MPIeBsyuGarkaatlAi kgeu-4n7g
Sabtu, 9 Oktober 2021
9.30pagi - 12.30 tengah hari
Google Meet
ISI
KANDUNGAN
1 Moto, Visi dan Misi Sekolah
2 Aturcara Majlis dan Agenda Mesyuarat
3 Notis Mesyuarat
4 Minit Mesyuarat Agung kali ke-46
5 Laporan Tahunan Persatuan Ibu Bapa &
Guru 2020/2021
6 Laporan Penyata Kewangan PIBG 2020
7 Analisis Peperiksaan SPM
8 Usul Tanpa Bahas
9 Pelantikan AJK PIBG Sesi 2021/2022
10 AJK Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-47
MOT0 “NISI DOMINUS FRUSTRA”
SEKOLAH
VISI “TANPA RESTU TUHAN SEMUA AKAN
SEKOLAH GAGAL”
MISI
SEKOLAH “WITHOUT GOD ALL IS VANITY”
PENDIDIKAN BERKUALITI, INSAN
TERDIDIK, NEGARA SEJAHTERA
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN
YANG BERKUALITI UNTUK
MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU
BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
Aturcara Majlis
9.00pagi : Pendaftaran masuk
9.30pagi : Mesyuarat dimulakan
12.30 tghr : Mesyuarat ditangguhkan
Agenda Mesyuarat
1. Bacaan doa
2. Nyanyian lagu Negaraku & Negeri Selangor
3. Ucapan alu-aluan Pengetua SMK (L) Bukit Bintang
4. Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021
5. Penyampaian cendarahati secara maya
6. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46
7. Membentang dan Menerima Laporan Tahunan PIBG
sesi 2020/2021
8. Membentang dan Menerima Laporan Kewangan PIBG
sesi 2020/2021
9. Laporan Unit Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan
Kokurikulum
10. Pembubaran AJK PIBG sesi 2020/2021
11. Pelantikan Pengerusi Sementara
12. Pemilihan AJK PIBG sesi 2021/2022 dan Sesi
Perkenalan AJK PIBG serta ahli-ahli KSIB 2021/2022
12.Membentang dan Menerima Usul (jika ada)
13. Ucapan Penangguhan
14. Cabutan bertuah
15. Nyanyian lagu sekolah
NOTIS
MAEGSUYNUGAPRIBAGT
KSMALKI (KLE)-B4B7
MINIT
MESYUARAT
AGUNG KALI KE-
46
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (L) BUKIT BINTANG, PETALING JAYA
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
Tarikh : 18 Januari 2020
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 pagi-12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Mc Gregor, SMK (L) Bukit Bintang.
Kehadiran: Ibu Bapa:
Guru: 1. Pn Janice Kok
1.En Parthipan A/L Subramaniam 2. Pn Dayana bte Dan
2.Pn Safura Bt Mustafa 3. En Sivakumar
3.Pn Tan Lian Sim 4. En P. Krishnan
4.Pn Sumitra Ghosh 5. Pn Hazlinda binti Ridzuan
5.Cik Naajima bt Ahamed Basheer 6. Pn Ngoh Wai Chen
6.Pn Faiza Bt Selamat 7. En Mohd Zaidi B. Hj Zainuddin
7.Pn Hamidah Bt Mustafa 8. En Wan Saiful Azren
8.Pn Ainul Radiah Bt Kassim 9. En Ramesh
9.Cik Amani Bt Hassan 10. Pn Masriaty Bt Mansur
10.Cik Azlizailie Bt Mohd Ghazi 11. Pn Izzatul Shakira
11.En Azman B. Ahmad 12. Pn Norhayati Bt Othman
12.Pn Emie Suzianti Bt Ismail 13. Pn Nor Azian Bt Kamarudin
13.Pn Fariheena Bt Mohammed Yusof 14. Pn Jeeva
14.Pn Hanan Sofia binti Mohamed Ghazali 15. Pn Jamilah Masnan
15.Pn Ilyane Farahin Bt Mohd Sab 16. En Premjit
16.Pn Lee Mee Siew 17. Pn Farah Faniz
17.En M. Annadurai a/l S. Maruthai 18. En Abd. Latiff
18.Pn Mawaddah Bt Mohammad 19. Pn Kiranjeet
19.En Mohd Hafizi B. Ismail 20. En P. Krishnan
20.En Mohd Noor Al-Bukhari 21. En. Surosh Thanasagaren
21.En Muhammad Amin B. Mohd Yunus 22. En Mohd Ridzuan
22.Pn Nandhini A/P PV Vivahanathan 23. En K. R. Sockalingam
23.Pn Ng Sieu Heng 24. Pn Mariati Mat
24.Pn Nor Halizawati Bt Muhammad 25. En Shahrin
25.Pn Nor Haslinda Bt Mat Zaid 26. En Mogan
26.Pn Nur Hidayah Bt Ismail 27. En. Yasugi
27.Pn Sabariah Bt Yusoff 28. Dr. Raj
28.Pn Sakirah Bt Ahmad 29. En Mahesh
29.Pn Santha Kumari a/p Joseph 30. En Thomas Wong
30.Cik Siti Noraina Bt. Ahmad 31. Pn Punitha
31.Pn Syamsurina Bt Mohamad Said 32. En Kanakam
32.Pn Vasanthi a/p Sriraman 33. En Privadi P.
