The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by huszaima, 2019-12-24 08:35:40

Buku Peraturan SEDAR

1

Lagu Sekolah







ILMU TONGGAK IMAN






Menulis dan membaca


Jadi amalan

Ilmu yang berguna


Untuk masa depan




Pada ibu dan bapa


Kami berjanji


Guruku didiklah

SK. Bandar Kuala Krai




Ilmulah Tonggak Iman


Jadi panduan


Belajar dengan riang

Untuk masa depan


















2

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,

Pertama-tama saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah

(SWT) dan berterima kasih kepada pihak Jawatankuasa HEM dan
Disiplin kerana telah berjaya menerbitkan buku peraturan ini.

Kita sedia maklum, disiplin merupakan satu elemen yang amat

penting kepada seseorang pelajar. Hanya dengan mematuhi
segala peraturan yang ditetapkan, seseorang pelajar itu akan ber-
jaya. Tanpa disiplin yang kukuh, kemungkinan besar kejayaan ti-

dah menyebelahi kita.

Setiap peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk mendidik dan
membentuk para pelajar agar menjadi manusia yang berguna
pada masa akan datang. Justeru demikian,buku ini diterbitkan

agar dapat memberi manfaat kepada seluruh warga SK. Bandar
Kuala Krai (SEDAR).

Saya juga berharap agar semua guru akan bertindak sebagai

guru disiplin sekolah. Dengan adanya buku ini, diharap akan men-
jadi panduan kepda guru untuk tujuan tersebut.

Melalui program-program yang dirancang, saya tetap menaruh
harapan dan kepercayaan bahawa kita mampu membina kekua-

tan tersendiri untuk meningkatkan pencapaian akademik, kokuri-
kulum dan sahsiah murid ini dalam membentuk kemenjadian

murid.

Akhir sekali, saya berdoa moga segala usaha gigih yang disum-
bangkan oleh semua pihak akan mendapat keberkatan dan rah-
mat daripaNya.


“Disiplin Adalah Asas KeSEDARan,

KeSEDARan Kunci KEJAYAAN”




+++++++....
(MOHAMAD B. JUSOH)
Guru Besar,




3

Lampiran A


Edaran Terhad untuk
Kegunaan Rasmi Sahaja




ORDINAN PELAJARAN, 1957 PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKO-
LAH) 1959.

2 tahun 1957 Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh
seksyen 116 Ordinan Pelajaran, 1957, Menteri dengan ini
membuat peraturan-peraturan yang berikut :

Tajuk ringkas dan 1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin pe-
makaian. Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua sekolah daripada :-
A) sekolah yang dikecualikan daripada pendaftaran di bawah seksyen
114(2) Ordinan dan


B) Sekolah gaya pos

Tafsiran. 2. Dalam peraturan-peraturan ini, melainkan jika kandungan ayatnya
menghendaki makna yang lain -


P.U.(A)130. 80 “Pihak berkuasa pelantik” ertinya orang atau badan yang ber
tanggungjawab pada masa itu bagi melantik mana-mana orang
menjadi Guru Besar sesebuah sekolah.


“Pendaftar Besar” ertinya Pendaftar Besar Sekolah-sekolah
yang dilantik di bawah seksyen 57(1) Ordinan ;


“Pendaftar” ertinya Pendaftar Sekolah-sekolah yang dilantik
di bawah seksyen 57(2) Ordinan.

Perlantikan Guru 3. (1) Apabila melantik seseorang menjadi Guru Besar sesebuah sekolah, pihak
Besar. berkuasa pelantik hendaklah dengan seberapa segera yang boleh, mem
beritahu Pendaftar tentang perlantikan itu.

















4

(2) Pendaftar hendaklah mencatatkan nama Guru yang dilantik
menjadi Guru Besar di mana-mana sekolah dalam daftar sebagai
nama guru besar sekolah itu.

(3) Apabila Guru Besar sesebuah sekolah bersara atau berhenti
bertindak sebagai Guru Besar, badan berkuasa pelantik hendak-
lah dengan seberapa segera yang boleh melaporkan hal itu se-
cara bertulis kepada Pendaftar, yang hendaklah dengan membuat
apa-apa catatan dalam daftar itu sebagaimana perlu.

(4) Dalam peraturan ini “daftar” ertinya daftar yang disimpan di
bawah seksyen 59 Ordinan.

Tanggungjawab 4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab
Guru Besar atas atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mem-
disiplin. punyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah
itu.
5. (1) Bagi maksud menjaga disiplin di kalangan murid-
murid, Guru Besar hendaklah mempunyai kuasa men-
Kuasa-kuasa jalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagai-
mana perlu atau bermanfaat :
Guru Besar
Dengan syarat bahawa –

a) hukuman dera kepada murid-murid perempuan

adalah dilarang : dan

b) hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh
seseorang Guru atau lain-lain kakitangan sekolah adalah
dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan

ditapak tangan ataupun dipunggung yang berlapik
dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh

Guru Besar ataupun dengan kuasa nyata yang diberi
olehnya dalam hal yang tertentu.


