GRADUAN KOLEJ
VOKASIONAL KAJANG
CIPTA PELUANG
PEKERJAAN
kvkajang_official
KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
GRADUAN KOLEJ
VOKASIONAL KAJANG CIPTA
PELUANG PEKERJAAN
SETIAP graduan yang meninggalkan kampus pasti
mengharapkan dapat pekerjaan. Dengan pekerjaan,
mereka memiliki pendapatan untuk membantu keluarga
atau merancang masa hadapan.
apakah itu kolej vokasional?
kolej vokasional merujuk kepada sekolah-sekolah
yang menawarkan latihan kemahiran berbanding
pendidikan akademik. Di Malaysia, pendidikan jenis ini
lebih ditumpukan kepada pelajar berpencapaian
rendah. Walau bagaimanapun, dasar baru kerajaan
telah mengangkat pendidikan vokasional ke tahap yang
lebih tinggi dan tidak lagi dianggap sebagai
pendidikan kelas kedua.
KELEBIHAN KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
KOLEJ VOKASIONAL KAJANG (kvkj) TELAH membuka
peluang ambilan pelajar tingkatan 4 untuk peringkat
SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) dan jika layak, pelajar
dapat melanjutkan pengajian pada peringkat DIPLOMA
VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) yang menawarkan sijil
diploma. Di KVKJ, JPK KVKJ telah memberi peluang
kepada pelajar untuk mendapat SKM. kelayakan
kemahiran ini adalah terletak di bawah kawal selia
Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK Kementerian
Sumber Manusia. Sijil Kemahiran Malaysia SKM Tahap 1
dan 2. selain itu, juga terdapat pelbagai program
serta kursus yang dianjurkan pada setiap jurusan bagi
menambahkan ilmu, memperbanyakkan pengalaman pada
masa pekerjaan nanti.
ramai graduan KVKJ yang telah berjaya ditawarkan
pekerjaan dan juga mencipta pekerjaan sendiri dengan
kemahiran yang telah dilatih dan dibangun ketika
melanjutkan pengajian di KVKJ.
PENCAPAIAN GRADUAN KOLEJ VOKASIONAL KAJANG
KOLEJ VOKASIONAL KAJANG berusaha dalam
menambahkan pencapaian pelajar KOLEJ VOKASIONAL
KAJANG dengan menganjurkan pelbagai program serta
KURsus yang akan memperoleh sijil sebagai bukti TELAH
MENDALAMI DAN berpengalaman AKAN kemahiran yang
DIPILIH. dengan itu, Kolej vokasional kajang telah
berjaya melahirkan graduan yang berjaya mencipta
kerjaya sendiri antaranya adalah daripada pelajar
diploma perakaunan Kolej vokasional kajang kohort
2015 iaitu cik siti sarah binti anuar.
KISAH SUKSES PERKHIDMATAN MAKCIK TRAVEL
cik siti sarah binti
anuar, bekas pelajar
diploma perakaunan kolej
vokasional kajang telah
mencipta sebuah syarikat
perkhidmatan iaitu Auntie
Wanders Enterprise
dengan perkhidmatan
MakCik Travel yang
menawarkan perkhidmatan
mengambil pelanggan dari
satu lokasi ke destinasi
yang diminta daripada
pelanggan wanita sahaja.
di samping itu, semua
pemandu Makcik Travel
adalah daripada kaum
wanita demi keselesaan
dan juga keselamatan
pelanggan wanita.
antara tugas peneman adalah memimpin pelanggan yang
memerlukan bantuan semasa berjalan, membantu
mengambil nombor giliran di hospital, mengambil ubat-
ubatan di hospital atau farmasi atau juga membantu
klien ke tandas. lain-lain tugas yang tidak perlu
kemahiran khusus.
#wanitajagawanita
serba sedikit perkongsian kemenjadian pelajar
kolej vokasional kajang selepas melanjutkan
kemahiran di sini. kolej vokasional kajang telah
membuka mata pelajar untuk lebih gigih dalam
membangunkan kemahiran yang dipilih dengan adanya
pengalaman atau testimoni bekas pelajar kolej
vokasional kajang yang menjadi kesan positif kepada
pelajar kolej vokasional kajang atau bakal pelajar di
sini.
