NOVEL PANTAI KASIH
• Sinopsis Pantai Kasih
Novel Pantai Kasih menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk
cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam
perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di
pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi
pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan
rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak
ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray
milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku.
Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha
tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan
mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun,
oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata
mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator
dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan
dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital
kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap
mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah
tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.
Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di
hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk
mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali,
pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan
peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang
berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan
operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu
sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
Tema Novel Pantai Kasih
Tema Novel ini ialah ketabahan seorang wanita dalam menghadapi rintangan dan cabaran
hidupnya untuk melupakan peristiwa hitam yang sering menghantui fikirannya.
Dalam Novel Pantai Kasih, Raiha tabah menghadapi kematian anak perempuannya. Anak
perempuan tunggalnya itu adalah seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘down
sinDoktorom’. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar
kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke asrama yang mengasuh
anak istimewa seperti Rohayu atau Ayu itu, namun Raiha bertegas untuk memelihara sendiri dan
menghabiskan masa dengan anaknya itu menyebabkan Doktor Sadiz berada kecewa kerana
isterinya itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya berasa
marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan diri. Tiba-tiba kanak-
kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak semena-mena tersambar api kereta yang
sedang marak itu sehingga rentung. Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap
menyalahkan bahawa Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya itu.
Selain itu, Raiha juga tabah menerima berita punca kematian anaknya. Setelah beberapa
peristiwa hitam yang dihadapi oleh Raiha sebelum ini menjadikan dia seorang yang tabah apabila
mengetahui punca sebenar kematian anaknya selepas Sister Felicia Landosi menceritakan perkara
sebenar yang berlaku. Raiha tabah dengan berita punca kematian anaknya itu dan menganggap
mereka adalah mangsa keadaan.
Persoalan Novel Pantai Kasih
Kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat
Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak
menghiraukan kesusahan pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor
Uwang juga sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal
usia 7 tahun semata-mata untuk tidak mengganggu rutin dan statusnya. Apatah lagi anak itu adalah
hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan anak apabila berumah tangga.
Sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah berumah
tangga
Sikap Doktor Uwang yang masih berfoya-foya walaupun sudah berumah tangga menggambarkan
bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong. Walaupun sudah berumah tangga
tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam dan minum arak bersama-sama gadis pelayan
dan kemudiannya berakhir ke ranjang. Namun sikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri
tidak sah’ menjadikan dia seorang yang pemilih.
Persoalan Tanggungjawab
Raiha bersetuju untuk melakukan pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor
Uwanglah yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut. Raiha juga berasa bahawa menjadi
tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan
merempuh tempoh Pusat Rawatan Pantai Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya demi
menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
Sikap berani mengaku kesalahan
Felecia mengaku kesalahannya walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah dengan
emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia mengakui kesalahannya
itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia tahu kejadian sebenar peristiwa
yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia meminta maaf kerana merahsiakannya keranatakut.
Reda dengan ketentuan tuhan
Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian anaknya disebabkan sikap amarah bekas
suaminya Doktor Sadiz yangmembakar kereta Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ
namun Raiha redadengan kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai
ketentuan tuhandan mereka adalah mangsa keadaan. Dia tidak menyalah sesiapa termasuk Felicia
sebaliknya reda menerima berita tersebut.
Persoalan tentang kasih sayang seorang ibu
Raiha begitu sayang akan anaknya Rohayu walaupun didapati Rohayu cacat sebelum dilahirkan lagi.
Baginya anaknya itu mempunyai hak untuk lahir dan mendapatkan kasih sayangnya. Selepas
Rohayu dilahirkan, Raiha menghabiskan banyak masa melayani Rohayu berbanding bekas suaminya
Doktor Sadiz yang mengharapkan agar anaknya itu dihantar ke pusat penjagaan jauh dari situ bagi
mengelakkan taraf dan kewibawaannya dijadikan bahan perbincangan ramai. Raiha pula berasa
kasih atas nasib yang menimpa Unong. Raiha berharap bahawa pembedahan yang terakhir itu
merupakan pembedahan yang akan segera memulihkan Unong daripada terus-terusan sakit
menderita.
