BORANG TEMUBUAL Tajuk Perbincangan: Bahan inovasi dapat membantu murid pemulihan untuk memulihkan masalah pembelajaran mereka. Nama guru: Pn. Nurain Naquiah Binti Ruslan Jawatan: Guru Pemulihan Soalan temu bual: • Adakah cikgu menggunakan set induksi pada permulaan kelas? Ya. Pada kebiasaannya untuk kelas pemulihan saya akan membuat set induksi seperti menyanyi, mencari perkataan dan meneka gambar yang ditunjukkan oleh cikgu dan cikgu akan minta mereka kaitkan aktiviti tersebut dengan PdPc. • Adakah cikgu menggunakan TMK dalam PdPc? Ada. Biasanya cikgu akan ikut kemahiran. Contohnya, seperti salah satu inovasi cikgu dimana murid boleh mengimbas “QR-code” pada buku dan dengan bagaimana suku kata tersebut disebut. Selain itu, cikgu juga akan memaparkan tayangan video dan membuat kuiz menggunakan aplikasi “KAHOOT”. • Antara inisiatif cikgu untuk menarik perhatian murid pemulihan dalam Matematik pada masa kini? Kebiasaannya, saya akan perhatikan kemahiran murid kemudian saya akan memastikan guru dapat berkesinambungan dengan ibu bapa dan memberikan maklum balas tentang peningkatan anak mereka. • Adakah cikgu terapkan TS25 dalam PdPc cikgu? Ya. Saya telah menwujudkan suasana di dalam kelas ini dalam PAK-21 dimana murid akan duduk dalam kumpulan. Kemudian, saya akan terapkan TMK dan juga inovasi. • Antara bahan inovasi yang telah berjaya memulihkan masalah pembelajaran murid pemulihan? Terdapat 5 bahan inovasi saya yang telah berjaya membantu murid menguasai kemahiran 3M. Antaranya Si-Adik yang dapat membantu murid menulis dengan cantik dan kemas, Carta Ce-kap yang dapat membantu murid membentuk perkataan menggunakan carta, Garisan Hati yang dapat membantu murid menyelesaikan operasi tambah dan tolak, Kit Ti-Rus yang dapat membantu murid mengeja suku kata KVK dengan baik dan HoMas yang dapat membantu murid menukarkan ayat matematik kepada bentuk lazim. Tambahan pula, inovasi yang telah saya hasilkan ini telah diterbitkan kepada umum. Sebanyak 85% daripada murid pemulihan SK Batu Berendam yang mengikuti kelas pemulihan ini telah diperdanakan pada 2022 seiring dengan slogan Pemulihan Khas iaitu Memperdanakan Murid Pemulihan Khas SK Batu Berendam. Malah, dapat melahirkan murid yang dapat menguasai 4M iaitu Menulis, Membaca, Mengira dan Menaakul.
BORANG TEMUBUAL Tajuk Perbincangan: Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) di dalam kelas. Nama guru: En. Norazlisham Bin Hashim Jawatan: Guru Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Soalan temu bual: • Sejauh manakah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dilaksanakan di dalam kelas? Secara keseluruhannya, PBD ini mempunyai pelbagai cara untuk menilai seseorang murid. Antaranya, bertulis, pemerhatian dan perbincangan di dalam kelas. Berdasarkan penilaian saya sepanjang mengutip data PBD di sekolah ini, saya dapat menilai bahawa pentaksiran ini akan dinilai mengikut cikgu. Maksudnya, kalau dapat cikgu yang baik, murid akan dapat Tahap Penguasaan (TP) tinggi. Tapi jika cikgu yang tegas, murid akan dapat TP mengikut penguasaan murid berada di tahap mereka. Hal ini kerana pentaksiran ini bukan berdasarkan pencapaian murid semata-mata. • Bagaimanakah guru-guru menilai PBD ini di dalam kelas? Jika dulu, ujian bertulis murid akan dinilai melalui gred. Namun, kini ujian bertulis ada tetapi cuma hanya beberapa peratus sahaja. Selain itu, guru akan menilai murid melalui pemerhatian, perbincangan di dalam kelas, memasuki mana-mana pertandingan. • Berdasarkan pengalaman cikgu, apakah cabaran cikgu untuk menilai murid melalui PBD? Saya pernah berhadapan dengan seseorang murid yang aktif di dalam kelas, boleh menjawab pertanyaan saya semasa di dalam kelas. Namun apabila saya membuat ujian bertulis, murid tersebut tidak dapat menjawab. Jadi, di situ muncul satu situasi di mana bagaimana saya ingin menilai sejauh mana Tahap Penguasaan (TP) murid terhadap pengajaran saya? Selain itu, SK Batu Berendam juga telah menetapkan sasaran untuk sifar TP 3 bagi subjek Bahasa Melayu dan Matematik terhadap murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6.
Tajuk Perbincangan: Pelaksanaan dasar pendidikan masa kini di dalam kelas. Nama murid: Puteri Raisha Binti Ismail Jawatan: Murid Tahun 6 Soalan temu bual: • Adakah kamu rasa seronok jika kamu memulakan pengajaran dengan aktiviti yang menarik? Saya akan berasa sangat seronok kerana ia dapat menaikkan semangat saya untuk belajar subjek tersebut dengan penuh keyakinan. • Adakah susunan meja kamu di dalam kelas bercirikan abad ke-21? Ya. Susunan meja di dalam kelas saya disusun kepada empat meja satu kumpulan. • Adakah terdapat kemudahan penggunaan ICT di dalam kelas? Ya. Terdapat projektor di dalam kelas kami dan cikgu akan selalu memaparkan video untuk memberi kefahaman yang mendalam kepada kami. • Adakah carta ganjaran atau lebih dikenali sebagai reward chart terdapat dalam kelas anda? Ya. Carta ganjaran tersebut digantung pada sebelah papan putih. Apabila kami dapat menjawab soalan yang diberikan oleh cikgu, cikgu akan meletakkan mata tertinggi atau bintang pada carta ganjaran yang mempunyai nama saya. • Adakah anda pernah mengaplikasikan peta i-Think dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) semasa belajar? Cikgu akan selalu meminta kami menceritakan semula topik yang dipelajari dalam bentuk peta i-Think.