SATU STATISTIK TELAH MENUNJUKKAN KIRA-KIRA 97
PERATUS GRADUAN KOLEJ VOKASIONAL (Kv) BERJAYA
MENDAPAT PEKERJAAN DALAM TEMPOH LIMA BULAN SELEPAS
TAMAT PENGAJIAN MASING-MASING. INI MEMBUKTIKAN
INSTITUSI OENGAJIAN KV BERADA PADA LANDASAN TEPAT
MELAHIRKAN GRADUAN BERKEMAHIRAN TINGGI.
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA (SEKTOR
OPERASI SEKOLAH), DR AHMAD RAFEE CHE KASSIM, BERKATA
STATISTIK ITU MEMBUKTIKAN GRADUAN PENDIDIKAN
VOKASIONAL (TVET) MEMPUNYAI KEBOLEHPASARAN YANG
CUKUP TINGGI DALAM PASARAN PEKERJAAN TERUTAMA
BIDANG INDUSTRI.
TVET BUKAN LAGI MENJADI PENDIDIKAN YANG KEDUA,
SEBALIKNYA RIBUAN GRADUAN KOLEJ VOKASIONAL SETIAP
TAHUN MEMBERI IMPAK POSTIF DAN BESAR KEPADA
PEMBANGUNAN DAN EKONOMI NEGARA. GRADUAN-GRADUAN KV
BUKAN SAHAJA MEMBAWA NAMA KOLEJ, BAHKAN NAMA
NEGARA KE ARENA ANTARABANGSA APABILA MEREKA TURUT
MEMASUKI PASARAN PEKERJAAN DI LUAR NEGARA.
JUMLAH GRADUAN KV YANG BERJAYA MENAMATKAN
PENGAJIAN SETIAP TAHUN TERUS MENINGKAT SEKALI GUS
MEMBUKTIKAN NASIB PENDIDIKAN REMAJA YANG MEMILIH
BIDANG TEKNOLOGI SENTIASA TERBELA SETANDING DENGAN
BIDANG YANG LAIN.
KELEBIHAN MEMILIH KOLEJ VOKASIONAL
BERIKUT ADALAH 4 KELEBIHAN JIKA MEMILIH KOLEJ
VOKASIONAL UNTUK MENYAMBUNG PENGAJIAN:
- PELUANG PEKERJAAN YANG LUAS
TIDAK DAPAT DINAFIKAN, SEKTOR KERAJAAN MAHUPUN
SWASTA MEMBUKA PELUANG PEKERJAAN YANG TINGGI DALAM
BIDANG KEMAHIRAN, TENAGA KERJA YANG BERKEAMIRAN
MEMPUNYAI SATU KELEBIHAN YANG DIPANDANG OLEH PIHAK
MAJIKAN
- PELUANG BELAJAR KE PERINGKAT LEBIH TINGGI
BIDANG BERKEMAHIRAN JUGA MAMPU MELAHIRKAN PELAJAR
KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DALAM PENDIDIKAN. HAL
INI DAPAT DIPERHATIKAN PADA PELAJAR YANG BERADA PADA
PERINGKAT KOLEJ VOKASIONAL YANG BERJAYA MELANJUTKAN
PELAJARAN MEREKA KE PERINGKAT UNIVERSITI MAHUPUN
POLITEKNIK, UNIVERSITI TEKNIKAL MELAKA, UNIVERSITI TUN
HUSSEIN ONN DAN BANYAK LAGI.
- SOKONGAN DAN BANTUAN DARIPADA KERAJAAN
PIHAK KERAJAAN MEMBANTU PELAJAR-PELAJAR YANG
BERMINAT DALAM BIDANG KEMAHIRAN DAPAT DILIHAT DENGAN
BANYAK INSTITUSI KEMAHIRAN DIBANGUNKAN.