(2) Satu rekod mengandungi semua hukuman

yang dijalankan dibawah perenggan hendaklah disimpan
secara sulit mengikut bentuk yang diluluskan oleh Pen
daftar.


















5

6. Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke
semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal
yand difikirkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin
sekolah dan kuasa menjalankan hukum kepada Guru
-Guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid
yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi kec-
uali yang disebut di atas tidak seorang pun Guru atau
murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan den-
gan arahan tertentu .


Dengan syarat bahawa kuasa menjalankan huku-
man dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana
orang selain daripada guru berdaftar.

7. (1) Tiada seorang pun murid yang berumur kurang
Murid-murid tidak
daripada dua puluh satu tahun yang belajar di mana-
boleh mengambil
mana sekolah boleh
bahagian dalam

aktiviti-aktiviti
a ) merayu undi bagi pihak mana-mana parti atau
pilihanraya atau
pertubuhan politik, atau mana-mana calon
politik. dalam sesuatu pilihanraya ;


b ) dengan tujuan menyokong atau menentang
mana-mana parti atau pertubuhan politik, atau
pencalonan

mana-mana individu dengan menentang seo-
rang atau beberapa orang lain dalan sesuatu
pilihanraya, berucap atau mengganggu mana-
mana perjumpaan awam yang sah ;


c ) menyebar atau menyebab disebarkan apa-apa
penulisan politik, dokumen atau lain-lain
propaganda bagi pihak atau untuk menyokong
sesuatu parti atau pertubuhan politik atau yang
ada hubungan dengan mana-mana calon yang
sedang bertanding dalam sesuatu pilihanraya.



d) Mengganggu perjalanan sesuatu perjumpaan
awam yang sah dengan cara yang mungkin
menghalang perjalanan urusan perjumpaan
yang diadakan itu ;














6

e) Mengambil bahagian dalam mana-mana pera-
rakan atau perhimpunan yang dikelolakan
atau diadakan dengan tujuan untuk men-
yokong atau menentang mana-mana parti
atau pertubuhan politik atau apa-apa penda-
pat politik atau mana-mana calon dalam se-
suatu pilihanraya.


(2) Dalam peraturan ini “pilihanraya” ertinya pemili-
han seseorang ahli untuk Dewan Rakyat, Dewan
Undangan Negeri atau mana-mana pihak berkuasa
tempatan.



8. Pada bila-bila masa sahaja didapati dengan memuas
Kuasa guru besar
kan hati Guru Besar sesebuah sekolah –
menggantung
persekolahan atau

a) sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud
menjaga disiplin atau ketenteraman di mana-
mana sekolah yang seseorang murid patut di

gantung persekolahannya ataupun dibuang
sekolah; atau

b) yang seseorang murid telah melanggar pe
runtukan-peruntukan peraturan 7, ia boleh dengan

perintah menggantung murid itu dari hadir sekolah
selama suatu tempoh yang difikirkannya patut atau

membuang murid itu dari sekolah.

9. (1) Pada bila-bila masa sahaja –
Kuasa pendaftar
mengarahkan a) Didapati dengan memuaskan hati Pendaftar se
pembuangan murid bagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga
dari sekolah.
disiplin atau ketenteraman dimana-mana sekolah :


atau


b) Pendaftar diarahkan sedemikian oleh Pendaftar
Besar; atau
c) Pendaftar berpuas hati bahawa telah berlak
pelanggaran terhadap peraturan 7.













7

10. (1) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid
yang digantung persekolahannya atau dibuang
sekolah di bawah peraturan 8(a) boleh merayu
kepada Pendaftar yang boleh membuat suatu
perintah mengenainya sebagaimana di-
fikirkannya patut :




(2) Ibu bapa atau penjaga mana-mana murid yang
dibuang sekolah mengikut mana-mana perintah
yang dibuat di bawah peraturan 8(b) atau peraturan
9 boleh, dalam tempoh satu bulan dari tarikh murid
itu dibuang sekolah atau dari tarikh perintah yang
disebut dalam peraturan 9(2) disampaikan
kepadanya, mengikut mana yang lebih lama,
merayu kepada Menteri mengikut peruntukan-
peruntukan seksyen 90 dan 91 ordinan


Catatan dibuang 11. Sijil berhenti sekolah tiap-tiap murid yang
dibuang sekolah di bawah peruntukan-
sekolah dalam sijil
peruntukan peraturan 8 atau 9 hendaklah dicatat
berhenti sekolah.
oleh Guru Besar dengan catatan yang menyata-
kan murid itu telah dibuang sekolah di bawah pe-
runtukan-peruntukan Peraturan-Peraturan ini.


12. Seseorang murid yang telah dibuang sekolah
Syarat masuk balik
dengan perintah yang dibuat di bawah peraturan
sekolah.
9 tidak boleh selepas itu, (melainkan jika perintah
itu telah terlebih dahulu dimansuhkan oleh pihak
berkuasa yang membuatnya ).


a) masuk atau dibenarkan masuk ke dalam

kawasan sekolah itu; atau

b) diterima masuk sebagai seorang murid

di mana-mana sekolah lain, tanpa kebenaran
Pendaftar Besar.