33.Pn Wan Ainul Azwanis 34. En Mohamad Yusoff
34.Cik Yap Siew Choo 35. Pn Siti Khalijah
35.En Hasbullah B. Salleh 36. Pn Selvi
37. En Abel Lee
38. Pn Wanitah Gaison
Agenda : 1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat
3. Perkara Berbangkit
4. Laporan Tahunan
5. Laporan Kewangan
6. Perkara-perkara baharu
7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2019/2020
8. Pelantikan Pengerusi Sementara
9. Pemilihan AJK PIBG sesi 2020/2021
10. Membentang dan menerima usul
11. Penutup
1.0 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Yang Dipertua PIBG 2019/2020, Pn Hazlinda Ridzuan mengalu-alukan
kedatangan para hadirin ke Mesyuarat Agung PIBG 2019/2020 dan dapat berkumpul
bersama demi kecemerlangan anak-anak kita. Beliau juga menekankan tentang
pembentukan sahsiah diri pelajar untuk menjadi modal insan kelas pertama.
1.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih atas kesudian para ibu bapa yang sudi
meluangkan masa dan meminta ibu bapa menyumbangkan idea dan tenaga untuk
menjadikan Persatuan Ibu Bapa dan Guru ini lebih dinamik.
1.3 Beliau juga mengucapkan tahniah atas kejayaan yang telah dicapai dan ucapan
terima kasih kepada guru kerana telah mencurahkan tenaga dan bakti untuk mendidik
pelajar.
1.4 Beliau juga menyampaikan penghargaan dan tahniah kepada semua yang terlibat
menjayakan program ini dan menyeru kepada semua ibu bapa untuk turut terlibat
dengan program yang akan dan bakal dianjurkan oleh pihak sekolah. Seterusnya
beliau merasmikan Majlis PIBG kali ke-46.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT
Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 telah dibentangkan oleh Puan Hazlinda
Ahmad Ridzuan dan En Krishna telah mencadangkan minit mesyuarat untuk disahkan.
Cadangan ini disokong oleh Puan Ngoh Wai Chen.
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada.
4.0 LAPORAN TAHUNAN
4.1 Laporan tahunan dibentangkan oleh setiausaha PIBG 2019/2020, Pn Hidayah
berkaitan dengan mesyuarat PIBG yang diadakan sebanyak 4 kali. Pelbagai program
yang telah dijalankan. Pengesahan dicadangkan oleh En. Ramesh dan disokong oleh
Pn Norhayati.
5.0 LAPORAN KEWANGAN
5.1 Penyata kewangan 2019/2020 telah dibentangkan oleh Puan Emie Suzianti binti
Ismail. En Suresh telah mencadangkan laporan disahkan tanpa sebarang pindaan dan
disokong oleh Cik Naajima.
6.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
6.1 Laporan Pengetua
6.1.1 Tuan Pengetua mengucapkan selamat datang ke SMK (L) Bukit Bintang. Beliau
mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat kali ini.
6.1.2 Pihak sekolah menekankan aspek kecerian kelas dan kebersihan sekolah. Setiap
kelas telah dicatkan dengan warna yang ceria.