Plot Novel Pantai Kasih
Peristiwa dalam novel Pantai Kasih disusun secara kronologi.
Permulaan
Novel Pantai Kasih bermula apabila pembaca diperkenalkan dengan watak Raiha yang mengalami
konflik setelah meneliti sinar-X terbaharu milik pesakit Unong Siron. Raiha tidak percaya dan
mengeluh apabila Unong Siron terpaksa menjalani pembedahan penggantian sendi pinggul sebanyak
lima kali di bawah pengawasan Doktor Uwang. Raiha turut mengalami konflik jiwa akibat kematian
anak tunggal kesayangannya.
Perkembangan
Felicia Landosi, ketua jururawat di PRPK teringat akan ikrar yang pernah dilafazkan di hadapan
Raiha dan sumpah yang dibuatnya di hadapan Doktor Uwang. Felicia berasa resah disebabkan
peristiwa hitam yang sering kali menghantui perasaannya sehingga mendorongnya mengambil ubat
batuk secara curi-curi. Doktor Uwang berjaya membangunkan PRPK, namun belum mendapat
pengiktirafan daripada bapanya sendiri, iaitu Datu Ontong.
Perumitan
Doktor Uwang berasa terpukul dan tidak puas hati kerana Raiha mempertikaikan kewibawaannya
sebagai seorang pakar bedah. Doktor Uwang melihat seolah-olah seorang kanak-kanak perempuan
sedang memeluk isterinya, menyeringai aneh, dan menjuihkan bibir kepadanya. Isteri jelita Uwang
memaklumkan tentang panggilan telefon yang diterima daripada Raiha yang ingin berbincang
dengannya tentang pesakit bernama Unong Siron. Raiha menerima panggilan telefon daripada
Felicia yang memintanya segera datang ke PRPK. Doktor Alex Ng kehairanan apabila melihat Raiha
tiba-tiba muncul di PRPK. Raiha berbincang dengan Emma Yong, jururawat bertugas di wad hunian
itu agar pembedahan yang dilakukan itu merupakan pembedahan yang terakhir untuk Unong Siron.
Raiha masih tertanya-tanya sebab kelima-lima pembedahan terdahulu menemui kegagalan
sementelah pula dilakukan sendiri oleh Doktor Uwang.
Klimaks
Apabila Ariana secara tiba- tiba datang untuk meminta pertolongan Raiha. Menurut Ariana, Felicia
telah ditahan oleh orang asing, penceroboh yang pernah menyamar sebagai doktor di bilik bedah. Ibu
Unong Siron telah menawarkan bantuannya untuk memujuk pemuda kurang siuman itu kerana
pemuda itu tinggal bersebelahan dengan kampungnya. Pemuda kurang siuman itu berjaya dipujuk
dan dihantar ke hospital sakit jiwa untuk menerima rawatan lanjut. Doktor Uwang mengalami
kecederaan parah akibat terbabas lalu melanggar tembok garaj PRPK itu. Doktor Uwang telah
menjalani operasi penggantian sendi pada anggota tubuhnya yang rosak.
Peleraian
Felicia memanggil Raiha yang ketika itu sedang melangkah ke garaj kereta PRPK. Felicia menangis
tersedu-sedan dan meminta maaf daripada Raiha atas kesilapannya terjebak dalam kes kematian
anak Raiha, Rohayu. Felicia memohon maaf sekali lagi daripada Raiha kerana takut untuk
menceritakan hal sebenar di mahkamah. Raiha reda dan pasrah dengan kematian anaknya.
Teknik Plot Pantai Kasih
Teknik pemerian. Contoh: Pengarang memerihalkan sikap baik hati Raiha yang mahu
menumpangkan Felicia balik dengan keretanya disebabkan mereka tinggal di daerah yang sama.
