Kod WIM IKBN/SLW3413 /KP(2/7) Mukasurat : 1 drpd 22
INSTITUSI LATIHAN
KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA SLW03 SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK
KURSUS/COURSE (PENDAWAIAN ELEKTRIK TIGA FASA– PW4)
CODE AND NAME 4
SEMESTER
KOD DAN NAMA SLW3413 PEPASANGAN DAN PENYELENGGARAAN
SUBJEK / SUBJECT’S PENDAWAIAN INDUSTRI TIGA FASA
CODE & NAME
BAB 1. PENGENALAN KABEL, KOD WARNA DAN PENGGUNAAN
OBJEKTIF /OBJECTIVE 2. SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA
ARUS
3. FAKTOR KEPELBAGAIAN 3 FASA
4. PERLINDUNGAN DAN PEMBUMIAN
5. UJIAN PEMASANGAN
6. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR PVC
7. PENDAWAIAN KONDUIT DAN SESALUR GI
SECARA TEORI, PELAJAR AKAN DAPAT MEMAHAMI TENTANG
KONSEP PENGIRAAN SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN
MEMBAWA ARUS DENGAN MENGGUNAKAN FORMULA
TERTENTU YANG TELAH DITETAPKAN PERATURAN IEE EDISI
KE 16.
TAJUK/TITLE SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
TUJUAN/PURPOSE PELAJAR AKAN DAPAT MENGETAHUI CARA PENGIRAAN
SUSUTAN VOLTAN DAN KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 2 drpd 22
SUSUTAN VOLTAN (VOLTAGE DROP)
Konduktor mempunyai rintangan tetapi dengan nilai yang sangat rendah bergantung kepada
bahan yang digunakan. Oleh itu apabila disuapkan voltan akan berlaku susutan voltan (voltage
drop) di sepanjang pengalir tersebut.
1. Kehilangan Voltan – Rintangan akan menyebabkan kehilangan voltan. Ianya boleh di
kira dengan menggunakan formula:
V = Ib R ….. volt
2. Kehilangan Kuasa – Begitu juga dengan kehilangan kuasa yang tidak digunakan. Ianya
boleh di kira dengan menggunakan formula:
P = Ib2 R ….. watt
V : Voltan
P : Kuasa
Ib : Arus yang mengalir di dalam konduktor
R : Rintangan pengalir
3. Had Susutan Voltan - Rintangan di dalam kabel berbentuk siri, apabila disuapkan voltan
akan berlaku susutan voltan (Vd) di sepanjang konduktor tersebut. Voltan yang sampai
di terminal beban akan berkurangan berbanding dengan voltan di punca bekalan. Oleh
itu merujuk kepada peraturan IEE edisi 16 Per. 525-01-02 nilai susutan voltan di dalam
litar adalah tidak melebihi 4% daripada voltan terkadar.
Nilai Susutan Voltan = VS X 4%
VS : Voltan Bekalan
4% : Peratus Susutan Voltan
Sekiranya Voltan Bekalan ialah 415V, nilai voltan di terminal beban adalah tidak kurang
dari 398.4V
4. Keburukan Susutan Voltan –
Kehilangan kuasa tanpa digunakan
Kabel menjadi panas
Daya tahan kabel berkurangan
Kecekapan Beban berkurangan
Kos penjanaan bertambah
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 3 drpd 22
5. Faktor-faktor penyubang kepada Susutan Voltan –
Arus yang mengalir – Nilai susutan voltan adalah berkadar seturut dengan nilai arus yang
mengalir. Oleh itu penggunaan saiz pengalir hendaklah bersesuaian dengan beban yang
tersambung.
Luas keratan rentas pengalir – pengalir yang besar memudahkan arus mengalir dan
mengurangkan susutan voltan.
Panjang konduktor – susutan voltan adalah berkadar seturut dengan panjang konduktor.
Nilai susutan voltan akan meningkat pada konduktor yang panjang. Oleh itu apabila merancang
sesuatu pepasangan, punca voltan akan diletakkan berhampiran dengan beban.
Bahan konduktor – Rintangan rendah adalah lebih baik berbanding dengan berintangan
tinggi. Berbanding aluminium kuprum mempunyai rintangan yang lebih rendah, maka susutan
voltan juga lebih rendah oleh saiz konduktor lebih kecil untuk kadaran arus yang sama.
Suhu Konduktor – Suhu yang rendah akan memberikan susutan voltan yang rendah.