6.1.3 Dewan badminton juga dinaiktarfkan untuk menjamin keselamatan dan
keselesaan murid-murid SMK (L) Bukit Bintang.
6.2 Pn Ngoh mencadangkan sumbangan PIBG sebanyak RM80. Disokong sebulat suara
oleh ibu bapa.
6.3 Pn Faiza mencadangkan supaya majalah sekolah dibayar sebanyak RM15
sekeluarga. Disokong sebulat suara oleh ibu bapa.
6.4 Pn Hamidah mencadangkan bayaran sumbangan kelas tambahan PT3 sebanyak
RM10 dan SPM sebanyak RM15. Disokong sebulat suara oleh ibu bapa.
7.0 PEMBUBARAN AJK PIBG SESI 2019/2020
Yang Dipertua PIBG 2019/2020 mengucapkan terima kasih dan membubarkan Ahli
Jawatankuasa PIBG sesi 2019/2020.
8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA
Tuan Pengetua dilantik sebagai pengerusi sementara untuk pelantikan AJK bagi sesi
2020/2021.
9.0 PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2020/2021
Pemilihan Ahli Jawatankuasa sesi 2020/2021 dilantik adalah seperti yang berikut:
Penasihat :Encik Parthipan A/L Subramaniam
Yang Dipertua PIBG : Pn Dayana bte Dan (dipilih)
Naib Yang Dipertua PIBG : Pn Ngoh Wai Chen (dipilih)
Setiausaha : Pn Wan Ainul Azwanis bt Wan Rushdan (lantikan)
Penolong Setiausaha : Cik Yusmin Juliati bt Ghani (lantikan)
Bendahari : En Hasbullah bin Salleh (lantikan)
Penolong Bendahari : Pn Siti Zulaikha bt Mustafa (lantikan)
AJK ( Wakil Guru) : Pn Hanan Sofia bt Mohamed Ghazali (lantikan)
: En Rapindi bin Sidek (lantikan)
AJK (Wakil Ibu Bapa) : En Wan Saiful Azren (dipilih)
: En Ramesh (dipilih)
: Pn Masriaty bt Mansur (dipilih)
: En Md Isa bin Mohamed (dipilih)
: Pn Nur Izzatul Shakira (dipilih)
Juruaudit 1 (Guru) : Pn Norhalizawati bt Mohammad (lantikan)
Juruaudit 2 ( Ibu Bapa) : Pn Norhayati bt Othman (terpilih)
10.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA USUL
10.1 En Premjit Singh telah mengusulkan harga makanan di kantin agak mahal dan
pilihan terhad.
Pihak sekolah menjelaskan bahawa harga makanan di kantin adalah berpatutan
dan mengikut harga seperti dalam ketetapan dalam dokumen tender. Berkaitan
pilihan jenis makanan yang terhad, pihak sekolah akan mengemukakan usul ini kepada
penguasaha kantin untuk kepelbagaian menu.
10.2 Puan Punita A/P Pandurengan dan Puan Siti Khalijah bt Mohd Ishak telah
mengusulkan mengadakan kelas tambahan untuk murid PT3 dan SPM.
Pihak sekolah memberi penjelasan bahawa inisiatif untuk mengadakan kelas
bimbingan tambahan akan diadakan selepas tamat tempoh sesi aktiviti kokurikulu
bagi tahun 2020. Setiap hari Rabu dan Khamis bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00
petang akan digunakan untuk slot kelas bimbingan bagi murid PT3 dan SPM. Pihak
sekolah turut memaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Selangor telah menaja
‘Program Tuisyen rakyat Selangor’ khas untuk murid calon SPM kategori B40. Guru-
guru sekolah ini menjadi pembimbing dan fasilitator. Program ini akan diteruskan
pada tahun 2020.
10.3 Pn Masriaty bt Mansur telah mengusulkan mengadakan program selepas PT3
bersama dengan PIBG.