Teknik dialog. Contoh: Dialog Raiha dengan bapanya ketika mereka berbincang tentang kerjaya
yang dipilih oleh Raiha.
Teknik imbas kembali. Contoh: Raiha teringat kembali waktu dia menjadi siswi tahun pertama dalam
bidang pengajian spesifikasi ortopedik, di sebuah institusi pengajian tinggi tempatan. Waktu itu,
Doktor Uwanglah yang mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri atau pembedahan.
Teknik saspens. Contoh: Pembaca ingin tahu rahsia dan sebab sebenar Raiha sering mendengar
suara-suara aneh yang sering menghantuinya siang dan malam.
Konflik Novel Pantai Kasih
Konflik dengan diri sendiri
Konflik Raiha dengan peristiwa hitam yang dialaminya.
Raiha tidak dapat melupakan detik hitam dalam kehidupannya apabila sentiasa dibayangi dengan
kenangan silam kematian anaknya. Kehidupan sehariannya menjadi tidak ceria disebabkan peristiwa
hitam itu. Konflik diri ini menyebabkan Raiha berasa bersalah dengan kematian anaknya itu dan tetap
menyalahkan bekas suaminya atas kematian itu.
Konflik Doktor Uwang dengan dirinya.
Pergaulan hidup yang bebas menyebabkan Doktor Uwang sentiasa menjadi buruan ramai wanita.
Walaupun sudah mempunyai isteri tetapi dia mahu mencari kebebasan hidup dengan menemui isteri-
isteri tidak sahnya tanpa dihalang oleh sesiapa.
Konflik Sister Felicia dengan maruah dirinya
Sister Felicia sangat kecewa apabila mengetahui bahawa dirinya adalah anak luar nikah.
Kekecewaannya itu menyebabkan dia berasa rendah diri dan maruahnya tercalar. Berkat usaha
gigihnya dalam pelajaran telah mengikis sikap negatif terhadap dirinya itu.
Konflik Doktor Uwang dengan Ayu
Doktor Uwang yang tahu bahawa anak saudaranya mati akibat disambar api yang dinyalakan oleh
pak ciknya sendiri. Gambaran anak pak ciknya yang rentung dan meminta diselamatkan sentiasa
terbayang-bayang sehingga menyebabkan dia sendiri tidak dapat mengawalnya. Bayangan tersebut
datang pada bila-bila masa sehingga waktu sebelum dia mengalami kemalangan dia turut terbayang
akan anak pak ciknya itu.
Konflik dengan orang lain
Konflik antara Raiha dengan Doktor Sadiz
Raiha berkonflik hebat dengan Doktor Sadiz yang menuduh Raihalah punca kematian anak
perempuannya itu. Sebaliknya Raiha menuduh Doktor Sadizlah yang menyebabkan kematian
anaknya itu dan merancang kematian anaknya itu. Konflik itu hingga ke mahkamah dan akhirnya
Doktor Sadiz menang dalam perbicaraan itu kerana saksi utama tidak muncul dan menceritakan
kisah yang sebenar.
Konflik antara Sister Felicia dan Raiha
Sister Felicia berkonflik dengan Raiha apabila Raiha memarahi sikap Felicia yang keterlaluan
terhadap emak Unong Siron. Raiha berpendapat bahawa sepatutnya Sister Felicia lebih menghormati
pelanggan pusat rawatan tersebut dan tidak meninggi atau menengking ibu Unong. Teguran Raiha itu
telah menyebabkan Sister Felicia berasa bengang dan tidak menerima teguran tersebut.
Konflik antara Raiha dengan ayahnya
Raiha mahu menjadi pakar bedah seperti ayahnya tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh
ayahnya. Namun dia berkeras juga hendak menjadi pakar bedah dan akhirnya cita-citanya itu
tercapai.
