN HADIAH HARI GURU

Bacaan Doa PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2020

Hadirin yang budiman,

Aluan Bagi memberkati majlis kita yang penuh berbahagia ini, marilah
Pengacara sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa
yang akan dipimpin oleh :

USTAZ MOHD HANAFI BIN ABD. RAHMAN
PENOLONG PENGARAH
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Dipersilakan.

***SELEPAS PEMBACA DOA TURUN DARI PENTAS***

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis ini berlangsung dengan lancar
dan sempurna dengan izinNya.

Yang Berhormat, serta hadirin sekalian,

Tanggal 16 Mei, merupakan tarikh yang sangat istimewa
kepada mereka yang bergelar guru. Pada Tarikh ini, sambutan
hari guru diadakan saban tahun disambut penuh gemilang dan
meriah sebagai satu tanda penghargaan kepada semua insan
yang bergelar cikgu atas pengorbanan, jerih perih mereka
dalam mendidik dan melahirkan generasi yang cemerlang..

Sedikit berbeza pada tahun ini, Meskipun wabak
pandemic Covid-19 ini masih belum reda, kita raikan dalam
suasana New Normal, atau Norma Baharu agar jasa dan
sumbangan bakti cikgu tetap dihargai dalam majlis yang
sederhana ini.

Ucapan Untuk itu, bagi memulakan acara kita pagi ini,
Perasmian Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan,

YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,
SEKTOR PERANCANGAN DAN PENGURUSAN PPD,
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Bagi menyampaikan ucapan aluan.

Dipersilakan tuan.

***SELEPAS HABIS UCAPAN ALUAN***
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang Yang
Berusaha Tuan Haji Shaharuddin atas ucapan aluan sebentar
tadi.

Hadirin sekalian,

Kalau Tuan Pikat Kenari,
Jangan Patahkan Batang Jerami

Kepada Tuan Sembah Diberi
Mohon Rasmikan Majlis Kami.

Majlis dengan ini, Menjemput dan mempersilakan,

YANG BERHORMAT,
TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,
WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

Untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya Merasmikan
Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah hari Guru Peringkat
Negeri Johor Tahun 2020.

Dipersilakan Yang Berhormat Tuan,

PENYAMPAIAN ***SELEPAS HABIS UCAPAN PERASMI***
HADIAH
Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas
ucapan dan perasmian oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan
Bin Bujang sebentar tadi.

Majlis seterusnya mempersilakan
YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,

untuk menjemput dan mempersilakan

YANG BERHORMAT,
TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,
WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian Anugerah dan
Hadiah Hari Guru Peringkat Negeri Johor Tahun 2020.

Anugerah dan ***SELEPAS YB BERADA DIPENTAS ANUGERAH***
Hadiah
Majlis penyampaian Anugerah dan hadiah Hari Guru Negeri
Johor 2020 dimulakan dengan :

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA DARIPADA
URUSETIA

Penyampaian *** YB SELESAI PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN HADIAH***
MockCheque
RHB Bank Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berhormat Tuan Haji Mazlan Bin Bujang, atas penyempurnaan
upacara penyampaian Anugerah dan hadiah sebentar tadi.

Seterusnya ialah penyampaian Sumbangan daripada RHB Bank
Berhad kepada Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
Majlis dengan ini menjemput

YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ALI BIN MOHAMED
PENGURUS BESAR,
RHB BANK WILAYAH SELATAN

Untuk menyampaikan MockCheque Sumbangan kepada

YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,
Mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Terima kasih diucapkan.

Cenderamata ***CENDERAMATA JPNJ KEPADA VVIP***

Majlis dengan ini menjemput

YANG BERUSAHA,
TUAN HAJI SHAHARUDDIN BIN SAARI,
TIMBALAN PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR,

Untuk menyampaian Sijil Penghargaan kepada

YANG DIHORMATI,
TUAN HAJI ALI BIN MOHAMED
PENGURUS BESAR,
RHB BANK WILAYAH SELATAN

Dan seterusnya ialah penyampaian cenderamata kepada :

YANG BERHORMAT,
TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG,
PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENERANGAN,
WARISAN DAN BUDAYA NEGERI JOHOR

Sebagai tanda ucapan terima kasih atas kesudian Yang
Berhormat meluangkan masa untuk hadir bagi merasmikan
majlis pagi ini.

Terima kasih tuan.

***CENDERAMATA JPNJ KEPADA VVIP***

Dengan selesainya acara penyampaian cenderamata itu tadi,
maka usailah sudah Majlis Anugerah dan Penyampaian Hadiah
Hari Guru Peringkat Negeri Johor Tahun 2020.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berhormat Tuan Haji Mazlan bin Bujang atas kesudian
meluangkan masa untuk bersama dalam Majlis Anugerah dan
Penyampaian Hadiah Hari Guru Negeri Johor Tahun 2020 ini.
Mewakili pihak majlis, kami memohon maaf jika terdapat
kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

VVIP Bergerak Majlis dengan ini, menjemput Yang Berhormat Tuan Haji
ke Bilik Jamuan Mazlan Bin Bujang bersama dif-dif kehormat untuk ke Bilik
Jamuan. Dipersilakan tuan.

Pass de baton. Para hadirin sekali lagi diingatkan agar sentiasa mematuhi
jarak social satu meter, mencuci tangan dengan sanitizer dan
memakai penutup mulut dan hidung sepanjang berada
dibangunan ini.

Adalah diingatkan untuk mengambil bungkusan makanan yang
disediakan diruang legar aras bawah Jabatan Pendidikan
Negeri Johor sebelum anda melangkah keluar daripada
bangunan ini.


Click to View FlipBook Version