The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhana Halim, 2023-05-21 10:21:11

islam liberal full 1

islam liberal full 1

UNIVERSITI KUALA LUMPUR MALAYSIAN SPANISH INSTITUTE _____________________________________________________ TUGASAN MPU3332 ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA TAJUK : BINCANGKAN KESAN NEGATIF IDEOLOGI ISLAM LIBERAL DAN KEMUAKAN KAEDAH MENANGANINYA MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO.ID PROGRAM HAFIZ SYAMIN BIN SAFIEAI 54221122142 BBT AM MOHAMED AKMAL BIN SHAHUL HAMEED 54221122148 BBT AM MUHAMMAD AIMAN BIN RONIZAM SAIRIZAL 54221122198 BBT AM DISEDIAKAN UNTUK : EN. ABD RASHID BIN ABDUL HALIM@JAAFAR


2 Ahli-ahli kumpulan NAMA : HAFIZ SYAMIN BIN SAFIEAI NO. ID : 54221122142 KURSUS : BBT AM NAMA : MOHAMED AKMAL BIN SHAHUL HAMEED NO. ID : 54221122148 KURSUS : BBT AM NAMA : MUHAMMAD AIMAN BIN RONIZAM SAIRIZAL NO. ID : 54221122198 KURSUS : BBT AM


3 ISI KANDUNGAN BIL. KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Definisi islam liberal 5-6 2.0 Ciri-ciri fahaman islam liberal 7-11 3.0 Perkembangan islam liberal 12 4.0 Kesan islam liberal terhadap orang islam. 13 5.0 Cadangan menangani ideologi islam liberal 14 6.0 Kesimpulan 15 7.0 Bibliografi 16


4


5 1.0 DEFINISI ISLAM LIBERAL liberal adalah suatu bentuk pemikiran yang bebas, terbuka dan dipandu oleh hawa nafsu dalam bidang yang pelbagai. Ia membuatkan saya berfikir bagaimana untuk mendefinisi seseorang itu berpandukan hawa nafsu? Beberapa orang teman telah membandingkan maksud liberal yang merujuk kepada Kamus Dewan dan terdapat perbezaan dengan takrifan Jakim. Ia menimbulkan perbahasan dalam kalangan orang bijak pandai media sosial, yang menyatakan maksud liberal adalah luas tetapi telah disempitkan oleh Jakim yang boleh menimbulkan kekeliruan. Merujuk kepada artikel Zulkifli yang berjudul ‘Dari Liberalisme ke Islam Liberal: Satu Sorotan’ yang menjawab definisi liberal itu, beliau mengakui tidak ada satu definisi yang disepakati bersama. Dalam artikel tersebut, beliau menghuraikan sejarah asal-usul liberal dengan menyebut beberapa nama. Walaupun kebanyakan nama yang disebut secara amnya liberal tetapi tokoh-tokoh itu lebih kepada falsafah ekonomi dan politik liberal, contohnya makalah yang dirujuk beliau yang ditulis Milton Friedman bertajuk ‘The Basic Principle of Liberalism’. Contoh lain ialah tokoh liberal era moden seperti John Stuart Mill, manakala tokoh era pencerahan yang dikatakan Bapa Liberal iaitu John Locke tidak disebut dalam artikel berkenaan. Walau apa pun definisi menurut sejarah, beliau ada memberitahu, tujuan artikel yang ditulis itu lebih kepada pemikiran liberal agama, iaitu liberal Islam yang merujuk kepada golongan yang menamakan diri mereka sebagai Jaringan Liberal Indonesia. Selain itu, kata beliau lagi, ada individu dan golongan yang mempunyai pemikiran liberal tetapi tidak menamakan diri mereka liberal, maka akan menyebabkan terjadinya salah faham dan tohmahan jika dibahas. Islam liberal juga menggunakan rasional akal dalam menafsir agama dengan alasan membuka ruang dimensi berfikir semakin berleluasa di tanah air kita.


6 Dengan terjahan dunia langit terbuka kelompok ini dengan aktif menebarkan sikap serta pandangan mereka, bahkan secara terbuka mengadakan bantahan awam untuk berekspresi akan tuntutan-tuntutan mereka. Mereka secara terbuka menyerang institusi agama negara ini serta berkolaborasi dengan sesiapa sahaja yang menyokong perjuangan mereka. Terjahan kepada Islam berlangsung sepanjang zaman dan menuntut umat Islam berdada dengan penyelewengan ini. Antara kebobrokan yang kian mendapat tempat dalam kalangan umat Islam yang jahil ialah fahaman Islam Liberal, menyusup secara diam dan pantas dalam akar ummah di pelbagai posisi. Isu ini semakin menjadi hangat dengan pihak berkuasa agama melarang Wacana Mustapha Akyol, seorang Sarjana Turki yang ingin menebarkan fahaman agamanya kepada rakyat negara ini, kita melihat bagaimana kelompok Islam Liberal negara ini bersungguh-sungguh mempertahankan kewajaran cara fikir mereka.