Konflik antara Doktor Uwang dengan Emak Unong
Doktor Uwang berasa bahawa dia tidak perlu mengambil tahu dari mana datangnya wang untuk
membayar perkhidmatannya membedah Unong Siron. Kredibiliti Doktor Uwang tercabar apabila
emak Unong menganggapnya sebagai Doktor Mata Duitan. Namun, sikap emak Unong itu telah
menyebabkan dia berasa dia tidak sepatutnya kalah dengan prinsip hidupnya bahawa wang bukan
urusannya.
Konflik antara Sister Felicia dengan Emak Unong
Sister Felicia berasa tercabar apabila Emak Unong Siron menuduhnya sebagai punca anaknya tidak
sembuh-sembuh. Emak Unong menuduhnya sengaja berbuat demikian untuk kepentingan peribadi
dan mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut. Emak Unong mengagak bahawa sekiranya
anaknya masih dirawat tentu dia masih mendapat komisen dan sikap Sister Felicia menggambarkan
dia tidak prihatin dan simpati dengan nasib anaknya sebaliknya mencadangkan pusat rawatan
tersebut sebagai cara mendapatkan keuntungan peribadi.
Konflik antara Sister Felicia dengan Doktor Uwang
Sister Felicia ditegur oleh Doktor Uwang kerana melakukan kesalahan memarahi pesakit. Doktor
Uwang yang memberikan kepercayaan tinggi dan menaikkan pangkat Sister itu berharap agar dia
sentiasa mengingati sumpah setia sebagai jururawat. Dia kurang senang ditegur oleh Doktor Uwang.
Watak Perwatakan Novel
Watak utama – Raiha
Watak sampingan – Doktor Sadiz, Doktor Uwang, Felicia Landosi, Ariana Abdullah, bapa Raiha,
Unong Siron, Datu Ontong, Rohayu/Ayu, ibu Unong Siron, Kartini Borhan, Lisa Chung, Doktor
Mohammad, Doktor Alex Ng, dan sebagainya.
Doktor Raiha
• Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama 6
bulan
• Bapanya seorang doktor bedah manakala ibunya bertugas sebagai jururawat.
• Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya.
• Raiha dibesarkan oleh neneknya yang berketurunan Idaan yang berasal dari Nunuk Ragang,
Hulu Labuk, Ranau, Sabah.
• Raiha pernah berkahwin dengan Doktor Sadiz selama 10 tahun. Beliau merupakan Pakar
Perunding Pembedahan.
• Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan pendirian
• Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
• Sentiasa terkenang peristiwa malang yang mengakibatkan kematian anak kesayangannya.
• Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak, sebaik mungkin, seboleh mungkin.
• Pernah membedah banyak orang kenamaan dan orang biasa
• Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai kepercayaan bahawa nenek moyang
mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Doktor Uwang
• Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Pernah menjadi guru demonstrator dalam bidang surgery
• Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
• Doktor yang kerap member ceramah-ceramah perubatan
• Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di Kota Kinabalu
• Berwajah kacak dan segak
• Berusia pertengahan empat puluhan
• Bertubuh sederhana
• Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
• Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan dalam dongengan silam.
• Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan kukuh
Unong Siron
• Bekas Pesakit Doktor Uwang
• Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana atau lebih ke bawah namun mampu
untukbertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan rawatan operasi di PRPK.
• Kurus cengkung dan pucat
• Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
• Mempunyai masa depan yang cerah
• Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan bantuan biasiswa kerajaan pusat
• Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian luar Negara
Doktor Sadiz
• Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada Doktor Uwang
• Duda beranak dua kelihatan seorang yang gentleman
• Pakar Perunding Pembedahan
• Pakar Bedah Otak
• Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
• Mati akibat merempuh belakang lori tangki minyak petrol selepas gembira pulang dari
Mahkamah Keluarga kerana menang perbicaraan.
• Orang yang membakar kereta mewah posche miliknya akibat rasa marah kerana isterinya
Raiha membawa lari anak perempuan dan kereta mewahnya, tanpa disedari anak
perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar oleh minyak petrol dan
rentung.
• Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan kandungannya kerana sudah diketahui
kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah Raiha
• Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
• Seorang yang optimistik.
• Seorang yang tegas terhadap anak-anaknya termasuk keputusan Raiha mengahwini Doktor
Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh yang lebih tua daripadanya.
• Sudah meninggal dunia
• Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua orang anak lelaki dengan isteri baharu.
• Anak-anak lelakinya seorang hakim dan pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
• Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah kerana baginya bidang itu tidak sesuai,tidak
berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam jangka masa panjang.
• Isterinya yang terdahulu adalah seorang jururawat.
Felicia Landosi
• Jururawat kanak yang bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
• Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor
Sadiz
• Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya yang liar sewaktu mudanya.
• Menyimpan rahsia kematian anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan.
Kematian yang disebabkan anak perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat
kereta yang disimbah dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
• Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah belajar di sekolah rendah yang sama dan
berkhidmat di hospital yang sama.
• Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat bersikap keterlaluan terhadap ibu Unong
Siron yang menuduhnya sebagai punca anaknya terus-terusan membuat rawatan walaupun
sudah lima kali menjalani pembedahan.
Latar Tempat Novel Pantai Kasih
Latar Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
• Tempat Raiha bertugas sebagai pakar bedah.
• Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan tulang pinggulnya selama enam kali
pembedahan
• Tempat Doktor Uwang mengalami kekejangan otot kaki dan kemalangan sehingga terpaksa
pembedahan dilakukan ke atasnya.
• Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana atau menengah bawah
mendapatkan rawatan.
• Tempat Sister Felicia bekerja dan ditahan oleh penceroboh yang menyamar sebagai doktor.
Apartment Raiha
• Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya
tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
• Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
• Tempat Raiha memendam rasa dan menyendiri serta merasai kesukaran menghadapi
peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
Rumah Tumpangan
• Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha membawa anaknya keluar dari rumah
agam milik Doktor Sadiz
• Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha dan Doktor Sadiz rentung akibat kereta
mewah Porsche milik mereka terbakar, kebetulan anak perempuan mereka berada di situ
pada waktu itu.
Rumah Doktor Uwang
• Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
• Tempat berlangsungnya sambutan ketibaan tahun baru, sehingga memaksa Doktor Uwang
menghantar Sister Felicia dan Doktor Sadiz pulang.
• Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di hadapan TV.
Mahkamah Keluarga
• Tempat perbicaraan kes perceraian Raiha dan juga Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian
anak perempuan mereka akibat rentung.
Wad Super VVIP
• Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima bintang
• Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
• Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di pusat rawatan itu.
Daerah Inanam
• Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di sekolah rendah
• Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah Inanam ini
Hospital Kinabalu
• Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
• Sempat bertugas beberapa tahun di situ
• Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai jururawat
Latar Masa Novel Pantai Kasih
Malam Hari
Kemalangan Doktor Uwang
• Doktor Uwang menerima panggilan palsu yang menyatakan bahawa berlakunya kecemasan
di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
• Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan, lutut kakinya kejang dan pergelangan
tangannya juga kebas menyebabkan dia terbabas dan melanggar tembok di pusat rawatan
tersebut.
• Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha melakukan pembedahan ke atas Doktor
Uwang menggunakan kelengkapan hospital milik keluarganya yang biasa digunakan untuk
membuat pembedahan terhadap pesakit golongan menengah dan sederhana.
Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan Pantai Kasih dan telah menahan Sister
Felicia yang dalam keadaan mamai di Farmasi pusat rawatan tersebut.
• Lelaki tersebut akhirnya telah dapat dikawal apabila emak Unong Siron membantu secara
psikologi yang menyatakan bahawa anaknya Unong memerlukan bantuannya sebagai doktor.
Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan ke hospital lain dan meminta dia ke hospital
tersebut. Degan helah tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan Raiha dan Doktor Sadiz
• Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor Sadiz rentung selepas dia disambar
api yang sedang marak membakar kereta mewah milik Doktor Sadiz.
