The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by choonglingling, 2020-06-17 11:43:18

Di Sebalik Dinara

Di Sebalik Dinara

DI SEBALIK DINARA

karya Dayang Noor

Farisha berlepas dari Lapangan Terbang Senai menuju ke Kuala Lumpur.
Farisha terpandang akan seorang lelaki yang begitu sempurna dari segi tutur

kata,gerak laku, gaya rupa, dan pakaiannya.

Farisha tidak dapat masuk ke rumahnya kerana kawannya Shida tidak ada
di rumah. Rumah tersebut sukar dimasuki kerana memiliki alat
keselamatan ( pengimbas retina) yang dipasang oleh abangnya Azraai.

Semasa di dalam kapal terbang, Aqram berpura-pura tidur.
Dia mengambil cawan kecil bekas minuman Farisha dan menguji kesan

air liur yang melekat pada cawan itu.

Kajian dibuat oleh Dr. Maxi dan mendapati
bahawa Farisha merupakan orang yang dicari-
carinya selama ini.

Dr. Maxi memberikan penetrator yang dapat
digunakan untuk melemahkan “WALL”
Farisya kepada Aqram.

Farisha dan Rosman ingin menyertai simposium
Persatuan Penggodam Antarabangsa yang ucapan
pembukaannya akan disampaikan oleh Philips
Young di Hotel Renaissance.

Farisha terpaksa menaiki monorel apabila kereta
Rosman mengalami kerosakan.

Farisha berasa kecewa apabila Philips Young tidak dapat hadir dan masih
berada di Florida. Ucapan beliau hanya muncul di hologram sahaja.

•Farisha berasa terkejut kerana kebetulan Aqram turut juga berada di hotel tersebut. Mereka saling berkenalan.

 Farisha berasa terkejut kerana kebetulan Aqram
turut berada di hotel tersebut. Mereka saling
berkenalan.

Farisha mencatatkan alamat yang diberikan
oleh Aqram dengan menggunakan sebatang
pen. Pen tersebut sebenarnya telah dilengkapi
alat penetrator untuk menerobos ruang minda
Farisha. Oleh sebab itu, kepala Farisha dengan
tidak semena-mena berasa sakit.

•Aqram mempelawa Rosman dan Farisha ke Puchong untuk bertemu dengan Karl, iaitu seorang penyelidik dan pencipta yang sangat berjaya di Soft Lab.
•Kedatangan Farisha disambut oleh Dr. Maxi,iaitu seorang kakitangan penting di Soft Lab. Dr. Maxi menerangkan tawaran yang dibuat kepada Secured Shell. Harga tawaran kontrak tersebut bernilai RM1.5 juta.

Aqram mempelawa Rosman dan Farisha ke Puchong untuk bertemu
dengan Karl, iaitu seorang penyelidik dan pencipta yang sangat
berjaya di Soft Lab.

Kedatangan Farisha disambut oleh Dr. Maxi,iaitu seorang kakitangan
penting di Soft Lab. Dr. Maxi menerangkan tawaran yang dibuat kepada
Secured Shell. Harga tawaran kontrak tersebut bernilai RM1.5 juta.

Farisha dibawa untuk melihat Karl. Karl terbaring kerana menghidap
penyakit barah usus. Namun beliau tetap aktif melakukan penyelidikan.
Projek terbaharunya ialah Dinara. Walau bagaimanapun, projek Dinara
tersebut terhenti apabila paru-paru Karl bermasalah.

Aqram sudah menyiapkan dokumen kontrak dan ingin mengadakan

pertemuan antara Farisha dengan Soft Lab di Cyberjaya.
Alia ditugaskan untuk membantu Farisha mengkaji seni bina Dinara.
Kecantikan yang ada pada diri Alia juga menghairankan Shida kerana mata

Alia tidak berkelip dan wajahnya tidak menampakkan keaslian.

Alia menghulurkan pertolongan untuk memicit kepala Farisha. Farisha

terlelap dan peluang ini diambil oleh Alia untuk memasukkan dua batang

jarum mudah lentur pada kiri dan kanan tengkuk Farisha.
Farisha berada dalam keadaan bawah sedar, namun dia mampu

berkomunikasi dengan Karl dalam keadaan begitu.

Perbualan Shida dengan Farisha berkisar tentang Dinara.
Dinara sebenarnya ialah hasil kerja Karl dengan Medina.
Perkara menjadi misteri apabila Medina menghilangkan diri

sebelum Dinara berjaya disiapkan.

Farisha berkunjung ke rumah abangnya Azraai. Doktor telah
mengesahkan bahawa Azraai menghidapi masalah jantung.
Farisha menangis dan meminta Azraai tidak menyembunyikan
sesuatu daripadanya.

Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayahnya
yang mengandungi dokumen permohonan untuk menjadikan
Farisha sebagai anak angkat. Farisha kebingungan dan tidak
dapat menerima kenyataan itu.

Semasa sesi perjumpaan yang ingin diaturkan

antara Farisha dengan Karl, tiba-tiba Farisha

jatuh pengsan.
Farisha terpaksa dikejarkan ke hospital.
Shida bertemu dengan Dr. Maxi. Perbualan

mereka berkisar tentang kesihatan Farisha.

Khairul Anwar mencadangkan kepada Dr. Maxi

agar mengambil Shida menggantikan tempat

Farisha.
Karl telah menyediakan Farisha sebagai

wakilnya kerana Karl telah mereka mikrocip

khas yang tertanam pada tubuh Farisha.
Shida menyelongkar bilik Farisha dan terjumpa

fail yang mengandungi dokumen anak angkat

Farisha.

Amin dan Farid mengambil kesempatan
menyelinap masuk ke hospital untuk
mendapatkan maklumat tentang Farisha.

Dengan peralatan yang canggih, mereka
berjaya menembusi “ WALL” yang ada
dalam diri Farisha yang ketika itu berada
dalam keadaan lemah.

Shida berusaha untuk mencari identiti sebenar Medina.

Medina banyak membantu Karl dalam penyelidikan

yang dijalankan oleh Karl.
Namun begitu, namanya telah dipadamkan daripada

syarikat Soft Lab.
Shida telah dijadikan bahan uji kaji dengan mengambil

alih tempat Farisha untuk berhubung dengan Karl.
Medina gembira kerana usahanya untuk menghubungi

Farisha telah berjaya. Farisha telah menjawab panggilan

Medina semasa Farisha berada dalam keadaan bawah

sedar.

Azraai membawa Farisha keluar dari hospital

dengan segera dan mencari tempat untuk

menyembunyikan Farisha.
Azraai menjelaskan bahawa Marilyn pernah

cuba membunuh Farisha ketika Farisha masih

bayi.
Azraai menerangkan bahawa kira-kira 26

tahun yang lampau, dua orang lelaki datang

menyerahkan Farisha kepada ayah dan

ibunya.

Semasa berhenti di Hentian Pagoh, dua

orang lelaki telah mengacukan pistol ke arah

Azraai. Mereka telah melarikan Farisha.
Penculik membawa Farisha menuju ke arah

Kuala Lumpur.

Ketika Shida berada dalam keadaan bawah

sedar, Karl telah berada dalam tubuh Shida.
Khairul Anwar ialah Muhammad Irfan

( seorang budak comot). Karl telah mengubahnya

menjadi cyborg.
Alia sebenarnya isteri Karl yang bernama Rusmina.

Dia menjadi cacat akibat diseksa oleh Karl.
Karl telah menukarnya menjadi Alia.

Karl telah memasukkan pelbagai implan dalam tubuh Farisha tanpa

memberikan ubat bius.
Karl juga memberikan pelbagai jenis ubat kepada Farisha untuk

menjadikannya seorang genius.
Medina tidak sanggup melihat penderitaan anaknya dan bertindak

untuk membunuh Farisha.

Karl telah menjalankan kajian ke atas Medina melalui cara

memindahkan ingatan seorang banduan ke atas Medina.
Langkah sabotaj ini telah menyebabkan Medina menjadi separuh gila

dan cuba untuk membunuh anaknya Farisha.
Oleh itu, Farisha dibawa lari jauh daripada Medina.

Dr. Haris memaklumkan bahawa keadaan Karl semakin nazak. Semua

orang berkejar ke rumah Karl di Puchong.
Beberapa orang yang hadir diberi peluang untuk menatap wajah Karl.
Farisha sempat mengucapkan selamat tinggal kepada Karl.

Nama asal Aqram ialah Akeem dan dia merupakan seorang yang terencat akal.
Uji kaji Karl terhadap Aqram telah berjaya menjadikan Aqram begitu

sempurna.
Umur Aqram yang sebenarnya ialah 60 tahun dan bukannya 30 tahun.

Tepat pukul 7.00 malam, Karl menghembuskan

nafasnya yang terakhir.
Karl meminta mayatnya dibakar dan abunya

ditabur di Selat Melaka.
Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port

Dickson.

Kejutan berlaku apabila Shida mengungkapkan

kata-kata yang pernah diucapkan Karl.
Aqram terkesima apabila mengetahui bahawa

Karl hidup dalam tubuh Shida.
Sementara itu, Farisha sudah berlari mencari

Medina.


Click to View FlipBook Version