Sebagai contoh di mana arus yang mengalir berkurangan dengan ketaranya daripada kapasiti
konduktor berkenaan, nilai susutan voltan juga berkurangan daripada yang dijadualkan.
Selain dari itu cara pepasangan juga adalah mempengaruhi suhu konduktor.
Rujuk IEE LAMPIRAN 4, JADUAL 4A, Kaedah Pemasangan Kabel.
6. Peraturan IEE LAMPIRAN 4, Jadual 4D-4L hendaklah digunakan sebagai rujukan untuk
mendapatkan Susutan voltan yang bersesuaian.
Susutan Voltan (mV) pada setiap arus mengalir (A) pada panjang pengalir dalam 1 meter
untuk saiz dan jenis pengalir berpiawaian (mm2) ada dinyatakan di Jadual-Jadual berkaitan.
Jumlah Susutan Voltan sepanjang kabel:
Vd = A x meter x mV
1000
Dalam system arus ulangalik, beban yang ujud adalah dari Induktif, kafisitif dan reaktif, bagi
konduktor ≤16mm2 kearuhannya adalah diabaikan dan hanya nilai (mV/A/m) dijadualkan.
Bagi Konduktor ≥16mm2 nilai impedans adalah di beri sebagai (mV/A/m)z, bersama dengan
komponen rintangan (mV/A/m)r, dan komponen induktif (mV/A/m)x, .
Kaedah Pemasangan (JADUAL4A) adalah penting diberikan perhatian sebelum rujukan
kepada Jadual Susutan Voltan (JADUAL 4D1 ke 4L2) dilakukan.
7. Di mana penilaian yang lebih tepat tentang pembetulan bagi suhu, pembetulan factor
beban tenaga atau kedua-duanya sekali, bolehlah merujuk Buku Peraturan Pemasangan
Elektrik IEE Edisi 16, Lampiran 4, para 7.1 – para 7.3
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 4 drpd 22
8. Contoh Pengiraan Susutan Voltan
Satu mesin basuh 4KK disambungkan kepada punca bekalan 240V, 50Hz dengan mengunakan
kabel berpenebat PVC di dalam konduit sejauh 30 meter dari punca bekalan. Kirakan saiz kabel
yang sesuai untuk mesin tersebut.
i. Kuasa di tukar kepada unit watt
ii. Kadar arus yang mengalir
iii. Pilih saiz kabel mengikut nilai arus
iv. Nilai susutan Voltan
v. Pilih saiz kabel yang sesuai mengikut kesuaian susutan voltan
Berapa nilai susutan voltan dan peratus susutan voltan yang berlaku di dalam konduktor
kuprum 1.5mm2 bepenebat PVC, suhu ambient 300C, panjangnya 40 meter dengan membawa
arus sebanyak 5A dan voltan punca 240VAC, 1 Ø, 2 dawai system pendawaian permukaan.
Penyelesaian:
i. Keupayaan Membawa arus ialah 20A
Rujuk IEE Jadual…..Kabel 1.5mm2 , kaedah pemasangan 1
ii. Susutan Voltan bagi 1A dan 1 meter ialah 25mV = 0.025V
Rujuk IEE Jadual … Kabel 1.5mm2 , kaedah rujuk 1
iii. Jumlah susutan voltan (Vd) sepanjang 40 meter dengan arus 5A:
Vd = 40 x 5 x 0.025
= 5 Volt
Voltan bekalan 415VAC 3Ø 4 dawai dengan arus 20A mengalir pada konduktor 2.5mm2 PVC
sepanjang 60 meter di pasang di dalam GI trunking
i. Berapakah nilai susutan voltan di kabel
ii. Berapakah nilai Voltan yang sampai di beban
iii. Adakah peratus susutan voltan mematuhi peraturan
Penyelesaian:
i. Nilai susutan voltan (Vd )
Rujuk IEE Jadual….., rujukan kaedah 3 ialah 15mV
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 5 drpd 22
Susutan voltan sepanjang 60 meter
Vd = 60 x 20 x 0.015
= 18 volt
ii. nilai Voltan yang sampai di beban (Vb)
Vb = VS – Vd
= 415 – 18
= 397 volt
iii. Peratus Susutan Voltan (% Vb)
% Vb = (Vd x 100) ÷ VS
= (18 x 100)
=
415
4.34%
KEUPAYAAN MEMBAWA ARUS
Pemasangan yang baik bergantung kepada pemilihan kabel dan pendawaian yang sesuai. Oleh
sebab itu pemilihan yang teliti hendaklah dibuat agar kabel tersebut tidak membahayakan
pengguna tetapi cekap dan berharga murah.