13. (1) Jika, pada pendapat Pendaftar, perlu atau
Kuasa menutup
dikehendaki oleh kerana apa-apa hal tak ten-
sekolah, dll, dalam teram atau ketiadaan disiplin di pihak murid atau
hal keadaan tertentu pelajar sesebuah sekolah yang sekolah itu patut
ditutup sementara waktu, maka Pendaftar boleh,
dengan perintah secara bertulis, menutup seko-
lah itu selama suatu tempoh, tidak melebihi satu
bulan dari tarikh perintah tersebut itu, sebagai-
mana difikirkannya perlu.








8

(2). Tiada seorang pun boleh tanpa sebab yang
munasabah masuk atau cuba masuk atau tinggal
di premis itu yang digunakan sebagai atau berkai-
tan dengan sesebuah sekolah yang mana suatu
perintah yang dibuat di bawah perenggan (1)
adalah berkuatkuasa.



(3). Mana-mana pegawai polis boleh, tanpa waran
masuk dan menggeledah mana-mana sekolah
atau mana-mana bangunan / premis yang diguna-
kan sebagai atau berkaitan dengan sekolah itu
yang suatu perintah telah dibuat di bawah pereng-
gan (1) peraturan ini dan boleh menghalau keluar
sesiapa juga yang terjumpa didalamnya; dan un-
tuk memasuki mana-mana bahagian premis itu,
pegawai polis boleh menggunakan kekerasan
yang perlu untuk memecah buka pintu atau ting-
kap yang di luar atau di dalam jika, setelah
menunjukkan kuasa dan tujuannya dan izin ma-
suk telah dibuat dengan sempurnanya, ia tidak
dapat dengan cara itu masuk premis itu.




(4) Apa-apa perintah yang dibuat di bawah per-
enggan (1) boleh pada bila-bila masa semasa
masih berkuatkuasa dibatalkan oleh Menteri,
tetapi tanpa menyentuh sahnya perintah yang
lalu atau apa-apa jua yang dilakukan di bawah-
nya atau kuasa Pendaftar untuk membuat perin-
tah baru di bawah peraturan ini.

14. Mana-mana murid yang tidak mematuhi mana-mana
Penalti
perintah yang dibuat di bawah peraturan 8 atau 9,
atau yang melanggar peruntukan-peruntukan pera-
turan 12 dan sesiapa jua yang tidak mematuhi pe-
runtukan-peruntukan peraturan 11 atau peraturan 13
(2) boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu
ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam
bulan atau kedua-dua denda atau penjara itu, dan
sesiapa jua yang tidak mematuhi peruntukan-
peruntukan mana-mana peraturan lain boleh dikena-
kan denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit bagi
kesalahan kali pertama dan dua ratus ringgit bagi
kesalahan kali kedua atau yang berikutnya.

















9

15. Menteri boleh dengan perintah mengecualikan mana-
mana sekolah atau golongan sekolah semua atau
mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini, sama
ada dengan mutlak atau tertakluk kepada apa-apa
syarat yang difikirkannya patut dikenakan, dan boleh
pada bila-bila masa menurut budi bicaranya membatal-
kan mana-mana pengecualian itu atau memansuhkan
atau meminda atau menambah kepada syarat-syarat
itu.




Pembatalkan 16. Peraturan-peraturan (Disiplin) Sekolah 1956 adalah
dengan ini dibatalkan.


Diperbuat pada 20hb. Februari, 1959.

( M.E. 040 : AG.FM.Y/26/64/8: AG/FM/Y/ 98/6-
Vol.II/4 )



MOHAMED KHIR JOHARI

Menteri Pelajaran






















































10

PERATURAN DAN TATATERTIB SEKOLAH



DEFINISI



Di dalam peraturan-peraturan ini perkataan berikut adalah dimaksudkan dbawa:

1.1 “Sekolah” dimaksudkan kepada sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai,

Kelantan.


1.2 “Murid” bermaksud murid-murid yang didaftarkan di sekolah ini.


1.3 “Guru” bermaksud orang yang diberi tauliah untuk mengajar dan mendidik
di sekolah ini.


1.4 “Pengawas” bermaksud murid sekolah ini ynag dilantik oleh Guru Besar

sebagai ketua murid untuk mengawasi murid-murid di sekolah ini.


1.5 “Kawasan Sekolah” bermaksud satu lingkungan berpagar yang mengand-
ungi bangunan-bangunan yang berfungsi dalam memberi kemudahan-
kemudahan.





PERATURAN BERPAKAIAN MURID


2.1 PAKAIAN SERAGAM MURID BIASA

2.1.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki



Baju


Baju kemeja berwarna putih (Kain Tetron Cotton) berlengan pendek.