7 2.0 Ciri-ciri fahaman Islam Liberal ● Mereka menganut Fahaman Pluralisme Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”. Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut: a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para ulamak dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan ulamak-ulamak tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan b. Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.


8 ● Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah. Seorang peguam yang juga merupakan ahli Parlimen daripada parti kerajaan iaitu Zaid Ibrahim pernah mengungkapkan isu murtad ini dalam satu forum yang dianjurkan oleh Suhakam pada 9 September. Bagi kelompok Islam Liberal yang jahil ini mereka berhujah bahawa hak untuk murtad menurut mereka adalah kebebasan beragama yang juga diakui oleh al-Quran. Mereka menyalah tafsirkan ayat Allah yang berbunyi: “Tidak ada paksaan dalam agama.” (al-Baqarah: 256) Menurut tafsiran ulamak tafsir yang Muktabar, ayat di atas hanya terpakai bagi orang bukan Islam, yakni mereka tidak harus dipaksa untuk menganut Islam kecuali dengan kerelaan sendiri. Adapun bagi penganut Islam, maka mereka wajib beramal dengan segala tuntutan Islam termasuk tuntutan memelihara akidah dan iman. Dalam kes murtad, orang Islam yang keluar daripada agama akan dikenakan hukuman yang berat di akhirat dan di dunia. Hukuman di akhirat ia akan dihumbankan Allah dalam neraka untuk selama-lamanya. Adapun hukuman di dunia ia akan dibunuh sebagaimana yang sabit dengam dalil as-Sunnah yang Sahih iaitu sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: “Sesiapa menukar agamanya (yakni murtad), maka hendaklah kamu membunuhnya.” (Riwayat Imam Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan lain-lain dari Ibnu Abbas).


9 ● Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran ulamak terdahulu. Tafsiran ulamak terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional. “Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”. (Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times) Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka” Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.


10 ● Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan ulamak dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukumhakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah: a. Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita; b. Keharusan poligami bagi lelaki; c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita; d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad; e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah; f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat; g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri; h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia. Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada ulamak dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti ulamak dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.


11 ● Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia. Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain. Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia. Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara. Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undangundang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.


12 3.0 Perkembangan Islam liberal Islam liberal adalah gerakan pemikiran dalam Islam yang menekankan interpretasi yang lebih terbuka dan kontekstual terhadap ajaran-ajaran Islam. Para pemikir Islam liberal berpendapat bahwa nilai-nilai Islam harus dipahami dalam konteks zaman modern dan harus disesuaikan dengan tuntutan dan kebutuhan masyarakat saat ini. Beberapa aspek perkembangan Islam liberal yang telah terlihat adalah sebagai berikut: 1) Kajian akademik. Banyak sarjana dan intelektual Muslim yang terliberalisasi dalam pendekatan mereka terhadap Islam. Mereka melakukan kajian lebih mendalam tentang teks-teks suci Islam dan menyampaikan penafsiran alternatif yang lebih inklusif dan progresif. 2) Sama rata jantina. Salah satu isu yang menjadi fokus utama dalam Islam liberal adalah kesetaraan gender. Penganut Islam liberal berjuang untuk menghapuskan diskriminasi gender dalam praktik keagamaan dan masyarakat Muslim. Mereka mendorong partisipasi aktif perempuan dalam berbagai bidang, termasuk pendidikan, politik, dan pemimpin agama. 3) Dialog antara agama. Islam liberal mendorong dialog yang konstruktif antara agama-agama dan masyarakat. Tujuannya adalah menciptakan pemahaman yang lebih baik, mengurangi ketegangan antaragama, dan mempromosikan kerukunan sosial. 4) Pluralisme agama. Penganut Islam liberal berpendapat bahwa Islam harus diterima sebagai salah satu agama di tengah-tengah masyarakat yang pluralistik. Mereka memandang perbedaan agama sebagai anugerah dan menghormati hak setiap individu untuk memilih dan menjalankan keyakinan agama mereka.