Untuk memenuhi kehendak peraturan, pada lampiran 4 buku peraturan IEE edisi ke 16 ada
menyatakan kadaran arus dan susut voltan bagi pelbagai saiz dan jenis kabel.
Untuk membuat pemilihan kabel, factor-faktor yang berikut perlu diambil kira iaitu jenis kabel ,
susut voltan dan keupayaan kabel untuk membawa arus.
Faktor-faktor pemilihan keupayaan membawa arus sesuatu kabel bergantung
kepada:-
a. Jenis Kabel
Pemilihan sesuatu jenis kabel bergantung sepenuhnya pada jenis pendawaian yang akan
dibuat. Jenis konduktor dan penebat merupakan komponen utama kabel hendaklah
ditentukan sebelum digunakan untuk mengalirkan sejumlah kuasa dengan tidak
menjejaskan jangka hayat kabel berkenaan.
Pada amnya kadaran membawa arus konduktor aluminium 20% lebih rendah
berbanding kuprum. Dan tebatan termoset adalah lebih baik berbanding tebatan getah,
tabatan getah lebih baik berbanding dari tabatan PVC.
Jadual 4D ke 4L, Buku IEE edisi 16 hendaklah dirujuk.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 6 drpd 22
b. Jenis alat pelindung yang digunakan
Faktor ini dianggap penting untuk memastikan saiz kabel yang digunakan mampu
bertahan sementara menunggu alat pelindung beroperasi apabila arus lebih mengalir
dalam litar. Contohnya mengikut peraturan IEE, jika fius separuh tertutup (BS3036)
digunakan bagi melindungi sesuatu litar, maka kadar arus beban litar tersebut
hendaklah dibahagikan dengan 0.725.
c. Arus yang diperlukan
Nilai ini boleh diketahui dengan menghitung berdasarkan
I = W/V,
I = arus yang diperlukan
W = kuasa yang dikeluarkan
V = voltan bekalan
Jika alat atau beban yang hendak dipasang itu mempunyai factor kepelbagaian, maka
factor kepelbagaian itu itu perlu diambil kira. Misalnya sebuah alat pemasak 4.8kW,
240V memerlukan arus sebanyak 20A tetapi oleh sebab ia dibenarkan oleh peraturan
IEE sebagaimana dinyatakan dalam jadual 1 (peraturan 11,Jadual A buku Akta Bekalan
Elektrik 1990) supaya mempunyai factor kepelbagaian , arus yang diperlukan hanya
sebanyak 10 + (20-10) x (30/100) + 5 (jika bersoket) = 18A sahaja.
Dengan ini arus yang diperlukan telah berkurang dari 20A menjadi 18A. Bagi alat-alat
yang berkemungkinan arus dan voltannya meningkat, walaupun hanya seketika,
peningkatan tersebut perlu juga diambil kira. Misalnya arus meningkat semasa motor
mula-mula dihidupkan.
d. Susut Voltan
i. Voltan bekalan
Susut voltan berlaku apabila voltan diberikan kepada sesuatu beban. Perkara sedemikian
juga berlaku dalam kabel kerana kabel juga mempunyai nilai rintangan walaupun
rendah.
Oleh sebab itu, susut voltan pada kabel mestilah dikurangkan atau dihadkan, dengan
cara merendahkan nilai rintangan pengalirnya iaitu dengan menggunakan kabel bersaiz
besar.
Susutan voltan bagi kesemua kabel pemasangan sebagaimana diterangkan dalam
peraturan IEE 525-01-02 edisi ke 16 (ms77) hendaklah tidak melebihi 4% daripada
voltan yang dibekalkan.
Misalnya bagi pemasangan yang mempunyai voltan bekalan 240V, susut voltan
maksimum kabel dipemasangan ialah 9.6V iaitu 4% daripada 240V.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 7 drpd 22
Sebagaimana biasa apabila arus mengalir dalam litar, kehilangan kuasa akan berlaku
dan kehilangan ini dapat dikira dengan formula
W = I²R dimana R ialah rintangan pengalir
I ialah arus yang mengalir
Kuasa yang terhasil menyebabkan suhu kabel itu bertambah dan kabel itu menjadi
panas. Kuasa ini terbuang begitu sahaja dan tidak dapat dielakkan daripada berlaku.
Jika kabel ini dibebani dengan arus yang terlampau tinggi melebihi kadar selamatnya,
kabel ini akan memecahkan daya ketahanan penebat kabel itu dan keadaan ini amat
bahaya.
