The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Bengkel Kerja Pengupayaan KP BM dan KP BI.pptx

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sya_y2k13, 2023-08-20 04:51:59

Bengkel Kerja Pengupayaan KP BM dan KP BI.pptx

Bengkel Kerja Pengupayaan KP BM dan KP BI.pptx

BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU DAN KETUA PANITIA BAHASA INGGERIS BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS NEGERI PERLIS TAHUN 2023 TARIKH : 10-12 Julai 2023 (ISNIN HINGGA RABU) MASA : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM TEMPAT : THE JERAI HOTEL


Slot 1 Taklimat Urus Setia dan Pengenalan Program BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2023


Jadual Pengupayaan KP BM & BI Masa Tarikh 7.000 pagi - 8.00 pagi 8.00 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi - 10.30 pagi 10.30 pagi - 12.30 tengah hari 12.30 tengah hari - 2.30 petang 2.30 petang - 3.00 petang 3.00 petang - 5.00 petang 5.30 petang - 8.00 malam 8.00 malam - 8.30 malam 8.30 malam - 10.00 malam 10.00 malam - 10.30 malam Hari Pertama Perjalanan Pergi ke Lokasi Bengkel Kerja Pendaftaran SLOT 1 Tak Kenal Maka Tak Cinta Taklimat Urus Setia & Penataran SPI KPM Bil.2/2023 (BPSH) Rehat & Makan Malam SLOT 2 Panitia Berintegriti, Pdp Berkualiti, Murid Menjadi (JN) Minum Malam Masa Tarikh 7.00 pagi - 8.00 pagi 8.00 pagi - 10.00 pagi 10.00 pagi - 10.30 pagi 10.30 pagi - 12.30 tengah hari 12.30 tengah hari - 2.30 petang 2.30 petang - 5.30 petang 5.30 petang - 8.00 malam 8.00 malam - 10.00 malam 10.00 malam - 10.30 malam Hari Kedua Sarapan Pagi SLOT 3 DSKP Di Hatiku Episod 1 (BPK) Minum Pagi SLOT 4 DSKP Di Hatiku Episod 2 (BPK) Makan Tengah Hari SLOT 5 Penetapan TP PBD Dalam Mata Pelajaran BM & BI (BPK/BPSH) Rehat & Makan Malam SLOT 6 Pedagogi Terbeza MOLIB -HIP: Remedial Instructions (IPGM/ELTC) Minum Malam Hari Ketiga Sarapan Pagi SLOT 7 Perancangan KP - Intervensi (BPSH) Minum Pagi SLOT 8 -Penutup -Penilaian Bengkel (BPSH) Makan Tengah Hari Perjalanan Pulang


ETIKA SEPANJANG BENGKEL DILAKSANAKAN Pakaian Memakai pakaian formal pada waktu kerja dan semi formal pada waktu malam sepanjang bengkel dijalankan Masa Menepati masa seperti yang ditetapkan dalam jadual bengkel Tingkah laku Menjaga tingkah laku sebagai pegawai perkhidmatan awam sepanjang berada dalam bengkel Pelibatan Optimum Sentiasa memberi respons dan menyiapkan tugasan yang diberikan


Sesi Taaruf BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2023


Pengenalan Bengkel BENGKEL KERJA PENGUPAYAAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU DAN BAHASA INGGERIS 2023


OBJEKTIF BENGKEL: Memastikan Ketua Panitia BM dan Ketua Panitia BI dapat : Memahami dan membimbing ahli panitia tentang penulisan Rancangan Pelajaran Tahunan serta PBD mengikut DSKP Mengurus Panitia berdasarkan SPI 2/2023 Merancang, melaksanakan dan membuat pemantauan terhadap aktiviti MBMMBI di sekolah


PENGURUSAN CABARAN PANITIA Pelantikan Ketua Panitia ▪ Guru baharu dan kurang berpengalaman ▪ Ketua panitia dilantik mengikut tempoh dan giliran yang ditetapkan oleh pihak sekolah Kurang pendedahan tentang fungsi dan peranan panitia ▪ Ketua panitia yang dilantik kurang dibimbing menyebabkan mereka melaksanakan tanggungjawab berdasarkan pengalaman serta tunjuk ajar ketua panitia sebelumnya


SKOP PENGISIAN BENGKEL Perancangan Intervensi Pengurusan Panitia Pemugaran DSKP BM dan BI Penetapan TP dalam PBD Pemugaran pedagogi terbeza Pemugaran SKPM Kualiti@Sekolah SLOT PENERANGAN SLOT PERBENGKELAN SLOT PEMBENTANGAN