PENAMBAHBAIKAN DALAM KURSUS KEMAHIRAN TURUT
DILAKUKAN. PIHAK KERAJAAN JUGA TURUT MEMBUAT
PENAMBAHAN KURSUS DAN ALIRAN KEMAHIRAN YANG
DIPERLUKAN DALAM PASARAN PEKERJAAN
- GAJI YANG LUMAYAN
BIDANG KEMAHIRAN DALAM PELBAGAI SEKTOR PEKERJAAN
MENJANJIKAN GAJI YANG LUMAYAN. JIKA ANDA MAMPU
MENGGUNAKAN PELUANG YANG ADA PADA DIRI DENGAN
MENCEBURI BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN YANG
MENDATANGKAN GAJI TANG LUMAYAN, SEMESTINYA AMAT
MENGUNTUNGKAN PADA GOLONGAN REMAJA YANG
MENYAMBUNGKAN PENGAJIAN ALIRAN TVET.
bersama
membina
masa depan
bagaimana cara untuk memohon kemasukan pelajar
kolej vokasional kajang?
pelajar lepasan tingkatan 3 yang berminat dan
berkelayakan boleh memohon kemasukan sebagai
pelajar kolej vokasional kajang adalah dipelawa
untuk memohon mana-mana program mengikut aliran
yang sedia ada di sini. terdapat 4 aliran yang
disediakan seperti perakaunan, pengurusan
perniagaan, teknologi automotif dan akhir sekali,
penyejukan dan penyamanan udara. kebiasaannya mana-
mana kolej vokasional akan membuka permohonan pada
akhir tahun iaitu pada bulan oktober sehingga bulan
november. di samping itu, program yang disediakan di
kolej vokasional kajang adalah sijil vokasional
malaysia (svm), sistem latihan dual nasional (sldn) dan
juga diploma vokasional malaysia (dvm).
program yang telah dianjurkan
terdapat banyak program, kursus dan pertandingan
yang dianjurkan serta boleh disertai antaranya:
kv skills pertandingan kv skills
menjadi tarikan kolej
vokasional kajang
setiap tahun dan baru-
baru ini kolej
vokasional kajang
menyertai dan
disampaikan hadiah
pada peringkat zon
tengah
PROGRAM GILAPAN PENGUCAPAN AWAM mpp & prs
program gilapan
pengucapan awam
telah dianjurkan oleh
unit psikologi dan
kerjaya kepada majlis
perwakilan pelajar
serta pembimbing
rakan sebaya.
program ini bertujuan
untuk menggilap
kemahiran dalam
berkomunikasi untuk
berucap kepada
khalayak ramai.
pelbagai tips yang
dikongsikan kepada
mereka untuk
mengasah bakat
berkomunikasi.
MSSD BOLA SEPAK
sukan di kolej
vokasional kajang
amatlah aktif disertai
oleh pelajar. baru-
baru ini, pertandingan
mssd bola sepak telah
berlangsung pada 13
julai 2022 dengan
jayanya.
Maklumat lanjut
FACEBOOK
https://www.facebook.com/kvkajang/
CHANNEL YOUTUBE
https://youtube.com/channel/UCf2rVAsQcUGb37Vzmi9FroA
INSTAGRAM
https://www.instagram.com/invites/contact/?
i=jh71e97j311c&utm_content=kyl549i
LAMAN WEB
http://kvkajang.moe.edu.my
TELEGRAM
https://t.me/kolejvokasionalkajang
#SegalaInfoDihujungJariAnda
JUSTERU ITU, KOLEJ VOKASIONAL KAJANG AKAN TERUS
MAJU DAN BERUSAHA DALAM MEMBANGKITKAN NAMA KOLEJ
YANG AKAN SENTIASA DI HADAPAN DALAM MENITI ARUS
PEMODENAN PENDIDIKAN DAN INDUSTRI SERTA MASA DEPAN.
BAGI YANG BERMINAT DAN LAYAK UNTUK MEMOHON
KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL KAJANG, JANGAN TERAGAK-
AGAK KERANA ILMU YANG BAKAL ANDA DAPAT DI KOLEJ
VOKASIONAL ADALAH SANGAT LUMAYAN DAN MENGUNTUNGKAN!
bersama
membina
masa depan
sumber rujukan
rujukan internet
MAKCIK TRAVELs, 2021, https://makciktravels.com/.
diperoleh pada 25 julai 2022
kvkajang_official,
https://instagram.com/kvkajang_official?
igshid=YmMyMTA2M2Y=. diperoleh pada 25 julai 2022
wikipedia, 2018,
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kolej_Vokasional_Kaja
ng. diperoleh pada 25 julai 2022
kolej vokasional kajang,
https://t.me/kolejvokasionalkajang. diperoleh pada 26
julai 2022