Seluar


Semua murid lelaki diwajibkan memakai seluar panjang berwarna ge-

lap. Labuh seluar hendaklah separas buku lali, tidak longgar atau terlalu
ketat.
(Sila Rujuk Lampiran 1)















11

Kasut dan stoking


Kasut kain atau kanvas bertapak getah berwarna putih atau hitam.


Stoking berwarna putih atau hitam tanpa jalur atau bunga. Semua



murid diwajibkan memakai stoking. Murid dilarang sama sekali me


makai selipar (tanpa kebenaran guru).


Lencana dan Tanda Nama


Semua murid diwajibkan sentiasa memakai lencana sekolah dan tanda



nama semasa memakai pakaian seragam sekolah.


Tali Pinggang


Tali pinggang yang digunakan lebarnya mestilah tidak melebihi satu inci


dan hanya berwarna hitam/ biru gelap. Kepala tali pinggang hendaklah



berbentuk dan bersaiz biasa.


Songkok


Jika digunakan, murid hanya dibenarkan memakai songkok berwarna


HITAM sahaja.



2.1.2 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN


Baju


Baju kurung berpesak warna putih (kain tetron/ cotton) tidak terlal



nipis dan tidak berkilau. (Sila Rujuk Lampiran 1)


Bagi murid bukan beragama Islam, baju putih lengan pendek atau


panjang, berskirt separas lutut. Pemakaian baju kurung adalah diga


lakkan. (Sila Rujuk Lampiran 1)





12

Tudung


Tudung berwarna putih (mini telekung) tidak terlalu singkat, labuh
melebihi kepala bahu.


Kasut dan stoking



Sama seperti murid lelaki


Lencana dan tanda nama


Lencana dan tanda nama hendaklah diletakkan di sebelah kiri
tudung bagi murid yang bertudung. Bagi murid yang tidak bertudung,
lencana dan tanda nama hendaklah diletakkan di sebelah kiri hada-
pan baju separas dada. (Sila Rujuk Lampiran 2)


Perhiasan



Murid perempuan dilarang sama sekali memakai apa-apa barang
perhiasan seperti rantai, gelang, cincin dan subang sama ada jenis
emas tulen atau tiruan. Kerongsang yang terlalu besar juga tidak
dibenarkan. Murid dibenarkan memakai jam tangan sahaja tetapi ti-
dak terlalu mahal harganya.


2.2 PAKAIAN SERAGAM MURID YANG MEMEGANG JAWATAN


2.2.1 Pengawas Sekolah,



Murid Lelaki


Baju kemeja berwarna ungu lengan panjang, berseluar panjang


warna ungu, bervest (warna ungu), bersongkok, bertali leher warna


biru gelap dan berkasut warna hitam.


Murid Perempuan



Baju Kurung berwarna ungu, kain berwarna ungu gelap, vest
berwarna ungu dan bertudung warna ungu.











13

2.2.2 Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS)


Murid Lelaki

Baju kemeja biru berlengan panjang, berseluar Panjang warna biru gelap,

bervest warna biru, bertali leher biru gelap dan bersongkok.





Murid Perempuan

Baju kurung berwarna biru, kain berwarna biru gelap, vest berwarna biru

dan bertudung berwarna biru.





2.2.3 Pengawas (Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Murid Lelaki


Baju kemeja berwarna coklat berlengan Panjang, berseluar warna coklat

gelap, bervest warna coklat gelap dan bertali leher biru gelap.




Murid Perempuan


Baju kurung berwarna coklat, kain berwarna coklat gelap, vest berwarna

coklat gelap dan bertudung warna coklat.




Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)


Murid Lelaki

Baju dan seluar sepertimana murid lelaki biasa, berrvest warna ungu dan


bertali leher warna ungu gelap.




Murid Perempuan

Baju dan kain sepertimana murid perempuan biasa, vest berwarna ungu


dan bertudung warna putih.







14

2.2.5 Ketua dan Penolong Ketua Kelas


Murid Lelaki

Baju dan seluar sepertimana murid lelaki biasa dan bertali leher
warna merah.


Murid Perempuan

Baju dan kain sepertimana murid perempuan biasa dan tudung ber-
lace merah.




2.3 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KEGIATAN KOKURIKULUM




2.3.1 PAKAIAN PENDIDKAN JASMANI


Murid Lelaki

Seluar trek warna gelap (hitam/ biru gelap), baju ‘T’ SEDAR dan ber


kasut sekolah (hitam/putih)




Murid Perempuan

Sama seperti pakaian murid lelaki dan bertudung sekolah.




2.3.2 PAKAIAN KOKURIKULUM (Hari Rabu)


Semua murid tahap 2 diwajibkan memakai pakaian seragam unit mas

ing-masing. Manakala murid Tahap 1 diwajibkan memakai pakaian


Pendidikan Jasmani.