Pihak sekolah amat mengalu-alukan sokongan dan kerjasama daripada pihak PIBG
bagi merancang dan melaksanakan aktiviti atau program selepas PT3. Perkara ini akan
dibincang lanjut dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG akan datang. Pihak sekolah
memaklumkan bahawa pada tahun 2019 sepanjang Program Bestari (ProBest), Guru
Kanan Mata pelajar SMK (L) Bukit Bintang telah mengambil inisiatif untuk
menyediakan sarapan kepada calon-calon SPM. Bagi tahun 2020, ‘Program Sarapan’
akan diteruskan. Pihak sekolah memohon jasa baik pihak PIBG untuk turut serta
menjayakan program ini.
10.4 En Maheskumar telah mengusulkan mewujudkan mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam dwibahasa (DLP).
Pihak sekolah tidak dapat melaksanakan DLP bagi matapelajaran Sains dan Matematik
kerana SMK (L) Bukit Bintang bukan sekolah DLP disebabkan tidak memenuhi
beberapa syarat. Namun begitu, sokongan penuh dari ibu bapa diperlukan bagi
membolehkan SMK (L) Bukit Bintang membuat permohonan ke KPM. Guru-guru
Sains dan Matematik di sekolah ini mempunyai kompetensi untuk mengajar dalam
Bahasa Inggeris. Ahli mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk memohon kelas DLP di
SMK (L) Bukit Bintang bagi tahun 2021.
10.5 En Maheskumar juga mengusulkan mewujudkan lebih banyak program
kebudayaan berbanding keagamaan.
Pihak sekolah sentiasa prihatin akan kepentingan memupuk aspek silang budaya
dalam diri anak-anak SMK (L) Bukit Bintang. Pada tahun 2019, Unit Kokurikulum telah
melaksanakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perdana dengan jayanya. Pada
tahun 2020, unit Kokurikulum telah merancang untuk menyambut Perayaan Tahun
Baru Cina Perdana pada bulan Februari nanti. Majlis Sambutan Perayaan tidak dapat
dijalankan serentak untuk ketiga-tiga perayaan utama kerana kekangan kewangan.
Pihak sekolah turut mengundang semua ibu bapa untuk sama-sama meraikan dan
menjayakan program itu nanti.
10.6 Encik Suresh telah mengusulkan bahawa guru yang menghadiri mesyuarat atau
aktiviti sekolah di luar perlu digantikan dengan guru relief untuk mengajar mata
pelajaran tersebut kerana murid akan ketinggalan pelajaran.
Pihak sekolah sentiasa peka akan kelas-kelas yang guru tidak hadir atas sebab tugas
rasmi di luar sekolah. Langkah menyediakan guru ganti dan penyediaan bahan/
modul Melindungi Masa Instruksional (MMI) yang dilaksanakan oleh guru ganti
merupakan tindakan efektif yang telah dibuat oleh pihak sekolah.
10.7 Encik Suresh juga mengusulkan bagi 'group whatsapp’ kelas hanya untuk
maklumat penting sahaja kerana terlepas pandang maklumat penting yang
disampaikan oleh guru.
Pihak sekolah menyatakan bahawa usul mewujudkan kumpulan whatsapp antara guru
dengan ibu bapa telah pun ada tetapi tidak menyeluruh untuk semua kelas. Pihak
sekolah akan memastikan kumpulan ini akan diwujudkan untuk semua kelas bagi
memudahkan penyaluran maklumat penting kepada ibu bapa.
10.8 Encik Ramesh telah mengusulkan penyediaan rak khas untuk murid simpan
buku dan bahan-bahan sekolah. Beliau mencadangkan para ibu bapa memberi
sumbangan untuk membeli rak khas tersebut.
Pihak sekolah akan mengusahakan projek ini bersama pihak PIBG. lbu bapa dimohon
untuk sama-sama menyumbangkan tenaga, masa dan wang untuk menjayakan projek
ini. Usul ini akan dipanjangkandalam Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil 1/2020.
11.0 PENUTUP
11.1 Ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua PIBG SMK(L) Bukit Bintang 2020/2021
11.2 Yang Dipertua PIBG sesi 2020/2021 merakamkan penghargaan kepada semua
ahli jawatankuasa yang berkhidmat sepanjang tempoh 2019/2020.
11.3 Beliau berharap kerjasama yang berpanjangan akan berkekalan antara pihak
sekolah dan para ibu bapa. Beliau berharap agar SMK(L) Bukit Bintang akan mencapai
kecemerlangan sepanjang tahun 2020
11.4 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.20 tengah hari.