13 4.0 Kesan Islam liberal terhadap orang Islam. 1) Toleransi dan inklusivitas. Islam liberal sering mendorong individu Muslim untuk memahami dan menghormati perbedaan, baik dalam agama mahupun dalam masyarakat secara umum. Pendekatan ini dapat memperkuat sikap toleransi, inklusivitas, dan rasa saling menghargai terhadap kelompok lain, termasuk non Muslim. Hal ini dapat membantu individu Muslim untuk hidup dalam masyarakat multikultural dengan damai. 2) Kritis terhadap pemahaman tradisional. Pandangan tradisional Islam, yang dilihat sebagai budaya, tradisi, atau tafsiran yang mungkin terhad atau kurang relevan dalam konteks sekarang, sering dipertikaikan oleh Islam liberal. Ini boleh memberi orang Islam peluang untuk meneroka soalan mereka tentang Islam dan menemui perspektif yang lebih kontekstual yang sesuai dengan keadaan atau masa mereka. 3) Pembebasan individu. Islam liberal cenderung mendorong individu Muslim untuk mengembangkan kebebasan berpikir, bertindak, dan mengambil keputusan dalam batas-batas yang ditentukan oleh nilainilai Islam yang dianggap mendasar. Ini dapat memberikan rasa kepemilikan atas praktik keagamaan dan memungkinkan individu Muslim untuk mengaitkan agama dengan identitas pribadinya secara lebih bebas.


14 5.0 Cadangan Menangani Ideologi Islam liberal Terdapat perbincangan yang rumit dan berpecah belah mengenai cara mengendalikan pemikiran Islam liberal selaras dengan norma dan prinsip agama Islam. Namun begitu, berikut adalah beberapa cadangan yang mungkin diambil kira untuk memerangi fahaman Islam liberal Mempertingkatkan Pendidikan Agama: Kefahaman yang menyeluruh terhadap ajaran Islam dapat dibentuk melalui pendidikan agama. Oleh itu, adalah penting untuk meningkatkan taraf pendidikan agama sejak kanak-kanak kepada kematangan untuk memberikan masyarakat pemahaman agama yang tulen dan mulia. Peningkatan Perbualan: Mewujudkan forum untuk wacana terbuka tentang Islam, idea dan nilai Islam. Untuk dapat mencabar atau mempertahankan pandangan antara satu sama lain, perbincangan ini harus dijalankan secara jujur, terbuka, dan dengan pertimbangan untuk hujahhujah lawan bicara. Pembangunan Media Alternatif: Media sosial dan media tradisional diakses secara meluas oleh masyarakat. Hasilnya, adalah penting untuk mencipta media alternatif yang menggalakkan pemahaman tentang Islam selaras dengan prinsip agama Islam. Mempertingkatkan Pendidikan Jamaah: Menggunakan kefahaman Islam yang menyeluruh dan konsisten dalam konteks masa dan tempat, di samping menegakkan akhlak yang tinggi. Dalam hal ini, pendidikan merujuk kepada proses memperbaiki diri dalam semua aspek kehidupan, seperti solat yang khusyuk, solat yang khusyuk, membaca al-Quran dan hadis, beramal, dan ibadat tetap yang lain. Fungsi Ahli Akademik Memberi Kefahaman “Jangan hanya melihat apa yang diperkatakan, tetapi lihatlah siapa yang berkata,” sahabat Nabi Ali Bin Abi Talib (R.A.) pernah berpesan. Bagi mengukuhkan kefahaman Islam yang selari dengan syariat agama Islam, adalah penting untuk menyokong peranan ulama yang mempunyai kewibawaan akhlak sebagai pemimpin kerohanian yang berilmu Walau bagaimanapun, usaha untuk mengawal ideologi Islam liberal harus dilakukan dengan cara yang dikawal selia dalam koridor perundangan dan menghormati hak asasi manusia. Kerana, setiap masyarakat, rakyat dan individu tidak boleh mendiskriminasi atau mendiskriminasi atas dasar suku, agama, bangsa atau kumpulan.


15 6.0 Kesimpulan Tidak ada definisi Islam yang ditetapkan, yang berkaitan dengan pemikiran Islam liberal. Walau bagaimanapun, pendapat tertentu daripada masyarakat dan ulama mendakwa bahawa pendekatan liberal tidak sepenuhnya konsisten dengan ajaran Islam kerana perbezaan dalam cara akidah Islam melihat kebebasan individu, hak asasi manusia, dan standard moral. Namun begitu, walaupun mempunyai doktrin agama yang berbeza, ia juga harus dilihat sebagai satu cabaran untuk menyelesaikan isu ini melalui budaya komunikasi, persefahaman, dan toleransi antara masyarakat beragama. Natijahnya, pengendalian atau pengendalian fahaman Islam liberal mesti dilakukan dengan cara yang selaras dengan syariat Islam, menghormati hak asasi manusia dan kebebasan bersuara.


16 7.0 Bibliografi 1. Pengertian Islam Liberal (referensimakalah.com) 2. 36936-116484-1-SM.pdf (ukm.my) 3. Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times 4. Surah al-Baqarah: 256


Click to View FlipBook Version