15

3 KEKEMASAN


3.1 RAMBUT

Murid lelaki

sama sekali tidak dibenarkan berambut panjang ataupun meniru fesyen ram


but luar biasa. Rambut tidak mencecah kolar baju semasa kepala dalam


keadaan tegak. (Sila Rujuk Lampiran 3)

Potongan rambut “skin head” dan “punk”dilarang sama sekali. Murid
juga dilarang keras mewarna rambut. Rambut hendaklah disikat dengan rapi
dan berminyak tetapi tidak berlebihan.


Murid permpuan yang tidak memakai tudung, sekiranya rambut pan-
jang melepasi bahu, mestilah diikat dengan kemas. Rambut hendaklah disi-
kat dengan rapi.




3.2 KUKU

Kuku mestilah pendek, bersih dan tidak diwarnakan.




4. PERATURAN SEKOLAH


4.1 MASA

Masa Masuk Sekolah


Murid dikehendaki tiba di sekolah selewat-lewatnya pukul 7.30
pagi. Murid hanya dibenarkan masuk ke sekolah melalui pintu pagar A
(Pondok menunggu).




Murid yang mendapat RMT (Rancangan Makanan Tambahan)
perlu sampai di sekolah selewat-lewatnya jam 7.15pagi dan terus ke
kantin untuk makan RMT.


















16

Bagi murid yang menunggang basikal, tidak dibenarkan menunggang
basikal di kawasan sekolah. Basikal hendaklah diletakkan di tempat le-
tak basikal. Pihak sekolah tidak bertanggungjawab di atas sebarang
kerosakkan dan kehilangan basikal/ eksesori. Meletakkan basikal di ka-
wasan sekolah adalah tangungjawab sendiri.




Loceng pertama akan dibunyikan pada pukul 7.30 pagi. Semua murid
diwajibkan berada di tapak perhimpunan untuk mengikuti Perhimpunan
Rasmi (Ahad) dan Perhimpunan Pagi (Isnin, Selasa. Rabu dan
Khamis).




Loceng ke-2 akan dibunyikan pada pukul 7.40 pg dan sesi pembela-
jaran bermula.




Masa Pulang


Masa pulang untuk murid Tahap 1 adalah pada pukul 1.10 tengah hari
(Ahad dan Isnin) dan 12.45 tengah hari (Selasa, Rabu dan Khamis).
Manakala bagi murid Tahap 2, masa pulang adalah pada pukul 1.10
tengah hari.

Masa Rehat


Masa rehat untuk murid Tahap 1 adalah pada pukul 9.40 pagi dan
Tahap 2 pada pukul 10.10 pagi.

Semua murid adalah tidak dibenarkan berada dalam kelas se-
masa rehat. Murid juga dilarang bermain-main atau berlari-lari semasa
rehat.




4.2 KEDATANGAN


Kedatangan adalah diwajibkan kepada semua murid.





















17

Murid yang Tidak Hadir


Murid yang tidak dapat hadir ke sekolah dengan sebab yang munasa-
bah seperti sakit atau kemalangan, ibu bapa atau penjaga hendaklah
memaklumkan kepada pihak sekolah dengan menulis surat beserta
dengan dokumen-dokumen yang berkaitan seperti sijil sakit dan seba-
gainya.Murid yang tidak hadir tanpa alasan, tindakan disiplin boleh
dikenakan.




Tindakan Displin dan Surat Amaran

Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut atau 7 hari berkala
tanpa sebarang sebab adalah dikira ponteng. Tindakan disiplin/ Surat
Amaran akan dikeluarkan kepada murid tersebut.


(Sila Rujuk Lampiran 4)




4.3 PERATURAN KANTIN




Murid hendaklah beratur semasa hendak membeli makanan di kantin.
Murid hanya dibenarkan makan di tempat yang disediakan di kantin.
Murid yang membawa bekalan juga hanya dibenarkan makan dan mi-
num di kantin. Sebarang sisa makanan dan minuman tidak dibenarkan
sama sekali dibawa keluar dari kantin semasa rehat.




4.4 PERATURAN KELUAR KELAS ATAU KELUAR KAWASAN SEKOLAH

a) Murid dikehendaki beratur dengan tertib ketika keluar dari kelas ke bilik-


bilik khas.

b) Murid dilarang keluar dari kelas tanpa kebenaran guru atau ketua kela


(sekiranya tiada guru).

c) Hanya 2 orang murid sahaja dibenarkan keluar kelas pada satu-satu
masa.


d) Murid yang keluar kelas perlu memakai Pas Kebenaran keluar kelas.

e) Murid dilarang sama sekali berkeliaran di luar kelas semasa waktu bela-

jar.





18

f) Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah sewaktu sesi pembela-
jaran tanpa kebenaran.


g) Murid dilarang keluar semula dari kawasan sekolah setelah mema-
suki kawasan sekolah pada waktu pagi.


h) Murid hanya dibenarkan keluar dari kawasan sekolah setelah men-
dapat kebenaran bertulis daripada Guru Besar atau Penolong Kanan
atau guru bertugas.