Disediakan oleh; t.t.
(Cik Yusmin Juliati bt Ghani)
t.t. Pen. Setiausaha PIBG
(Pn Wan Ainul Azwanis bt Wan Rushdan)
Setiausaha PIBG
Disahkan Oleh;
t.t.
(Pn Dayana bte Dan)
Yang Dipertua PIBG
LAPORAN
TAHUNAN
PERSATUAN IBU
BAPA & GURU
2020/2021
PENDAHULUAN
Dalam usaha memikul tanggungjawab yang diamanahkan, AJK PIBG sesi 2020/2021 telah berusaha
sedaya upaya merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk membantu pihak sekolah
mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang khususnya dalam bidang akademik, bidang
kokurikulum dan bidang Hal Ehwal Murid. AJK PIBG juga telah menyumbang kepada pembangunan
sekolah dari segi infrastruktur dan keselesaan murid.
TARIKH MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG
1. 23 Mac 2021
2. 12 April 2021
3. 21 Mei 2021
LAPORAN TAHUNAN AKTIVITI PIBG 2020
SAMBUTAN PERDANA PERAYAAN TAHUN BARU CINA
(05 FEBRUARI 2020)
PENETAPAN TARGET MENINGKATKAN
KECEMERLANGAN SPM 2020
(28 FEBRUARI 2020)
PROGRAM SAYANG ANAKKU SAYANG
bersama Kaunselor IAB, Encik Indran Subrumanian
KELAS TAMBAHAN SPM
TAJAAN MAKANAN SEMASA PEPERIKSAAN SPM 2020
LAPORAN UNIT KURIKULUM 2020
Sepanjang tahun 2020, aktiviti kurikulum tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual dan
perancangan yang ditetapkan disebabkan oleh Pandemik Covid -19 yang telah melanda seluruh
negara termasuk Malaysia.
Antara aktiviti kurikulum yang telah dilaksanakan ialah Program Minggu Akademik sepanjang
bulan Februari 2020. Program ini mensasarkan semua tingkatan bermula Peralihan hingga
Tingkatan 5. Setiap bidang menganjurkan aktiviti seperti Teka Silang Kata, memperkenalkan
permainan tradisional dan lain-lain
Akhir sekali, kelas tambahan Tingkatan 5 yang telah diadakan selama 5 hari iaitu pada 15 Januari
2021 hingga 19 Januari 2021 yang dijalankan secara bersemuka bagi membantu murid membuat
persediaan akhir sebelum Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang berlangsung pada Februari
2021
Aktiviti kurikulum yang seterusnya berfokus kepada Probest Pecutan Akhir SPM yang
mensasarkan murid Tingkatan 5 di mana program ini bertujuan memberi bimbingan tambahan
kepada murid. Semua mata pelajaran yang diambil oleh murid terlibat dalam program ini.
MINGGU AKADEMIK 2020
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2020
Dalam dasar pelaksanaan TS25 (Program Transformasi Sekolah 2025), kerajaan amat
menitikberatkan peningkatan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti. Dalam kontak
peningkatan kemenjadian murid, kerjasama dan sokongan PIBG dan komuniti sangat
diperlukan bagi merealisasikan program transformasi ini.
Sepanjang tahun 2020, Unit Hal Ehwal Murid masih sempat melaksanakan beberapa
program secara bersemuka, program-program lain pula diubahsuai dan dilaksanakan
secara dalam talian.
Program dan aktiviti yang dijalankan ialah:
Majlis Orientasi Murid Peralihan dan Tingkatan 1
Orientasi Disiplin (Unit Disiplin)
Program Transformasi Diri oleh UBK (Unit Bimbingan & Kaunseling)
Ziarah Cakna
Guru kelas dan kaunselor sempat menziarahi beberapa keluarga, ini merupakan
konsep sekolah penyayang yang diperluaskan, ia bukan sahaja untuk memahami
latar belakang murid tetapi juga bertujuan memberi penghormatan kepada ibu
bapa..
Pentaksiran Psikometrik
Dilaksanakan untuk mengenal pasti kebolehan semula jadi, personaliti, bakat
dan kecenderungan seseorang murid. Ia merupakan salah satu kriteria yang
dipertimbangkan dalam pemilihan pakej mata pelajaran tingkatan 4.