HARAPAN HASIL BENGKEL Membimbing dan mengupayakan ketua panitia melaksanakan fungsi dan peranan mereka seperti yang termaktub dalam SPI Bil.2/2023 Membimbing ketua panitia untuk pengurusan kurikulum yang berimpak berdasarkan DSKP dan sesuai dengan murid Membimbing ketua panitia untuk merancang dan melaksanakan intervensi berdasarkan data


TERIMA KASIH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya


DI SEKOLAH BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA GARIS PANDUAN PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN


Makluman Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/2023 – Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 2 TUJUAN SPI tersebut akan membatalkan SPI KPM Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran


LATAR BELAKANG 3 PANITIA MATA PELAJARAN yang melaksanakan fungsi secara aktif dan berkesan dalam merancang, mengurus tadbir dan mencari penyelesaian kepada isu strategik berdasarkan latar belakang sekolah masing-masing. SPI KPM Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran bertarikh 13 Mac 1986 (Lampiran 1) bertujuan memastikan pengurusan kurikulum dilaksanakan dengan lebih mantap di sekolah. SPI Sedia Ada garis panduan pengurusan panitia mata pelajaran yang ditambah baik diperlukan bagi memperincikan kriteria pemilihan ketua panitia supaya mereka yang dilantik dapat menguruskan panitia mata pelajaran dengan cekap dan berkesan. Penambahbaikan Garis Panduan Panitia mata pelajaran yang berkualiti dapat membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan serta berdaya saing tinggi. Modal Insan SPI sedia ada telah digunakan selama lebih 36 tahun, justeru dicadangkan semakan semula dan pindaan dilaksanakan bagi memantapkan fungsi serta peranan panitia sebagai peneraju pelaksanaan kurikulum yang berkesan di sekolah seiring dengan perubahan dan keperluan semasa. Perubahan & Keperluan Semasa Jawatankuasa Mata Pelajaran


OBJEKTIF GARIS PANDUAN 4 pemilihan ketua panitia mata pelajaran adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan; peranan dan tanggungjawab ketua panitia dan ahli panitia dapat dilaksanakan dengan kefahaman yang jelas; dan pengurusan panitia dapat dilaksanakan secara sistematik dan berkesan. Objektif Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran adalah untuk memastikan perkara yang berikut:


KRITERIA PEMILIHAN KETUA 5 PANITIA MATA PELAJARAN opsyen ikhtisas Pemilihan ketua panitia mata pelajaran hendaklah dalam kalangan guru yang memenuhi kriteria dan syarat ditetapkan mengikut keutamaan berikut: gred DG44 dan ke atas bagi sekolah rendah @ gred DG48 dan ke atas bagi sekolah menengah mencapai tahap prestasi yang ditetapkan, iaitu sekurang-kurangnya 85%


Tujuan Penubuhan Panitia Mata Pelajaran 01 02 03 Merancang strategi pengajaran Meningkatkan tahap penguasaan murid Mewujudkan kolaboratif dengan Kokurikulum


Struktur dan Organisasi Panitia Mata Pelajaran Dianggotai semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama PGB melantik seorang Ketua Panitia mengikut kriteria Ketua Panitia ahli Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Merujuk PGB atau Penolong Kanan untuk setiap keputusan atau pemakluman 01 02 03 04


Peranan Panitia Mata Pelajaran PENGURUSAN PANITIA a b c Menentukan penggunaan DSKP yang dikemas kini Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah PdP yang dikemas kini. Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan. d Mengurus pentaksiran mata pelajaran di peringkat sekolah e Merekod dan menganalisis maklumat PBD murid dan merancang Tindakan susulan untuk meningkatkan tahap penguasan murid


Peranan Panitia Mata Pelajaran f g h i j Menentukan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah Berkerjasama kepada jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku teks yang digunakan Menyediakan bahan atau alatan untuk pameran atau aktiviti berkaitan panitia mata pelajaran, jika diperlukan Meneliti dan menentukan jenis buku latihan/buku kerja bagi setiap kelas, jika diperlukan Mengambil tindakan kepada setiap perubahan baharu yang diperlukan seperti kurikulum, kaedah PdP, jika ada


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran k l m n Membuat anggaran perbelanjaan tahunan dengan persetujuan pihak sekolah Melaksanakan program/aktiviti/intervensi bagi meningkatkan prestasi murid di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM Melaksanakan mesyuarat panitia seperti yang ditetapkan Memastikan hasil kerja murid disemak oleh pentadbir sekurang-kurangnya dua (2) kali setahun


Peranan Panitia Mata Pelajaran PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP) a b c d Mematuhi ketetapan yang diputuskan dalam Jawatankuasa Pengurusan Kurikulum Sekolah. Mengumpul dan menganalisis data pentaksiran untuk digunakan sebagai perancangan intervensi PdP Melaksanakan pencerapan dan seterusnya bimbingan berdasarkan dapatan pencerapan bagi menambah baik pengoperasian PdP. Mengenal pasti dan membekalkan maklumat murid yang belum menguasai kemahiran 3M untuk dirujuk kepada guru pemulihan (sekolah rendah sahaja)