4.5 PERATURAN BILIK-BILIK KHAS


4.5.1 PUSAT SUMBER SEKOLAH


a) Semua murid, guru dan kakitangan sekolah adalah ahli pusat sumber
sekolah.


b) Ahli hanya boleh meminjam buku dengan menggunakan kad pinja-
man.



c) Ahli tidak dibenarkan menggunakan kad pinjaman orang lain.


d) Murid hanya dibenarkan meminjam sebuah buku sahaja pada satu-
satu masa. Manakala guru dan kakitangan boleh meminjam satu atau
dua buah buku pada satu-satu masa.


e) Peminjam yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda se-
banyak 10 sen sehari.



f) Setiap peminjam adalah bertanggungjawab ke atas keselamtan buku
yang dipinjam. Buku yang dihilangkan oleh peminjam hendaklah di-
ganti oleh peminjam. Sekiranya peminjam tidak dapat berbuat
demikian, maka ia mesti digantikan harga buku tersebut.


g) Waktu beroperasi Pusat Sumber adalah pada setiap hari persekola-
han dari jam 8.00 pagi sehingga 1.20 tengah hari.


h) Semua pengguna dilarang makan dan minum di pusat sumber.


i) Murid dilarang membuat bising dan berlari-lari di dalam Pusat Sumber
Sekolah.



j) Buku-buku yang diambil dari rak hendaklah disimpan balik selepas
digunakan.




19

k) Tindakan tegas akan diambil ke atas sesiapa yang merosakkan
buku, bahan bacaan atau alatan di pusat sumber serta menging-
kari arahan pengawas Pusat Sumber Sekolah.


l) Setiap buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan hen-
daklah ditunjukkan kepada pengawas perpustakaan untuk me-
mastikan buku itu telah dipinjam.


m) Kawasan larangan di dalam perpustakaan ialah :



- Di kawasan dalam kaunter pinjaman.


- Bilik guru perpustakaan.


4.5.2 Makmal Komputer


a) Penggunaan hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan



dan di bawah pengawasan guru mata pelajaran pada masa terse


but.


b) Dilarang membawa masuk beg sekolah, makanan atau mi



numam, dan cakra yang mengadungi perisian permainan ke da


lam makmal komputer.


c) Dilarang membawa keluar sebarang perkakas yang terdapat di
dalam makmal komputer.


d) Sebarang kerosakan hendaklah dilapor segera kepada Guru
Penasihat.


e) Dilarang membuat bising atau apa-apa aktiviti lain yang tidak ber-
kaitan di dalam makmal komputer.



f) Kawasan larangan di dalam makmal komputer:


- Di kawasan dalam bilik guru penyelaras.


- Bilik punca elektrik.



- Bilik sever peralatan.



20

4.5.3 Makmal Sains


a) Semua murid dilarang masuk ke dalam makmal Sains kecuali ada seorang
guru hadir bersama.



b) Bahan kimia dan alat Sains tidak boleh dialih dari makmal Sains kecuali
dengan kebenaran guru Sains.


c) Eksperimen tidak boleh dilakukan kecuali dengan pengetahuan dan ke-
benaran guru.


d) Semua sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang
disediakan. Mancis hendaklah dipadamkan dengan air sebelum dibuang.



e) Jangan nyalakan penunu Bunsen dengan kepingan kertas tetapi gunakan
mancis atau pemetik api.


f) Baca lebel pada botol bahan uji sebelum menggunakannya bagi mene


tukan anda menggunakan bahan uji yang betul.


g) Bahan pepejal hendaklah dialih dengan menggunakan spatula dan bukan
dengan jari tangan anda.



h) Asid atau alkali yang terkena kulit dan pakaian mestilah dibasuh segera
dengan menggunakan air yang banyak.


i) Semua bahan kimia adalah beracun dan merbahaya. Jangan rasa se-
barang bahan kimia walaupun larutan yang cair.


j) Jika asid atau alkali masuk ke dalam mata, basuh dengan air yang banyak.



k) Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkan dengan serta
merta dan basuh mlut dengan air yang banyak.


l) Jangan membazirkan gas, air dan tenaga elektrik. Paip air, paip gas dan
suis elektrik hendaklah ditutup apabila tidak digunakan.


m) Jika berlaku kebakaran, peraturan kebakaran sekolah anda hendaklah di-
patuhi dengan betul.


n) Laporkan dengan segera semua kemalangan kecil atau besar kepada
guru.







21

o) Murid-murid dikehendaki membersihkan meja bilik Sains dan meninggal


kan bilik sains dalam keadaan bersih dan teratur.


4.5.4 Bengkel Kemahiran Hidup



a) Semua murid dilarang masuk ke dalam bengkel Kemahiran Hidup tanpa
kebenaran guru.


b)Murid- murid dilarang menggunakan alat-alat yang terdapat di dalam
bengkel melainkan dengan tunjuk ajar guru yang berkenaan.


c) Tidak dibenarkan mengalih sebarang peralatan yang terdapat di dalam
bengkel kecuali dengan kebenaran guru.


d) Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah ke dalam bengkel.



e) Murid-murid diwajibkan menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam
bengkel.


f) Murid-murid dilarang mencuba menggunakan peralatan yang terdapat di
dalam bengkel sebelum mendapat tunjuk cara daripada guru.


g) Sebarang kerosakan alat atau kemalangan hendaklah dilaporkan
kepada guru dengan segera.