Haba yang dihasilkan oleh kabel tadi dapat dikurangkan melalui pemancaran terus ke
atmosfera atau menerusi perolakan arus udara. Kadar kehilangan itu bergantung pada
pelbagai factor seperti luas keratan rentas pengalir , jenis bahan penebat , tebalnya dan
suhu ambient.
Di samping itu terdapat beberapa faktor yang boleh mengubah nilai kadaran arus
sesuatu kabel itu sama ada akan menyebabkan kadaran arus itu bertambah atau
berkurang. Faktor ini dinamakan faktor kadaran atau factor pembetulan.
Nilai faktor ini disediakan dalam lampiran 4 buku Peraturan IEE edisi ke 16. Perkara-
perkara yang diambil kira sebagai factor kadaran ialah suhu ambient, kumpulan kabel,
cara penyusunan kabel, jenis sarung kabel dan kelas peranti pelindung arus lebih.
ii. Luas keratan rentas pengalir
Luas keratan rentas pengalir atau ringkasnya saiz pengalir, memberikan nilai susut
voltan yang berbeza kerana saiz pengalir mempengaruhi nilai rintangan pengalir itu.
Pengalir yang besar saiznya sudah tentu memberikan susut yang kecil berbanding
dengan pengalir yang bersaiz kecil tetapi pada keupayaan membawa arus yang sama.
Oleh sebab itu jika susut voltan sesuatu kabel hendak dikurangkan, saiz pengalir itu
patut dibesarkan.
iii. Jenis bahan pengalir
Pengalir yang dibuat daripada bahan yang baik memberi susut voltan yang rendah
berbanding dengan pengalir yang dibuat daripada bahan yang kurang baik. Contohnya
pengalir kuprum memberikan susut voltan yang rendah berbanding aluminium pada saiz
yang sama. Ini disebabkan oleh factor kerintangan sesuatu bahan pengalir.
iv. Panjang pengalir
Apabila sesuatu pengalir dipanjangkan, susut voltan akan meningkat. Ini disebabkan
oleh penambahan rintangan pengalir kerana pemanjangan kabel itu. Oleh itu panjang
kabel diambil kira ketika mencari susut voltan kabel tersebut.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 8 drpd 22
Dalam lampiran 4 buku Peraturan IEE edisi ke 16, susut voltan yang diberikan adalah
untuk setiap meter panjang kabel itu. Kabel –kabel yang tidak bersarung atau
berperisai untuk kegunaan perumahan dan kuasa dibuat dan dijual pada panjang
100m bagi setiap gelung dan untuk kord-kord boleh lentur pula dibuat dan dijual pada
panjang 50m. Kabel-kabel yang bertebatkan kertas atau bersarungkan plumbum
dibekalkan mengikut keperluan pengguna.
v. Arus yang dibekalkan / arus biasa
Arus yang besar akan menyebabkan susut voltan yang besar. Arus ini disesuaikan
dengan saiz kabel agar tidak melebihi had keupayaan kabel itu untuk membawa arus
dengan selamat. Sekiranya sesuatu kabel mengalirkan arus lebih daripada yang
sepatutnya, susut voltannya akan bertambah dan kepanasan akan wujud pada kabel
tersebut sebab kabel itu tidak berupaya lagi membawa arus tersebut dengan selamat.
Sebagai contoh, jika kabel yang mempunyai rintangan 10ohm dibekalkan dengan 5A,
susut voltannya adalah 50V tetapi jika arus itu ditambah ke 10A susut voltan kabel itu
menjadi 100V. Oleh itu lampiran 4 buku peraturan IEE, dapat memberikan panduan
tentang penyesuaian kadaran arus ini dengan saiz kabel yang sesuai.
Kesimpulannya susut voltan bergantung pada kadaran arus dan rintangan pengalir (V
= I X R). Dalam jadual 4A – 4L buku Peraturan IEE edisi ke 16 ditunjukkan susut voltan
bagi setiap saiz kabel dan jenis kabel pada setiap ampere dan meter (mV/A/meter).
e. Suhu Ambien (oC)
Suhu ambient bermaksud suhu sekeliling dalam keadaan biasa tempat kabel itu
dipasang atau akan dipasang. Suhu ini termasuklah juga kepanasan setempat dalam
bangunan atau kepanasan lain, tetapi tidak termasuk suhu kepanasan kabel akibat
membawa arus.
Suhu ambian ialah pada 30 oC. Jadual 4C1 dan 4C2 memberikan factor pembetulan
untuk digunapakai kepada Jadual 4D ke 4L bergantung kepada lokasi sebenar kabel di
pasang.