Pentaksiran Minda Sihat
Bertujuan untuk mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid.
Pelaksanaan program ini dapat mengatasi sebahagian masalah kesihatan mental
yang semakin meningkat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini.
Program Restu SPM
Program Bantuan Makanan Percuma (waktu rehat)
Kerjasama UBK dengan komuniti untuk memberi makanan percuma kepada
murid-murid yang berkeperluan.
Kupon Makanan, Bantuan Pakaian Seragam dan Bantuan Alat Tulis
Kerjasama Unit HEM dengan Bekas Murid BB untuk meringgankan beban
keluarga yang berkeperluan.
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2020
Tawaran Bantuan Pelajaran (Kerajaan):
KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin)
EMK (Elaun Murid Khas)
BKP (Biasiswa Kecil Persekutuan)
BAP (Bantuan Awal Persekolahan RM100)
Pemilihan calon-calon untuk Bantuan Pelajaran adalah berdasarkan data-
data dalam APDM, terutamanya pendapatan keluarga. Ibu bapa/ penjaga
yang tidak mengisi apa-apa angka pada ruangan pendapatan atau angka “0”,
akan menyebabkan anak tuan/ puan hilang peluang ini. Jadi pihak sekolah
merayu kepada ibu bapa/ penjaga agar memberi kerjasama dan memberi
data sebenar apabila mengisi maklumat dalam APDM. Ibu bapa/ penjaga
yang ada masalah boleh rujuk kepada guru kelas untuk mendapat bantuan.
Program Sebaran Pengajian Lanjutan & Kerjaya
Program ini telah dianjurkan oleh UBK untuk memberi pendedahan
kepada murid-murid Tingkatan 4 & 5 tentang hala tuju mereka selepas
SPM.
Program Talian Kasih
Program ini telah dilaksanakan oleh UBK sepanjang PKP/PKPP/PKPB, di
mana kaunselor telah menjalankan kaunseling murid melalui talian.
Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepda PIBG yang banyak
membantu menyumbang dana dalam program-program sekolah. Kerjasama dan
sokongan padu daripada pihak ibu bapa/ penjaga amat dihargai dan diharap
akan berterusan demi kepentingan bersama.
ZIARAH CAKNA
LAPORAN UNIT HAL EHWAL MURID 2020
PROGRAM RESTU SPM
PROGRAM TRANSFORMASI DIRI
PROGRAM SEBARAN PENGAJIAN DAN LANJUTAN KERJAYA
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2020
Sepanjang tahun 2020, aktiviti kokurikulum dan sukan hanya berjaya dilaksanakan
pada suku tahun pertama sahaja. Hal ini disebabkan oleh penularan wabak Covid-19
yang mencetus negara pada masa ini. Tambahan pula, pihak kerajaan telah
mengadakan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyarankan semua rakyat berada di
rumah dan sebarang aktiviti di sekolah tidak boleh dijalankan.
Antara aktiviti yang berjaya dianjurkan oleh unit Kokurikulum sehingga bulan Mac 2020
ialah Hari Merentas Desa yang diadakan pada 31 Januari 2020. Seterusnya, unit
kokurikulum turut berjaya menganjurkan Sambutan Tahun Baharu Cina Perdana
peringkat sekolah yang berlangsung pada 5 Februari 2020. Acara sukan yang dianjurkan
di peringkat daerah turut disertai oleh murid. Antaranya ialah Pertandingan Badminton
dan Kejohanan Catur yang membawa kepada sumbangan markah PAJSK murid yang
terlibat.
Selain itu, pasukan bola sepak sekolah terus mengekalkan kecemerlangan dengan
merangkul Johan di peringkat daerah pada 7 Februari 2020. Kegembiraan terus
bertambah apabila acara lompat tinggi telah menyumbangkan pingat emas di peringkat
daerah semasa Kejohanan Olahraga MSSD pada 14 Februari 2020.
Pasukan unit beruniform di bawah kendalian Cik Siti Noraina Binti Ahmad telah berjaya
mengadakan Kem Perdana peringkat sekolah yang melibatkan 47 orang ahli pada 21
hingga 22 Februari 2020. Akhir sekali, persatuan Hindu telah mengadakan sambutan
Ponggal peringkat sekolah pada 27 Februari 2020 dan persatuan ini turut mengadakan
kuiz secara dalam talian.
