NURIN ANIS BINTI ABDUL HALIM
SK PUCHONG JAYA
4 SEMANGAT
PENGHARGAAN
PENGENALAN
• Maksud Usahawan
USAHAWAN BERJAYA DI MALAYSIA
KERATAN AKHBAR ATAU MAJALAH
PENUTUP
Salam sejahter semua,
Nama saya Nurin Anis binti Abdul Halim dari
kelas 4 Semangat, SK Puchong Jaya.
Saya tekah ditugaskan oleh guru
untuk menghasilkan sebuah buku skrap yang
bertajuk Usahawan Berjaya di Malaysia.
Saya berharap tugasan yang saya
hasilkan ini akan dapat memberikan sedikit
maklumat kepada pembaca mengenai
usahawan-usahawan yang berjaya dan
terkenal di Malaysia. Kita boleh menjadikan
mereka ini sebagai idola atau sumber
insprirasi untuk kita mencapai kejayaan.
Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada ibu bapa yang telah membantu
saya menghasilkan buku skrap ini.
Sekian, terima kasih.
Usahawan membawa maksud orang yang
mengusahakan sesuatu perniagaan.
Usahawan ditakrifkan sebagai
orang yang mengendalikan sesebuah
perniagaan dan mengambil risiko
perniagaan yang diceburinya. usahawan
biasanya seorang sebagai yang inovatif
dan mempunyai kehendak untuk
menghasilkan pencapaian tinggi.
Usahawan boleh juba membawa
maksud sebagai individu yang melakukan
pembaharuan atau inovasi untuk
kesejahteraan organisasinya sendiri.
Ringkasan latar belakang:
Nama : Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al
Bukhari
Tahun dilahirkan : 1951
Tempat lahir : Alor Setar, Kedah
Anak : Anak ke-3 daripada 7 orang adik beradik
Hijrah : Berumur 9 tahun ketika beliau terpaksa
mengikut bapa saudaranya ke Johor Bharu dan pulang semula ke
Alor setar pada umur 15 tahun.
Pendidikan : Tamat tingkatan 5 di Sekolah Saint Micheal's
Beliau memulakan pengembaraan sebagai seorang usahawan pada
tahun 1970 dengan menjual daging. Kemudian pada tahun 1972,
beliau mendapat permit bagi 4 buah lori kelas A. Seterusnya,
dengan bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada MARA,
beliau membeli 2 buah lori Mercedes 911LS dan memulakan
perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan syarikat
Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Bernas.
Terlalu banyak cabang industri dan syarikat yang telah berjaya
ditubuhkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar.
Selain itu juga, beliau menubuhkan
sebuah badan khas yang diberi nama
Yayasan Al Bukhary. Saya paparkan
bersama laman utama pagi
portal foundation yang beliau
tubuhkan.
Nama Komersial : Saiful Nang
Tahun Lahir : 1978
Anak : Anak ke-2 daripada 4 orang adik-beradik
Pendidikan : Ph.D Doc of Management (UUM- Ongoing), Mpa
(UK), B. Sc (Media) (Hons) Film & Animation (MMU)
Nama Syarikat : Colours of Asia Sdn Bhd (Executive Chairman/CEO)
Jenama : CandidSyndrome
Nama Akademi :
1.Saiful Nang Akademi Sdn Bhd (Founder & Principle)
2. Pertubuhan Kebajikan Rumah Pengasih Warga Prihatin (Founder)
3. Sekolah Menengah & Rendah Akademi Insan Prihatin (Pengetua)
4. OMG Creative Sdn Bhd (Presiden)
Anugerah & Penghormatan:
1. Pemenang Canon PhotoMarathon 2007
2. Penerima Sijil Profesional Photographer Apparentice
Certificate (PPAC)
3. Jurufoto Diraja bagi Sultan Brunei Darussalam
4. Jurufoto Diraja untuk KDYMM Tengku Dr. Muhammad Faiz
Petra, Kelantan
5. 20 orang paling berjaya usahawan kreatif - Dewan
Ekonomi Malaysia 2009.
Jika kita ingin berjaya dalam dunia perniagaan,
kita hendaklah mengamalkan disiplin yang tinggi.
Disiplin merupakan anak kunci untuk sesiapa jua
yang inginkan kejayaan.
Perihal seperti menepati masa, menguruskan hal-
hal kewangan serta mengelak daripada melakukan
aktiviti yang tidak berfaedah adalah terlalu
penting bagi seseorang usahawan. Usahwan juga
mesti mengamalkan sikap yang telus, menepati
masa dan jujur apabila berurusan dengan
pelanggan. Oleh itu, disiplin, keyakinan diri dan
daya usaha adalah menjadi pendorong kepada
sesuatu kejayaan