Untuk mengukur suhu ambient, jangkasuhu hendaklah diletakkan pada jarak 0.5 meter
atau 10 kali ganda dari garispusat kabel pada satah mendatar, atau 150mm di bawah
kabel yang terendah.
Haba lebih mudah terbebas pada suhu ambient yang rendah berbanding suhu ambient
yang tinggi.
Suhu ambient ini boleh membantu kendalian pelindung arus lebih sama ada kelas halus
atau kelas kasar. Seterusnya suhu ambient ini akan menentukan keupayaan kabel itu
membawa arus tanpa memanaskan kabel tersebut dan memberikan satu nilai kadaran
arus kabel yang baru.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 9 drpd 22
Suhu ambient hendaklah ditentukan dahulu sebelum sesuatu pemilhan kabel dibuat
agar dapat disesuaikan dengan jenis dan saiz kabel yang akan digunakan.
f. Kumpulan Kabel
Dalam pemasangan yang mempunyai beberapa litar dan litar-litar ini mungkin
berkumpul lalu menyebabkan kabel-kabel tersebut menjadi panas, maka kabel-kabel
tersebut perlu dikira secara berkumpulan. Kumpulan kabel-kabel ini juga menjadi faktor
kadaran kepada kabel.
Di bawah jadual 4B ada tercatat bilangan litar dan nilai factor kadarannya. Ada jadual
yang mengambil jumlah kumpulan litar itu daripada bilangan pasang kabel dan ada juga
jadual yang mngikut bilangan kabel. Jadi perhatian perlu diambil semasa membuat
pengiraan sama ada mengikut bilangan kabel atau mengikut bilangan pasang kabel.
g. Kaedah Pemasangan
Walaupun kabel yang sama digunakan , tetapi jika pemasangan yang berbeza, ini boleh
menyebabkan keupayaan kabel membawa arus menurun atau bertambah mengikut cara
pendawaian itu dilakukan.
Terdapat lapan jenis pendawaian dan dua puluh cara pemasangan seperti yang
diterangkan dalamJadual 4A buku Peraturan IEE. Jadual ini akan digunakan bersama-
sama dengan jadual saiz kabel 4D1A hingga 4L4B buku Peraturan IEE edisi ke 16.
Jenis-jenis pendawaian tersebut ialah:
Terbuka dan klip terus
Kabel tertanam terus dalam bahan bangunan
Dalam conduit
Dalam penyaluran
Atas dulang
Dalam udara bebas, di atas tetupai, pendakap atau tangga
Kabel di dalam lompang bangunan
Kabel dalam parit
Jadual 4A dan Jadual 4D1A buku IEE edisi 16 menunjukkan kabel 50mm2 pendawaian
dalam trunking mampu membawa arus 119A berbanding pendawaian permukaan 182A.
Ini bermakna pemasangan scara terbuka mudah membebaskan haba berbanding
kepada pendawaian tertutup.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 10 drpd 22
h. Sentuhan Terma
Pemasangan kabel yang bersentuh, dikelilingi atau berada di kawasan yang dilindungi
secara penebatan terma akan menyebabkan keupayaan kabel membawa arus itu
berkurangan. Faktor pembetulan yang diambil kira ialah 0.5 atau 0.75 jika sebahagian
sahaja kabel itu yang bersentuh secara terma. Nilai ini akan dibahagi dengan keupayaan
kabel membawa arus bagi mendapatkan kadaran arus pengalir yang hendak digunakan.
i. Perbezaan tempat dan kabel
Jika kabel yang hendak digunakan itu tidak terdapat dalam jadual ataupun kabel yang
ada dalam jadual itu dipasang di tempat-tempat yang tidak dinyatakan dalam jadual,
maka perlulah dirujuk kepada ERA (Electrical Research Association) ataupun SIEE
ataupun (Secretary of Institution of Electrical Engineers).
