The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ziksya257, 2022-03-28 23:39:49

SOP COVID 19 PENGURUSAN KES staf latest

SOP COVID 19 PENGURUSAN KES staf latest

GARIS PANDUAN (SOP)

PENGURUSAN KES
COVID-19

(KAKITANGAN DAN PEKERJA KONTRAK)

Tarikh Edaran:

Cop Rasmi & Tandatangan:

Disediakan oleh;

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLUSAS)
SEMAMBU, 25350 KUANTAN PAHANG.

ISI KANDUNGAN

GARIS PANDUAN (SOP)
PENGURUSAN KES COVlD-19
KAKITANGAN DAN PEKERJA KONTRAK

1.0 TUJUAN………………………………………………………………………….…...............1
2.0 LATAR BELAKANG……………………………………………………………..………1
3.0 GARIS PANDUAN (SOP)……………………………………………………..…………....2
4.0 RISIKO DALAM PELAKSANAAN……..…………………………………………..3
5.0 TARIKH PELAKSANAAN GARIS PANDUAN19……………………………..4

1.0 TUJUAN

Garis panduan PENGURUSAN KES COVID-19 ini disediakan sebagai panduan
kepada semua KAKITANGAN dan PETUGAS COVID-19 POLISAS untuk menilai serta
membuat tindakan yang perlu bagi menangani kes-kes bergejala serta yang positif
COVID-19 di dalam kampus POLISAS dengan tujuan bagi mengekang penularan
COVID-19 ke atas KAKITANGAN dan PEKERJA KONTRAK.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Berdasarkan subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342], mana-mana pegawai diberi kuasa
boleh memerintahkan kontak iaitu mana-mana orang yang telah
terdedah atau mungkin telah terdedah kepada risiko dijangkiti Penyakit
Koronavirus 2019 (COVID-19, termasuk mana-mana orang yang baru
tiba dari sesuatu kawasan jangkitan (berdasarkan tafsiran di bawah
seksyen 2 Akta 342), supaya menjalani pengawasan dan pemerhatian di
mana-mana tempat yang difikirkannya patut sehingga mereka boleh
dilepaskan dari pengawasan dan pemerhatian tanpa membahayakan
orang ramai.

2.2 Berdasarkan subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan
Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] ini, pihak pengurusan POLISAS
mengambil langkah proaktif dalam menyediakan GARIS PANDUAN
PENGURUSAN KES COVID-19.

2.3 Oleh kerana sesi pengajaran dan pembelajaran Politeknik akan bermula,
maka satu GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES COVID-19 perlu
disediakan sebagai panduan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pihak pengurusan POLISAS.

1

3.0 GARIS PANDUAN PENGURUSAN KES COVID-19 BAGI KAKITANGAN DAN
PEKERJA KONTRAK

BIL PERKARA PERANAN LAMPIRAN (JIKA ADA)

1. Staf memaklumkan kepada Ketua Staf yang terkena Bukti Swab-test yang
Jabatan/Unit bahawa telah dijangkiti jangkitan menunjukkan positif.
Covid-19

2. Ketua Jabatan akan memaklumkan Ketua jabatan/ unit Maklumat staf
maklumat staf yang dijangkiti kepada
Penolong Pegawai Perubatan.

3. Penolong Pegawai Perubatan akan Penolong Pegawai Senarai nama CC1 hanya
kepada staf yang +ve dan
menyiasat / menemu bual staf yang Perubatan mengambil RTK shj.

dijangkiti dan mengenalpasti CC1 (jika ada

CC1, Penolong Perubatan akan

memaklumkan kepada Ketua Jabatan

untuk tindakan seterusnya.

4. 1. Sekiranya anda TIDAK BERGEJALA atau Staf yang terkena Link google form:
https://tinyurl.com/stafco
BERGEJALA KATEGORI 1, 2A jangkitan vid22

- Staf melapor diri sebagai kes covid-19 di
dalam aplikasi mysejahtera: covid-19
status atau aplikasi mysejahtera: covid-19
self report

- terima perintah pengawasan dan
pemerhatian di rumah (hso) digital melalui
mysejahtera

- muat naik keputusan ujian covid-19 di
dalam aplikasi mysejahtera.
- Isi google form untuk rekod Polisas dan
JPPKK
- Kuarantin di rumah sehingga tamat
tempoh kuarantin

2. SEKIRANYA ANDA BERGEJALA
KATEGORI 2B DAN KE ATAS

- Lakukan seperti langkah-langkah di
atas, melainkan anda perlu:

- Hadir ke CAC (Covid Assessment
Centre) di Klinik Kesihatan Kerajaan
terdekat untuk penilaian selanjut

- Diberi arahan untuk sambung
kuarantin di rumah / masuk PKRC /
Hospital

SILA BAWA KAD PENGENALAN & PEN
Mohon pakai 2 lapis facemask dan jaga
jarak anda

CAC = COVID-19 ASSESSMENT CENTRE
(CAC) Bertujuan pemeriksaan kesihatan/
pemberian borang kuarantin/ pemakaian
gelang/ pemotongan gelang.

