The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TRANSISI 2021 BERLANGSUNG SELAMA 10 MINGGU YANG MELIBATKAN TEMA DAN SUB TEMA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by skpulaiguru, 2021-03-14 17:07:51

DOKUMENTASI TRANSISI 2021

TRANSISI 2021 BERLANGSUNG SELAMA 10 MINGGU YANG MELIBATKAN TEMA DAN SUB TEMA

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI,
09100 BALING,

KEDAH DARUL AMAN.

DOKUMENTASI
TRANSISI TAHUN 1

2021

PENGENALAN

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk
membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau
tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama
program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar
belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses
pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Matlamat Program
Program Transisi Tahun Satu akan dapat :
1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara
formal.
2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi

persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Objektif
Di akhir program, murid-murid dapat:

1. Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran
pembelajaran yang formal.

2. Dapat mengenalpasti potensi dan minat murid dari awal sesi persekolahan dari segi
kognitif, kebolehan, kecenderungan dan keupayaan murid dalam sesuatu bidang atau
mata pelajaran.

3. Membimbing murid Tahun 1 berkaitan amalan, budaya dan adab ketika berada di
sekolah.

4. Mengeratkan hubungan dengan para guru supaya proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

TEMA PROGRAM

MINDA CERGAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERGAS
Kemampuan murid-murid Tahun Satu membina dan mengaplikasikan kemahiran
berfikir secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di
antara satu dengan lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang awal lagi menunjukkan Minda Cergas. Dalam masa yang sama, murid-
murid juga diharapkan dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian

sedia ada. Selain dari itu melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses
komunikasi yang dapat meningkatkan tahap keyakinan diri di kalangan murid di
samping dapat memantapkan pemupukan nilai-nilai murni yang ada atau yang dibawa

dari pra sekolah.

MATA BERCAHAYA
Murid-murid Tahun Satu ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar
bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru yang baru.

Semangat dan minat mereka akan terus meningkat dari masa ke semasa melalui
aktiviti-aktiviti yang disediakan tanpa menimbulkan sebarang permasalahan kepada

sekolah, guru mahupun ibu bapa atau penjaga mereka. Keadaan ini dapat
diterjemahkan melalui mata bercahaya mereka yang sentiasa bercahaya pada setiap

masa dan ketika untuk meneruskan proses pembelajaran mereka di Tahun Satu.

AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSISI
TAHUN SATU 2021

PENGERUSI
GURU BESAR SK PULAI

NAIB PENGERUSI 1
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK PULAI

NAIB PENGERUSI 2
PENOLONG KANAN HEM SK PULAI

NAIB PENGERUSI 3
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

PENYELARAS & SETIAUSAHA
SITI HASMAHANI BINTI AHMAD

GURU MATA PELAJARAN TAHUN 1
BAHASA MELAYU

PUAN AISHAH BINTI IDRIS
PUAN NORAZURA BINTI YUSOFF
PUAN NOORASHIDAH BINTI MD NOR

BAHASA INGGERIS
PUAN ROHANI BINTI ABD RAZAK

PUAN ROZANA BINTI ABDULLAH

MATEMATIK
PUAN RUHANA BINTI IBRAHIM

PENDIDIKAN ISLAM
PUAN SITI HASMAHANI BINTI AHMAD
PUAN TENGKU SHARIFAH BINTI RAJA MD NOR

EN. NAWI BIN MAHMUD

BAHASA ARAB
PUAN NORAINI BINTI MD ISA

PJPK
EN.WAN ROSLAN BIN WAN AHMAD RASIDI

EN.SUNAILI BINTI ABD.RAHMAN
PUAN NOORASHIDAH BINTI MD NOR

MUZIK
PN ROHANI BINTI ABD.RAZAK

PSV
PUAN NORAZURA BINTI YUSOFF

PROSES SEBELUM PENDAFTARAN TAHUN 1
2021

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI

MENGHUBUNGI WARIS YANG SUDAH BERDAFTAR UNTUK
MENGETAHUI MENERIMA ATAU MENOLAK PADA NOVEMBER

SEKIRANYA MENERIMA WARIS BOLEH HADIR KE SEKOLAH
UNTUK MENDAPATKAN FAIL YANG MENGANDUNGI :
BORANG SMM
BORANG BANTUAN
BORANG KEBENARAN SUNTIKAN
BORANG KEBENARAN PEMERIKSAAN GIGI

WARIS DATANG UNTUK MEMBUAT PENDAFTARAN ,MEMBUAT
BAYARAN TRANSISI 2021 SEBANYAK RM 10. KEMUDIAN
MENGAMBIL FAIL , MELENGKAPKAN FAIL DAN HANTAR KE
PEJABAT MINGGU SETERUSNYA.

TARIKH : 16 DAN 17 DISEMBER 2020

TEMPAT : DI PEJABAT SEKOLAH KEBANGSAAN PULAI

MASA : 9.00 PAGI HINGGA 12 TGH HARI

PENDAFTARAN TRANSISI TAHUN 1 2021
TUBUH KUMPULAN WHATAPPS TAHUN 1 2021
TAKLIMAT MELALUI KUMPULAN WHATAPPS DAN GOOGLE MEET

PENDAFTARAN TAHUN 1
16-17 DISEMBER 2021

MINGGU ORIENTASI
BERMULA 20 JANUARI 2021 HINGGA 31 JANUARI 2021

MURID DAN GURU MEMPERKENALKAN DIRI

MINGGU TRANSISI
1 FEBRUARI HINGGA 25 MAC 2021
PDPR (20/1/2021 HINGGA 28/02/2021
PEMBELAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

ANTARA AKTIVITI PDPR
MURID MEMBERI KERJASAMA
YANG BAIK
IBU BAPA MEMBERI SOKONGAN
YANG PADU

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERSEMUKA DI SEKOLAH
BERMULA 1 MAC HINGGA 25 MAC 2021

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 (PDPR)
KEM BESTARI SOLAT SIRI KEDUA
8/02/2021 HINGGA 10/02/2021


Click to View FlipBook Version