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 11 drpd 22
Jadual 1 : Kaedah Pemasangan Kabel Berdasarkan buku Peraturan IEE edisi ke 16.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 12 drpd 22
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 13 drpd 22
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 14 drpd 22
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 15 drpd 22
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 16 drpd 22
Langkah – langkah Mengira Saiz Kabel
Bagi memudahkan pengiraan bagi menentukan saiz kabel yang hendak digunakan , langkah-
langkah yang berikut perlu diikuti:
1. Kira arus beban atau arus rekaan (Ib)
2. Pilih kadaran arus peranti yang hendak digunakan (In). Kadaran arus ini mestilah
lebih besar daripada arus beban (Lampiran 3 buku Peraturan IEE)
3. Pilih faktor-faktor pembetulan (C) yang ada di pemasangan itu iaitu:
Ca - Suhu ambient
Cg - Kumpulan litar
Ci - Penebatan terma
Ct - Suhu kendalian pengalir (untuk kabel 16mm² atau kurang)
Cf - Kelas peranti pelindung arus lebih 1 bagi semua peranti kecuali fius
separuh tertutup yang faktornya ialah 0.725
4. Tentukan keupayaan kabel membawa arus (Iz) dengan formula
Iz = In _____
(Ca X Cg X Ci Ct)
5. Pilih saiz kabel yang sesuai dengan arus Iz (jenis kabel ditentukan oleh cara
pendawaianyang hendak dilakukan ).
6. Pastikan susut voltan kabel itu tidak melebihi had yang dibenarkan. Nilai susut
voltan maksimum yang dibenarkan boleh dikira berdasarkan formula:
Vd = mV (kabel) X IbX panjang kabel/1000
= tidak boleh melebihi 4% voltan bekalan
CONTOH PENGIRAAN PEMILIHAN SAIZ KABEL DENGAN MENGGUNAKAN JADUAL.
Contoh
Sebuah rumah kampung dibekalkan dengan voltan 1 fasa 240V hendak dipasang dengan
beban berikut:
a) 5 buah lampu 40 watt, 60 watt, 120 watt, 100 watt dan dalam bilik yang akhir dipasang
dengan lampu 20 watt.
b) 1 alat pemasak 2 Kw.
c) 2 soket keluaran 13 A.
Cadangan jenis pendawaian yang sesuai untuk pemasangan ini dan kabel yang sesuai serta
nyatakan saiznya.
Catatan: Perlu diingat iaitu bilik tempat lampu 120 watt dipasang, suhu sekitarannya ialah 60oC.
Jarak antara lampu ialah 10 meter dan jarak lampu permulaan dengan bekalan ialah 12 meter. Bagi
alat pemasak pula jarak antara bekalan dengan alat pemasak itu ialah 15 meter. Jarak antara
bekalan dengan soket keluaran ialah 4 meter dan jarak antara dua soket keluaran itu ialah 8 meter.
Pendawaian litar ini dibuat secara kumpulan 3 litar sekali. Perlindungan lebihan arus yang
digunakan ialah pelindung lebihan arus kelas halus ( pemutus litar BS 3871 ).
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 17 drpd 22
Jawapan.
1. Bagi menentukan jenis pendawaian, kita perlu mengetahui factor-faktor pemilihan jenis
pendawaian dan untuk kemudahan pengiraan ini, jenis pendawaian yang paling sesuai ialah
pendawaian di permukaan.
2. Jenis kabel yang paling sesuai untuk pendawaian ini bergantung kepada jenis pendawaian
yang dipilih tadi. Kabel yang paling sesuai ialah jenis pvk tidak berperisai sama ada 1 teras
atau 2 teras, lazimnya digunakan kabel 1 teras .
3. Untuk kemudahan pengiraan saiz kabel, pilih data-data yang penting dan tuliskan mengikut
nombor seperti berikut:
i. susutan voltan maksimum yang dibenarkan ialah 4% x 240V bersamaan 9.6V.
ii. Panjang pendawaian lampu = 12m, 10m, 10m, 10m, 10m.
iii. Panjang pendawaian alat pemasak = 15m.
iv. Panjang pendawaian soket keluaran = 4m, 8m.
v. Suhu sekitaran bilik tempat lampu 120 watt dipasang = 60oC.
vi. Pelindung lebihan arus kelas halus.
a. Pengiraan saiz kabel bagi lampu.
Bagi memudahkan pengiraan adalah lebih elok sekiranya digambarkan dengan gambarajah
kaedah pemasangan lampu itu.
1.415A 1.249A 0.999A 0.499A 0.083A
Bekalan abcde
12m 10m 10m 10m 10m
Rajah 1: Litar akhir lampu.
i. Arus Lampu ‘a’ = 40 = 0.166 Amp.
240
ii. Arus Lampu ‘b’ = 60 = 0.25 Amp.
240
iii. Arus Lampu ‘c’ = 120 = 0.5 Amp.
240
iv. Arus Lampu ‘d’ = 100 = 0.416 Amp.
240
v. Arus Lampu ‘e’ = 20 = 0. 083 Amp.
