karya Nizar Parman
Haiqal telah menerima sebuah manuskrip lama dan setiap hari
pasti dibelek-belek olehnya manuskrip itu.
Manuskrip yang diterimanya itu berkaitan dengan seorang lelaki
yang bernama Abdullah bin Kayan.
Haiqal teringat kembali semasa kecilnya, iaitu sewaktu ibunya
memberitahu bahawa orang yang dipanggilnya walid, iaitu Abdul
Fatah hanyalah ayah tirinya. Ayahnya yang sebenar ialah Abdullah
bin Kayan.
Haiqal berada di sebuah gerai milik Ratna di tepi Pantai Batu Buruk.
Haiqal mengajak Ratna berjalan-jalan di tepi pantai sambil
bercerita tentang ayah kandungnya yang berpisah dengan uminya.
Haiqal memberitahu bahawa manuskrip yang baru diterimanya itu
daripada seorang wanita berbangsa Cina yang tidak dikenalinya
iaitu Ong Swee Hwa.
Cikgu Amirulnizam (Abdullah bin Kayan) berada di balai raya untuk
belajar dan menyaksikan rakan-rakan dan anak muda sedang
belajar dan berlatih menari zapin.
Cikgu Zam tertarik hati dengan anak Tauke Lim (Tauke Ong), Ai Ling
(Ong See Hwa) yang turut serta dalam aktiviti itu.
Cikgu Zam teringat peristiwa sewaktu Tauke Lim mula-mula datang
ke kampungnya untuk mengambil upah menoreh kebun getah milik
arwah ayahnya.
Tauke Lim seorang yang rajin sehingga mampu mengumpul duit
untuk membeli tanah kebun ayahnya.
Sudah 18 tahun Tauke Lim menetap di kampung itu dan dia amat
disenangi oleh penduduk kampung.
Semasa arwah ayahnya masih hidup, ayahnya menganggap anak
Tauke Lim, iaitu Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.
Tauke Lim meminta Cikgu Zam untuk menumpangkan anaknya ke
sekolah kerana bateri keretanya tidak berfungsi. Cikgu Zam telah
mencadangkan agar Ai Ling menumpang dia ke sekolah setiap hari.
Cikgu Zam dipelawa oleh Tauke Lim ke pekan untuk membelanjanya
minum.Tauke Lim menyatakan persetujuannya untuk membenarkan
Ai Ling menumpangnya ke sekolah setiap hari.
Pak Haji Salam menjelaskan bahawa YB Samsuri akan datang ke
kampung itu dua minggu lagi dan pegawai Yayasan Warisan Negeri
juga ingin datang kerana hendak mengkaji dan mempelajari rentak
zapin jincat.
Abang Bakir mencadangkan agar majlis itu diselitkan dengan acara
deklamasi puisi. Roslan meminta Cikgu Zam memilih peserta melalui
murid sekolahnya.
Cikgu Zam mengajar Ai Ling mendeklamasikan sajak dengan
bersungguh-sungguh sehingga dia dapat mendeklamasikan sajak
dengan baik.
Kemenangan Ai Ling dalam pertandingan mendeklamasi puisi untuk
murid-murid tahap satu telah menjadi perbualan ramai.
Kehadiran YB Samsuri dan beberapa orang pegawai Yayasan Warisan
Negeri disambut meriah. Ramai orang kampung yang datang memenuhi
majlis tersebut.
Pelbagai persembahan lain yang dipersembahkan. Majlis malam itu
diakhiri dengan persembahan lagu Gholiyabu yang dinyanyikan
beramai-ramai oleh penduduk kampung.
YB Samsuri berjumpa dengan Cikgu Zam secara peribadi dan
mengucapkan tahniah kepadanya. Beliau berharap agar Cikgu Zam
dapat mengembangkan sastera dan bahasa di kampung itu dan
menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai perkampungan sastera.
Cikgu Zam semakin sibuk dengan persiapan aktiviti untuk acara
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat mukim dan program
Berkampung Bersama Puisi yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
Tahap kesihatannya semakin merosot dan bergantung pada ubat untuk
mengurangkan kesakitan.
Pada malam itu, dia berasa aneh kerana kerinduannya terhadap Aiman
begitu kuat. Dia hanya mampu menatap gambar anaknya sambil
menangis teresak-esak.
Setelah habis membaca naskhah manuskrip yang ditulis oleh ayahnya,
Haiqal berasa terharu dan menitiskan air mata.
Haiqal berjumpa dengan Ratna untuk meluahkan masalah yang
dihadapinya. Haiqal telah meluahkan rasa bahawa cerita yang terdapat
dalam manuskrip itu seolah-olah cerita tentang ayahnya. Haiqal dalam
dilema sama ada hendak bertanya kepada umi tentang ayah kandungnya.
Umi ingin Haiqal menguruskan perniagaan butik dan kilang batik. Namun,
Haiqal tidak berminat dalam bidang perniagaan.
Dia teringat lagi sewaktu dia tidak dapat menziarahi ayahnya yang
meninggal dunia tujuh tahun yang lalu kerana terpaksa menduduki
peperiksaan UPSR.
Walaupun dia puas merayu untuk mengikut umi dan walidnya ke Johor
untuk menziarahi jenazah ayahnya tetapi permintaannya tetap tidak
dibenarkan oleh ibunya.
Konflik timbul antara Haiqal dengan uminya setelah dia menyuarakan
hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya.
Walaupun pelbagai perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal,
namun uminya tetap berkeras tidak membenarkannya pergi.