4.5.5 Surau Sekolah


a) Surau sekolah merupakan tempat larangan.


b) Murid-murid hanya boleh masuk ke dalam surau untuk beribadat,
proses pengajaran dan ceramah agama serta kegiatan keagamaan
yang berkaitan dengan agama islam.


c) Murid-murid dilarang sama sekali bermain-main, tidur, makan minum
atau berehat di dalam surau sama ada semasa kelas sedang berjalan
atau di luar waktu pembelajaran atau di luar waktu persekolahan.



















22

4.5.6 Bilik Guru



Murid-murid dilarang sama sekali memasuki bilik guru kecuali menda-

pat kebenaran daripada mana-mana guru. Murid-murid juga hendaklah ber-

tanya atau meminta izin daripada mana-mana guru untuk mengambil sesuatu

barang dari bilik guru. Memasuki bilik guru tanpa kebenaran dianggap seba-

gai menceroboh.



4.5.7 Pejabat Sekolah




Kawasan pejabat sekolah merupakan kawasan larangan. Murid hanya

dibenarkan memasuki kawasan pejabat untuk tujuan tertentu sahaja.



4.5.8 Stor Sukan



Murid-murid hanya dibenarkan masuk atau mengambil sebarang alat

atau perkakas di dalam stor sukan setelah mendapat kebenaran guru. Hanya

dua orang murid sahaja dibenarkan memasuki stor pada satu-satu masa. Se-

mua alat atau perkakas yang telah digunakan untuk Pendidikan Jasmani

atau perkara yang berkaitan hendaklah dipulangkan ke tempat asal. Guru

berkenaan mesti memastikan segala urusan tersebut dijalankan dengan baik.




5. Perhimpunan


a) Perhimpunan Rasmi diadakan pada setiap hari Ahad.



b) Perhimpunan Pagi diadakan setiap hari Isnin sehingga hari Khamis




c) Setiap murid adalah diwajibkan berada di tapak perhimpunan semasa per-

himpunan diadakan.













23

6. Rawatan

Murid-murid yang sakit hendaklah memberitahu guru bertugas mingguan
atau guru kelas dengan segera atau jika tidak berupaya berbuat demikian
minta pertolongan dari rakan supaya memberitahu guru dengan segera.


Guru berkenaan akan memastikan sama ada murid tersebut perlu dihan-
tar ke klinik, di hantar pulang ke rumah atau berehat di bilik rawatan.



Guru dilarang sama sekali memberi ubat untuk rawatan dalaman kepada
murid-murid sama ada dalam bentuk tablet atau sirap. Guru hanya boleh
memberikan ubat untuk rawatan luaran sahaja.





7. Bayaran Tambahan



Bayaran tambahan hendaklah dijelaskan secepat mungkin. Murid yang
benar-benar bermasalah untuk menjelaskan bayaran tambahan, sila
berunding dengan Guru Besar.


8. Berjumpa Dengan Anak Atau Guru Atau Murid Lain


Penjaga atau orang perseorangan yang ingin berjumpa dengan anak
masing-masing atau guru-guru atau murid lain di dalam kawasan sekolah
hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Guru Besar atau
pun Guru Penolong Kanan sekiranya Guru Besar tiada di sekolah. Penjaga
dikehendaki menunggu di pejabat sekolah dan di larang pergi ke kelas-
kelas.


9. Kebersihan Dan Keceriaan Sekolah


9.1 Bilik Darjah/ Kelas


a) Kebersihan kelas adalah tanggungjawab semua murid kelas masing-
masing


b) Kelas hendaklah sentiasa bersih, teratur dan ceria sepanjang masa.



c) Murid-murid adalah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta
benda yang ada di dalam kelas masing-masing.












24

d) Semua kelas dikehendaki menyediakan jadual bertugas bagi kelas
masing-masing. Murid yang bertugas hendaklah menentukan kelas
masing-masing bersih sepanjang masa.


e) Bilik darjah hendaklah bebas daripada sebarang contengan sama ada
di papan hitam, dinding, papan kenyataan atau di kerusi dan meja.


f) Murid setiap kelas hendaklah berusaha menghias kelas masing-masing.



g) Papan kenyataan hendaklah digunakan sepenuhnya untuk mewujud-
kan suasana belajar yang berkesan.


h) Murid-murid tidak dibenarkan berlari-lari, bergurau atau melakukan hal
yang boleh mengganggu ketenteraman di dalam kelas.


i) Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu re-
hat atau semasa murid-murid berada di tempat lain yang diarahkan
oleh guru.


j) Tutup tingkap, suis lampu dan kipas sebelum pulang atau meninggalkan
kelas.