240 Jumlah arus lampu = 1.415 Amp.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 18 drpd 22
Lihat Jadual 4D1B (susut Voltan ) pada ruang diklip langsung kepada satu permukaan atau
pada satu dulang kabel, seikatan dan tidak tersembunyi; dua kabel fasa tunggal; kita dapati
kabel 1 mm2 mempunyai kadar arus 15.5 A dan nilai ini telah lebih daripada 1.415 A yang
diperlukan dan susut voltanya ialah 44 mV.
Langkah 1.
Kira susustan voltan pada setiap jarak lampu itu.
Susutan voltan kabel lampu = Susutan voltan per ampere per meter x jumlah arus x Jarak.
Vd = mV / A / m x Arus beban penuh ( Ib ) x Jarak.
Susutan voltan kabel ke lampu ‘a’
= 44 x 10-3 x 1.415 x 12
= 0.747 V.
Susutan voltan kabel ke lampu ‘b’
= 44 x 10-3 x 1.249 x 10
= 0.549 V.
Susutan voltan kabel ke lampu ‘c’
= 44 x 10-3 x 0.999 x 10
= 0.439 V.
Susutan voltan kabel ke lampu ‘d’
=44 x 10-3 x 0.499 x 10
= 0.129 V.
Susutan voltan kabel ke lampu ‘e’
= 44 x 10-3 x 0.083 x 10
= 0.036 V.
Jumlah susutan voltan lampu
Vd = susutan voltan kabel ke lampu
Vd = 0.747 + 0.549 + 0.439 + 0.036
Vd = 1.99 V.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 19 drpd 22
Oleh Kerana jumlah susutan voltan ini kurang daripada 9.6 V, maka kabel 1.0 mm2 ini boleh
digunakan untuk pendawaian pemasangan lampu itu.
Perlu diingat bahawa lampu 120 watt dipasang dalam bilik yang mempunyai suhu
ambien 600 C, jadi arus kabel maksimum 15.5 A tadi akan berubah nilainya mengikut faktor
kadaran suhu ambien itu. Daripada Jadual 4C1 , kita dapati pada suhu sekitaran 600 C faktor
pembetulannya ialah 0.5 (Ca ).
Daripada Jadual 4B1 , bagi pendawaian permukaan kaedah 1 untuk 3 kumpulan litar,
faktor pembetulannya ialah 0.7 ( Cg ).
Oleh sebab litar ini menggunakan pelindung arus lebih kelas halus (seperti
pemutus litar BS 3871) , faktor pembetulannya ialah 1.
Dengan kehadiran faktor-faktor pembetulan ini, bererti kadar arus kabel (keupayaan
kabel membawa arus) yang tercatat dalam Jadual itu berubah. Dalam contoh ini kadaran arus
kabel berubah dari 15.5 A menjadi:
Iz = Kiraan arus peranti ( In ) =5 = 14.28 A
Ca x Cg ( faktor pembetulan lain jika ada ) 0.5 x 0.7
Kadaran arus kabel ini menunjukkan kabel 1 mm2 sesuai digunakan kerana arus kabel hanya
14.28 A kerana kemampuannya 15.5 A. Oleh sebab itu kabel yang dipilih itu sesuai.
b. Pengiraan saiz kabel bagi alat pemasak.
Langkah I.
Arus alat pemasak yang diperlukan ( Ib )
= 2000
240
= 8.3 A
Tidak ada faktor kepelbagaian kerana kadarannya kurang daripada 10 A, kadar arus peranti
pelindung ialah 10 A BS 3871.
Langkah II.
Lihat Jadual 4D1A pada ruang yang sama semasa mengira saiz kabel pendawawaian
lampu dahulu, kabel yang sesuai ialah 1 mm2 dan arusnya ialah 15.5 A. Ini bermakna lebih
daripada 8.3 A diperlukan ; jadi kabel ini boleh digunakan. Susut voltan ialah 44 mV.
Langkah III.
Kira susut voltannya.
Vd = 44 x 10-3 x 8.3 x 15 = 5.478 V.
Kadaran susut voltan bagi kabel ini kurang daripada 4 % @ 9.6 V, jadi kabel ini ( 1.0 mm2 )
boleh digunakan.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 20 drpd 22
Catatan.
Oleh sebab pendawaian ini dibuat secara berkumpulan, kadar pembetulan kabel 1 mm2 telah
berubah ke nilai yang baru iaitu disebabkan wujudnya factor pembetulan. Dalam Jadual 4B1
ada dinyatakan factor pembetulan bagi kumpulan 3 litar iaitu 0.7, jadi ketahanan arus kabel
sekarang ialah 10 / 0.7 = 14.2 A. Kadaran arus ini lebih daripada 8.3 A (arus yang diperlukan).