Namun begitu, menjelang bulan Mac banyak acara sukan terpaksa ditangguhkan
ekoran daripada penularan penyakit Covid-19 . Unit kokurikulum tidak membiarkan
markah prestasi PAJSK murid-murid terjejas, beberapapa pertandingan yang
dianjurkan di pelbagai peringkat telah dihebahkan ke kumpulan Whatsapp kelas
masing-masing. Murid-murid yang berjaya melibatkan diri dan memperoleh sijil telah
direkodkan di dalam sistem PAJSK.
Unit Kokurikulum merakamkan jutaan terima kasih kepada PIBG yang banyak
membantu menyumbang dana untuk bayaran yuran penyertaan dan membiayai kos
pengangkutan semasa menyertai pertandingan di peringkat daerah. Kerjasama dan
sokongan padu daripada PIBG diharap akan berterusan demi kepentingan bersama.
LAPORAN UNIT KOKURIKULUM 2020
LARIAN MERENTAS DESA 2020
HARI SUKAN - ACARA BALAPAN PADANG
KEM PERDANA 2020
SENARLAAPIOKREAHNAUDNIIRT AKNOKAUJRKIKPULIBUGM220200/2021
SEMASA MESYUARAT
TARIKH
JAWATAN NAMA 23 MAC 12 APR 21 MEI CATATAN
Penasihat En. Parthipan A/L 2021 2021 2021
Subramaniam
Yang Dipertua / / /
Pn. Dayana bte Dan
// /
Naib Yang Dipertua Pn. Ngoh Wai Chen // X
Setiausaha Pn. Hanan Sofia binti // /
Mohamed Ghazali
// /
Naib Setiausaha Cik Yusmin Juliati bt
Bendahari Ghani // /
/
Naib Bendahari En. Hasbullah bin /X
Salleh X
/X /
Pn. Siti Zulaikha bt //
Mustapha // /
/X X
AJK (Wakil Guru) En. Rapindi bin /X X
AJK (Wakil Ibu Bapa) Sidek XX X
XX X
Pn. Nur Izzatul Shakira XX X
bt Gul Mohamed
AJK (Wakil Ibu Bapa) En. Wan Saiful Azren
bin Wan Johar
AJK (Wakil Ibu Bapa)
AJK (Wakil Ibu Bapa) En. Ramesh A/L
Ramasamy
AJK (Wakil Ibu Bapa)
Juru Audit En. Md Isa bin
Mohamed
(Wakil Ibu Bapa)
Juru Audit Pn. Masriaty bt
Mansur
(Wakil Guru)
Pn. Nor Hayati bt
Othman
Pn. Nor Halizawati
bt Mohammad
TAKWIM SMK (L) BB 2020
JANUARI
TAKWIM SMK (L) BB 2020
FEBRUARI
TAKWIM SMK (L) BB 2020
MAC
TAKWIM SMK (L) BB 2020
APRIL
TAKWIM SMK (L) BB 2020
MEI
TAKWIM SMK (L) BB 2020
JUN
TAKWIM SMK (L) BB 2020
JULAI
TAKWIM SMK (L) BB 2020
OGOS
TAKWIM SMK (L) BB 2020
SEPTEMBER
TAKWIM SMK (L) BB 2020
OKTOBER
TAKWIM SMK (L) BB 2020
NOVEMBER
TAKWIM SMK (L) BB 2020
DISEMBER
LAPORAN
PENYATA
KEWANGAN PIBG
2020/2021
t.t t.t t.t
ANALISIS
PEPERIKSAAN
SPM
Perbandingan Analisis
SPM 2019 & 2020
PELANTIKAN AJK
PIBG
2021/2022
Penasihat ________________________
yang dipertua pibg ________________________
naib ydp pibg ________________________
setiausaha ________________________
bendahari ________________________
ajk -wakil guru ________________________
________________________
ajk - wakil ibu bapa
________________________
________________________
________________________
juruaudit - guru
________________________
juruaudit - ibu bapa ________________________
USUL TANPA
BAHAS
2021/2022