Namun begitu, Haiqal nekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya
walaupun tidak dibenarkan oleh uminya.
Walid memahami perasaan Haiqal dan menyokong keputusannya secara
diam-diam malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk
dibelanjakan di Johor.
Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk ke
Kampung Seri Purnama.
Haiqal singgah di warung Wak Min.
Tauke Ong membawa Haiqal ke rumah arwah ayahnya.
Rumah itu kemas dan bersih kerana dua hari sekali akan dikemas dan
dibersihkan oleh See Hwa.
Menurut Tauke Ong, ayah Haiqal telah mengamahkannya untuk menjaga
rumahnya sehinggalah Haiqal datang ke situ.
Tauke Ong memaklumkan Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk
makan tengah hari. Haiqal dan See Hwa saling berkenalan ketika makan
kari kepala ikan di sebuah restoran.
Haiqal amat menyenangi penampilan See Hwa yang ayu dan ramah.
Haiqal berasa kagum dengan See Hwa yang minat membaca novel Melayu
yang dikarang oleh penulis Melayu yang terkenal.
Haiqal mengunjungi kubur ayahnya. Haiqal diselubungi rasa sebak apabila
mengenangkan arwah ayahnya.
Mak Menah menyuarakan rasa risaunya tentang sikap anak-anak muda di
kampung yang sering lepak tanpa matlamat hidup.
Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Wak Arif yang merupakan penari zapin turut
menyuarakan kekesalan akan sikap anak-anak muda yang kurang berminat
dengan kebudayaan tradisional.
Tauke Ong telah menyerahkan duit simpanan arwah ayah Haiqal dan juga
segala hasil jualan kelapa sawit yang telah disimpannya kepada Haiqal.
Tauke Ong tetap mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan
ladang kelapa sawit.
Haiqal mematuhi saranan Tauke Ong agar terus memberikan kepercayaan
kepada Abang Bidin dan Abang Salleh untuk melakukan semua kerja di
kebun kelapa sawitnya.
Haiqal telah pergi memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim.
Lazim menjual ikan-ikan puyu yang dipancing.
Lazim dan See Hwa merupakan rakan sekelas dan menurut Lazim, See
Hwa sangat rapat dengan arwah ayah Haiqal.
Lazim telah bermalam di rumah Haiqal. Dia mencadangkan agar Haiqal
pergi ke balai raya kampung untuk mengetahui lebih mendalam tentang
arwah ayahnya Abdullah Bin Kayan.
Lazim juga mengatakan bahawa dia pandai menari zapin semasa zaman
kanak-kanak.
Haiqal telah pergi ke balai raya dengan ditemani Ong See Hwa dan Lazim.
Ada beberapa bahagian di dalam balai raya itu yang kelihatan terurus
dan terjaga, iaitu bilik bacaan yang diuruskan oleh See Hwa dan galeri
pameran.
Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku yang terdapat di dalam
balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah ayahnya. Malah, sejarah
hidup ayahnya juga turut dipamerkan di galeri pameran.
Haiqal berjumpa dengan Pak Cik Bakar di warung Wak Min untuk
menyuarakan hasratnya melihat persembahan zapin itu dimainkan di balai
raya kampung.
Pak Cik Bakar berjanji akan membincangkan perkara ini dengan ketua
kampung.
Haiqal menerima pandangan Pak Cik Bakar dengan hati yang terbuka
kerana dia sedar bahawa soal yang melibatkan tarian zapin bukannya
suatu perkara yang kecil.
Setelah bermesyuarat, cadangan Haiqal yang mahu menghidupkan
kembali kumpulan zapin D'Purnama diterima.
Haji Jamil juga memaklumkan bahawa Yang Berhormat Datuk Syaiful
Azizi, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu juga akan hadir
sebagai tetamu kehormat.
Ahli JKKK lelaki ditugaskan untuk mengetuai bahagian memasang
balai, seranta, memasang sistem pembesar suara manakala ahli JKKK
wanita ditugaskan untuk menyediakan juadah jamuan.
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung
tersebut untuk bersama-sama dengan penduduk kampung
membuat latihan zapin.
See Hwa telah mengajak Haiqal pergi ke pantai. Menurut See Hwa,
arwah ayah Haiqal pernah mengajaknya ke pantai tersebut.
Jika Haiqal tidak balik ke Kampung Seri Purnama, mungkin suatu
hari nanti See Hwa akan ke Kuala Terengganu untuk mencari
Haiqal.
See Hwa juga memberitahu Haiqal bahawa segala yang tertulis
dalam manuskrip merupakan sesuatu yang nyata.
Lazim telah ditimpa kemalangan ketika pulang dari tempat kerja
dan tidak dapat menari zapin pada malam ini.
Haji Salim mencadangkan agar See Hwa menggantikan tempat
Lazim.
Persembahan zapin D'Purnama telah berjalan dengan lancar.
YB Datuk Syaiful Azizi meminta Haiqal dan Ong See Hwa sekali lagi
menari berpasangan. YB sangat terpesona melihat kelembutan
gerak tari See Hwa dan Haiqal.
Haiqal berasa terharu apabila umi, walid dan Nurul Asiyah turut
datang memberi sokongan kepadanya.
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di
Sarawak.
Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang
menjadi rakan kongsi dalam perniagaannya.
Haiqal juga telah mengirimkan pesanan ringkas melalui SMS
kepada See Hwa bahawa dia akan berusaha menjejaki watak Ai
Ling seperti yang diceritakan dalam manuskrip ayahnya.