PROGRAM : WARMING UP VIDEO CHALLENGE
TARIKH : 12 MAC 2021 – 31 MAC 2021
Tayangan Video Simulasi : Link – https://youtu.be/1dMr3fFKbAE
Tarikh : 11 Mac 2021
“Warming up” atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di mana kita menyediakan diri
sebelum melakukan aktiviti fizikal atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh
badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nanti dapat dijalankan dengan lebih berkesan.
1.0 Matlamat
Program “Warming up video challenge” dijalankan untuk:
1.1 Melahirkan generasi yang seimbang, berkebolehan, berketrampilan dalam bidang sukan.
1.2 Membudayakan minat bersukan di sekolah (1 murid 1 sukan).
1.3 Memberi peluang kepada para murid mencabar kreativiti memanaskan badan dan
pengalaman dalam aspek bidang sukan.
1.4 Mewujudkan suasana pertandingan yang sihat dan berkualiti untuk semua murid sekolah
di negeri Pulau Pinang.
2.0 Objektif
2.1 Murid dapat menyertai “Warming up video challenge” berdasarkan keupayaan dan
kreativiti masing-masing.
2.2 Melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan cerdas mental walaupun dalam keadaan
pandemik Covid-19.
3.0 Syarat & Peraturan
3.1 Rakaman video adalah di antara 10 hingga 15 minit, tiada masa rehat antara aktiviti dan
sertakan muzik yang bersesuaian.
3.2 Memakai pakaian dan kasut sukan yang sesuai semasa rakaman video.
3.3 Pastikan persekitaran dan tempat aktiviti yang selamat.
3.4 Sasaran ialah semua murid sekolah rendah & sekolah menengah negeri Pulau Pinang
3.5 Melibatkan seorang atau berpasangan untuk satu video.
3.6 Kriteria yang akan dinilai:
Teknik dan gaya memanaskan badan yang betul.
Bilangan ulangan aktiviti dilakukan.
Tahap kesukaran aktiviti memanaskan badan.
Jenis aktiviti perlu tumpu dari bahagian kepala hingga kaki.
Muzik yang bersesuaian dengan aktiviti memanaskan badan.
4.0 Pendaftaran
4.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah & sekolah
menengah di negeri Pulau Pinang.
4.2 Pelajar yang menyertai pertandingan ini boleh mengisi maklumat dan menghantar
rakaman video di pautan http://gg.gg/ohqg8
4.3 Kualiti saiz video 100MB. Namakan kod MSSPP dan nama murid di bawah video.
Cth: MJD-Loh Ying Ying (MJD - SMK Jalan Damai)
5.0 Pemenang & Hadiah
5.1 Semua pelajar yang menyertai pertandingan ini akan diberikan sijil penyertaan.
5.2 Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah. Setiap kategori akan menerima hadiah Johan, Naib Johan, Tempat Ke-3 dan
7 hadiah saguhati.
5.3 Pihak penganjur akan menentukan pemilihan pemenang, dan sebarang bantahan tidak
akan dilayan.