Peranan Panitia Mata Pelajaran e f Melaksanakan pemulihan, pengukuhan dan pengayaan di dalam bilik darjah. Menyemak dan memberi maklum balas terhadap hasil kerja murid untuk tujuan penambahbaikan


Peranan Panitia Mata Pelajaran PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOAKADEMIK a b Merancang intervensi kecemerlangan akademik dan koakademik bagi meningkatkan potensi diri dan motivasi murid dalam menghadapi peperiksaan dan menjalani kehidupan seharian dengan lebih bermakna Melaksanakan intervensi yang dirancang untuk tujuan berikut: • Memberikan peluang kepada guru dan murid untuk berinteraksi dan bertukar pandangan • Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan dan perkembangan murid • Memberikan pengetahuan serta memahami situasi pembelajaran di rumah • Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan dan perkembangan murid. c Melaksanakan penilaian program intervensi kecemerlangan akademik untuk penambahbaikan


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran Memastikan setiap ahli panitia mempunyai dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar. Memastikan setiap ahli panitia memahami, menghayati, menguasai dan melaksanakan kandungan dokumen kurikulum yang terkini bagi mata pelajaran yang diajar. Menyelaras Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan oleh ahli panitia berdasarkan dokumen kurikulum dan takwim sekolah. Memilih dan mencadangkan buku rujukan, bahan bacaan tambahan atau sumber pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid dan kegunaan guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah. 01 02 03 04


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran 06 Memastikan ahli panitia melaksanakan perkara berikut dalam pentaksiran: • merancang dan melaksanakan ujian formatif dan sumatif mengikut keperluan dan kesesuaian sekolah; • merekod pencapaian dan perkembangan murid; • menganalisis data pentaksiran bagi tujuan intervensi yang bersesuaian dengan keperluan murid; • penjaminan kualiti pentaksiran dilaksanakan; • menilai pelaksanaan pentaksiran bagi tujuan penambahbaikan; • menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) jika perlu; dan • menyediakan bank soalan jika perlu. 05 Merancang, melaksana dan menyelaras strategi peningkatan prestasi murid melalui program akademik yang berkesan dan berkualiti;


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun atau mengikut keperluan. Mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa bagi menangani isu berkaitan pedagogi melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Memastikan peningkatan kompetensi profesionalisme ahli panitia secara berterusan melalui aktiviti bimbingan, perkongsian amalan terbaik, latihan dalam perkhidmatan, lawatan penandaarasan, dan sebagainya 08 09 10 Merancang intervensi khusus bagi murid yang kurang menguasai kemahiran membaca, menulis, mengira dan menaakul. 07


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran 13 14 15 Menyelenggara fail panitia yang berkaitan termasuk menyemak buku stok bahan bantu mengajar (BBM) secara sistematik, kemas kini dan mudah diakses. Membantu pentadbir menjalankan pencerapan guru dan semakan hasil kerja murid. Mengurus perbelanjaan peruntukan Geran Per Kapita panitia mengikut prosedur dan tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa secara berintegriti serta berhemah. 12 Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli untuk membantu ketua panitia dalam pengurusan mesyuarat dan dokumen panitia. Mewujudkan jalinan dan jaringan kolaboratif dengan panitia lain dalam sekolah atau sekolah lain (daerah, negeri atau luar negara) serta komuniti untuk meningkatkan kompetensi guru dan kemenjadian murid. 11


Peranan Ketua Panitia Mata Pelajaran 17 18 Menyelaras penyediaan dan penggunaan bilik khas yang kondusif dan selamat untuk PdP Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB dari semasa ke semasa 16 Menyelaras penyediaan dan penggunaan BBM untuk membantu keberkesanan penyampaian PdP.


PERBANDINGAN SPI 2/23 DAN 4/86 SPI 2/23 • Pelantikan ketua panitia • Berdasarkan kriteria yang ditetapkan • Kekerapan mesyuarat panitia • sekurang-kurangnya 3 kali setahun • Peranan Setiausaha Panitia dinyatakan • Pengurusan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran SPI 4/86 • Pelantikan ketua panitia • Guru kanan • Kekerapan mesyuarat panitia • sekurang-kurangnya sekali sepenggal


KESIMPULAN Garis Panduan Pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang dikemas kini dapat menjadi rujukan kepada pentadbir sekolah dan ketua panitia untuk memantapkan pengurusan panitia agar lebih cekap dan berkualiti yang akhirnya akan membantu dalam memastikan kemenjadian murid.


TERIMA KASIH Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Aras 3 & 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya


Click to View FlipBook Version