Diskripsi Kategori 2B COVID-19
✅ Demam > 24 jam
✅ Kesukaran bernafas apabila melakukan
aktiviti
✅ Sakit dada
✅ Kurang selera makan
✅ Berasa letih semasa melakukan aktiviti
harian
✅ Gejala semakin teruk (batuk atau
muntah atau cirit birit berterusan)
✅ Semakin kurang kencing (dlm masa 24
jam)

5. Ketua Jabatan/Unit melaporkan secara Ketua Jabatan/Unit Nama Staf, Tarikh Swab,
ringkas kepada Ahli Mesyuarat Bilangan CC1 dikalangan
Pengurusan tentang maklumat staf yang rakan pejabat.
telah dijangkiti.

6. AJK Task Force Covid-19 POLISAS akan J/kuasa Task Force Laporan

mengemaskini data dan membuat

pelaporan kepada Bilik Gerakan Covid-19

JPPKK.

7. Pihak pentadbiran akan memaklumkan Pegawai Eksekutif Jadual sanitasi

proses sanitasi oleh kontraktor kebersihan Kontraktor Kebersihan

di Jabatan/Unit yang berkaitan.

8. Hebahan kepada semua staf tentang Pegawai Perhubungan Info grafik
terdapat jangkitan dalam kalangan staf Awam (PRO)

9. - Staf kembali bertugas apabila telah Staf yang terkena Surat cuti
sembuh dari jangkitan Covid-19. jangkitan kuarantin/Salinan mys di
hantar ke pentadbiran
- Tekan “Refresh status” setelah Tamat
tempoh kuarantin untuk dapat Release
Order

RISIKO DALAM PELAKSANAAN

4-1 Keputusan untuk melaksanakan garis panduan (SOP) di atas adalah bagi
mengikuti arahan yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan
Negara (MKN) serta nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Pihak POLISAS hanya melaksanakan arahan yang telah ditetapkan serta
menambah baik prosedur berdasarkan kepada keperluan pihak
POLISAS.

4.2 Risiko penularan virus boleh dikurangkan dengan signifikan sekiranya garis
panduan ini dipatuhi. Sikap pelajar perlu diberi perhatian serius oleh semua
Ketua Jabatan / Bahagian / Unit POLISAS.

4.3 Diharapkan dengan tersedianya garis panduan ini, ia dapat membantu
pihak Pengurusan POLISAS dalam mengendalikan kes-kes bergejala
COVID-19 dengan baik serta bersistematik.

4.4 Pelaksanaan garis panduan ini melibatkan implikasi kewangan bagi membiayai
keperluan peralatan hand sanitizer, face mask, alat pengimbas suhu badan,
sabun pencuci tangan, peralatan PPE lain, lain-lain kelengkapan & keperluan
serta keperluan bagi menjaga kebajikan semua pelajar dan kakitangan yang
terlibat dalam pengendalian kes bergejala COVID-19. Semua keperluan ini
hendaklah perlu disediakan oleh pihak Pengurusan

POLISAS.

4.5 Dalam melaksanakan garis panduan ini, ianya bergantung kepada
pertimbangan pihak pengurusan POLISAS dari semasa ke semasa.

4.6 Pihak Pengurusan POLISAS akan membuat pemantauan dari semasa ke
semasa bagi memastikan garis panduan (SOP) ini dipatuhi.

3

5.0 TARIKH PELAKSANAAN GARIS PANDUAN

5.1 Tarikh pelaksanaan garis panduan ini bermula pada 27 Februari 2021.
5.2 Penamatan penggunaan garis panduan (SOP) ini akan dibuat secara

bertulis.
5.3 Penamatan penggunaan garis panduan (SOP) ini akan berdasarkan

kepada maklumat dan ketetapan kerajaan dan arahan yang telah
ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), nasihat
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta budi bicara pihak
pengurusan POLISAS.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


Click to View FlipBook Version