• Pada malam tersebut Doktor Sadiz dihantar pulang oleh Doktor Uwang ke rumahnya dan
turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati Raiha sudah membawa
anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah meminta Felicia membeli
minyak petrol dan dia menyimbah minyak petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana
berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di situ
pada waktu itu dan disambar api yang sedang marah membakar kereta mewahnya itu
sehingga meragut nyata anak perempuannya itu.
Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
• Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila mendapat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya itu hanyalah panggilan palsu. Namun, Raiha mengambil
peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja dibedah buat kali keenam dan
melihat keadaannya pada waktu.
• Pada waktu yang sama juga, Doktor Uwang terlibat kemalangan sehingga menyebabkan
Raiha membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atasnya.
Waktu Senja
Pembedahan keenam
• Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong Siron berlangsung pada waktu senja.
Pembedahan itu telah berjaya dilakukan oleh Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang.
Walaupun Raiha mempersoalkan peranannya, namun dia mengambil alih pembedahan
tersebut dengan penuh tanggungjawab dan mengharapkan agar pembedahan tersebut
adalah pembedahan terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat Novel Pantai Kasih
Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan
Pantai Kasih daripada ayahnya Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama ada pesakit yang
mendapatkan rawatan di pusat rawatannya itu mampu atau tidak asalkan dia mendapat keuntungan
dengan meletakkan harga yang dirasakan munasabah untuknya.
Latar masyarakat yang takut berterus terang Sister Felicia Londusai tidak berterus terang dengan
Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak perempuan Raiha kerana
takut. Felicia tahu bahawa Doktor Sadiz yang menyiram minyak petrol ke kereta mewah Porsche
miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
Latar masyarakat yang ego Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak perempuan
mereka. Doktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya atas kematian tersebut
sedangkan kemalangan tersebut adalah disebabkan sifat marahnya yang membakar kereta mewah
miliknya sendiri dengan menyiram minyak petrol sehingga menyebabkan anak perempuan mereka
yang kebetulan ada di situ disambar api tersebut.
Latar masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya,
Raiha masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu. Menurut
ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita, namun berkat usaha
dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
Latar masyarakat yang berusaha di luar kemampuan Emak Unong Siron berusaha untuk
membayar kos rawatan anaknya walaupun anakanya itu terpaksa menjalani pembedahan sebanyak
lima kali sedangkan mereka adalah daripada kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
Latar masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga
mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya. Doktor Uwang juga
mempunyai anak luar nikah yang cacat dan kelainan upayasehingga menyebabkan dia berasa malu
dan menghantar anaknya itu di asrama.
Latar masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya
Datu Untong menyerahkan Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya. Beberapa perubahan sudah
dilakukan oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan Pantai Kasih dahulunya terdiri daripada
tiga orang doktor tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat dan staf yang
terlatih.
Gaya Bahasa dan Nilai Novel Pantai Kasih
Personifikasi. Contoh: Raiha terpukul bisu, dan Alangkah letihnya jiwaku.
Simile. Contoh: Bagaikan cuba membaca isi hati dan mendengar degupan jantungnya, Felicia
menyentak sedikit, merasai seperti tersengat kala jengking.
Metafora. Contoh: Jauh di lubuk hatinya, Kecut tali perutnya.
Peribahasa. Contoh: anak kandung dan air muka.
Sinkope. Contohnya, “Awak terhidu tak bau itu?”, dan“Felicia, saya terfikir-fikir saja tentang
jawatanmu di PRPK itu.”
Kata-kata istilah sains perubatan
Penulis menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran yang jelas tentang bidang
perubatan. Antaranya X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic, Super VIP, diagnostic, roentgen,
CT-Scanning, ultra sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi, hemodialisis
Perkataan masyarakat setempat
Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah
daerah atau tempatan. Antaranya Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkong
Nilai Novel Pantai Kasih
Nilai Kerajinan
Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman
di Inanam tetapi atas sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di
Hospital Kinabalu.
Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu
Doktor Uwang sewaktu menuntut di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja
yang diminta oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi
seorang pakar bedah sama seperti ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya
yang merupakan seorang pakar bedah, namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran
telah menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Nilai Keberanian
Raiha berani mempertahankan bahawa kesalahan atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz sehinggakan kes
mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri. Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh
keluarganya sendiri kerana mempertahankan benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak
muncul untuk menjadi saksi di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
Nilai Bertanggungjawab
Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan
yang keenam dan yang terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak
sepatutnya gadis tersebut menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang
sama sehingga lima kali.
Nilai Keprihatinan
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam
kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah doktor
pakar yang bukan calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan mengharapkan agar pembedahan
keenam pada senja tadi merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah penderitaan dan
kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
Nilai Ketabahan
Raiha tabah menghadapi bangkangan ayahnya terhadap cita-citanya hendak menjadi pakar bedah.
Ayahnya berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu dibangkang oleh
Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang pakar bedah yang Berjaya. Selepas
berkhidmat dalam bidang itu di sebuah hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha
mengambil keputusan menerima pelawaan untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Pengajaran Novel Pantai Kasih
Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
Untuk Berjaya seseorang mesti ada matlamat hidup. Raiha Berjaya menjadi seorang pakar bedah
setelah belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun cita-cita Raiha untuk menjadi pakar
bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya
dikecapi.
Kita hendaklah menghormati hak orang lain Setiap orang mempunyai hak. Setiap orang
mempunyai hak. Hak orang lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan
baiknya semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans akibat
kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam kali pembedahan. Pusat
Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara yang dilakukan
Raiha menjalankan tugasnya sebagai seorang doktor dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Begitu jugalah dengan Doktor Alex Ng, Doktor Muhammad, dan Doktor Razak yang
bertanggungjawab merawat pesakit di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain. Kesukaran yang dihadapi oleh golongan pertengahan
terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan haruslah diberikan perhatian. Bukan semua
orang mampu untuk membayar sejumlah wang apatah lagi telah dijanjikan untuk menerima rawatan
yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjakan wang insurans
anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak orang lain.
Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa depan yang lebih cerah.
Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk
mencapai cita-citanya sebagai pakar bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya,
Raiha mempunyai matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah
tercapai juga.
Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup. Raiha tabah menghadapi dugaan dan
kesukaran hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar bersungguh-
sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai kasih. Raiha juga dimarahi
oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan anak cacat yang dikandunginya sering menjadi
bahan kemarahan Doktor Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu Rohayu memberikan tamparan
yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi semuanya itu walaupun mendapat cemuhan
dan tentangan daripada suaminya Doktor Sadiz.
Kita hendaklah mengamalkan kasih sayang dalam kehidupanRaiha amat menyayangi anak
tunggalnya, Rohayu walaupun anaknya itu merupakan orang kelainan upaya yang menghidap
sindrom Down.
Kita perlulah bijak menguasai keadaan cemas. Raiha bijak menangani peristiwa pemuda kurang
siuman yang telah menyamar sebagai seorang doktor dan telah menahan Felicia Landosi di bilik
bedah dengan membenarkan ibu Unong Siron memujuk pemuda itu.
Kita perlulah tegas ketika menentukan satu-satu tindakanRaiha mempertahankan haknya
dengan tetap meneruskan kerjayanya dalam bidang kedoktoran walaupun dibantah oleh bapanya.
Kita mestilah berani bertindak jika berada di pihak yang benarRaiha berani mendakwa suaminya
di mahkamah keluarga dengan menyatakan secara tegas bahawa suaminya yang telah
menyebabkan kematian anak tunggal mereka walaupun mendapat tentangan daripada anggota
keluarganya.