9.2 Bilik Air Dan Tandas


a) Kebersihan bilik air dan tandas adalah tanggungjawab bersama.


b) Menconteng dinding tandas dan membuang sampah ke dalam sinki
atau mana-mana bahagian di dalam tandas adalah satu kesalahan.



c) Murid-murid hendakalah sentiasa mengepam tandas selepas setiap kali
menggunakannya supaya kebersihan sentiasa terjaga.


d) Dilarang makan, berbual-bual atau bersembunyi di dalam tandas.


e) Murid-murid tidak dibenarkan berulang-alik ke tandas semasa pelajaran
sedang berjalan kecuali atau sebab-sebab yang tidak boleh dielakkan.


9.3 Kawasan Sekolah Dan Padang



a) Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua warga se-
kolah.


b) Murid-murid dilarang bermain-main di dalam kawasan di luar waktu
persekolahan.




25

10. Kerja Rumah


Semua murid wajib menyiapkan kerja rumah dan tugasan-tugasan lain
yang diberikan oleh guru pada masa yang ditetapkan. Murid yang gagal
menyiapkan kerja rumah atau tugasan lain tanpa sebarang sebab yang
munasabah boleh dikenakan tindakan disiplin. Kerja atau tugasan
adalah satu kewajipan yang mesti diselesaikan oleh murid.






11. Kelas Tambahan


Semua murid wajib menghadiri kelas tambahn yang ditetapkan oleh pi-
hak sekolah sama ada murid tahun 6 atau murid-murid lain.


12. Kegiatan Kokurikulum


Kegiatan kokurikulum bagi Unit Beruniform serta Kelab Dan Persatuan
diadakan pada hari rabu mulai 1.30 hingga 2.30 petang (tertakluk
kepada perubahan semasa). Setiap murid tahap 2 diwajibkan menyer-
tai kegiatan kokurikulum. Bagi kegiatan sukan dan permaianan diada-
kan mengikut keperluan semasa. Murid-murid digalakkan menyertai se-
kurang-kurangnya satu jenis permaianan.



13. Buku Teks

a) Buku teks adalah kepunyaan Kementerian Pelajaran Malaysia yang

dipinjamkan kepada murid-murid. Adalah menjadi tanggungjawab

murid-murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku pinjaman


masing-masing.


b) Murid-murid diwajibkan membalut / menyampul buku pinjaman

masing-masing.
























26

c) Murid-murid dilarang menconteng / mengotorkan / menggunting gambar
-gambar atau mana-mana bahagian yang terdapat di dalam buku teks.


d) Jika didapati murid-murid mengabaikan keselamatan buku pinjaman
tersebut, pihak sekolah berhak mengambil kembali buku tersebut atau
murid- murid dikehendaki mengganti buku tersebut.

e) Murid-murid dilarang sama sekali meninggalkan buku teks di dalam bilik
darjah setelah tamat tempoh belajar pada hari berkenaan. Pihak seko-
lah berhak mengambil balik buku-buku yang ditinggalkan di mana-
mana.


f) Murid-murid hendaklah menyerahkan semua buku telah dipinjam apabila
diarahkan berbuat demikian. Pihak sekolah berhak mengambil tindakan
sebagai denda kepada murid- murid yang gagal menyerahkan buku
teks pada masa yang ditetapkan.




15 Barang Larangan

a) Murid-murid dilarang sama sekali membawa barang-barang seperti ro-
kokm dadah, mancis, senjata atau apa-apa objek yang boleh mendatang-
kan bahaya ke dalam kawasan sekolah.


b) Murid-murid juga dilarang membawa barang-barang berunsur lucah
seperti gambar, majalah, buku, video, CD atau yang seumpamanya ke
dalam kawasan sekolah.

c) Murid juga dilarang sama sekali membawa sebarang permainan dari
rumah kecuali diarahkan oleh guru.






****************************************************************





























27

Pakaian Murid Lelaki

































Pakaian Seragam

Murid Perempuan









































28

29

30

PERAKUAN PELAJAR




Bahawasanya saya …………………………………………………………………………………….

Tahun ………………………. Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Kuala Krai,

sesungguhnya mengaku bahawa:



saya telah memiliki, membaca dan memahami kandungan buku Panduan Pera-
turan dan


Disiplin Sekolah.


Saya berjanji akan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalamnya.

Saya sedar, tindakan yang sewajarnya boleh dikenakan terhadap saya jika
saya melanggar praturan yang ditetapkan.

Saya yakin bahawa peraturan dan hukuman yang dikenakan adalah sebagai
pengajaran untuk kebaikan saya.




Tandatangan Murid: ……………………...............

Nama murid : ……………………………………………………. Tahun :………………………


Disaksikan oleh ibu bapa/ penjaga.



Tandatanga ibu bapa/penjaga : ……………………………

Nama : …………………………………………………………………

No. Kad Pengenalan: …………………………………………..

Tarikh : ……………………………………





Disahkan oleh : ………………………………………………...
(Pen. Kanan Hal Ehwal Murid) Cop Sekolah






31

32


Click to View FlipBook Version