Oleh itu, kabel ini masih boleh digunakan.
Bekalan 8.3 A
15 m
Pemasak
Rajah 2 : Litar akhir pemasak.
c. Pengiraan saiz kabel bagi 2 soket alur keluar 13 A..
Langkah I.
Mengikut kehendak peraturan IEE ( Jadual 2 di bawah ), soket alur keluar 13 A yang
disambung secara jejari menggunakan peranti pelindung arus lebih 20 A. Jadi kita ambil arus ini
sebagai beban penuh soket alur keluar.
Langkah II.
Mengikut kehendak peraturan juga telah ditetapkan iaitu 2.5 mm2. Jadi kita ambil saiz
kabel ini sebagai saiz kabel untuk pemasangan ini.
Langkah III.
Oleh sebab Jadual 2 tidak menyatakan jarak maksimum pemasangannya, kita perlu
mengira susut voltannya agar tidak melebihi nilai yang dibenarkan oleh peraturan IEE, iaitu 9.6
V ( 4 % daripada voltan bekalan ).
Langkah IV.
Pada jadual 4D1A, jika kabel 2.5 mm2 dipasang pada pemasangan berklip dua kabel 1
fasa, kita dapati arusnya ialah 27 A dan susut voltannya ialah 18 mV per ampere per meter.
a) Susut voltan bagi pendawaian ini ( dari bekalan ke soket alur keluar pertama ).
V1 = mV / A / m x I x P1
= 18 x 10-3 x 20 x 4
= 1.44 V.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 21 drpd 22
b) Susut voltan bagi pendawaian (dari soket alur keluar pertama ke soket alur keluar
kedua).
V2 = mV / A / m x I x P2
= 18 x 10-3 x 10 x 8
= 1.44 V.
c) Jumlah susut voltan bagi kedua-dua soket alur keluar
Vd = V1 x V2
= 1.44 x 1.44
= 2.88 V.
Kita dapati susut voltan bagi kabel yang dicadangkan oleh peraturan IEE dalam Jadual 2,
sesuai untuk panjang yang dikehendaki ( susutnya tidak melebihi 9.6 V ). Oleh sebab itu saiz
kabel ini 2.5 mm2 boleh digunakan untuk pemasangan kedua-dua soket alur keluar jika dari segi
susut voltannya.
Saiz minimum pengalir
Kabel Kabel Kabel Luas
pengalir pengalir pengalir maksimum
Jenis litar Pelindung arus lebih kuprum aluminium kuprum lantai yang
A1 bertebat berlapis kuprum bertebat boleh
pvk atau bertebat pvk bahan dibekalkan
Gelang Getah ( (mm²) galian (m²)
(mm²) (mm²)
A2
Jejari Kadaran dan Jenis 2.5 4 1.5 100
A3 (A)
jejari
30 Sebarang jenis
atau
32
30 Fius kartrij 4 6 2.5 50
atau atau 4 1.5 20
32 Pemutrus
litar
20 sebarangan 2.5
Jadual 2 : Litar akhir yang menggunakan soket alur keluar BS 1363
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)
Kod WIM IKBN/SLW3413/KP(2/7) Mukasurat : 22 drpd 22
Langkah V.
Arus kabel selepas factor pembetulan. Oleh sebab litar ini dipasang dalam tiga kumpulan
litar dan menggunakan pelindung arus lebih kelas halus, kadaran arus kabel 27 A tidak wujud
lagi. Kabel ini sekarang berkadar ( Iz ) :
= 20 = 28.5 A
0.7
Arus yang diberikan oleh litar ini sekarang 28.5 A sahaja. Oleh itu, kabel 2.5 mm2 tidak sesuai
digunakan jika dikira dari segi kemampuan arusnya. Kabel yang sesuai ialah 4 mm2 (berupaya
membawa arus 37 A ).
4m 8m
Bekalan
20 A 10 A
S/ K1 S/ K2
Rajah 3 : Litar akhir soket alur keluar.
SOALAN :
1. Apakah yang dimaksudkan dengan suhu Ambien.
2. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi kesusutan voltan dalam pemasangan elektrik.
Rujukan : A Samad Hanif (2004), ”Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Edisi ke 2”
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
SLW 3413 Cawangan Teknikal & Kualiti Latihan Versi 3.0 (2018)